Saturday, March 27, 2010

Dh semakin tua !!!


Salam 1Malaysia.Kiranya minggu nih umur aku dh menginjak 1 angka lagi. Dah makin tua rupanya aku. yang paling menggelikan hati, aku telah membuatkan rakan2 opis berteka-teki mengenai tarikh sebenar hari lahir aku. Dieorg terwish awal plak 2 hari. Siap berbalas mail. Walaupun terawal sudah wish kt aku, tp aku terharu gak sbb igt gak diorg nk wish bufday aku. TQ rakan2 opis.
 
Pada tahun ini, aku menanti peningkatan usia di bilik tidur secara berseorangan. Wife?? Die jauh nun di negeri orang. Tp terharu gak sbb tepat jam 12 mlm, die telefon aku. X sempat say hello terus nyanyi lagu hepi bufday versi kanak2 riang. Habis lagu terus wish kt aku hepi bufday.

Yang paling aku gembira, wife aku balik dari Melaka pada hari lahir aku juga iaitu selepas waktu persekolahan sbb sekolah die umum cuti pada keesokan harinya. Aku pun amik cuti setengah hari pada keesokan hari sbb my wife nk belanja makan celebrate bufday aku.

My wife ajak pegi ke Danga Street Mall, Danga Bay. Disebabkan kami masih berdua shj, so, cukuplah boli sepotong kek kt Secret Recipe tuh. Kira romantik la makan kongsi2. Tak lupa utk order mknn kegemaran iaitu Tomyam Kung. Pehh masyuk.

Bersama wife di Secret Recipe


Wife suapkan kek..hehehe

Family??Semua ahli keluarga x lupa tarikh hari lahir aku. Ibu pepagi dh wish sblm aku pergi keje. Ayah pula telefon aku utk wish. manakala yg lain iaitu Along, Ani, Nuar (nun di Limbang) & Haziq cuma wish guna SMS. Oklah tuh. Kira dieorg igt.

Thursday, March 18, 2010

Family Day : Alaf Golf & Country Resort


Salam 1Malaysia.Pada 13 Mac 2010, kami telah sama2 join family day kecil yg melibatkan family aku jek. Kiranya yg join adalah dalam total 20 orang. best gaklah.Kali ni family day diadakan di Alaf Golf & Country Resort, Kota Tinggi, Johor. Sebenarnya, ni dh masuk kali ke-2 buat family day kt sini. Tempatnya x de lah besar sgt. Cuma selesalah kalo nk wat gathering family. Utk tujuan itu, kami telah menempah 4 bilik utk bermalam. Kt sini ada 6 bilik (1 bilik Deluxe & 5 superior).

Keistimewaan kt sini ialah mcm tmpt nih kita yg py. Kiranya, time family day tuh x de org yg blh kaco. Family kami concure tempat nih. Aktiviti lbh kpd gathering. Buat BBQ. kambing Panggang, Ikan bakar, sate & mcm2 lagi. kiranya kami smpi dlm pkl 3 ptg.

aktiviti dimulakan dgn berendam dlm kolam renang yg terletak bebetul depan bilik.Syok ooo..X de org lain..sambil tuh mulut mengonyong-ngonyong makanan ringan. Mmg best laa  kt sini. Sesuai utk release tension..



lagi gambar akan diupload kemudian..hehehe

Thursday, March 11, 2010

Memori keputusan SPM



Salam 1Malaysia.Rasenye mcm dh nk mula bersawang blog nih..Pg td time nk pg keje.Terdengar plak radio ERA.fm.Die buka topik berkenaan memori keputusan SPM.So aku kt sini rasenye x slah nk kongsi memori nk amik keputusan exam SPM.

