Showing posts with label Autos. Show all posts
Showing posts with label Autos. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Jajaku dh start demand..

Salam 1Malaysia..

Ginilah nasib kalo ade kenderaan. Yg si jaja ni pon dh start demand mcm2. Yelah umurnya pon dh nk mejangkau 5 tahun. Nk di tukar terasa syg. Niat dihati nk jg je smpi habis bayar. Tp baru2 nih die dh start meragam. Panik??X lah panik sgt. Tp kalo tetiba tgh kt traffic lite, gear x blh masuk, mau x panik nye..Karang kene langgar la pulak. Jadinya, kenelah relaks dulu. Jgn panik2. Kasi off enjin dulu katenya..

Part ni yg plg aku x suka. Mcm2 pendapat yg aku dgr psl masalah jaja nih. Satu bengkel kate lain, satu bengkel kate lain. Harga tukar bende alah tu pulak blh byr satu bulan installment jaja nih. Aku x kesah pon ape yg pomen nk ckp. Yg pntg aku yakin ngan pendapat aku. Rosaknya bukanlah major sgt. Minor jek. Jadi aku just pegi kedai yg sanggup tukar spt yg aku suggest jek. Hasilnya.. Jajaku kembali sihat & bertenaga.. Utk menghargai jasa jaja, aku kasi tukar kasutnya pula..Alamak..nmpk beterbangan di awan nilai ringgit tu..X pe yg penting jaja beri aku kepuasan & perlindungan yg maksimum utk aku & wife ketika bersamanya..

*for me, say no to tyre china made..Go for the quality. Don't compromise with safety & comfortable.

Saturday, October 9, 2010

Updated kereta ayah

Salam 1Malaysia..

Saje jek nk update ttg kete ayah yg eksiden tempohari. Aku meluangkan masa menziarahi kereta ayah sementara menunggu my wife mendengar taklimat melapor diri di SMK Simpang Renggam. Kiranya nih cerita lapok la gak. Tp aku nk share gak..

Gambar semasa eksiden..

Terukkan kondisi kereta...

Kemudian pada 27/9 semasa aku menziarahi kereta nih dh jadi cmni plak..

Sunday, September 12, 2010

Die "pow" tuannya dulu..

Salam 1Malaysia..

Sekarang aku berada di rumah Bandar Tenggara. Seronok dpt beraya dgn ibu & ayah pula. Dalam tgh seronok2 tuh, aku sempat gak melihat keadaan kereta. Korang nk tau. tgh2 aku check kereta, aku terlihat..


Salah satu tayar kereta aku sudah menampakkan benangnya. Tayar belakang pulak tuh. nasib baik x terjadi ape2 pada aku & wife sbb "terbawa" laju kt highway arituh. Aku mmg x expect yg tayar kereta aku akan botak begini. Mmg ade plan nk tukar dlm bulan depan. Inagat sempat nk tunggu gaji bulan depan. Tp dh jadi cmni, terpaksalah gak tukar secepat mungkin. Dan bermula raya ketiga, kereta aku menjadi begini...


Terpaksalah berhari raya dgn menggunakan tayar sotong buat sementara. Kereta dh cantik. Berkilat. Nk tukar tp kedai x buka lg. Tambahan pula kejadian disedari pada hari ahad. Lg lah kedai byk yg x buka. Duit pula dh spend byk kt "angpow". nampak gaya kereta aku nih dh "pow" tuannya dululah gamaknya. Kalo dh pki tayar sotong tuh, mmg x berani lah aku nk jalan jauh. X berapa nk konfiden. Asyik nk tekan minyak jek kasi laju. Dh tertera kt stiker tayar spare tuh. Kelajuan maksima yg disyorkan 80km/j. Mane blh tahan...

Thursday, July 22, 2010

Jasamu rusa mmg x blh dipertikai..

Salam 1Malaysia.

