Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Nilai duit & keikhlasan

Salam 1Malaysia. Siapa di sini yg hendak duit? Mesti ramai di luar sana sedang mengatakan "mestilah nak", kn? Entry kali nih bukanlah saje2 nk bag duit. Saje je nk cuba interaksi secara tulisan. Sebenarnya, aku mmg suka menjadi pemerhati & akan berfikir ape yg aku lihat. Semalam ketika sedang mendengar khutbah jumaat, aku terpandang akan sebuah tabung masjid yg bergerak dari sebelah ke sebelah sampailah ke hujung saf. Penghujungnya adalah bebtul di hadapan aku. Kali ini yg speselnya ialah tabung itu transparent & mmg jelas kelihatan not-not duit yg berwarna warni. Yg aku lihat, majoriti duit ada dlm tabung tersebut bernilai RM1.00 (warna biru).

Aku cuba perhati tajam ke arah tabung tu namun langsung tidak nmpk not yg berwarna ungu (RM100) & biru (RM50). Setakat not merah (RM10) tu ade tp x byk. Tetiba aku teringat dgn satu e-mail yg aku pernah baca berkenaan nilai RM1.00 VS RM50.00. Aku sendiri akui berkenaan nilai RM1 dn RM50 tu. Mmg benar yg aku lihat smlm RM1.00 byk kt tabung masjid.

Mcm aku sendiri. Bilalah aku boleh meringankan tangan & mengikhlaskan diri memasukan not RM50 ke dalam tabung masjid tuh? Bila difikir kembali, mmg aku malu sbb terlalu "kedekut" dlm bab mengikhlaskan diri ini. Mmg benar kata orang. Berapa pun nilai duit kita beri yg plg penting ikhlas. Tapi dlm bab tabung masjid, sedekah, zakat, kenapa harus berkira? Susah kan nk ikhlaskn diri kalo terlihat RM50 pada kita berbanding RM1? Apa nk jadi...

Thursday, April 1, 2010

April Fool : Sambutan yg diHARAMkan



Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What? (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)


Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.


Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.


Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.


Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.


Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.


Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.


Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.


Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. "Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!" demikian bujuk tentera Salib.


Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.


Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.


Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.


Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.


Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai  "The Aprils Fool Day".


Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.


April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan


Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.


Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; "Umat Islam banyak yang latah dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut"


Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.


Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.


Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.


Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.


Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day".


Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa The April Fool Day itu dipopulerkan dengan ritual yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.


“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas”, katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com

Friday, January 29, 2010

Rezeki atau Gaji?


Salam 1Malaysia.Saje je nk bagi entry berbentuk persoalan.Aku memang suka dengan gambaran pendapatan vs perbelanjaan di atas.Al maklumlah sbhgn besar dari kita rata2nya mempunyai pendapatan kurang dari RM3k.Tapi bagi aku perkiraan di atas hanyalah sekadar satu gambaran yg hanya menggunakan logik akal.Ingin aku tekankn di sini adalah tidak semua perkara di antara kita semuanya sama.

Gaji adalah wang dari hasil titik peluh kita bekerja.gaji ini blh diungkap sbg upah kiat bekerja dalam tempoh tertentu.Kebanyakan dari kita mempunyai anggaran gaji tersendiri mengikut pekerjaan masing2. Maka ramai antara kita keliru antara gaji dan rezeki.Semua gaji adalah rezeki tetapi tidak semua rezeki itu adalah gaji.

Rezeki adalah pemberian Allah dan sememangnya kita mahukn sumber rezeki itu dari yg halal tanpa was2. Maka, rezeki yang berkat akan menjdkan hidup kita akan dipermudah. cuba kita lihat kembali kepada kiraan pendapatan vs perbelanjaan di atas, tiada pun kiraan itu yg cacat, malah kiraan itu benar2 logik mengikut tuntutan kehidupan hari ini.

Berdasarkan pengalaman aku, menjadi satu kemusykilan bagaimana seorang tukang kebun sekolah yang hanya berpendapatan isi rumah kurang dari RM2000 dpt memiliki kehidupan berkeluarga nampak dipermudahkan oleh-Nya. Malah dia & isterinya mampu menyimpan duit sehingga dapat menunaikan rukun haji ke Mekah.Dia juga mampu memiliki kereta (Proton Wira),menduduki rumahnya sendiri dan mempunyai sebilangan anak yang agak ramai. Sebenarnya itulah dinamakan rezeki.Walaupun berpendapatan sederhana, aku merasakan tiada yang mustahil bagi kehidupan keluarga tukang kebun itu.Itulah penangan rezeki yang diberkati.Malah di sebalik itu, aku juga pernah mengenali seseorang pegawai kerajaan yang berpendapatan tinggi hampir sekitar rm10k tetapi memliki kehidupan yg agak kucar-kacir.Nauzubillah.

Sampai sekarang aku percaya rezeki itu milik Allah dan diberikan oleh-Nya utk setiap makhluk. Setiap rezeki yang kita  miliki sebenarnya ada dari sebahagiannya milik org lain.Ringan-ringanlah tangan utk menunaikan zakat, memberi sedekah dan juga menghulurkan bantuan kepada yg dirasakan berhak menerima.Apalah sgt nilai RM1 yg dimasukkan ke dalam tabung masjid jika dibandingkan dgn tiket wayang yg berharga RM10. Malah jgn kita lupa menjaga amalan yg telah disyariatkan oleh Allah kepada kita di samping berbakti pada Ibu Bapa kita. Moga kehidupan kita akan dipermudah dan kita akan terhindar dari menjadi golongan org yg kufur.

Oleh itu, marilah sama-sama kita ucapkan syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat rezeki yang kita dapat pada tika ini. Apabila kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmat kepada kita tetapi apabila kita kufur, maka tidak mustahil Allah akan menarik kembali nikmat-Nya. Ingatlah hidup kita tidak semestinya memerlukan duit RM3K++.Nikmat syukur itu adalah yang lebih utama.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H



Salam Maal Hijrah 1431H buat semua. Semuga amalan kita diterima pada tahun lepas dan dapat memperbaiki amalan kita pada tahun mendatang. Kedatangan tahun hijrah 1431H ini juga cukup bermakna kerana jatuh pada hari bagi penghulu semua hari iaitu hari Jumaat. Dan pada 18 Disember ini juga terdapat perlawanan akhir bola sepak sukan Sea melibatkan pasukan Malaysia.

Sekarang kita mempunyai 2 pilihan antara duduk di masjid meraikan kedatangan Maal Hijrah atau duduk di depan TV menyaksikan perlawanan akhir bola sepak sukan sea?