Actually, aku amik SPM pada tahun 2000.Kiranya batch aku adlh perintis kpd sistem terbuka.Jd time aku dh x de laa org ty SPM pangkat berapa, agregate berapa. Time aku guna A,B,C,D,E,Fail..So aku agak gerun + gemuruh laa.Selain tuh batch aku jg merupakan pioneer SPM sekolah SAKTI. Pd hari yg aku tunggu waktu keluarnya keputusan SPM, aku sbnrnya berhajat nk pg sendiri shj amik result.Pd mulanya mmg ibu & ayah setuju utk melepaskan aku pergi bersendirian ke sekolah utk amik result.Aku x mahu menyusahkan parent sbb time tuh mereka kerja.

Palnning tetiba bertukar disaat akhir pd awal pg ketika aku bersiap ingin ke sekolah. Ibu menelefon aku. Ibu & Ayah berhajat nk hantar aku pula. So. aku biarkan je lah. Cuma aku agak pelik sedikit sbb suara Ibu & ayah kedengaran agak riang. Tidak mcm sebelumnya. Opss lupa..Aku ajak sekali member baik aku,Fairuz Jalal a.k.a Ayuz, utk tumpang skali pg ke sekolah.

Sepanjang perjalanan aku persaan aku gementar + takut. Risau kalo2 keputusan teruk. Tp aku lihat Ibu & ayah relak + mcm x de ape2 akan berlaku. Jarak perjalanan ke sekolah aku lbh kurang 1.5 jam. Sampai shj ke Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar, aku lihat ramai rakan2 seperjuangan yg dtg bersama2 family. sedang beratur, tunggu giliran utk amik keputusan SPM. Aku cuma mampu titipkan doa agar keputusan SPM memberangsangkan. Aku lihat bermcm2 aksi rakan setelah mereka dapat shj keputusan SPM ini...dan giliran aku sudah tiba..Yg aku igt, amik result dr Cikgu Jeslina...

Bila aku lihat shj keputusan SPM, Aku amat terkejut..Hampir tidak percaya..Ya Allah..Syukur..Alhamdulillah..Aku terus meluru mencari Ibu & ayah..Aku peluk mereka..Aku tunjukan keputusan SPM kepada mereka. Yg aku igt hingga kini, Ibu aku tersenyum sambil keluarkan air mata. Keputusan SPM aku menunjukkan 9A & 1B..

Terima kasih buat Ibu & Ayah yg sentiasa berkorban masa & tenaga,berdoa utk kejayaan aku. Tidak lupa buat guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) yg mencurahkan ilmu & beri galakan hingga aku berjaya. 

*ps - rupa2, Ibu sdh mengetahui keputusan SPM aku sejak dr awal lg. Die tepon org KPM terus.X surprise langsung.



Monday, March 8, 2010

WTFish driving mcm tuh


Salam 1Malaysia.Seperti biasa di waktu pagi dinihari, aku akan pergi ke tempat kerja melalui jalan yg sama setiap hari. Jd tidak hairanlah aku akan terserempak dgn beberapa kenderaan yg sama & aku kenal. Spt biasa Jalan Seelong-Kulai menjadi jln utama bagi aku. Aku mula hafal Setiap lubang & selekoh. Lagipun jalan ini sudah dinaik taraf & keadaan jalan pun sudah semakin selesa. Kalau korang igt, aku pernah story psl lori pasir dlm entry sebelum ini. Namun kejadian pagi ini membuatkan aku bertmbh benci kepada LORI PASIR.

Sekitar pkl 8 pagi, ketika aku sedang memandu dlm keadaan relaks, tetiba aku dikejutkan dgn kehadiran lori pasir yg kelihatan tanpa muatan mengekori & mencukuk terlalu rapat dibelakang van aku. Aku blh katakan jarak antara lori itu ngan van aku kurang sedepa. Memang menakutkan. Bila aku lihat meter kelajuan,kelajuan van pada waktu itu dalam lingkungan 100km/j. Ini bermakna lori itu dipandu terlalu laju. Malah aksinya yg berbahaya dpt dilihat apabila cuba memotong dikwsn berbukit & di garisan berkembar. Jadi aku mengambil langkah dgn memberi shj laluan kpdnya utk memotong dgn memberi signal. Namun, perilaku aku itu sia2. Van aku sekali lagi seperti dibuli. Saje jek nk bagi aku naik angin. So aku tingkatkan lg kelajuan memcecah 120km/j. Sekali lagi lori itu dpt mencucuk rapat. Dgn geram aku jauhkan jarak dari lori itu dn menekan sedikit brek agar di blh memotong aku.(kiranya bg die terkejut sbb nmpk lampu brek aku menyala). Akhirnya lori itu memotong van aku tetapi...

