Salam 1Malaysia..
Sebelum bertolak ke negeri sarawak nih, aku ade juga membuat bebrapa persediaan termasuklah urusan dokumen keluar-masuk. Tp malang bg aku x blh buat di pejabat Imigresen Johor Bahru sbb IC aku berkeadaan cukup uzur (hampir patah 2) & aku dikehendaki mendapatkan dahulu IC baru sebelum memohon dokumen perjalan terhad.
Dengan kekangan waktu, jadinya, aku ke negeri bumi kenyalang hanya menggunakan IC sahaja. Sampai shj di pintu masuk negeri sarawak, aku hanya diberikan satu slip pas lawatan sosial yg blh digunakan dlm tempoh 90 hari shj. Knp??Utk pengetahuan, negeri Sarawak & Sabah diberi kuasa autonomi utk urusan keluar masuk. Pas lawatan sosial ini tertakluk kpd warga semenanjung utk ke sarawak & sabah.
Untuk kemudahan urusan keluar-masuk dari Bumi kneyelang ini, aku mencuba nasib sekali lagi menggunakan IC yg sedia ade utk membuat permohonan mendapatkan Dokumen Perjalanan Terhad Sarawak & Sabah. Alhamdulillah...Urusan dipermudahkan. Permohonan dokumen diterima.
Dan yg paling bestnye, aku dh dpt cop tanpa terhad bilangan hari tinggal di bumi kenyalang ini berdasarkan perkhidmatan aku di sini.
No comments:
Post a Comment