Friday, July 31, 2009

UPSI & H1N1

Secara rasminya, UPSI diisytihar tutup selama beberapa hari dek penangan virus Selesema Babi. Beberapa pelajarnya telah disahkan +ve. UPSI dgn baik hatinya telah memberi hadiah cuti pertengahan semester lebih awal iaitu bermula 1 Ogos hingga 9 Ogos 2009. UPSI terpaksa menanggguh operasinya bermula 30 Julai 2009..hehehe

Walaupun tidak belajar di kampus utama & tinggal jauh nun di area Proton City, pelajar DPLI juga tidak terlepas dari dicutikan atas faktor keselamatan. Cuti ini telah dikesan oleh segelintir pelajar DPLI memandangkan pada hari rabu 29 Julai 2009, ketika sedang bersemangat untuk pergi kuliah, bas yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Ini menyebabkan tercetus splekulasi dikalangan pelajar DPLI bahawa UPSI akan terpaksa di"samak" juga gara-gara Selesema Babi itu.

Di kalangan pelajar DPLI yang paling gembira mestilah aku kerana dapat cuti yang lama + jumpa husbandku tercinta. Heheheh..Phen..jangan jeles tau..

Monday, July 27, 2009

Pentingnya 26 Julai

Kami berasa bertuah kerana hingga kini cinta kami masih utuh dan segar.Di harap agar terus berkekalan dan utuh. Tanpa kami sedari, perhubungan cinta yang kami bina telah mencapai umur 6 tahun. Teringat pada 26 Julai 2003 bagaimana cinta Hairul berbalas. Berlatarkan panorama Air Terjun Chemerong, Terengganu. Cinta berputik pada tarikh itu. Segala pengorbanan, penat lelah, kesabaran kami tempuhi bersama. 6 tahun cinta terus segar.


Friday, July 17, 2009

DPLI - Julai - UPSI

Salam semua.Nak tau x?setelah aku berhempas pulas beria meletakkan diri untuk berkhidmat di sektor awam, akhirnya aku dapat juga tawaran mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk kemasukan bulan Julai di Universiti Pendidikan Sultan Idris. ini bukanlah pertama kali aku memohon DPLI.Mengikut perkiraan, ini sudah kali ke 2 memohon DPLI dan Juga kali ke 3 memohon KPLI. kalo keluar shj iklan DPLI @ KPLI terus aku beli pin kt BSN. pehh byk gak duit aku dh labur kt BSN utk beli PIN jek.Tapi x ape..bak kate iklan Celcom..berbaloi-baloi..

memandangkan aku skang berkhidmat sebagai GSTT di SMK Senai, aku terpaksa mengikut prosedur yg di tetapkan. Korang bayangkan betapa kejamnya pihak UPSI yg memberikan tempoh 2 hari dari tarikh tawaran utk mengikuti porgram DPLInya. Oleh yang demikian, aku terpaksa membuat penangguhan selama beberapa hari dari Pihak UPSI memandangkan aku perlu menyerahkan surat meletak jawatan GSTT, menyerahkan tugasan semasa aku di sekolah dan juga perlu membayar ganti rugi gaji aku kepada pihak kerajaan sebanyak rm 1k++..

Dah kemudian aku terpaksa bersedih-sedihan untuk meninggalkan hubby aku tercenta di Johor ini. Dan die seperti sediakala memberikan motivasi kpd aku atas pengorbanan kami tinggal berasingan selama 1 tahun pengajian. Hati aku perlu cekal..UPSI..nantikan kehadiranku...