Lori itu memotong van aku dgn kelajuan yg tinggi dn hampir2 menghimpit van aku apabila die cuba masuk kembali ke lorong jalan. Malah aku lihat lori itu juga kelihatan tidak stabil & terbabas sedikit ke bahu jalan. Tapi yg membuat aku lg geram ialah apabila lori itu terbabas ke bahu jalan, debu tanah merah memenuhi pemandangan & sekali gus menggangu vision aku yg sdg driving. Bg aku pemandu lori itu mmg cukup merbahaya cara pemanduannya. Dia sepatutnya memikirkan keselamatan org lain. Die kelihatan terlalu mementingkan diri mlh membahayakan org lain. Tp yg jelas aku masih igt nombor pendaftran lori itu JLT 3701 dan badan kepala lori itu berwarna biru. Jenama HINA opss HINO. Sticker aduan LPKP juga hanya ditampal buat cukup syarat iaitu terlalu kecil & dilitupi dgn kotoran lori itu.

Saturday, March 6, 2010

Deer wat hal lagi..


Salam 1Malaysia.Sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya.Itulah prinsip yg aku sentiasa pegang selama ini.Pada hari ini, Sabtu,turn aku kena pergi keje. So spt biasalah aku akan bergerak awal pagi dari rumah. Cuma memula aku rs mcm nk tukar selera bw kete lain tp hati ini kuat spy bw jek si deer nih. So aku pn pandu lah spt biasa. Cuma aku dpt rasakan yg steering si deer nih agak kurang sedap beberapa hari ini. Aku cuma buat x tau jek maslah tuh.Sampai jek tempat keje, time aku nk lock si deer nih, aku terlihat tayar hadapan yg agak berkurangan angin. "Patutlah steering rs x beberapa sedap. Rupanya kurang angin sikit jek. nantilah balik keja aku singgah stesen minyak kasi pam sket", kata aku dlm hati.

Bile time nk balik pula, smpi shj kt tempat parking, aku sgtlah terkejut bila lihat tayar dh mmg kritikal kurang angin. Nmpk mcm ade angin sket. Memula aku sangka mesti bocor langgar paku. Aku terus memandunya pergi ke kedai tayar berdekatan tempat kerja. Bila buka jek tayar, aku lagilah terkejut bila melihat rupa2nya tayar aku dh tahap kritikal. Dh terkopak. Punyalah cantik dr pandangan belah luar. Bunganya pun masih tebal. Rupanya tayar tuh dh makan belah dlm. Apapun aku masih bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku pada aku selama berulang-alik pergi ke tempat kerja. Nasib baik petunujk yg berlaku ketika si deer dlm keadaan pegun. Kalo tidak...entah lahh..kt manalah aku skang nih...

Thursday, March 4, 2010

Lori Balak


Salam 1Malaysia.Agak2nya korang nmpk x ape yg aku nmpk?Aku nk btau korang kt sini sebenarnya aku mcm teruja + jakun sebentar sbb rasenya mcm dh lama x nmpk lori balak kt jalanraya.Tgh aku syok drive sambil dgr "pagi di ERA bersama Aznil & Din Beramboi", tetiba mataku terpaku melihat lori balak yg berkongsi jalan dgn aku. Waktu aku amik gambr nih (jgn tiru aksi nih sbb guna hp sambil drive mmg menjadi satu kesalahan), aku tgh dlm perjalanan pergi kerja dalam pkl 8 pagi kot. Tp yg smpi skang aku tertanya2, knp kebanyakan lori balak mesti guna lori lama Mercedes yg pintunya masih guna kayu. Ada sesapa yg blh tlg jawab? Dh lah bw beban yg berat, confirm lembab lelagi nk naik bukit. Knp lah tauke balak x nk invest labih sket beli kepala lori SCANIA.

