Wednesday, December 29, 2010

Hati yg sayu

Salam 1Malaysia..

Sejekap sungguh masa berlalu. Terpaksa juga aku gagahkan diri utk pulang semula ke Miri. My wife terchenta, aku terpaksa tinggalkannya di JB bersama familinya. Sedih, sayu..tetiba keluar juga air mata jantan dari kelopak mata aku. Mmg aku x dpt menahan sedih meninggalkan my wife terchenta jauh dari pandangan mata. Rindu datang menjelma mengingatkan memori bersama. Tapi apakan daya. Tuntutan tugas & tanggungjawab. aku percaya, ini hanyalah bersifat sementara.. tapi perasaan ini lg tertekan dgn kehadiran memo yg pd aku cukup menjengkelkan. Mencari alasan lain utk menutup kelemahan diri. Hak utk mendapatkan urusan permohonan bertukar tempat tugas ditangguhkan atas arahan pihak HQ. Apakah ini semua??..Yg pasti, aku akan terus bersabar & akan memulakan langkah utk proses pertukaran ini..nantikan..

Saturday, December 25, 2010

Aku, Cuti , & JB

Salam 1Malaysia..

Malam nih merupakan flight aku & my wife utk pulang ke JB. Flight direct from Miri to JB. Aku pula menemani my wife utk ke JB. Risau gak kalo die balik JB sorang2. Naik flight plak tuh.. Duit tambang bukanlah menjadi isu utama. (arghhh..tension..gaji x masuk lg..janji tinggal janji..)  Keselamatan my wife & baby dlm kandungan menjadi keutamaan bagi aku..

Cuti aku pula diluluskan. Aku akan pulang semula keseorangan ke Miri pada hari selasa 28 hb.. Sekarang dh mula rase sayu. Lepas ini, aku & my wife akan berjauhan. Aku akan menyerahkan kunci rumah kuarters kpd pihak pentadbiran. Selepas ini, aku hidup membujang bersama2 rakan yg lain..sob..sob..sob..

X sabar rasenya nk memandu kereta sendiri & memandu di keadaan jalanraya yg selesa di JB. X lupa juga, berat sungguh beg yg akan aku bw utk pulang. Maklumlah. kalo dh pompuan, mesti byk brg yg dishoppingkannya.

Thursday, December 23, 2010

Check-up for mommy to be

Salam 1Malaysia..

Disebabkan my wife mengandung & hampir masuk ke bulan yg ke-7, aku membawanya ke klinik ibu & anak berhampiran tempat aku bertugas. Lgpon, sepatutnya my wife perlu menjalani check-up nih setiap bulan. Tarikh yg sepatutnya, my wife berada bersama2 aku di sini. Tempat yg masih lg asing bg kami. Akhirnya my wife akur utk menjalani check-up bulanan di Klinik Kesihatan Tudan, Miri. tambahan lg, hujung minggu nih, my wife akan menaiki flight utk pulang ke JB bg meneruskan tugas sbg guru di JB. Kenelah juga dptkan surat kebenaran dari doktor utk naik flight..

Monday, December 20, 2010

Lawatan Tapak ADTEC Bintulu.

Salam 1Malaysia..

Hurmm..Semalam seharian aku, my wife & rakan2 diarahkan utk melawat tapak bangunan ADTEC Bintulu, Sarawak. Seawal pagi Jam 6.00 pg kami semua dh terpacak menunggu driver bus intrim. Pkl 6.30 gak baru gerak. Mcm biasalah, janji M.

Perjalanan mengarah ke Bintulu agak mencabar. Driver menggunakan jalan pantai. Jalannya kelihatan agak sempit & kurang diselenggara. Dh rase mcm naik kuda. Teringat aku akan jalan menuju ke kampung halaman di Kulai, Johor. Kalo ikut maklumat yg diberi, jarak Miri-Bintulu hanyalah 203km. Tetapi perjalanan utk sampai ke Bandar Bintulu dr Miri mengambil masa selama 4 jam. Singhh..Sian my wife. Dhlah sarat mengandung. Risau gak aku kalo2 my wife terberanak dlm perjalanan. Alhamdulillah. X de ape2 yg perkara buruk berlaku.

Kami diberi kesempatan utk singgah di Bandar Bintulu. So far yg aku blh katakan, bandar Bintulu kelihatan bersih & tersusun rapi. Perancangan bandar juga dapat dilihat.

Seperti yg dinantikan, kami sampai di ADTEC Bintulu pada waktu matahari berada tegak di atas kepala. Kiranya waktu betul2 terik matahari laa. Dari jalan besar, bas yg kami naiki menggunakan jalan "lori" yg rasenye mcm jalan off-road. Kelihatan ADTEC terletak jauh ke dalam...

