Salam 1Malaysia. Semalam aku telah menukar tayar utk kereta waja ayah. Maklumlah kereta org yg agak berumur. Masih lagi dara u walaupun dh hampir 8 tahun seingat aku. Kiranya still pakai sport rim standard waja tahun 2002. Jadinya tidak jadi masalah bagi aku utk cari tayar utk diganti.
Tp kali ini aku mengesyorkan agar ditukar tayar yg lebih berkualiti sbb kereta waja itu digunakan oleh ayah utk berulang laik pergi kerja sejauh 100km setiap hari. Jadi bagi aku apa salahnya melabur sedikit utk mendapatkan keselamatan & kawalan kereta yg lebih baik. Tujuan utk tukar tayar adlh disebabkan oleh saiz tyr yg berbeza di bhgn hadapan sebelah kiri & kanan. Malah keadaan tayar juga mmg dh patut pun tukar.
Bersempena dgn tawaran hebat yg diberi kpd aku oleh pemilik kedai, aku pun memilih tayar Michelin terbaru iaitu model Pilot Sport 3 (PS3). Harga yg ditawarkan agak baik. Kalau dibandingkan dgn tayar yg lain harga agak lebih dlm lingkungan rm20-rm30. Jadi bagi kau kenapa perlu berkrompomi dgn hal berkaitan keselamatan & kawalan kereta yg lebih baik?? Aku mmg percaya kepada jenama Michelin ini memandangkan iainya adalah bukan shj jenama tp kualiti yg ditonjolkan.
No comments:
Post a Comment