Wednesday, March 3, 2010

A Famosa Resort - Animal World Safari


Salam 1Malaysia. Bersambung kembali kita dalam rancangan ronda2. Kali nih entry terakhir kami di A Famosa Resort ini. Pada hari terakhir kami di sini iaitu 28 Feb 2010, kami telah memilih utk pergi ke Animal World Safari yg juga terletak di dlm A Famosa ini. Kami pergi ke sini seawal jam 1.30 ptg iaitu setelah check-out dari bilik hotel. Seperti biasa, kami akn tukar voucher kpd pas masuk ke aninal world safari ini. Kedatangan kami disambut oleh 2 ekor gajah yg cute.


Di pintu masuk, kami telah bergambar dgn Si Belang. Sedikit info, photgraphy disediakan bersama dgn frame berharga RM21 bg bergambar dgn Si Belang. kalo guna camera sendiri akan di charge RM10 bg satu snap..Bisnes..bisnes..

Destinasi pertama kami ialah melawat Chicken Farm. Di Sini byk bangsa2 ayam yg terdapat dari pelbagai negara. Dari ayam yg bersaiz kecil smpi yg bersaiz besar. Tidak lupa yg paling istimewa terdapat byk anak ayam yg baru menetas kt sini...cute nyerrrr..

Kemudian, kami pergi ke Truck Station utk melawat Safari Park. Di sini, kami menaiki trak yg telah diubahsuai dgn meletakan jaring besi agar kami boleh melihat haiwan-haiwan buas dgn lebih dekat di Safari Park itu. Trak yg blh memuatkan 20 org akan dipandu oleh pemandu profesional & dia akan memberi sedikit info ttg haiwan yg kami akan lihat. Perjalanan menggunkan trak ini mengambil masa selama lebih kurang 30 minit. Pemandu terlatih ini membawa kami pusing Safari Park ini dgn baik sekali. Macam Roller Coaster.Naik turun bukit selamba jek dgn kelajuan yg tinggi..Seronok tuh..

Wife posing depan Trak

Kami di dalam Trak Safari

Gambar Si Belang yg sdg berehat dlm hidup bebas

Kemudian, kami bergegas menuju ke tempat pertunjukan Wild Wild West. Pertunjukan itu hanya dilakukan sekali shj dlm sehari iaitu pada pkl 2.15 ptg.Jadi rugi kalo terlepas. Sampai di tempat pertunjukan kelihatan ramai org yg tgh menunggu dgn sabar walaupun hari terlalu panas. Persembahan Wild Wild West ini menonjolkan aksi Cowboy, Red Indian & semacam satu persembahan live teater yg menyelitkan unsur2 stunt. Best giler ...

Wife posing berlatarkan pentas pertunjukan Wild Wild West

Wife posing bersama pelakon Red Indian di dalam persembahan itu.

Persembahan itu mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kemudian menuju pula ke tempat persembahan Multi Animal. Persembahan ini pula bermula jam 3.00 ptg. Persembahan Multi Animal ini menggabungkan beberapa ekor haiwan yg terlatih utk melakukan persembhan spt Orang Utan, Burung, Tikus, Beruang, Siamang, Monyet, dan mcm2 lagi. Tp yg paling menarik perhatian ialah burung yg pandai mengira : hasil tambah 2 nombor & hasil darab 2 nombor. Kagum betul aku tgk. Peristiwa yg paling kelakar kami lihat ialah apabila terdapat seekor tikus terjatuh(ala-ala minta tlg) ketika menyeberangi tali secara berkawan. Kesain tikus putih tuh..Acara ini juga mengambil masa 30 minit juga.

