Thursday, September 9, 2010

Coretan sehari sebelum raya

Salam 1Malaysia..

Arini aku terpaksa cuti. Ya. Terpaksa & dipaksa cuti oleh company. Arini company bagi cuti & pada 16/9 company declare hari bekerja. X pelah. nk wat cmne. Makan gaji. Kami yg menurut perintah la katakan. So dikesempatan yg ada, aku meringankan tulang utk membantu ape yg patut bg melicinkan persiapan menyambut hari raya.

Hari ni merupakan hari ke-3 aku & wife berada di "kampung" halaman Bandar Tenggara. Seperti biasa setahun sekali aku akan menunjukan skill menganyam ketupat. Dapat gak anyam ketupat. Wife cuma tlg sisir & kemaskan anyaman ketupat yg sedia ade sebelum disumbat dgn beras.

Pagi2 lagi aku dh mula tlg ibu kt dapur. Kt rumah nih x kira lelaki @ pompuan mesti kene pandai tlg ape2 yg patut kt dapur. Aku just amik contract basuh ayam & daging. Kemudian setting dapor utk merebus ketupat. Agak2 dh nmpk lega kt dapur tuh, aku & wife pon apalagi "chow" utk ke rumah PIL plak kt JB. Kan aku nih anak soleh. Minta izin dulu dr Ibu utk ke rumah PIL. Dlm pkl 11.30pg gitu aku & wife chow balik ke JB.







Yelah. Sian plak kt MIL sbb x de org lain yg nk tlg masak. So, MIL just harap my wife jelah nk tlg kerja2 dapur. Aku pon meringankan tulang membantu apa yg patut. Spt biasa, potong daging, basuh daging & ayam menjadi kerja aku. Kemudian setting dapur utk merebus ketupat segera pon menjadi kerja sukarela aku.

Setelah selesai membantu apa yg patut, aku bergegas ke kedai Car Wash berhampiran utk pastikan pada aku beraya dengan keadaan kereta yg bersih. Mmg penuh kedai cuci kereta time gini. Aku pergi rasenya 5 buah kedai cuci kereta. Berderetan kereta beratur. Akhirnya aku akur juga dgn menunggu giliran beratur utk cuci kereta berdekatan Shell Taman Seri Bahagia.

Kereta pon dh bersih. Smpi kt parking umah MIL, sambung lg mengerjakan kereta dgn melakukan waxing seluruh body kereta. Nk bagi kereta nmpk bebetul kilat. Maklumlah pakai kereta sedia ada jek. Belum ade rezeki nk beli yg baru. Kebetulan kereta mmg warna gelap. Elok sgt lah kalo wax nih menjadi. Kasi nmpk kilat habis la kereta raya nih.

Dalam pkl 6.00ptg, aku & wife bergegas pulang ke Bandar Tenggara pula utk bersama2 turut serta dlm Iftar akhir Ramadhan beramai2. Dh semcm satu tradisi wajib kt rumah Ibu. Sampai pon mmg cantik benor dh nk dekat buka puasa. Setelah selesai berbuka, kami semua solat Maghrib berjemaah yg diimamkan oleh Ayah, diikuti dgn laungan Takbir Raya di rumah. Kemudian, diteruskan dgn bacaan Yassin & Tahlil beramai2. Mcm2 telatah dpt dilihat sepanjang bacaan Yassin & Tahlil. Majlis diakhiri dgn solat Isya' berjemaah.




Nih yg x blh diikuti & dicontohi. Utk melepaskan gian, akhirnya aku akur juga turut serta dgn membakar mercun. hehehe. Apa nk jadi. Nih semua sbb ada "tokan" yg bawa stock mercun..

Nasib aku & wife mmg baik kali ini. "Pegawai bank" ada stock utk penukaran duit raya. Thanks Ibu sbb bg kemudahan penukaran duit disaat2 akhir. Agaknya Ibu dh mmg paham benor perangai anaknya ini yg x berkesempatan utk tukar duit di bank. Seterusnya mesyuarat kewangan antara aku & wife berlangsung di dalam bilik. Alahh. masukkan duit raya dlm sampul daa.. Tepat Jam 11.00 mlm, aku & wife bergegas pulang ke JB sbb dh turn aku beraya di rumah keluarga wife pd tahun nih. Ingat terus smpi JB rupanya sempat tersinggah Mini Bazar Raya di Taman Anggerik, Bandar Tenggara utk mencari tudung yg sesuai bg baju raya wife. Boleh palk tuh ada kedai yg masih buka time2 cm gitu. Mmg dh rezeki wife kan.

No comments:

Post a Comment