Friday, October 29, 2010

Hari jadi buat Ayah..

Salam 1Malaysia...

Hari nih merupakan hari ulangtahun kelahiran Ayah yg ke-52.

Haji Aziman Bin Tumirin

Anakanda di sini mendoakan agar ayah terus dipanjangkan usia, dipermudahkan urusan hidup, dimurahkan rezeki, serta dikekalkan dalam iman & taqwa. InsyaAllah pada tahun hadapan, ayah akan bergelar seorang "datuk" & berterusan mempunyai zuriat keturunan..


Tuesday, October 26, 2010

Jom Makan - Malay Village Restaurant

Salam 1Malaysia..

Bertemu kita lagi dalam segment Jom Makan. Perghh. Dh mcm dialog rancangan kt TV plak. Oleh kerana kwsn perumahan tempat tinggal aku ingin di"fogging", aku membawa lari my wife, & my PIL ke kwsn yg lebih selamat. Memandangkan kejadian ini berlaku dlm waktu aku selalunya mengisi perut, maka dgn itu secara otomatiknya porut kesayanganku ini telah secara spontan menghantar signal ke otak & mengatakan yg aku memerlukan makanan. Kiranya aku lapar laa nih. Maka utk tidak mengecewakan sang porut itu, aku terus memilih tempat makan yg dirasakan sesuai & menepati citarasa semua org yg berada di dalam kereta mewah aku ini. Aku terus menuju ke area elit Nong Chik & terjumpa dgn restoren ini yg kelihatan agak mewah decorationnye dr luar iaitu...

Malay Village Restaurant

Friday, October 22, 2010

Pelik..

Salam 1Malaysia...

Dlm tgk syok memandu, mata aku terpaku melihat kepada nombor pendaftaran kenderaan yg padaku agak janggal. Ye aku rasekan cukup janggal. Bukan sekali malah dh beberapa kali aku lihat kenderaan yg didaftarkan dgn huruf permulaan G1M. Time odw balik dr Tg Malim pon ade terserempak dgn beberapa kenderaan menggunakan no pendaftaran bermula G1M. First time aku jumpe terus aku capture gambar. Kt bwh ni antara kereta yg aku perasan guna nombor pendaftaran G1M xxx...

Antara kereta yg menggunakan no pendaftaran G1M
(gambar blurr sbb pki HP & x blh fokus)

*adakah nombor pendaftaran bermula dgn G1M ini membawa maksud tempahan khas sempena Gagasan 1MALAYSIA??

Wednesday, October 20, 2010

20102010

Salam 1Malaysia...

20102010

Cantik kan nombor kt atas tuh. kalo nk tau, itu adlh tarikh utk hari ini iaitu 20 Oktober 2010. Sebenarnya aku xdelah pulak plan x wat memori pd tarikh tersebut. Aku cm besalah pergi mencari nafkah pada hari tersebut. Cuma yg bestnya, pada tarikh tersebut, aku dapat duit gaji.

*Company tmpt aku kerja skang ni mmg bg gaji pd tarikh 5hb & 20hb setiap bulan.

Monday, October 18, 2010

Babymoon at Vistana KL

Salam 1Malaysia..

Awatnya tajuk entry nih cm pelik kn??Sbb ape "Babymoon"??Sbb my wife skang nih tgh bw baby dalam perutnya. So kiranya cuti2 kali ni mmg secocok laa dgn perkataan "babymoon". Sebenarnya aku & my wife mmg merancang sejak dari awal lg akan stay kt Hotel Vistana KL nih bila odw balik dr Tg Malim. Sbb ape Vistana KL??Sbb aku & my wife mmg suka stay kt situ selain dgn facility & servisnya yg cukup baik. Lg satu, my wife nk stay kt hotel yg ade swimming pool. Bantal kt hotel ni pon cukup empuk. Rase cm nk bw balik jek. Ini bukanlah 1st time kami stay kt hotel nih. Tahun lepas ade gak stay 1 mlm kt hotel nih. Lgpon percutian yg x seberapa ini adalah hadiah tertunggak 2-in-1 utk 2nd anniversary & bufday my wife. Kira aci lah nih.

My wife posing bersama bunga ketika check-in bilik

Sunday, October 17, 2010

Congrat My Wife

Salam 1Malaysia..