Jgn terkejut melihat tajuk entry di atas. Kt sini aku cuma ingin kongsi cerita berkenaan rusa aku. Owh...Rusa aku bukanlah yg berkaki empat tp die mempunyai roda empat. Setelah aku menggunakan Jaja aku utk beberapa minggu kebelakangan ini, aku mmg terlupa akan rusaku itu. Oleh kerana aku mmg bercadang tidak menggunakannya utk masa yg agak lama, aku letaknya di kwsn yg sesuai & berteduh di bwh bumbung.

Rasenya aku hampir tidak menyentuh si rusa itu dlm tempoh yg agak lama iaitu dlm 5 minggu. Kali terakhir aku menggunakan khidmatnya iaitu ketika kerja2 memunggah barangan & perabot ke rumah homestay keluarga. Selepas dari itu, aku tambatnya di kwsn letak kereta di rumah ibuku.

Setelah aku abaikannya dlm tempoh yg agak lama tanpa di"hidup"kannya, di"panas"kannya, di beri minum, dlm keadaan terpaksa akhirnya aku perlu akur utk merujuknya kembali. Dari situ timbullah rs bersalah aku terhadap si rusa & aku rasekan yg si rusa itu mungkin akan merajuk kepadaku.

Tp, agak menakjubkan. Dengan sekali shj, si rusa itu berjaya dihidupkan. Kejadian ini mmg mengejutkan seluruh isi rumah. Pada mulanya aku pun x berapa yakin yg si rusa ini blh di"hidup"kan dgn secepat ini. Malah aku merasakan yg si rusa ini mungkin memerlukan bantuan pernafasan dr rakannya yg lain.

Rusaku mmg tidak pernah kecewakan aku. Aku shj yg kadangkala memandang rendah kpdnya. Terfikir juga aku let go si rusa ini, tp die mmg jarang memberi masalah kepadaku. Seterusnya, utk menghargainya, aku mandikannya dgn menggunakan sabun setelah beberapa bulan tidak dipedulikan oleh tuannya. Sekarang aku sedar yg rusaku mmg byk berjasa dgn aku.




Wednesday, July 7, 2010

Ketemu juga dgn Autospa


Salam 1Malaysia. Setelah lama aku memikirkan cara plg senang utk menutup kesan calar yg melanda kereta aku, akhirnya aku mendapat info dr forumer Wajaclub utk menggunakan produk Autospa iaitu Auto Touch-up paint. Calar yg terjadi di badan kereta aku mmg agak jelas kelihatan dgn mata kasar. Ttg mcmane kereta tu blh dicalarkan, sehingga kini x de sape yg berani mengaku bertanggungjawab. Agaknya cemburu melihat kecantikan warna kereta aku yg sentiasa bersinar. Calaran ini disedari berlaku ketika my wife menggunakan kereta ini semasa di alam kampus di Tanjong Malim. Maklumlah. Tempat tinggal pd waktu itu berupa pangsapuri 5 tingkat. Jadi agaknya adalah sang pencemburu yg melihat seorang pompuan yg cantik lg cun dgn penuh bergaya memandu kereta yg agak besar & di make-up secara kosmetik ringan.



Berbalik kpd cerita touch-up paint nih. Aku ketemu produk ini di Carrefour Sutera Mall di bhgn aksesori kenderaan. Terus aku menggeledah rak yg menempatkan produk terbabit untuk mencari warna yg bersesuaian dgn warna kereta aku. *kt rak di sertakan senarai kod warna. Mujurlah warna kereta aku adalah warna standard kilang keluaran Proton. Akhinya berjumpalah aku dgn botol touch-up paint 25ml ini dengan kod warna P48 - burgandy. Harganya pula. X lah mahal sgt cuma RM21.90 shj.

Sunday, July 4, 2010

Cuci mencuci di Pusat Cuci Otomatik

Salam 1Malaysia. Semalam aku berkesempatan utk pulang ke kampung halaman my wife bersama2 PIL. So akulah drivernya. Aku memilih perjalanan utk pulang ke kampung Bindu dari JB pada waktu malam agar dpt menghindarkan dr panas. Lg pun, perjalanan mlm agak syok bg aku. Cuaca yg mengiringi perjalanan aku agak kurang baik. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan kereta aku dibasahi hujan.