Persembahan seterusnya ialah Bird Show di pentas yg lain pula. Persembahan burung ini bermula pkl 3.45 ptg. Di persembahan burung ini, mereka akan menunujukan beberapa spesies burung yg cantik2. Terdapat 2 ekor burung yg pandai bercakap.Siap say Hello. Pandai buat bunyi kucing. Boleh ketawa. Boleh buat bunyi org mengurat & yg paling istimewa pndi nyayi lagu bufday. Tidak ketinggalan pertunjukan burung Helang terbang rendah dan juga pelepasan burung merpati.


Aku posing bersama kuda..

Acara yg terakhir ialah persembahan Gajah yg bermula pkl 4.30 ptg. Di sini kami disajikan dgn persembahan gajah melukis (lukis gmbr pokok mcm real), gajah main bola, gajah menari & yg paling istimewa ialah gajah mengurut badan manusia.

Kami meninggalkan A Famosa Resort tepat pkl 5.15 ptg menuju ke Bandar Masjid Tanah...





A Famosa Resort - Cowboy Town


Salam 1Malaysia.Sambung kembali cerita berkenaan ronda2 di A Famosa Resort Melaka. Cerita byk cam lama jek duk kt sini. Sbnrnya kami cuma tinggal di sini utk 2D/1N shj. Tp byk sgt tmpt yg blh dilawati dlm resort nih. X percaya? Pergilah di sini. Macam2 ada...

Tempat seterusnya yg kami pergi ialah Cowboy Town. Cowboy town ini cukup meriah di malam hari kerana byk acara dijalankan pada mlm hari di sini. Info tmbhn - Kt sebelah luar Cowboy Town ini terdapat 2 mesin ATM (Maybank & CIMB). X de alasan x bw duit...Kami smpi di sini dalam pkl 8.15 mlm kerana tidak mahu ketinggalan dalam acara pertunjukkan Carnival di Cowboy town nih. Acara carnival dipercayai bermula jam 8.30 mlm.Perkara penting yg perlu ada mestilah pas masuk yg telah ditukar dr voucher td.

Pas masuk utk 2 org.(siap ade bar code tuh)

Sebelum acara carnival berlangsung, kami jalan2 dulu dlm cowboy town nih. Suasana yg cuba diketengahkan serupa berada di dlm bndr ala Cowboy. Bangunan di hias ala cowboy style dn pakaian yg dikenakan oleh petugas di dlm cowboy town juga lebih kpd cowboy fashion.

Wife posing berlatarkan penari cowboy

Wife posing di lorong cowboy town (dh mcm China town sbb byk Tanglung)

Aku & kereta antik

Wife posing sblm carnival bermula

Pertunjukan Red Indian - pembukaan tirai Carnival.

Sebenarnya byk pertunjukan dlm malam Carnival di Cowboy Town ini. Carnival bermula tepat jam 8.30 mlm dgn persembahan ala Red Indian yg melakukan aksi menggunakan api. kemudian terdapat pertunjukan perarakan binatang, cowboy menunggang kuda , gajah dancing, orang utan melakukan aksi-aksi menarik, monyet menunggang basikal, Chicken run, acara melepaskan burung merpati, kereta berhias, beca, pertunjukan warna Malaysia & mcm lagi. Tp gambar x dpt diambil sbb bateri camera habis.

