Salam 1Malaysia.Seperti biasa di waktu pagi dinihari, aku akan pergi ke tempat kerja melalui jalan yg sama setiap hari. Jd tidak hairanlah aku akan terserempak dgn beberapa kenderaan yg sama & aku kenal. Spt biasa Jalan Seelong-Kulai menjadi jln utama bagi aku. Aku mula hafal Setiap lubang & selekoh. Lagipun jalan ini sudah dinaik taraf & keadaan jalan pun sudah semakin selesa. Kalau korang igt, aku pernah story psl lori pasir dlm entry sebelum ini. Namun kejadian pagi ini membuatkan aku bertmbh benci kepada LORI PASIR.
Sekitar pkl 8 pagi, ketika aku sedang memandu dlm keadaan relaks, tetiba aku dikejutkan dgn kehadiran lori pasir yg kelihatan tanpa muatan mengekori & mencukuk terlalu rapat dibelakang van aku. Aku blh katakan jarak antara lori itu ngan van aku kurang sedepa. Memang menakutkan. Bila aku lihat meter kelajuan,kelajuan van pada waktu itu dalam lingkungan 100km/j. Ini bermakna lori itu dipandu terlalu laju. Malah aksinya yg berbahaya dpt dilihat apabila cuba memotong dikwsn berbukit & di garisan berkembar. Jadi aku mengambil langkah dgn memberi shj laluan kpdnya utk memotong dgn memberi signal. Namun, perilaku aku itu sia2. Van aku sekali lagi seperti dibuli. Saje jek nk bagi aku naik angin. So aku tingkatkan lg kelajuan memcecah 120km/j. Sekali lagi lori itu dpt mencucuk rapat. Dgn geram aku jauhkan jarak dari lori itu dn menekan sedikit brek agar di blh memotong aku.(kiranya bg die terkejut sbb nmpk lampu brek aku menyala). Akhirnya lori itu memotong van aku tetapi...
Lori itu memotong van aku dgn kelajuan yg tinggi dn hampir2 menghimpit van aku apabila die cuba masuk kembali ke lorong jalan. Malah aku lihat lori itu juga kelihatan tidak stabil & terbabas sedikit ke bahu jalan. Tapi yg membuat aku lg geram ialah apabila lori itu terbabas ke bahu jalan, debu tanah merah memenuhi pemandangan & sekali gus menggangu vision aku yg sdg driving. Bg aku pemandu lori itu mmg cukup merbahaya cara pemanduannya. Dia sepatutnya memikirkan keselamatan org lain. Die kelihatan terlalu mementingkan diri mlh membahayakan org lain. Tp yg jelas aku masih igt nombor pendaftran lori itu JLT 3701 dan badan kepala lori itu berwarna biru. Jenama HINA opss HINO. Sticker aduan LPKP juga hanya ditampal buat cukup syarat iaitu terlalu kecil & dilitupi dgn kotoran lori itu.
No comments:
Post a Comment