Aku lebih rela kalo menempuhi hujan lebat berbanding hujan renyai2 ketika memandu. Nk tau kenapa? Sbb jika ujan renyai2, kete aku mmg confirm akan nmpk kotor. Sbb kete aku berwarna gelap. Titisan air yg mengenai kereta dtgnya dr percikan tayar2 kenderaan lain. Tu yg membuatkan kereta aku nmpk kotor.

Apabila berada di kampung, mmg jelas kelihatan kekotoran yg melanda body kereta aku lebih2 lagi waktu siang. Nak basuh sendiri rase segan plak sbb bukan rumah aku. Jdnya, aku berhasrat utk cuci shj kereta di kedai. Dr info yg aku dpt, mokgie mencadangkan agar aku pergi ke kedai basuh berdekatan Bukit Pasir.

Jadi aku ngan my wife pon pergilah ke pusat cuci kereta yg diwar-warkan oleh mokgie tuh. Dari jalanraya mmg jelas kelihatan kedai cuci kereta yg dimaksudkan. Papan tandanya cukup jelas & dinyatakan sekali dgn harga cuci kenderaan. Terkejut juga bila terlihat harga utk cuci kereta...RM 3.00

signboard yg tertera

Apalagi terus je nk mencuba. Rupanya tokey pusat cuci kereta ini mengaplikasikan teknologi dlm pembasuhan kereta. Guna machine sepenuhnya utk mencuci luaran kereta. Tp ada gak la mat2 bangla kt situ yg tlg. Pencucian kereta adalah mengikut station by station.

Apabila sampai, terus pergi ke station semburan air. Kemudian kena gerakan kereta ke station semburan sabun pencuci kereta. Seterusnya gerakan kereta sehingga tayar masuk tepat ke dalam landasan yg disediakan. Di sini, kereta perlulah dlm kedaan free gear & tiada sebarang brake kaki @ tangan diperlukan. Kereta akan dibawa secara automatik melalui landasan yg disediakan. Ok di sini, bermulalah aktiviti mencuci kereta menggunakan berus gergasi di belah kiri, kanan dan berus besar dari arah hadapan hingga ke belakang. Apabila selesai kereta di cuci dgn menggunakan berus gergasi, kereta di bilas lg dgn air & terus dikeringkan dgn blower yg terdapat di mesin tersebut. Siap cuci kereta pun terus kering. Seterusnya semestinya ke station kaunter bayaran. Di kaunter bayaran. mereka akan bertanya jika kita mahukan servis tambahan spt wax tayar (RM 1.00), Vacuum dalaman (RM4.00) dan cuci engine (RM4.00). So kami hanya ambil wax tayar agar dinding tayar kelihatan berkilat & bersih.

Berus gergasi sedang mengganas

So total cuci kereta di situ RM4.00 & cukup murah bg aku yg selalunya berurusan cuci kereta di JB. Kelebihan lain adalah kami hanya duduk dlm kereta ketika proses pencucian berlaku & waktu yg diperuntukan utk cuci kereta hingga kering pun cukup pantas iaitu dlm 10 minit. Bagi kami, mmg berbaloi-baloi la bg kereta nih mandi kali nih.

Tuesday, June 15, 2010

Defensive & Aggressive driving..Where were you?


Salam 1Malaysia. Ha..Today I wanna share a little bit of the driving style. Let's us go to this 2 driving style. Every I drive my car & have made some observation of this common driving style..

Defensive driving define the driving style to save lives, money and also time. This driving style need in good behaviour in spite of the the right actions while in driving & road conditon consideration. The driver need to apply the basic driving rule & mechanics which are taught in driving school lesson. This driving style is aim is to reduce the driving mistakes, risk & avoid the dangerous situations.

