Thursday, April 29, 2010

Keselamatan VS jimat ??



Salam 1Malaysia. Semalam aku telah menukar tayar utk kereta waja ayah. Maklumlah kereta org yg agak berumur. Masih lagi dara u walaupun dh hampir 8 tahun seingat aku. Kiranya still pakai sport rim standard waja tahun 2002. Jadinya tidak jadi masalah bagi aku utk cari tayar utk diganti.

Tp kali ini aku mengesyorkan agar ditukar tayar yg lebih berkualiti sbb kereta waja itu digunakan oleh ayah utk berulang laik pergi kerja sejauh 100km setiap hari. Jadi bagi aku apa salahnya melabur sedikit utk mendapatkan keselamatan & kawalan kereta yg lebih baik. Tujuan utk tukar tayar adlh disebabkan oleh saiz tyr yg berbeza di bhgn hadapan sebelah kiri & kanan. Malah keadaan tayar juga mmg dh patut pun tukar.

Bersempena dgn tawaran hebat yg diberi kpd aku oleh pemilik kedai, aku pun memilih tayar Michelin terbaru iaitu model Pilot Sport 3 (PS3). Harga yg ditawarkan agak baik. Kalau dibandingkan dgn tayar yg lain harga agak lebih dlm lingkungan rm20-rm30. Jadi bagi kau kenapa perlu berkrompomi dgn hal berkaitan keselamatan & kawalan kereta yg lebih baik?? Aku mmg percaya kepada jenama Michelin ini memandangkan iainya adalah bukan shj jenama tp kualiti yg ditonjolkan.

Monday, April 26, 2010

Ke negeri Hang Tuah

Salam 1Malaysia. Pada weekend lalu, aku telah pergi menemui my wife di negeri Hang Tuah. Kiranya kali nih giliran aku pergi sana plak sbb selama nih my wife je yg turun JB. So memandangkan sabtu arituh kena gak pagi mengajar bg ganti hari cuti raya (awal2 dh ganti), jd aku dgn rela hati mengalah utk ke Melaka. So perjalanan aku bermula dari Taman Sri Putri (parking si Rusa + naik bas). Bas yg aku pilih ialah syarikat bas gagap iaitu KKKL. Perjalanan bermula pkl 9.30pg..

Sampai Melaka Sentral dlm pkl 12tghari. Terus ambil bas sangkut2 Patt Hup menuju ke Masjid Tanah. Pelik betul. Ade lagi rupanya bas yg still x de air cond. Perjalanan ke Masjid Tanah mengambil masa selama 1 jam suku jika menaiki bas Patt Hup. Bas asyik henti2 amik orang.

Sampai Masjid Tanah, aku di jemput oleh my wife. So perkara pertama aku buat ialah cari kedai makan. My wife cadangkan kedai makan yg selalu die pergi. Katanya kena try Nasi Ayam Penyet. Ramai plak pelanggan time aku ke situ. Restoran quite simple dan berhawa dingin. Kata my wife kedai uth milik salah seorang cikgu di SMKHK. Pada aku ok kot nasi ayam penyet tuh. Aku order lain dapat lain. Tp x pe..dh lapo sgt. Bedal sajelah smpi licin. Harga pun x de lah mahal sgt.

Destinasi seterusnya mencari Chalet Comel yg terletak di Pengkalan Balak. Pening gak nk cari chalet tuh. Padahal teramat dekat dgn Masjid Tanah. Pusing py pusing rupa2 cahlet comel nih terletak tersorok sket dr jalan utama. Tp view kt Chalet Comel nih mmg best. Bilik kt Comel chalet pon ok gak..(bersambung)

Thursday, April 22, 2010

Mereka masih lagi romantik spt dahulu..



Salam 1Malaysia. Kagum.. Aku cukup kagum melihat kebahagiaan yg ditonjolkan oleh mereka berdua. Walaupun di usia emas mereka masih lagi seperti org baru bercinta. Pergi "Honeymoon". Masih lagi saling ingat tarikh "anniversary" perkahwinan mereka. Malah pada setiap tahun mereka akan sambut anniversary perkahwinan di hotel2 yg agak ada kelas. Mmg romantik begitu.

Walaupun mereka berusia emas, mereka masih lagi dpt mengekalkan keromantisan hidup berumahtangga. Jarang sekali aku lihat mereka bertengkar hal-hal remeh. Malah tanpa segan silu masih lagi bermanja-manja dihadapan anak & menantu.



Baru-baru ini mereka baru pulang dari bercuti di Korea. Alhamdulillah..Meraka sihat & selamat. Aku selalu perhatikan apa yg mereka lakukan utk kekal romantis :

1. Akan solat berjemaah apabila bersama di rumah.
2. Berdoa bersama2 (walaupun doa dlm bhs melayu)
3. Tidak lupa utk makan bersama
4. Sentiasa wujudkan ruang percutian bersama

Itulah secara ringkas yg aku nmpk dari perlakuan mereka. Syukur, aku dikurniakan oleh Allah pasangan Ibu & Ayah yg dpt memberikan inspirasi & contoh terbaik buat kami.


