Monday, December 6, 2010

1st weekend di Bumi Miri

Salam 1Malaysia..

Ini adalah hari minggu pertama aku & my wife berada di bumi Miri. Nk tau ape yg kami buat. Oleh kerana aku sudah mula berasa tepu, ketinggalan zaman akibat terputus dgn dunia luar, patah kaki (akibat tiada transport), aku mengambil keputusan utk berjimba di Bandaraya Miri bersama my wife. Berbekalkan dgn duit yg ada, kami mendapatkan sebuah kereta sewa. No contact kereta sewa pula aku peroleh melalui internet. Yup dgn harga yg diberikan oleh Mr Bryan kpd aku utk menyewa kereta Iswaranya, aku setuju. Keretanya OK & nmpk terjaga.

Disebabkan tiada TV di rumah, aku sekali lg menghabiskan duit utk tidur di hotel semata2 utk menonton TV (especially berita). kami pilih hotel yg biasa2 shj. Hotel Tropical Inn menjadi pilihan sbb harganya agak muarah disamping lokasinya cukup hampir dgn salah satu shopping complex terkemuka di Miri ini.

Habis satu Bintang Mall kami pusing sambil terbeli beberapa helai baju & pasang kasut. Kemudian melawat Miri Craft centre utk melihat sambil membeli belah souvenir barangan sarawak.

Yg paling best, walaupun ade di JB, tetapi suasana di pasar malam di Miri tetap unik. Nmpk kelainannya.

Akhirnya, dapat juga kami melihat pantai di Taman Selera, Miri nih.. Juga terdapat peristiwa yg memalukan diri sendiri. Oleh kerana terputus hubungan dgn dunia luar utk beberapa hari, ketika inigin mengisi minyak kereta, aku dapati harga yg tertera mahal 5 sen dari biasa. Dalam bisik hati aku berkata, "agaknya harga minyak di Sarawak mmg mahal 5 sen kot berbanding semenanjung". Rupa2 nya, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sbyk 5 sen sebelum nih. Mcmanelah aku blh x tau nih.. Malu beb bergelar warganegara Malaysia.

1 comment:

  1. salam. tumpang tanya. masih adakah lagi no tuan kereta sewa tu? kalau ada, boleh minta kah? saya mau ke miri this friday (20 april) and mau pkai kereta. boleh email saya honey_buzz04@yahoo.com. Terima kasih.

    ReplyDelete