Salam semua.Nak tau x?setelah aku berhempas pulas beria meletakkan diri untuk berkhidmat di sektor awam, akhirnya aku dapat juga tawaran mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk kemasukan bulan Julai di Universiti Pendidikan Sultan Idris. ini bukanlah pertama kali aku memohon DPLI.Mengikut perkiraan, ini sudah kali ke 2 memohon DPLI dan Juga kali ke 3 memohon KPLI. kalo keluar shj iklan DPLI @ KPLI terus aku beli pin kt BSN. pehh byk gak duit aku dh labur kt BSN utk beli PIN jek.Tapi x ape..bak kate iklan Celcom..berbaloi-baloi..
memandangkan aku skang berkhidmat sebagai GSTT di SMK Senai, aku terpaksa mengikut prosedur yg di tetapkan. Korang bayangkan betapa kejamnya pihak UPSI yg memberikan tempoh 2 hari dari tarikh tawaran utk mengikuti porgram DPLInya. Oleh yang demikian, aku terpaksa membuat penangguhan selama beberapa hari dari Pihak UPSI memandangkan aku perlu menyerahkan surat meletak jawatan GSTT, menyerahkan tugasan semasa aku di sekolah dan juga perlu membayar ganti rugi gaji aku kepada pihak kerajaan sebanyak rm 1k++..
No comments:
Post a Comment