Thursday, June 11, 2009

Kenangan Mengusik Kalbu..(bibit cinta bermula)

Tanggal 06.06.2009 maka genaplah setahun ikatan pernikahan kami. Tetiba aku teringat kembali bibit-bibit percintaan yang kami bina dan terus bina selama ini. Mungkin tiada yang istimewa dalam cerita hubungan kami tapi ia cukup bermakna bagi kami bagi mengahadapi cabaran mengekalkan hubungan akan datang.

Dunkin’ Donut, Terminal Bas Larkin, Johor Bahru. Di sinilah kami mula menegur sapa. Tempat yang biasa tapi cukup bermakna bagi kami. Siti pada tika itu bekerja secara part time di situ dan aku pulak datang ke situ sekadar ingin membeli beberapa kuih donut untuk adik. Dah namanya penjual maka semestinya Siti membuka mulut kepadaku untuk membeli donut dikedainya memandangkan terdapat kedai pesaing di tempat yang sama. Sebab itulah Perkataan “DONUT” tidak dapat dilupakan oleh Kami.

Omar, kawan karib aku, adalah orang yang telah bertanggungjawab menemukan cinta kami. Bibit-bibit cinta kami sebenarnya bermula ketika kami terpilih untuk menyertai satu kursus Leadership, Teamworking Camp(LTWC) di Lanjut Golf Resort, Rompin, Pahang. Kami terpilih menyertai kursus itu memandangkan kami merupakan pemegang antara jawatan tertinggi dalam persatuan masing-masing di KUKTEM. Di situ, kami telah berkenalan secara umum. Di satu malam yang indah, aku tidak melepaskan peluang untuk bersiar-siar di pesisir pantai lanjut bersama-sama siti, omar, dan aiwa. Namun mulutku yang laser tidak lepas untuk mengejeknya donut. Mungkin satu cara untuk mengambil perhatian!! Selepas itu, apabila sampai di bilik, aku tidak melepaskan peluang untuk menelefonnya menggunakan intercom antara bilik hotel. Namun perbualan kami agak terganggu dengan kehadiran "ustazah" yang sememangnya anti couple. Hehehehe

Keesokan hari, di waktu riadah, aku ternampak siti berjalan keseorangan dan bermuka muram di pesisir pantai. Aku pada waktu itu sedang bermain volleyball dan sengaja tidak mahu menemani siti kerana mungkin waktu itu ego sedang menebal. Tapi aku tetap hairan kenapa siti muram dan tampak bermasalah. Padahal pada waktu itu setahu aku dia mempunyai 'boy' yang agak kacak (8). Aku malas nak masuk campur. Mungkin waktu itu hatiku pada oranag lain lagi kot..hehehehe

‘…dari mata turun ke hati…’

Cerita kami tidak tamat begitu sahaja. Kami sekali lagi sama-sama terpilih untuk menyertai lawatan ke Universiti Multimedia, Melaka. Walaupun lawatan ini hanya melibatkan pelajar fakulti komputer, entah bagaimana aku memilihkan diri untuk menyertai lawatan itu. Mungkin bonus kerana telah membantu Rahmat, Presiden PETAKOM ketika itu untuk menguruskan lawatan itu. Tuah dilahirkan mempunyai mulut yang peramah dan memang tiada insurans, akutidak berhenti-henti menyakat Siti yang kebetulan duduk sebaris denganku di dalam bas. Teringat lagu iklan huggies dryper.
“..selamat pagi..apai tak gosok gigi..tak juga mandi..”

*apai-nama manja wife aku time belajar dulu

Pada awalnya, mungkin cerita ini berakhir di sini sahaja. Tiada respon dilemparkan oleh Siti terhadap aku. Maklumlah… Ketika itu Siti telah berpunya. Tapi…kenapa Siti nampak muram dan sedih? Persoalan yang perlu dirungkaikan.”BMW” kata Hairul. Prinsip dalam mengurat perempuan.

Dalam diam, rupa-rupanya, masing-masing ada menyimpan perasaan saling suka antara satu sama lain. Siti menggunakan ‘handphone’nya untuk "miss call" aku. Ceh dari mana pulak die ni dapat no HP aku. Nombor telefon aku diambil dari Omar. Untuk cover dari terkantoi, Siti berpura-pura me’miss call’ semua orang di situ. Mungkin miss call itu bermakna “Panggilan Rindu”???. Ye ke?? (....to be continued.....)

*BMW -Best Man Win

Sunday, June 7, 2009

Ayer Keroh Country Club


Di sinilah hentian kami yg kedua selepas Hotel Vistana sempena Ulang tahun perkahwnan yg pertama kami..Ok gak di sini..

Saturday, June 6, 2009

060608 Our weDDing

Inilah tarikh keramat buat kami...Gambar tuh Sweet tak??(mengikut perkiraan ahli nujum sape yg cakap tak sweet die pendek umur)..060608 merupakan tarikh kami sah bergelar suami isteri...pelbagai cubaan kami hadapi untuk meneruskan majlis yang suci ni..kalo dah jodoh tak kemana kan...Alhamdulillah..maknanya tanggungjawab kami dah pun dah bertambah...

Kini setahun sudah kami melayar bahtera bersama..Alhamdulillah..Boleh dikatakan cinta kami semakin utuh.Ok..aku nak citer sket pasal dulang hantaran..ermmm byk btol...ni gara-gara pertambahan di saat-saat akhir dari pihak lelaki...first plan just 9-11 jek..tapi tetiba jadi 17-19...huhuhu..sib baik sempat nak tambah...memacam ada..siap ngn model2 pokok ngn burung pun ada aku hantar kat budin nih...tema aku kale turqoise..ermm i luv that color...it looks so gorgeous...btol x??

nantilah aku tunjuk gambar hantaran tuh..tunggu..

First Anniversary

Salam semua..Sihat??Nak tau x??Rupa-rupanya dah setahun kami bersama layari bahtera rumah tangga.Mulanya mcm nk pergi cuti memane tmpt yg best..tetiba boleh lak pulak abg wife aku nih kawen 5 jun plak di Bentong, Pahang..Hishh nak hangin satu badan gamaknya..Takpelah.Bakal Wife die pon bukan org lain. Kenalan rapat wife aku.Aku pon kenal..

Wife aku plak mcm menyokong aku utk mengelak dr pergi ke majlis tuh..tp kang ape lak org kate..oleh yg demikian, terpaksalah kami menangguhkan rancangan men'celebrate' anniversary kami yg pertama.(sambil membuat muka monyok).

So kami decide utk ke Kuala Lumpur selepas shj selesai majlis resepsi(betul ke ejaan aku tuh..hentam sajalah labu..) abg aku tuh..Kami memilih Hotel Vistana sebagai tempat percutian pertama kami (satu malam jek). Maklumlah Dari JB.Kira jauh la tuh.Inilah hadiah anniversary yg aku berikan utk wife aku..