Tahniah my wife di hari konvokesyen UPSI yg ke-12 ini. Actually my wife berkonvo bg menerima segulung Diploma Pendidikan. Alhamdulillah. Lgpon skang dh bergelar guru. X sia2 aku & my wife berkorban tinggal berjauhan selama setahun. Lgpon inilah cita2 my wife utk menjadi seorang guru.

Kenangan di Hotel Bunga Raya. (ntah bila lgi la akan ke sini lg kan??)

Saturday, October 16, 2010

Bersiaran dari Tg Malim

Salam 1Malaysia..

Sekarang aku & my wife berada di Tg Malim. Jarak perjalanan sejauh lebih kurang 400km. Aku & my wife bertolak dr JB dlm pkl 4 pagi & hanya berhenti singgah di RnR Dengkil utk menunaikan kewajipan solat subuh serta berehat seketika bersama kit-kat.

Surau dalam taman di RnR Dengkil. Cukup cantik & suasana cukup aman & mendamaikan.

Friday, October 15, 2010

Persediaan sblm jalan jauh..

Salam 1Malaysia..

Owh lupa nk canang satu kampung. Awal pg nnti, aku ngan wife akan memulakan perjalanan ke Tg malim. Kiranya nk jalan jauh la nih. So sebelum nk jalan jauh dgn planning cantek yg ade, semestinya aku & wife perlu mempersiapkan beberapa kelengkapan agar segala yg dirancang berjalan dgn baik. So, aku & my wife still sempat menjengah ke Plaza Angsana utk membeli kelengkapan akhir. Dapat gaklah rembat sehelai seluar pendek, baju & seluar ibu preggy wat my wife serta 2 pasang stokin yg tiada kene mengena. Ketika ingin membayar di kaunter, apabila di "scan" harga seluar wife, harganya menunjukkan hanya RM3. Padahal di tag tertera RM13.99. Sbg org yg jujur, aku suruh "scan' lg. Harganya tetap RM3. Mmg rezeki anak laa nih.

Thursday, October 14, 2010

Main-main..

Salam 1Malaysia..

Nk bagi mereka ni seronok hilangkan rase bohsan tinggal di rumah, aku & wife bawa mereka berdua ke Giant Tampoi. Di Giant Tampoi nih terdapat permainan budak2 yg bagi aku agak selamat utk digunakan. Cuma gak pelik bila tgk harga utk main bende ni sbb harga yg tertera..

RM4 utk Pass setengah Jam
RM6 utk Pass satu hari

Mama tgh pegang ape tuh??baby ke??

Wednesday, October 13, 2010

Memori muda-muda dahulu

Salam 1Malaysia..

Tgh dok kemas2 rumah bersempena 101010, terjumpa plak aku ngan si album gambar muda2 dulu. Time nih kamera digital belom termampu aku miliki. Just guna kamera filem "kodak" jek. Time tuh mmg populare lg kalo guna kamera filem nih. Lg2 yg blh auto gulung mcm aku py. Seingat aku gambar nih diambil pada tahun 2001 ketika menuntut di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.. layan jelah gambar aku yg tengah kudut muda belia lagi bermuka suci ini.

Monday, October 11, 2010

101010

Salam 1Malaysia.

Dh mcm no. binary aku tgk tajuk entri nih. kan semalam 10 october 2010. Kiranya mmg cantek laa no tuh sbb kalo disusun akan menjadi 10/10/10. Berebut org utk ukir kenangan pd tarikh tersebut dgn mengadakan @ menganjurkan aktiviti masing. Kiranya nk pahat memori pd tarikh tersebut la nih. Kt TV plak mmg sibuk psl pernikahan & persandingan angkasawan negara iaitu Datuk SMS kawen dgn pilhan hatinya. Tahniah datuk sbb dpt bina masjid. Aku ade gak tgk skit2 acara pernikahan mereka secara live dr TV.


X kurang juga hebat berita sedih yg kita dengar berkenaan kemalangan ngeri bas ekspress "terbang" berhampiran tol Simpang Ampat lebuhraya PLUS yg mengorbankan 12 orang. Takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa.


