Salam 1Malaysia...
Hari ini aku kene bangun awal & bersiap2. Org lain di rumah sdg diulit mimpi. Suasana sayup & sunyi. Bunyi kecil dengkuran org tidur pon blh didgr. X sampai hati nk buka lampu. Seterusnya, aku memandu kereta & kelihatan jalan agak lengang. Mmg lengang. Arini x de plak kereta yg blh diajak ber"lumba" nmpknya. Di persimpangan pusingan "U" utk ke senai airport juga kelihatan pergerakan kenderaan cukup lancar. Tidak nmpk kelibat Polis Trafik yg selalunya setia membantu mengawal lalulintas. Tidak seperti hari2 biasa. Gaya aku pon semacam x de mood. Kenapakah??
Owh Tidak. Aku kena KERJA arini. Orang lain sekarang sedang bercuti. Cuti sempena sambutan Hari Malaysia. Bermula pada tahun ini, setiap 16 September akan di reserve sbg cuti umum oleh pihak kerajaan. Kenapa pulak aku kene keje. Ini kerana company tempat aku mencari rezeki telah bersetuju utk memberi hari cuti pada 9 September lalu dan diganti kepada 16 September sbg hari bekerja. Owh, nmpknya company aku bekerja ini bukanlah penderhaka.
Jadinya, utk cover rasa bosan & rasa x puas hati, aku just nk wish kepada yg lain..
SELAMAT HARI MALAYSIA yg ke-47
* Hari Malaysia merupakan hari utk memperingati pengabungan Malaya, Borneo Utara, Sarawak & Singapura membentuk persekutuan Malaysia pada 16 Sepetember 1963
No comments:
Post a Comment