Aggressive driving defined an uncrontrolled driving style which are not practice the good behaviour & impatient while driving. This driving style also need the driver to break the driving rule and will create the high risk in accident. Aggressive driving can lead to serious crimes, such as fighting and also create the unplanned illegal racing. An aggressive driving style may injured or killed another driver or himself as they will drive recklessly & lack of driving focus. These were some common aggressive driving style practicing around me;

Speeding – driving too fast & exceeding the current speed limit
Improper or excessive lane changing - Zig-zag style & failing to see that movement
"Cucuk Angin" - Distance between one another car is too close
Improper passing – failing to give clear signal, using an emergency lane to pass

To me, I have practice both driving style every time when drive but still consider the road condition. I have my driving license for more than 10 years & believe have the a lot of experience in driving. Most of my driving time, I have practice the defensive driving style. Sometimes I will practice aggressive driving especially when I'm driving in big town such as JB, KL and also when I wanna test my car performance. * cannot control myself when drive a Mercedes E280 brand because so powerfull engine. Hehehehe. So which driving style are you?

*Tak buleh tahan bile time driving in relaxing mode tetiba ada kete potong cutting style & time kancil 660 standard potong dgn bersungguh2. Apalagi. Tercabar la..



Thursday, June 3, 2010

Not sure yet..


New Honda Stream Model


Old Honda Stream Model

Salam 1Malaysia. Last monday we went to Kulai. Suddenly stop at one used car shop at Saleng. We saw Honda Stream there which is old model & latest model park side by side. *gatai tangan rase nk tamabh hutang baru la nih.. But the new model more attractive with latest design & looks so elegant in white colored. We try both to compare & found the new model give us more satisfaction. The problem is the price range between 2 models is very high. The old model price around RM80K for 2004 model & the new model price around RM120K for 2009. Both are MPV & we are so addicted to have HONDA "the power of dream" model only. Until now we cannot decide because we still search the best choice to replace Rusa. Or is better for us to hunt more bigger MPV like Oddysey model which is the second hand value for 2003 model cost us RM150K only.

Our dream MPV - Honda Oddysey

Suddenly when I see the Rusa, I felt very pity & frankly speaking this Rusa gave us very much sweet memory. We have used this rusa before we getting married until now. The Rusa gave us much much sentimental value. So luvely to hand off the Rusa to other.. Until now, we not decide yet to sell or keep the Rusa because the Rusa still tough and we believe it can serve for us for more than 10 years.

My luvely Rusa

Thursday, April 29, 2010

Keselamatan VS jimat ??



Salam 1Malaysia. Semalam aku telah menukar tayar utk kereta waja ayah. Maklumlah kereta org yg agak berumur. Masih lagi dara u walaupun dh hampir 8 tahun seingat aku. Kiranya still pakai sport rim standard waja tahun 2002. Jadinya tidak jadi masalah bagi aku utk cari tayar utk diganti.

Tp kali ini aku mengesyorkan agar ditukar tayar yg lebih berkualiti sbb kereta waja itu digunakan oleh ayah utk berulang laik pergi kerja sejauh 100km setiap hari. Jadi bagi aku apa salahnya melabur sedikit utk mendapatkan keselamatan & kawalan kereta yg lebih baik. Tujuan utk tukar tayar adlh disebabkan oleh saiz tyr yg berbeza di bhgn hadapan sebelah kiri & kanan. Malah keadaan tayar juga mmg dh patut pun tukar.

Bersempena dgn tawaran hebat yg diberi kpd aku oleh pemilik kedai, aku pun memilih tayar Michelin terbaru iaitu model Pilot Sport 3 (PS3). Harga yg ditawarkan agak baik. Kalau dibandingkan dgn tayar yg lain harga agak lebih dlm lingkungan rm20-rm30. Jadi bagi kau kenapa perlu berkrompomi dgn hal berkaitan keselamatan & kawalan kereta yg lebih baik?? Aku mmg percaya kepada jenama Michelin ini memandangkan iainya adalah bukan shj jenama tp kualiti yg ditonjolkan.

Monday, April 12, 2010

Aku membuat lagak ngeri..