Pertunjukan bunga api di kemuncak pertunjukan carnival



Tp yg paling aku sedih ialah aku terambil pakej yg tidak memasukan tygn 4D Theater Movie. Rase rugi plak.Seterusnya kami berjln2 di lorong kedai shopping di sini utk mengubati hati yg terluka..Kemudian keluar dari Cowboy Town cari lagi gerai utk dinner plak pkl 11 mlm.Dinner?? (bersambung lagi)

Tuesday, March 2, 2010

A Famosa Resort - Hotel Resort



Salam 1Malaysia. Entry kali ni adalah sambungan cerita ronda-ronda A Famosa Resort. Memandangkan kami dtg dr jauh, kami tlh memilih A Famosa Hotel Resort sbg tmpt penginapan. Dalam A Famosa Resort ini sbnrnya byk pilihan tmpt tinggal spt Hotel, Condotel, Apartment atau Banglo. Oleh sbb kami pergi berdua shj, kami memutuskan pilihan Hotel Resort ini sgt berbaloi. Sbnrnya aku tlh menempah bilik hotel dari awal lagi melalui internet memndangkn minggu berkenaan dikategori sbg "super peak day". So dgn pakej yg ditawarkan, aku rs mmg berbaloi sbb aku ambil semua pakej termasuk pas masuk tmn tema & bilik penginapan 2D/1N utk 2 org. So, selepas puas men"sun burn"kn diri, kami terus ke hotel utk check-in.


Tertera no bilik kami 2123 & sarapan pagi di Cowboy Town

Wife di dalam bilik hotel.

Tuala Cap A Famosa sblm aku guna.

Pakej masuk ke Cowboy Town & Animal World Safari




Selepas shj check-in, kami pun cari kedai makan yg berdekatan. kami keluar dari kwsn resort sbb merasakan tidak berbaloi jika lunch kt dlm sbb mahal sgt.So aku bw wife pegi makan kt gerai yg berdekatan terletak di luar resort. Kununnya nk try asam pedas melaka. Gerai mula2 yg kami singgah kehabisan makanan. Tp nasib menyebelahi kami sbb gerai yg kedua kami singgah masih terdapat lauk lagi. Maklum jelah dh pkl 3.00 ptg..Dapat jg aku try lauk ikan kembong masak asam pedas melaka. Mebeles gitu rasenya..Siap mkn terus menuju ke Bandar Masjid Tanah sbb nk tgk rmh sewa wife aku..(bersambung nnti)

Monday, March 1, 2010

A Famosa Resort - Water world


Salam 1Malaysia. Entry kali ni, aku akan kongsi serba sedikit ttg holiday kami yg x seberapa nih. Ni kira holiday ganti sbb x sempat pg time cuti CNY lalu. Dlm pd masa yg sama, holiday kali ini lebih kp misi balas dendam sbb badan dh rs penat asyik memikirkan kerja shj. Selain itu, kedtgn ke A Famosa Resort ini adlh janji aku nk bw wife sbb family day yg lepas die x dpt join. hehehe.

kami bergerak awal sekitar jam 7.30pg dari Johor & sampai ke A Famosa Water World dlm pkl 9.45 pg. TQ Che Yus sbb bg voucher sponsor masuk ke Water World nih. Voucher tu pun akan tamat tempoh kebetulan pada 28 Feb 2010.
Voucher Water World sponsored by Che Yus

Kemudian, apabila voucher ditukar menjadi pas masuk, apalagi, terus salin baju la jwbnya.

Pas masuk Water World

Kt sini, pelampung @ tube boleh disewa dng harga RM10 + RM10(deposit)

Pas sewa Tube

Salah satu kwsn mandi ini dikenali sbg Lazy Water

Mandi bersama di Lazy water


Budget cute la nih..(sensored sket gmbr nih)

Mula2 kami ingatkan kwsn ini khas utk kanak2 rupa2nya syok gak kt arae nih sbb ade ombak buatan..dalam gak..


Aku dilambung ombak..(dipaksa buka baju kt sini)

Kt sini ade gak pasir pantai buatan..

Posing sebelum pulang balik tube nih..

Sebenarnya byk lagi cerita kt Water world nih. Siap ade cerita Hero lagi..



Tempat jatuh lagi dikenang..hehehe (hanya kami shj tahu apa yg berlaku)





Dalam x sedar kami naik kuar dr Water World tuh dh pkl 2.30 ptg..Seterusnya...(akan bersambung)