Saturday, September 11, 2010

Hari pertama Raya

Salam 1Malaysia.

Pagi2 lagi sudah bergema takbir raya berkumandang. Setelah selesai solat subuh, aku bersiap2 utk menyambut hari pertama syawal. Kali ini aku pakai Baju Melayu Johor (First time pakai baju melayu teluk belanga). Agaknya tension gak wife aku nk siapkan satu set lengkap pakaian raya aku nih. Dari songkok baldu, sepasang baju melayu, butang & kain sampin. Dh tu aku mmg pastikan yg baju Melayu mesti digosok sempurna. Ikut spec aku katanya. Nasib baik my wife mmg dh phm pernagai aku. Mmg x de mslh besar buat die nk bg aku puas hati. You're great my wife.

Pagi2 lagi aku dh bersiap2 utk tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Taman Dahlia. Susah gak nk cari tempat letak kereta kt masjid nih. Inilah akibat apabila datang lewat ke masjid. Sampi jek aku diperkarangan masjid, tok bilal dh start bg penerangan utk lakukan solat sunat aidilfitri. Kiranya on-time gak la aku smpi masjid tuh.

Setelah selesai solat sunat Aidilfitri & khutbah, aku pun pulang ke rumah PIL utk meneruskan sambutan hari raya. Makan beramai2 dulu kemudian acara bersalam2an & bermaaf2an antara ahli keluarga. Mmg cukup meriah. Waktu itu jugalah keluar semua "angpow" yg telah disediakan.

Aku, my wife & Syamim (anak buah wife)

Kemudian, aku, wife & seluruh ahli keluarganya sama2 ke kedai gambar. Aku dh book utk amik gambar keluarga di studio. Nk print gambar besar2 & wat frame gantung kt umah PIL. Lgpon time nilah cukup semua ahli keluarga.

Kan hari raya kali nih jatuh pada hari jumaat. Aku kene pergi gak tunaikan solat jumaat seperti biasa. Selesai solat jumaat, aku, wife & semua ahli keluarga berkonvoi ke kampung halaman wife yg terletak di Batu Pahat. 3 kereta kesemuanya. Kereta aku, kerata kakak ipar wife & kereta raya adik ipar aku. Spt biasa, aku akan berada di hadapan menjadi ketua. Aku berhenti utk mengisi minyak tetapi 2 buah kereta lg enggan menunggu aku & meneruskan perjalanan. Aku x kisah pon. Cuma aku mmg planning x nk ikut tol skudai sbb mmg tau kesesakan yg berlaku di situ. Aku masuk lebuhraya ikut Tol Kulaijaya.

Aku pon sedaya upaya utk merapatkan diri dgn 2 kereta td. Rupa2nya, aku dh jauh meninggalkan mereka & aku tunggu mereka di susur keluar Tol Yong Peng Utara. Boleh tahan lama gak tunggu 2 kereta nih. Adalah dlm 30 minit. Sebenarnya aku risau gak kalo2 terkena "tembak" di lebuhraya tadi.

Aku meneruskan perjalanan setelah 2 kereta tadi tiba. Perjalanan terhenti sebentar kerana my wife mengidam nk makan Lemang. Nasib my wife mmg baik sbb itulah satu2 gerai lemang yg ada di sepanjang jalan dari susur keluar Tol Yong Peng Utara ke Tongkang Pechah.

Dikesempatan yg ada, aku & wife menziarahi suadara mara yg berada di Batu Pahat nih. Di rumah nenek wife pula mmg penuh dgn sanak saudara balik pulang ke kampung. Nasib baik rumah tuh besar. Still ada ruang utk aku & wife tidur. Hari raya kedua pula kena balik umah Ibu aku.

Gambar family aku (aku & wife tiada time nih)

1 comment:

  1. salam aidilfitri buat bob n famliy juga.....
    famliy bob pun meriah ape berhari raya kan..seronok kumpul ramai2..bukan selalu..

    ReplyDelete