Thursday, April 15, 2010

Dugaan..

Salam 1Malaysia. Hari nih aku bukannya ingin mengeluh cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup. Lewat ptg smlm tanpa diduga hujan turun terlalu lebat. Lebih lebat dari ptg kelmarin. Aku spt biasa akan tunggu dahulu hujan reda utk meneruskan perjalanan pulang. Tp aku lihat jam sudah menunjukan pkl 6.30ptg. Aku kena juga pulang walaupun hujan belum reda. Ini kerana si Rusa aku msih belum mempunyai lampu lg. So aku x boleh balik dlm keadaan gelap. Tp hujan masih turun dgn lbt.

Aku bertekad utk balik shj tanpa bertemankan lampu. Aku memberanikan diri dgn hanya bertemankan lampu hazard. Namun tindakan aku seolah2 membahayakan diri & org lain juga. Jadi aku terpaksa membatalkan niat utk memandu. Aku selongkar laci coin & aku terjumpa fuse 15A. Tp requirement utk lampu rusaku adlh 20A. Nk psg fuse pn sdh mnjadi masalah bagi aku kerana kotak fuse terletak dibhgn bwh papan pemuka. Nk tunduk mmg x boleh. Lalu aku meraba dh meneka fuse yg perlu aku ganti. Tapi slah tekaan aku kerna aku tercabut fuse lain yg lbh penting. Fuse lampu brake plak.Jadi terpaksa juga keluar (time hujan lebat) lalu tunduk ke bwh utk psg fuse.


Kemudian dlm pkl 7 ptg aku teruskan perjlnn dgn agak yakin kerana melihat di meter lampu aku mmpu menyala. Rupanya aku hanya buka lampu kecil. Apabila aku cuba buka lampu besar, sekali lagi lampu terus tidak menyala. Jadi aku nekad utk pergi mencari bengkel di Bandar Putra. Nasib aku mmg baik. Ketika sampai di Bengkel Ah Meng, bengkelnya hampir2 hendak ditutup. Kira pintu hnya terbuka kecil. Aku terus berlari mendapatkan fuse itu. Mekanik di situ tidak berani tanggung risiko memberikan fuse tu kt aku. Dia bg nasihat agar check wiring dulu. Takut terbakar lagi. Tp aku tetap berdegil mahu fuse lebih besar iaitu 25A. Alhamdulillah..Lampu Rusa kembali bernyawa. Aku memasangnya sendiri di bengkel. Tp..time aku nk byr..aku meraba poket belakang..Alamak..dompet dh x de..terfikir plak dompet aku tercicir kot..jadi aku try kumpul balik duit syiling dlm laci coin dgn jumlahnya RM1.80..Lagi RM0.20 kira halal..Selepas itu, perjalanan aku ke rumah tiada masalah.


Terima kasih buat my wife yg byk beri galakan & sokongan agar aku terus bersabar dgn menyuruh aku perbanyakan baca surah al-kauthar. Alhamdulillah..Dgn amalan surah ini segala masalah aku dipermudahkan.

Tuesday, April 13, 2010

Kejadian semlm menyedarkan aku...

Salam 1Malaysia. Entry kali nih lebih berkisar kepada kesedaran aku terhadap alam sekitar. Petang semalam ketika aku bergegas pulang dari opis, hujan turun dengan lebatnya. Curahan air hujan yg tidak terkira banyaknya. Bagi aku, mmg cukup lebat. Jadi aku berlari meredah hujan untk menuju ke parking lot terbuka utk mendapatkan si Rusa. Smpi shj dlm Rusa, aku daapti aku mmg basah kuyup. Jadi, aku pun apalagi terus buka baju uniform & hanya tinggal singlet yg kelihatan cukup seksa seksi buat aku. Aku terpaksa pulang awal kerana lampu si Rusa belum lagi diperbaiki. Jadi, aku mesti pulang sebelum hari mula gelap. Dengan tidak berlampu, aku redah sahaja memandu Rusa menuju pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, aku perlu melalui beberapa jalan yg mula dinaiki air. Oleh kerana hujan turun dengan bagitu lebat, aku dapati banyak jalan2 sekitar kawasan Senai dilimpahi oleh air. Boleh dikatakan fenomena yg menakutkan. Apa yg aku perhatikan, kejadian ala banjir kilat ini disebabkan oleh penerokaan tanah industri yg tidak teratur disekitar. Setahu aku selama bekerja di sini selama lbh kurang 2 thn, aku dapat saksikan banyak bangunan didirikan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Jadi ada kwsn tertentu yg difikir logik tidak akan berlaku limpahan air telah terjadi. Malah beberapa kenderaan ringan mengambil keputusan berpatah balik menggunakan jalan lain utk keluar dari kwsn Senai. Malah aku juga dpt lihat warna air di jalan bertukar kpd warna merah. Jadi mmg sahlh kejadian banjir kilat ini berkait rapat dgn penerokaan alam sekitar yg tidak terkawal. Alhamdulillah aku selamat jua sampai ke rumah.

Monday, April 12, 2010

Aku membuat lagak ngeri..

