Salam 1Malaysia.Rasenye mcm dh nk mula bersawang blog nih..Pg td time nk pg keje.Terdengar plak radio ERA.fm.Die buka topik berkenaan memori keputusan SPM.So aku kt sini rasenye x slah nk kongsi memori nk amik keputusan exam SPM.
Actually, aku amik SPM pada tahun 2000.Kiranya batch aku adlh perintis kpd sistem terbuka.Jd time aku dh x de laa org ty SPM pangkat berapa, agregate berapa. Time aku guna A,B,C,D,E,Fail..So aku agak gerun + gemuruh laa.Selain tuh batch aku jg merupakan pioneer SPM sekolah SAKTI. Pd hari yg aku tunggu waktu keluarnya keputusan SPM, aku sbnrnya berhajat nk pg sendiri shj amik result.Pd mulanya mmg ibu & ayah setuju utk melepaskan aku pergi bersendirian ke sekolah utk amik result.Aku x mahu menyusahkan parent sbb time tuh mereka kerja.
Palnning tetiba bertukar disaat akhir pd awal pg ketika aku bersiap ingin ke sekolah. Ibu menelefon aku. Ibu & Ayah berhajat nk hantar aku pula. So. aku biarkan je lah. Cuma aku agak pelik sedikit sbb suara Ibu & ayah kedengaran agak riang. Tidak mcm sebelumnya. Opss lupa..Aku ajak sekali member baik aku,Fairuz Jalal a.k.a Ayuz, utk tumpang skali pg ke sekolah.
Sepanjang perjalanan aku persaan aku gementar + takut. Risau kalo2 keputusan teruk. Tp aku lihat Ibu & ayah relak + mcm x de ape2 akan berlaku. Jarak perjalanan ke sekolah aku lbh kurang 1.5 jam. Sampai shj ke Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar, aku lihat ramai rakan2 seperjuangan yg dtg bersama2 family. sedang beratur, tunggu giliran utk amik keputusan SPM. Aku cuma mampu titipkan doa agar keputusan SPM memberangsangkan. Aku lihat bermcm2 aksi rakan setelah mereka dapat shj keputusan SPM ini...dan giliran aku sudah tiba..Yg aku igt, amik result dr Cikgu Jeslina...
Bila aku lihat shj keputusan SPM, Aku amat terkejut..Hampir tidak percaya..Ya Allah..Syukur..Alhamdulillah..Aku terus meluru mencari Ibu & ayah..Aku peluk mereka..Aku tunjukan keputusan SPM kepada mereka. Yg aku igt hingga kini, Ibu aku tersenyum sambil keluarkan air mata. Keputusan SPM aku menunjukkan 9A & 1B..
Terima kasih buat Ibu & Ayah yg sentiasa berkorban masa & tenaga,berdoa utk kejayaan aku. Tidak lupa buat guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) yg mencurahkan ilmu & beri galakan hingga aku berjaya.
*ps - rupa2, Ibu sdh mengetahui keputusan SPM aku sejak dr awal lg. Die tepon org KPM terus.X surprise langsung.
No comments:
Post a Comment