Sunday, January 2, 2011

Peristiwa "menakutkan" di malam tahun baru

Salam 1Malaysia..

Huh..Memang "menakutkan".Ketika di malam ambang tahun baru, aku berada di Miri. Dah duduk diperantau maka mmg serba kekurangan. Walaupun begitu, tetap ade insan di sini yg baik hati. Ade kenderaan, semua setel. Dipinjamkan sebuah motor bagi kegunaan aku & rakan2 buat sementara.

Nak dijadikan cerita, ketika dlm perjalanan pulang ke "sarang" dari keluar dinner, aku menunggang motosikal pinjam itu, sambil dibonceng seorang rakan. Oelah kerana saiz badan aku yg lebih besar dari dia, terpaksalah aku yg menunggang motosikal itu. Tetiba, odw nk ke "sarang" dari restoran yg terletak kurang dari 2km itu, terdapat satu sekatan jalanraya oleh pak polisi betul2 berdekatan pintu utama masuk ke "sarang". Yang jadi masalahnya, aku x de lesen menunggang motosikal. Itu yg jd cuak gile. Yg member aku plak mmg ade lesen tp x kan nk berenti tukar penunggang time tuh. Kalo x mesti lagi kantoi.

Dengan redha & hati berdebar2, aku beranikan diri utk menempuh sekatan jalanraya itu. Dalam kepala hotak, dh mcm2 alasan aku reka. Ketika betul2 aku sampai di roadblock tuh, sambil memulas minyak secara perlahan2, aku pon tunggu isyarat berhenti dari pak polisi. Nak tau ape yg berlaku selepas itu...

Aku lihat pak polisi tuh & pak polisi tu lihat aku. Saling pandang-memandang & jeling-menjeling. Rupanya die x tahan aku. Muka pak polisi pun cm ragu2 nk tahan aku. Maka selamatlah aku & rakan dari dikenakan tahanan reman..huhuhu..Dalam peristiwa ketakutan, kadangkala bila diingatkan balik dh jadi peristiwa yg menggelikan hati. Itulah kenangan malam ambang tahun baru di Miri yg tidak akan aku lupakan..




No comments:

Post a Comment