Salam 1Malaysia. Entry kali nih lebih berkisar kepada kesedaran aku terhadap alam sekitar. Petang semalam ketika aku bergegas pulang dari opis, hujan turun dengan lebatnya. Curahan air hujan yg tidak terkira banyaknya. Bagi aku, mmg cukup lebat. Jadi aku berlari meredah hujan untk menuju ke parking lot terbuka utk mendapatkan si Rusa. Smpi shj dlm Rusa, aku daapti aku mmg basah kuyup. Jadi, aku pun apalagi terus buka baju uniform & hanya tinggal singlet yg kelihatan cukup seksa seksi buat aku. Aku terpaksa pulang awal kerana lampu si Rusa belum lagi diperbaiki. Jadi, aku mesti pulang sebelum hari mula gelap. Dengan tidak berlampu, aku redah sahaja memandu Rusa menuju pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, aku perlu melalui beberapa jalan yg mula dinaiki air. Oleh kerana hujan turun dengan bagitu lebat, aku dapati banyak jalan2 sekitar kawasan Senai dilimpahi oleh air. Boleh dikatakan fenomena yg menakutkan. Apa yg aku perhatikan, kejadian ala banjir kilat ini disebabkan oleh penerokaan tanah industri yg tidak teratur disekitar. Setahu aku selama bekerja di sini selama lbh kurang 2 thn, aku dapat saksikan banyak bangunan didirikan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Jadi ada kwsn tertentu yg difikir logik tidak akan berlaku limpahan air telah terjadi. Malah beberapa kenderaan ringan mengambil keputusan berpatah balik menggunakan jalan lain utk keluar dari kwsn Senai. Malah aku juga dpt lihat warna air di jalan bertukar kpd warna merah. Jadi mmg sahlh kejadian banjir kilat ini berkait rapat dgn penerokaan alam sekitar yg tidak terkawal. Alhamdulillah aku selamat jua sampai ke rumah.
No comments:
Post a Comment