Showing posts with label Miri. Show all posts
Showing posts with label Miri. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Minggu Suai Kenal..

Salam 1Malaysia...

Kan sekarang aku dh jadi sebahagian dari warga pendidik di insitut ini. Maka aku terlibat dlm penganjuran minggu suaikenal. Ya..aku diletakkan di slot LDK. Memang slot favourite aku. Tp yg plg membanggakan di sini, semua program MSK dijalankan oleh fasilitator yg juga pelajar2 senior di sini. Pengajar cuma monitor jek. Yg penting, ikhlas diri utk berkhidmat. karang ada plak yg x puas hati. Ok lah tu. Semua berjalan lancar.

Alhamdulillah.. Aku sudah mula menerima takdir yg rezeki aku mmg bermula di sini. Ini semua ketentuan-Nya. Aku percaya semua terjadi ade hikmahnya..

*best gak dpt claim book-off nnti..

Tuesday, January 4, 2011

updated hidup berjauhan

Salam 1Malaysia...

Sekarang aku ngan wife tinggal secara PJJ a.k.a Perkahwinan jarak jauh. Aku & wife dipisahkan oleh laut China Selatan. Kini, aku tinggal menumpang di rumah rakan yg terletak di dlm institut yg sama. Sebelom nih, semasa aku tiba di Miri, aku & wife diletakkan di rumah di tingkat dua. Apabila wife aku pulang semula ke JB, aku membuat "deal" dgn seorang rakan yg menyatakan hasrat utk bertukar rumah kerana die plan utk bw family tinggal bersamanya. Oklah. xpe. Aku pun tinggal seorang. Jd lebih baik aku join rakan2 yg lain utk tinggal bersama.

positif..positif..positif

Sebelom nih tingkat 2..Sekarang..nuh..jauh di atas kayangan..Tingkat 5...lif??memang takde..so kesimpulannya..Kenalah menapak naik turun guna tangga..secara x sengaja, aku dapat bakar sebahagian lemak di badan.. huhuhu..

Monday, December 6, 2010

1st weekend di Bumi Miri

Salam 1Malaysia..

Ini adalah hari minggu pertama aku & my wife berada di bumi Miri. Nk tau ape yg kami buat. Oleh kerana aku sudah mula berasa tepu, ketinggalan zaman akibat terputus dgn dunia luar, patah kaki (akibat tiada transport), aku mengambil keputusan utk berjimba di Bandaraya Miri bersama my wife. Berbekalkan dgn duit yg ada, kami mendapatkan sebuah kereta sewa. No contact kereta sewa pula aku peroleh melalui internet. Yup dgn harga yg diberikan oleh Mr Bryan kpd aku utk menyewa kereta Iswaranya, aku setuju. Keretanya OK & nmpk terjaga.

Disebabkan tiada TV di rumah, aku sekali lg menghabiskan duit utk tidur di hotel semata2 utk menonton TV (especially berita). kami pilih hotel yg biasa2 shj. Hotel Tropical Inn menjadi pilihan sbb harganya agak muarah disamping lokasinya cukup hampir dgn salah satu shopping complex terkemuka di Miri ini.

Habis satu Bintang Mall kami pusing sambil terbeli beberapa helai baju & pasang kasut. Kemudian melawat Miri Craft centre utk melihat sambil membeli belah souvenir barangan sarawak.

Yg paling best, walaupun ade di JB, tetapi suasana di pasar malam di Miri tetap unik. Nmpk kelainannya.

Akhirnya, dapat juga kami melihat pantai di Taman Selera, Miri nih.. Juga terdapat peristiwa yg memalukan diri sendiri. Oleh kerana terputus hubungan dgn dunia luar utk beberapa hari, ketika inigin mengisi minyak kereta, aku dapati harga yg tertera mahal 5 sen dari biasa. Dalam bisik hati aku berkata, "agaknya harga minyak di Sarawak mmg mahal 5 sen kot berbanding semenanjung". Rupa2 nya, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sbyk 5 sen sebelum nih. Mcmanelah aku blh x tau nih.. Malu beb bergelar warganegara Malaysia.

Friday, December 3, 2010

Keluar-Masuk Bumi Kenyalang

Salam 1Malaysia..

Sebelum bertolak ke negeri sarawak nih, aku ade juga membuat bebrapa persediaan termasuklah urusan dokumen keluar-masuk. Tp malang bg aku x blh buat di pejabat Imigresen Johor Bahru sbb IC aku berkeadaan cukup uzur (hampir patah 2) & aku dikehendaki mendapatkan dahulu IC baru sebelum memohon dokumen perjalan terhad.

Dengan kekangan waktu, jadinya, aku ke negeri bumi kenyalang hanya menggunakan IC sahaja. Sampai shj di pintu masuk negeri sarawak, aku hanya diberikan satu slip pas lawatan sosial yg blh digunakan dlm tempoh 90 hari shj. Knp??Utk pengetahuan, negeri Sarawak & Sabah diberi kuasa autonomi utk urusan keluar masuk. Pas lawatan sosial ini tertakluk kpd warga semenanjung utk ke sarawak & sabah.

Untuk kemudahan urusan keluar-masuk dari Bumi kneyelang ini, aku mencuba nasib sekali lagi menggunakan IC yg sedia ade utk membuat permohonan mendapatkan Dokumen Perjalanan Terhad Sarawak & Sabah. Alhamdulillah...Urusan dipermudahkan. Permohonan dokumen diterima.

Dan yg paling bestnye, aku dh dpt cop tanpa terhad bilangan hari tinggal di bumi kenyalang ini berdasarkan perkhidmatan aku di sini.

Monday, November 29, 2010

Aku di Bumi MIRI

Salam 1Malaysia..

Berbekalkan iltizam yg tinggi & hati yg dipenuhi perasaan paksa-rela, aku turutkan juga utk melapor diri di ILP MIRI ; tempat transit secara pentadbiran sebelum ADTEC Bintulu dibuka sepenuhnya. Aku, my wife & rakan2 yg senasibku, telah selamat menjejakan kaki di BUMI MIRI pada tepat JAM 10:45 pagi. Penerbangan berlepas dari KLIA pada awal pagi & aku dihantar oleh Ibu serta adik2 aku. Alahmdulillah semua berjalan lancar. Kehadiran kami di Lapangan Terbang Miri bukanlah seperti yg dijangka. Jangkaan awal adalah terdapat wakil dari ILP Miri utk pick-up di sini, tetapi kami diberitahu yg kedatangan kami tidak diberitahui oleh pihak HQ. Oleh itu, oleh kerana rata2nya mempunyai nasib yg sama, kami berkongsi teksi utk sampai ke tempat yg masih asing bg kami iaitu ILP Miri.

Kehadiran kami disambut oleh pengarah ADTEC Bintulu yg masih segak & ensem (ayat bodek spy senang dpt sign utk pindah). Kami dibahagikan kepada beberapa buah rumah quarters & aku dpt sebuah rumah memandangkan cuma aku sorang jek yg bw pasangan. Blok Nilam Puri tingakt 2..Oklah tuh. X tinggi sgt.. Bermulah kehidupan aku sbg kakitangan kerajaan di bumi Miri ini.

* dekat dgn e-mart..Teringat kip-mart tampoi. Konsep yg sama.