Salam 1Malaysia. Pehh.. Tajuk entry mmg x igt. Lagak ngeri tuh. takdelah ngeri sgt. Cuma perkara ini terjadi diluar dugaan. Kejadian ini berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke rumah ibu dr rumah MIL JB. Aku bersama my wife menggunakan si Rusa utk pulang ke rumah ibu dgn jarak lebih kurang 60km. Aku nih mmg suka jalan lewat ptg. Malas nk jalan tgh2 perit matahari. So, lewat ptg kira reduplah. Dalam perjalanan balik tu, si Rusa elok saje. X de masalah. Aku mmg yakin lagi ngan kewibawaan si Rusa nih. Kami singgah sebentar di restoran Khamis iaitu terletak di Felda Sg Sayong. Wife aku nk belanja aku makan katanya. Kiranya Felda Sg sayong nih terletak dlm jarak 20km dr rumah Ibu. Aapabila selesai makan di Restoran Khamis berserta take away burger favourite my wife, aku start si Rusa nih ok jek. tp..tetiba bila aku switch ON lampu, Astaghfirullah..Lampu semua x nyala. Baik yg lampu spotlight, lampu headlamp & lampu belakang. Semua x hidup. Tapi nasib baik lampu brake & lampu signal still hidup. Jadi dgn memberanikan diri aku redah shj pandu terus si Rusa menuju ke Bandar Tenggara. Jam waktu itu menunjukkan pkl 8 mlm. kalo siapa yg dh biasa kt area jalan situ akan tahu betapa gelapnya jalan dari Sg Sayong menuju ke Simpang Felda Inas. Kt area tuh yg paling mencabar. Aku berhenti sekali sbb aku terlihat kelibat Lori besar belakang si Rusa. Lepas tuh aku meneruskan perjalanan menggunakan aplikasi "hazard signal light". Aku pandu bedasarkan teori agak2 dan berpandukan pengalaman. So cara yg paling selamat bg aku ialah menunda kereta lain yg agak slow. Alhamdulillah. kami sampai dgn selamat ke rumah Ibu.

My wife kelihatan agak ketakutan & x jadi nk makan burger tuh dlm si Rusa. Aku agak musykil ttg si Rusa nih. Aku dpt rasekan yg die ade perasaan. Dalam perjalanan sebelum kejadian aku ade ckp ttg kegusaran terhadap condition si Rusa ini. Pastu aku ade ckp gak kt my wife nk tukar si Rusa nih dlm waktu terdekat. Tetiba..amik ko..die wat hal..Rase bersalah plak nk trade si Rusa nih..

Sunday, April 11, 2010

Singgah sebentar ke KIA showroom..



Salam 1Malaysia. Semlm dlm perjalana pulang dari solat jumaat, aku bersama rakan2 sempat singgah di showroom KIA di Saleng. Hajatnya ingin melihat dgn lebih dekat model keluaran terbaru KIA iaitu KIA Forte. Model Forte ini dikatakan cukup hangat dipasaran. Setelah melihat secara dgn lebih dekat model ini, aku boleh katakan model Kia Forte ini biasa jek kot. X byk beza dari kereta tempatan kita. Cuma kereta Forte ini dilebihkan dgn gadjet2 elektronik terkini jek..

Saturday, April 3, 2010

2010 R&D Department Dinner

2010 Annual R&D Department Dinner

Salam 1Malaysia. Semalam iaitu 2 April 2010, department tempat aku bekerja sekarang telah mengadakan 2010 annual R&D department dinner bertempat di Cofee House, Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Sebenarnya dinner utk departmant akan diadakan apad setiap tahun. Tapi pada tahun ini, organizer program membuat sedikit kelainan utk mengubah citarasa beralih ke sini. Bak kata guarantee manager cafe hotel tersebut. "..we are the best in JB.."

Dinner ini diserikan dgn kehadiran tetamu kehormat iaitu Mr YK Ng iaitu director a.k.a bos paling besar berkaitan deparmant R&D nih..Dinner kali ini dapat mengumpulkan seramai 26 orang officemate. Secara overall, aku berpuas hati dgn variety makanan yg terdapat dlm pakej International Asian Buffet food ini. Selain itu, kelainan yg ditunjukkan oleh mr organizer iaitu Mr azlan ialah pemberian cenderemata kenangan berupa sebuah kapal layar comel yg tertera R&D Dinner 2010.

Mr YK Ng memberi ucapan
khusyuk menikmati Lai Chee Kang kang..

Suasana di meja makan selepas masing2 mengketedarah.


Mr Organizer bersama kapal layarnya


Pose istimewa kekenyangan di lobby hotel

Thursday, April 1, 2010

April Fool : Sambutan yg diHARAMkan



Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What? (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)


Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.


Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.


Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.


Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.


Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.


Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.


Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.


Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. "Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!" demikian bujuk tentera Salib.


Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.


Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.


Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.


Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.


Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai  "The Aprils Fool Day".


Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.


April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan


Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.


Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; "Umat Islam banyak yang latah dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut"


Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.


Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.


Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.


Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.


Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day".


Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa The April Fool Day itu dipopulerkan dengan ritual yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.


“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas”, katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com