Dalam sedar tak sedar dh sampai ke penghujung tahun 2009.(sambil membuat muka sugul @ sedey). Esok bermulanya tahun baru iaitu tahun 2010 Masihi. Ini bermakna dunia semakin tua dan kita juga akan terus dimamah usia.(meraba kulit muka yang still licin).
Maka dari sini aku pong start muhasabah diriku ini. Apa yang boleh aku simpulkan tahun 2009 merupakan tahun yang paling mencabar buat aku dan wife. Oleh yang demikian dapat disimpulkan tahun 2009 adalah tahun mukadimah kejayaan kami, tahun bermulanya kestabilan hidup kami, tahun yang mengukuhkan lagi cinta kami.

Kami sudah lali dengan cercaan manusia lain. Maklumlah setahun kami sudah mendirikan mahligai. Tapi hanya kami bertiga sahaja yang tahu perancangan hidup berumah tangga.
Apapun kami masih dan terus bersyukur atas anugerah yang telah Allah berikan kepada kami. Segala ujian yang mendatang kepada kami, Alhamdulillah, dpt diatasi. Sebab kami sentiasa yakin bhw Allah akan mendatangkan ujian ke atas hamba-Nya berdasarkan kemampuan hamba-Nya itu. Kami juga percaya dan akan terus percaya bahawa Allah sentiasa bersama kami walaupun kadangkala kami terus alpa dibuai keindahan dengan pancaroba racun dunia ini.
Semoga tahun 2010 akan datang ini memberikan sinar hidup yang lebih bermakna buat kami dari segi keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan kehidupan. Amin...
No comments:
Post a Comment