Salam 1Malaysia. Pehh.. Tajuk entry mmg x igt. Lagak ngeri tuh. takdelah ngeri sgt. Cuma perkara ini terjadi diluar dugaan. Kejadian ini berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke rumah ibu dr rumah MIL JB. Aku bersama my wife menggunakan si Rusa utk pulang ke rumah ibu dgn jarak lebih kurang 60km. Aku nih mmg suka jalan lewat ptg. Malas nk jalan tgh2 perit matahari. So, lewat ptg kira reduplah. Dalam perjalanan balik tu, si Rusa elok saje. X de masalah. Aku mmg yakin lagi ngan kewibawaan si Rusa nih. Kami singgah sebentar di restoran Khamis iaitu terletak di Felda Sg Sayong. Wife aku nk belanja aku makan katanya. Kiranya Felda Sg sayong nih terletak dlm jarak 20km dr rumah Ibu. Aapabila selesai makan di Restoran Khamis berserta take away burger favourite my wife, aku start si Rusa nih ok jek. tp..tetiba bila aku switch ON lampu, Astaghfirullah..Lampu semua x nyala. Baik yg lampu spotlight, lampu headlamp & lampu belakang. Semua x hidup. Tapi nasib baik lampu brake & lampu signal still hidup. Jadi dgn memberanikan diri aku redah shj pandu terus si Rusa menuju ke Bandar Tenggara. Jam waktu itu menunjukkan pkl 8 mlm. kalo siapa yg dh biasa kt area jalan situ akan tahu betapa gelapnya jalan dari Sg Sayong menuju ke Simpang Felda Inas. Kt area tuh yg paling mencabar. Aku berhenti sekali sbb aku terlihat kelibat Lori besar belakang si Rusa. Lepas tuh aku meneruskan perjalanan menggunakan aplikasi "hazard signal light". Aku pandu bedasarkan teori agak2 dan berpandukan pengalaman. So cara yg paling selamat bg aku ialah menunda kereta lain yg agak slow. Alhamdulillah. kami sampai dgn selamat ke rumah Ibu.

My wife kelihatan agak ketakutan & x jadi nk makan burger tuh dlm si Rusa. Aku agak musykil ttg si Rusa nih. Aku dpt rasekan yg die ade perasaan. Dalam perjalanan sebelum kejadian aku ade ckp ttg kegusaran terhadap condition si Rusa ini. Pastu aku ade ckp gak kt my wife nk tukar si Rusa nih dlm waktu terdekat. Tetiba..amik ko..die wat hal..Rase bersalah plak nk trade si Rusa nih..

Sunday, April 11, 2010

Singgah sebentar ke KIA showroom..



Salam 1Malaysia. Semlm dlm perjalana pulang dari solat jumaat, aku bersama rakan2 sempat singgah di showroom KIA di Saleng. Hajatnya ingin melihat dgn lebih dekat model keluaran terbaru KIA iaitu KIA Forte. Model Forte ini dikatakan cukup hangat dipasaran. Setelah melihat secara dgn lebih dekat model ini, aku boleh katakan model Kia Forte ini biasa jek kot. X byk beza dari kereta tempatan kita. Cuma kereta Forte ini dilebihkan dgn gadjet2 elektronik terkini jek..

Tuesday, February 23, 2010

Servis Kereta dengan Castrol Magnatec.


