Saturday, October 16, 2010

Bersiaran dari Tg Malim

Salam 1Malaysia..

Sekarang aku & my wife berada di Tg Malim. Jarak perjalanan sejauh lebih kurang 400km. Aku & my wife bertolak dr JB dlm pkl 4 pagi & hanya berhenti singgah di RnR Dengkil utk menunaikan kewajipan solat subuh serta berehat seketika bersama kit-kat.

Surau dalam taman di RnR Dengkil. Cukup cantik & suasana cukup aman & mendamaikan.

Tempat berwudhu' yg bersih.

My wife sempat posing di taman luar surau RnR Dengkil.

Sejadah di surau terbabit. Kalo amik konfem kantoi.

Nasi Lomak

Sarapan time di RnR.

Meneruskan perjalanan ke Tg. Malim tanpa henti dengan perut yg kenyang. Rasenya smpi di Tol Tg malim dlm pkl 8.30 pagi & terus menuju ke UPSI. Inilah sebenarnya tujuan aku & my wife ke Tg. Malim iaitu memenuhi jemputan ke KONVOKESYEN UPSI. Bergegas ke Pusat ICT utk mengambil jubah.

Sesi mencuba saiz Jubah..

Dah ok lah tu saiz jubah yg dipilih.

Kemudian menuju ke Taman Bunga Raya utk mencari tempat penginapan. Semestinya kami menuju ke hotel murah yg x berapa nk murah yg sudah menjadi kebiasaan buat kami iaitu Hotel Bunga Raya. Selalunya rate yg dikenakan sekitar RM50 tetapi disebabkan permintaan tinggi time konvo nih, rate telah menjadi RM100 utk satu malam. Itupon dh kira murah berbanding hotel murah yg lain2 di sekitar Tg Malim nih. Tokei kasi diskaun sbb die cam muka aku sbg regular customer katanya. Oklah tuh dari x de lgsg tmpt nk tido.

No comments:

Post a Comment