Aku plak pada tarikh 10.10.10 tu x de pon perasaan nk ukir memori kenangan yg terindah. Just dok rumah, rehat2. relaks, tenangkan fikiran, cuci kereta, kemas rumah, tido. Itu jek yg aku ngan my wife buat. Lg syok...

Sunday, October 10, 2010

Open house di saat genting..

Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah. Dpt gak aku join balik rumah parent aku. Di saat akhir syawal nih, sempat lagi family aku wat open house. Bak kate ayah, buat tetap kene buat. Nk raikan guru2 & rakan2. Walaupun dh di ambang Zulkaedah. Aku pn smpi rumah lewat sbb aku kn keja la plak manakala wife kene dtg sekolah utk di"LaDaP"kan. Yg bestnya, pakcik & makcik aku yg dh lama aku x jumpe pon dtg. Yg membuatkan aku terasa dh lama x blk umah apabila aku bertanya kt ayah ttg set kerusi batu ukir di halaman rumah. Nmpk sgt dh lama x jejak kaki ke rumah kata adik aku.

Saturday, October 9, 2010

Updated kereta ayah

Salam 1Malaysia..

Saje jek nk update ttg kete ayah yg eksiden tempohari. Aku meluangkan masa menziarahi kereta ayah sementara menunggu my wife mendengar taklimat melapor diri di SMK Simpang Renggam. Kiranya nih cerita lapok la gak. Tp aku nk share gak..

Gambar semasa eksiden..

Terukkan kondisi kereta...

Kemudian pada 27/9 semasa aku menziarahi kereta nih dh jadi cmni plak..

Thursday, October 7, 2010

Konfius terpinga2

Salam 1Malaysia..

First time terjumpa bende nih

"..TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA.."

apa maksudnye nih??aku telah dikonfiuskan??Ya atau Tidak??

Monday, October 4, 2010

Open house???

Salam 1Malaysia..

Memandangkan kita masih berada dlm mood raya (fakta menarik; Org Malaysia menyambut hari raya selama sebulan), jadi bersempena kesempatan yg ado & kehadiran beberapa peristiwa, dipersetujui utk diadakan open house di rumah PIL serta di rumah SIL sekali. Maklumlah rumah dekat2 & hanya di pisahkan dgn beberapa anak tangga sajork. Opss bukan open house saje2 tau. Siap lg marhaban & bacaan doa selamat gitu.

Tujuan utam diadakan majlis ni adalah bersempena ulangtahun kelahiran yg ke 3 tahun budak kembar tuh yg juga merupakan cucu sulung dlm family nih. Kalo dh budak kecik, semestinya di selit sekali dgn acara tiup lilin. Oleh itu, Papa & Mama (aku & wife) berbesar hati menaja sebuah kek utk menjayakan sambutan hari jadi mereka. Itulah surprise utk mereka sebenarnya. Sponsor kek yg x seberapa....


Inilah die kek yg bergambar upin & ipin. Kek ini ditempah khas utk mereka sbb watak kartun ini sinonim dgn budak kembar ini. Susah gak nk cari kek sebegini di hari2 terakhir nih. Rupanya kalo nk kek cmni kene tempah awal.
 
Majlis doa kesyukuran juga diselitkan dgn rase syukur bersempena..
 
1. Kehadiran ahli baru yg masih dlm perut wife aku 
2. My wife dpt kerja goment
3. Kehadiran saudara baru islam yg juga kenalan rapat family SIL (dh mcm sedara gak)
 
Kenduri kali ni mmg bebetul meriah. Siap import chef2 dari Kampung Batu Pahat. Masak pun style rewang & gotong royong. No katering2. Mcm org nk wat kenduri menyambut menantu gamaknya..Hehehehe
 
Penat??x pyh cakap laa... Yg penting hajat telah tertunai nk wat kenduri doa selamat & kesyukuran.

Sunday, October 3, 2010

Hepi 3rd bufday..

Salam 1Malaysia..

Di kesempatan ini, aku nk wish bufday kt budak kembar nih..


hari ni genap la usia mereka 3 tahun.

So kepada akak tikah & adek qila..

"..semoga terus membesar menjadi anak yg solehah berguna utk family.."

HADIAH???
diumukan pada tahun ni, x de budget utk hadiah ye..hehehhe
surprise menunggu...