Secara peribadi, aku melihat bangunan di ADTEC Bintulu ini hampir siap. Dlm 70%. Tinggal touch-up & wiring saje kot. Bangunan sudah didirikan & telah diwarnakan. Kami diberi peluang utk meninjau sekitar perkarangan ADTEC. Yg utama adalah "Safety First". kenelah pki helmet kontraktor sediakan. Nk tau lebih lanjut, klik link di bawah...



Friday, December 10, 2010

Selesai bermain dgn besi

Salam 1Malaysia..

Huh..Tamat sudah minggu yg agak menyeksakan..Almaklumlah dh lama x buat kerja2 berat dibengkel. Blh plak dlm sepanjang minggu nih, dikerahnya aku & rakan2 utk masyuk bengkel PPG. Kene buat kerja2 besi. Panas woo..Dari memotong sampailah finishing..Kene wat semuanya..Sampai my wife x tahan bau besi lps balik dr bengkel..

* Thanks to mr made in germen sbb ajar wat keje2 besi nih. Time rendam baju, keluar semua hablur2 besi..

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam 1Malaysia..


Selamat Tahun Baru Islam 1432H. Semoga kehadiran tahun baru ini menambahkan lagi iltizam utk meningkatkan iman, ibadah & mempertikatkan ketaqwaan kepada Allah. Diharap dalam tahun ini, rezeki yg diperolehi diberkati & terus dirahmati oleh-Nya..

* Cuti mode

Monday, December 6, 2010

1st weekend di Bumi Miri

Salam 1Malaysia..

Ini adalah hari minggu pertama aku & my wife berada di bumi Miri. Nk tau ape yg kami buat. Oleh kerana aku sudah mula berasa tepu, ketinggalan zaman akibat terputus dgn dunia luar, patah kaki (akibat tiada transport), aku mengambil keputusan utk berjimba di Bandaraya Miri bersama my wife. Berbekalkan dgn duit yg ada, kami mendapatkan sebuah kereta sewa. No contact kereta sewa pula aku peroleh melalui internet. Yup dgn harga yg diberikan oleh Mr Bryan kpd aku utk menyewa kereta Iswaranya, aku setuju. Keretanya OK & nmpk terjaga.

Disebabkan tiada TV di rumah, aku sekali lg menghabiskan duit utk tidur di hotel semata2 utk menonton TV (especially berita). kami pilih hotel yg biasa2 shj. Hotel Tropical Inn menjadi pilihan sbb harganya agak muarah disamping lokasinya cukup hampir dgn salah satu shopping complex terkemuka di Miri ini.

Habis satu Bintang Mall kami pusing sambil terbeli beberapa helai baju & pasang kasut. Kemudian melawat Miri Craft centre utk melihat sambil membeli belah souvenir barangan sarawak.

Yg paling best, walaupun ade di JB, tetapi suasana di pasar malam di Miri tetap unik. Nmpk kelainannya.

Akhirnya, dapat juga kami melihat pantai di Taman Selera, Miri nih.. Juga terdapat peristiwa yg memalukan diri sendiri. Oleh kerana terputus hubungan dgn dunia luar utk beberapa hari, ketika inigin mengisi minyak kereta, aku dapati harga yg tertera mahal 5 sen dari biasa. Dalam bisik hati aku berkata, "agaknya harga minyak di Sarawak mmg mahal 5 sen kot berbanding semenanjung". Rupa2 nya, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sbyk 5 sen sebelum nih. Mcmanelah aku blh x tau nih.. Malu beb bergelar warganegara Malaysia.

Friday, December 3, 2010

Keluar-Masuk Bumi Kenyalang

Salam 1Malaysia..

Sebelum bertolak ke negeri sarawak nih, aku ade juga membuat bebrapa persediaan termasuklah urusan dokumen keluar-masuk. Tp malang bg aku x blh buat di pejabat Imigresen Johor Bahru sbb IC aku berkeadaan cukup uzur (hampir patah 2) & aku dikehendaki mendapatkan dahulu IC baru sebelum memohon dokumen perjalan terhad.

Dengan kekangan waktu, jadinya, aku ke negeri bumi kenyalang hanya menggunakan IC sahaja. Sampai shj di pintu masuk negeri sarawak, aku hanya diberikan satu slip pas lawatan sosial yg blh digunakan dlm tempoh 90 hari shj. Knp??Utk pengetahuan, negeri Sarawak & Sabah diberi kuasa autonomi utk urusan keluar masuk. Pas lawatan sosial ini tertakluk kpd warga semenanjung utk ke sarawak & sabah.

Untuk kemudahan urusan keluar-masuk dari Bumi kneyelang ini, aku mencuba nasib sekali lagi menggunakan IC yg sedia ade utk membuat permohonan mendapatkan Dokumen Perjalanan Terhad Sarawak & Sabah. Alhamdulillah...Urusan dipermudahkan. Permohonan dokumen diterima.

Dan yg paling bestnye, aku dh dpt cop tanpa terhad bilangan hari tinggal di bumi kenyalang ini berdasarkan perkhidmatan aku di sini.