Saturday, January 8, 2011

Minggu Suai Kenal..

Salam 1Malaysia...

Kan sekarang aku dh jadi sebahagian dari warga pendidik di insitut ini. Maka aku terlibat dlm penganjuran minggu suaikenal. Ya..aku diletakkan di slot LDK. Memang slot favourite aku. Tp yg plg membanggakan di sini, semua program MSK dijalankan oleh fasilitator yg juga pelajar2 senior di sini. Pengajar cuma monitor jek. Yg penting, ikhlas diri utk berkhidmat. karang ada plak yg x puas hati. Ok lah tu. Semua berjalan lancar.

Alhamdulillah.. Aku sudah mula menerima takdir yg rezeki aku mmg bermula di sini. Ini semua ketentuan-Nya. Aku percaya semua terjadi ade hikmahnya..

*best gak dpt claim book-off nnti..

Tuesday, January 4, 2011

updated hidup berjauhan

Salam 1Malaysia...

Sekarang aku ngan wife tinggal secara PJJ a.k.a Perkahwinan jarak jauh. Aku & wife dipisahkan oleh laut China Selatan. Kini, aku tinggal menumpang di rumah rakan yg terletak di dlm institut yg sama. Sebelom nih, semasa aku tiba di Miri, aku & wife diletakkan di rumah di tingkat dua. Apabila wife aku pulang semula ke JB, aku membuat "deal" dgn seorang rakan yg menyatakan hasrat utk bertukar rumah kerana die plan utk bw family tinggal bersamanya. Oklah. xpe. Aku pun tinggal seorang. Jd lebih baik aku join rakan2 yg lain utk tinggal bersama.

positif..positif..positif

Sebelom nih tingkat 2..Sekarang..nuh..jauh di atas kayangan..Tingkat 5...lif??memang takde..so kesimpulannya..Kenalah menapak naik turun guna tangga..secara x sengaja, aku dapat bakar sebahagian lemak di badan.. huhuhu..

Sunday, January 2, 2011

Peristiwa "menakutkan" di malam tahun baru

Salam 1Malaysia..

Huh..Memang "menakutkan".Ketika di malam ambang tahun baru, aku berada di Miri. Dah duduk diperantau maka mmg serba kekurangan. Walaupun begitu, tetap ade insan di sini yg baik hati. Ade kenderaan, semua setel. Dipinjamkan sebuah motor bagi kegunaan aku & rakan2 buat sementara.

Nak dijadikan cerita, ketika dlm perjalanan pulang ke "sarang" dari keluar dinner, aku menunggang motosikal pinjam itu, sambil dibonceng seorang rakan. Oelah kerana saiz badan aku yg lebih besar dari dia, terpaksalah aku yg menunggang motosikal itu. Tetiba, odw nk ke "sarang" dari restoran yg terletak kurang dari 2km itu, terdapat satu sekatan jalanraya oleh pak polisi betul2 berdekatan pintu utama masuk ke "sarang". Yang jadi masalahnya, aku x de lesen menunggang motosikal. Itu yg jd cuak gile. Yg member aku plak mmg ade lesen tp x kan nk berenti tukar penunggang time tuh. Kalo x mesti lagi kantoi.

Dengan redha & hati berdebar2, aku beranikan diri utk menempuh sekatan jalanraya itu. Dalam kepala hotak, dh mcm2 alasan aku reka. Ketika betul2 aku sampai di roadblock tuh, sambil memulas minyak secara perlahan2, aku pon tunggu isyarat berhenti dari pak polisi. Nak tau ape yg berlaku selepas itu...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam 1 Malaysia..


Goodbye 2010..
Welcome 2011...

Wednesday, December 29, 2010

Hati yg sayu

Salam 1Malaysia..

Sejekap sungguh masa berlalu. Terpaksa juga aku gagahkan diri utk pulang semula ke Miri. My wife terchenta, aku terpaksa tinggalkannya di JB bersama familinya. Sedih, sayu..tetiba keluar juga air mata jantan dari kelopak mata aku. Mmg aku x dpt menahan sedih meninggalkan my wife terchenta jauh dari pandangan mata. Rindu datang menjelma mengingatkan memori bersama. Tapi apakan daya. Tuntutan tugas & tanggungjawab. aku percaya, ini hanyalah bersifat sementara.. tapi perasaan ini lg tertekan dgn kehadiran memo yg pd aku cukup menjengkelkan. Mencari alasan lain utk menutup kelemahan diri. Hak utk mendapatkan urusan permohonan bertukar tempat tugas ditangguhkan atas arahan pihak HQ. Apakah ini semua??..Yg pasti, aku akan terus bersabar & akan memulakan langkah utk proses pertukaran ini..nantikan..

Saturday, December 25, 2010

Aku, Cuti , & JB

Salam 1Malaysia..

Malam nih merupakan flight aku & my wife utk pulang ke JB. Flight direct from Miri to JB. Aku pula menemani my wife utk ke JB. Risau gak kalo die balik JB sorang2. Naik flight plak tuh.. Duit tambang bukanlah menjadi isu utama. (arghhh..tension..gaji x masuk lg..janji tinggal janji..)  Keselamatan my wife & baby dlm kandungan menjadi keutamaan bagi aku..

Cuti aku pula diluluskan. Aku akan pulang semula keseorangan ke Miri pada hari selasa 28 hb.. Sekarang dh mula rase sayu. Lepas ini, aku & my wife akan berjauhan. Aku akan menyerahkan kunci rumah kuarters kpd pihak pentadbiran. Selepas ini, aku hidup membujang bersama2 rakan yg lain..sob..sob..sob..

X sabar rasenya nk memandu kereta sendiri & memandu di keadaan jalanraya yg selesa di JB. X lupa juga, berat sungguh beg yg akan aku bw utk pulang. Maklumlah. kalo dh pompuan, mesti byk brg yg dishoppingkannya.

Thursday, December 23, 2010

Check-up for mommy to be

Salam 1Malaysia..

Disebabkan my wife mengandung & hampir masuk ke bulan yg ke-7, aku membawanya ke klinik ibu & anak berhampiran tempat aku bertugas. Lgpon, sepatutnya my wife perlu menjalani check-up nih setiap bulan. Tarikh yg sepatutnya, my wife berada bersama2 aku di sini. Tempat yg masih lg asing bg kami. Akhirnya my wife akur utk menjalani check-up bulanan di Klinik Kesihatan Tudan, Miri. tambahan lg, hujung minggu nih, my wife akan menaiki flight utk pulang ke JB bg meneruskan tugas sbg guru di JB. Kenelah juga dptkan surat kebenaran dari doktor utk naik flight..