Salam 1Malaysia.Hari ini aku ingin kongsikan sedikit cerita berkenaan aktiviti semalam.Memandangkan hari semalam aku terpaksa mengambil cuti separuh hari (lebih popular sbg halfday leave) kerana masalah teknikal yg melanda Rusa kesayangan, aku juga tidak melepaskan peluang untuk menghantar kereta aku untuk diservis.Lagipun kalo mengikut tempohnya, kereta aku mmg patut diservis.Tetapi kalo tgk jumlah kilometernya masih tidak perlu diservis.Jadi aku mengambil langkah tengah untuk ditukar shj minyak hitam itu.Tak rugi pun.Seperti biasa, aku lebih suka mencari sendiri minyak hitam dan barangan lain yg difikirkan perlu di kedai sparepart pilihan.Aku ni jenis cerewet dlm pemilihan barangan utk kereta aku nih.Aku akan pilih minyak kegemaran aku iaitu minyak semi-synthetic Castrol Magnatec yg sememangnya berbotol hijau.Tokei kedai itupun seakan sudah tahu pilihan aku mengenai minyak ini.Buat pengetahuan semua, sepanjang aku menggunakan minyak enjin Castrol Magnatec ini, enjin kereta aku cukup lancar.Tiada masalah.Seingat aku, kereta aku ni telah mula menggunakan minyak enjin ni setelah habis tempoh edah diservis di pusat servis Proton.Sebelum itu, aku ada juga mencuba pelbagai minyak seperti Petronas Syntium 1000, Shell Helix Plus,Eneos..Tapi Castrol Magnatec jua tetap pilihan dihati.Bukanlah minyak enjin lain x bagus, tapi kereta aku kata dia hanya nak Castrol jek.So bukan nk wat iklan.Jenama Castrol ini mmg boleh dipercaya.Tapi berhati2 dgn minyak enjin tiruan dan minyak enjin terpakai yg diproses kembali.Seperti biasa aku akan hantar kereta aku di bengkel servis GATS auto & tyre service, yg terletak di Taman Kemas, Johor Bahru.Bengkel ini menjadi pilihan kerana cara pemilik bengkel melayan aku & kereta aku ini cukup istimewa.Pengendalian cara servisnya cukup teratur.Malah kita akan di tanya terlebih dahulu berkenaan budget & mereka akan memberitahu apa yg perlu ditukar pada servis yg akan dtg. Malah mereka akan menyimpan rekod kereta yg diservis & pihak bengkel akan merujuk kembali apabila kita dtg pada masa akan dtg.Tuh yg aku suka kt bengkel tu.Malah yg paling istimewa pemiliknya juga merupakan pengusaha buniputera.

Thursday, February 4, 2010

Brek Seragam??


Salam 1Malaysia.Amcm arini?Mesti arini lebih baik dr smlm kn?.Oklah.Arinih aku just nk kongsi sedikit psl info terbaru berkenaan keselamatan jalanraya.Kan Malaysia antara negara tertinggi mencatat kemalangan jalanraya yg melibatkan kehilangan nyawa.Itu belum lagi diambil kira yg cedera parah, koma, dan terus menjadi OKU.Bermcm2 cara & kempen yg telah dibuat oleh pihak berwajib utk mengurangkan kes kemalangan jalanraya.Tak lupa jg kpd pihak yg terlibat scr tidak langsung spt Petronas yg membekalkan air kopi percuma di waktu perayaan.Hehehe.Sedap tu air percuma!!!

Arinih aku just nk kongsi berkenaan langkah terbaru yg diambil oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berkenaan isu brek.Penting tuh brek.Mengikut laporan akhbar dan berita, bermula 1 Julai ini, semua brek yg berada di pasaran akan diselaras & diseragamkan.Isu ini timbul kerana terdapat kualiti brek pad yg terdapat dipasaran agak meragukan.Brak pad yg dpt dibeli dr pengeluar adalah serendah RM2.Oleh itu, tidak mustahil jika harganya rm2 maka kualiti yg kita dpt mungkin juga RM2 juga.

Cuma bagi aku skrg ialah byk aspek yg perlu kita lihat scr meluas.Lihat dulu cara pemenduan org kita.Kemudian barulah kita melihat kpd isu mekanikal.Apalah guna jika kita psg brake yg mmg dijamin kualitinya spt brembo ttp pd yg sama menggunakan tayar yg botak & pula pemandu menekan kelajuan 150km/j.


Tuesday, January 12, 2010

Dia Buat Hal Lagi!!!

Die buat hal lagi.Kali ni lagilah teruk.Sewaktu aku ingin pulang dari tempat koje.Tetibe...
kete aku x blh start.kali nih langsung macam dh x de sumber kuasa dari mane2 pn.
Dah la aku tgh penat.Yang aku terfikir ialah cmne aku nk hidupkan kete aku tuh.
Sampaikan aku x terfikir cmne aku nk blk.Bahaya betul..
Aku mcm rase yg kete aku nih me'rajuk'.Die blh plak ade feeling2.
Yelah..Aku mmg ade rs nk tamatkan perkhidmatan die tp aku rs die jarang memberi kesusahan kt aku.
Lagipon seharian aku di opis men'surf'ing cari sumber maklumat berkaitan bakal kete aku.
Sebenarnya aku x serius sgt nk tamatkan perkhidmatan die sbb rsnye membazir la plak.

