Thursday, November 26, 2009

Memori : 2611 pada suatu ketika dahulu


261106 terjadilah satu kisah yang amat manis buat aku dn si dia. Inilah die mukadimah dlm adat Melayu untuk memiliki seseorang dara pujaan.Setelah aku mula bekerja, aku memujuk keluargaku pergi menemui family die utk mengukuhkan lagi hubungan cinta kami.Inilah kali pertama pengalaman keluargaku menghantar rombongan merisik & meminang.

Pada mulanya, kami telah berbincang sesama sendiri agar diadakan majlis merisik & meminang sekaligus dan simple2 shj. Aku hanya suka sekiranya majlis ini ringkas dn juga kurang formalnya.Aku hanya ingin menghantar rombongan sbg syarat shj.Jadi aku hanya menyediakan sebentuk cincin sbg tanda pertunangan.

Cuba bayangkan dalam 2-3 jam sblm majlis, aku telah menelefon si die agar kami menukar plan sbg majlis pertunangan yg penuh.Dari janji tiada sbrg pertukran dulang, aku memberitahunya agar menyediakan 7 dulang untuk pertukaran. inilah peristiwa yang menjadi kelam kabut diwaktu itu.Satu majlis pertunangan express. namun semua itu tidak seskali mencacatkan persediaan majlis itu.

Kemudian, aku cukup terkejut apabila mendapati pihaknya menyediakan majlis yang agak besar. wakil pihak si die jg cukup ramai & membuatkan familyku cukup gusar.Ayahku sendiri menjadi jurucakap bg pihak aku.Manakala ketua blok perumahannya pula menjadi wakil jurucakap pihak si die.

Yang aku tidak boleh lupakan ialah, aku tidak meletak resit pembelian cincin pertunangan itu. Jadi ade sket pertikaian ttg ketulenen emas.nasib baik pihaknya tidak begitu serius.Maklumlah sekadar bergurau2 melayu.syarat2 dan terma2 pon telah dipersetujui bersama.Tempoh masa 2 tahun diberi untuk aku kata ON NIKAH dan hantar ke 32999.Jari manis die disarung cincin oleh nenek kesayangan aku sendiri memandangkan nenek adlh org yg plg veteran.

Terima kasih aku ucapkan kpd rkan karibku Omar, Wan Rajak, Irfan & Shah krn sudi dtg ke majlis pertunangan aku w/pun korang dr KL.

No comments:

Post a Comment