Monday, January 11, 2010

Perodua Alza



Eceh.Ape kena mengena dengan tajuk di atas pulak nih.Hujung minggu lalu, aku dengan rendah diri, memandu Rusa membawa family wife aku balik ke Kampung Bindu, Batu Pahat.Samapi gak kampung tuh naik rusa aku.Perjalanan lebih 100km tuh.Rasanya lama gak x balik ke kampung nih.Kali terakhir kami pulang ke kampung tuh pada Raya Aidiladha.Dah dekat 2 bulan kami tidak menjejaki kaki ke kampung halaman.

Banyak perubahan yg berlaku di rumah kampung.Rumah tradisional ini sedang melalui renovation secara total.Rekabentuk sedang diperbaiki & masih lagi mengekalkan ciri rumah tradisional melayu lama.

Eh..tersasar plak cerita nih.Nih nk canang cerita kt sekampung.Dalam diam rupa2nya, Pak Anjang telah mengorbankan Wiranya untuk ditransform kepada Perodua Alza.Wah.Sudah ada kemajuan.Memang patut pun Pak Anjang tu tukar keretanya.Setahu aku, kereta wiranya dulu sudah berusia 16 tahun dan tampak keuzurannya.Tambahan lagi, aku dengar sejak akhir2 ini, kereta tuh asyik membuat perangai.

Mungkin rezeki untuk bertukar kepada Alza ini cukup tepat pada waktunya.Anak pun dh lebih 3 orang.Jadi memang sepatutnya die dapat Alza tu.Bukannya Persona.Die kata, mula2 nk sorok dr pengetahuan aku, rupa2nya, aku dh mmg tahu dari dlm rumah apabila mendengar bunyi alarm Alza tu.

Peluang ada di depan mata.Sepanjang di kampung, aku dipaksa menjadi driver sekali lagi untuk ke Bandar Batu pahat. Tapi kali ini bukannya dengan Rusa.Tapi menjadi driver menggunakan Alza.So cukup puas aku 'test drive' Alza EZ nih.Dh sememangnya aku di'bakar' utk menukar Rusa tu.Tapi hati kn cekal.

So far, yg aku boleh katakan ialah Alza ni kategori OK.Yelah kereta baru.Skru x de yg longgar.Lagi2 bila nk compare ngan Rusa.Dari luaran, akurase biasa aje kot.Belom nmpk idea nk nmpk ranggi.Dalamannya Ok.Cuma seat masih boleh diperbaiki dari segi kelembutan dan pemilihan fabrik.Keluasan dalaman agak terbatas.lagi2 dengan badan aku yg smmgnya berisi dn family juga.Agak sempit.

Pemanduan, agak baik.dari segi enjin, ok cuma respon utk tukar gear agak lmbt.Steering handling pun OK.Tp still ade gak rs cam bw kereta MyVi.Cuma Alza nih kurang gadget kt papan pemukanya.Kemudian keadaan dalaman agak gelap untk pemanduan malam hari kerana kurangnya gadget.Yg paling x syok,mestilah bghn boot yg mmg ketara kecilnya.

Overall, mmg Alza ni sesuai utk family yg sederhana.Alza nih mmg bertepatan dgn cogankatanya iaitu Alza, kereta juga MPV.

*Sampai jek dr kampung, aku tgk TV3 yg time tu rncgn Ronda.Ronda time tuh tgh test drive Proton Exora.Pehh.aku sebenrnya minat gile kt Exora.tah akhir2 nih, aku minat kt MPV lak.manelah tau ade rezeki dpt tukar MPV kot.


Saturday, January 2, 2010

Memori: 1 Januari..

Salam 1 Malaysia buat semua.Amacam??Adakah anda semua sihat2 belaka??(gaya percakapan seorang guru terhadap anak muridnya).Seronok masuk tahun 2010??Ini bermaksud hanya tinggal 10 tahun shj lagi untuk ke arah wawasan 2020.Bernas sungguh idea Dr. M ini.Ada juga keinginan untuk memiliki pandangan jauh macam beliau.(tabik springg utk Dr.M)

Opsss..tersasar pula..Ini bukan kisah Dr. M daaa...Ini kisah hitam yang telah terjadi pada 1 Januari 2008..Untuk makluam semua, tanah jajahan Sultan Iskandar ini tidak mengambil cuti sempena tahun baru masihi..(negeri hujung benua asia ini hanya meraikan tahun baru hijrah..sungguh islamik kan negeri tumpah darahku)..So hanya terdapat beberapa syarikat yang tidak sedar diri menumpang di negeri ini sahaja mengisyhtiharkan cuti sempena tahun baru..(termasuklah tempat aku bekerja dahulu..opss nama syarikat terpaksa dirahsiakan atas menjaga nama baik si Kambing itu..)


Kejadian ini berlaku di area Sri Gading. Selepas penat ber'suppin tingkap' di Ayer hitam, menghala ke Batu Pahat. Tetiba.. seorang Makcik yg separuh abad umurnya dengan konfidennya melanggar sisi kiri kereta aku. Bayangkan straw minuman bos aku boleh terpatah time itu.(sungguh musykil betul aku sampai sekrg knp straw plastik blh patah time tu).Boleh ke die beri alasan, "MAKCIK DH BERI SIGNAL KANAN UTK KELUAR SIMPANG" (dgn muka konfiden dn tak bersalah plak tuh).Bengong sungguh makcik tu.mcm x tau undang2 jalanraya agaknya.Manalah kita akan nampak signal nya tuh kalo kita dari arah kiri die..Betul x?? Kemudian terpaksalah aku pergi ke balai Trafik BP utk buat report.dn dari report mmg terang, aku tidak bersalah dan makcik tuh yg bersalah.maka die terpaksalah menanggung kerugian kereta aku..

Itulah kisah aku di 1 januari..Udah 2 tahun peristiwa itu berlalu..dan kereta aku terus sihat dn terus menabur jasa baktinya kepada aku di bumi UPSI ini..

Saturday, August 1, 2009

Rusa..satu keperluan atau kehendak??

Sekarang aku tengah fenin memikirkan pasal rusa itu.
Rusa itu bukan sembarang rusa..
Rusa itu tidak boleh berkata-kata..
Tapi kebelakangan ini rusa itu asyik membuat aku naik angin..
Dah start banyak ragamnya..
Mogok agaknya..atau??



Dari satu..ke satu masalah..
haritu sudah aku operate jantungnya..
tidak cukup dgn itu..
aku operate juga paru2..
Nampak gayanya semacam rusa ini memberi satu mesej yang jelas agar dikorban sahaja.


Tapi..


Rusa itulah yang banyak berjasa kepada kami..
Rusa itulah yang menemukan kami..
Rus aitulah saksi percintaan kami..
Rusa itulah yang menjadi kenangan kami..
Walhal, Rusa itu jugalah yang menyenangkan kami dahulu di bumi UMP..


Sebab itulah aku terus menjadi rungsing..
pepatah ada mengatakan..


"ditelan mati mak, diluah mati bapak"


Secara fizikal Rusa itu tiada cacatnya..
atau hanya aku shj yang buta..
Tidak boleh susah sikit..
Hanya ingin bergaya..
Hanya nampak Gah..
Termakan dengan kata-kata ornag diluar sana..
Knp meraka ini memandang serong Rusa itu..
Adakah hodoh rupanya??..
Atau rusa ini telah membuatkan orang lain cemburu melihatnya??
adalah lebih elok sekiranya aku melabur duitku hanya sekali
sahaja untuk membetulkannya..


Tapi..
aku khuatir sekiranya
Rusa ini bertambah parah satu hari nanti..
Organnya juga sukar dicari..
malah sekiranya ada, harganya melambung tinggi..


Sampai kini aku masih memikirkan nasibnya..
Adakah aku harus mengejar nama..
gaya sahaja..


Rusa..oh..rusaku..
aku masih dalam dilema..
keperluan atau kehendak???