Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam 1 Malaysia..


Goodbye 2010..
Welcome 2011...

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam 1Malaysia..


Selamat Tahun Baru Islam 1432H. Semoga kehadiran tahun baru ini menambahkan lagi iltizam utk meningkatkan iman, ibadah & mempertikatkan ketaqwaan kepada Allah. Diharap dalam tahun ini, rezeki yg diperolehi diberkati & terus dirahmati oleh-Nya..

* Cuti mode

Monday, November 22, 2010

DAULAT TUANKU

Salam 1Malaysia..


Hari ini merupakan hari ulangtahun keputeraan Sultan Johor yg  terkini iaitu Sultan Ibrahim ibni Almarhun Sultan Iskandar yg ke-52. Ini bermaksud, hari ini merupakan cuti umum bg penduduk Johor & ini adalah kali pertama sambutan hari keputeraan sultan Johor yg baru ini. Diharapkan baginda terus dipanjangkan umur, dilimpahkan dengan rezeki yang berkat, dipermudahkan dalam urusan mentadbir tanah Johor serta dpat meneruskan iltizam baginda yg berjiwa rakyat. Daulat Tuanku

Monday, September 27, 2010

Selamat Hari Lahir..

Salam 1Malaysia..

Diumumkan bahawa hari ini bersamaan dengan 27 September adalah merupakan sambutan hari ulangtahun kelahiran my wife..Hehehe dh makin bertambah umur..


" Semoga sayang dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, dikekalkan hidup dalam islam, menjadi isteri mithali, akan menjadi mummy yg baik utk anak kita..Amin.."

*bersempena dgn sambutan ulangtahun kelahiran my wife, aku telah mengambil cuti bagi....???

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia yg ke-47

Salam 1Malaysia...

Hari ini aku kene bangun awal & bersiap2. Org lain di rumah sdg diulit mimpi. Suasana sayup & sunyi. Bunyi kecil dengkuran org tidur pon blh didgr. X sampai hati nk buka lampu. Seterusnya, aku memandu kereta & kelihatan jalan agak lengang. Mmg lengang. Arini x de plak kereta yg blh diajak ber"lumba" nmpknya. Di persimpangan pusingan "U" utk ke senai airport juga kelihatan pergerakan kenderaan cukup lancar. Tidak nmpk kelibat Polis Trafik yg selalunya setia membantu mengawal lalulintas. Tidak seperti hari2 biasa. Gaya aku pon semacam x de mood. Kenapakah??

Owh Tidak. Aku kena KERJA arini. Orang lain sekarang sedang bercuti. Cuti sempena sambutan Hari Malaysia. Bermula pada tahun ini, setiap 16 September akan di reserve sbg cuti umum oleh pihak kerajaan. Kenapa pulak aku kene keje. Ini kerana company tempat aku mencari rezeki telah bersetuju utk memberi hari cuti pada 9 September lalu dan diganti kepada 16 September sbg hari bekerja. Owh, nmpknya company aku bekerja ini bukanlah penderhaka.

Jadinya, utk cover rasa bosan & rasa x puas hati, aku just nk wish kepada yg lain..


SELAMAT HARI MALAYSIA yg ke-47

* Hari Malaysia merupakan hari utk memperingati pengabungan Malaya, Borneo Utara, Sarawak & Singapura membentuk persekutuan Malaysia pada 16 Sepetember 1963

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran Aidilfitri

Salam 1Malaysia..


Syukur Alhamdulillah. Sekarang kita berada di bulan Syawal. Sebulan kita menjalani ibadah Puasa. Terasa syu & hiba apabila terdengar laungan Takbir Raya kerana Ramadhan kali ini meninggalkan kita. Entahlah. Masihkah ada lagi peluang utk aku berjumap Ramadhan tahun hadapan. Cuma aku mampu berdoa agar aku dapat berjumpa lagi dgn Ramadhan akan datang atas kehendakNya.

Dikesempatan ini aku & wife menyusun sepuluh jari penuh pengharapan, seikhlas hati memohon ampun & maaf sekiranya terdapat kekhilafan diri dalam penulisan di blog ini. Mmg tidak dapat dinafikan kadangkala penulisan ini bertuankan emosi utnutk pembaca, pengikut serta yg mengenali diri ini, dengan rendah diri aku & wife ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Semoga perjalanan ke kampung semuanya selamat. Berhati2 apabila memandu. Jauhkan dari sifat pentingkan diri apabila memnadu.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Kareem

Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah..Ramadhan telah tiba lagi. Aku masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya utk bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan akan datang?? Entahla. Hanya Allah jua yg tahu apa yg berlaku. Datangnya Ramadhan membawa 1001 keberkatan. Di dalamnya dipenuhi segala rahmat. Diwajibkan umat Islam yg beriman berpuasa dgn sempurna selama bulan Ramadhan. Diwajibkan Zakat Fitrah juga ada hanya dalam bulan Ramadhan. Dihias pada malamnya pula dengan solat Tarawikh yg tiada pada bulan2 yg lain. Ditemani lagi oleh keberkatan Sahur & Iftar. Paling Istimewa, dihadiahkan oleh Allah satu malam yg paling dinanti oleh orang yg beriman iaitu Malam LailatulQadar. Dan akhirnya akan dihilangkan bulan Ramadhan ini dengan tangisan bg orang muslim kerana akan terus merindui bulan Ramadhan ini yg dirasai cukup singkat kehadirannya... Percayalah..

Oleh yg demikian, dikesempatan ini, pemilik blog ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Pose jgn x pose...


Ingat..Syaitan dh pergi..Tp...

NAFSU

tertinggallah pulak..Oleh itu, kawallah nafsu dgn bijaksana lebih2 lg time nk berbuka ya kawan2..



Thursday, July 8, 2010

Banci Penduduk & perumahan Malaysia 2010


Salam 1Malaysia. Diumumkan adalah satu bancian penduduk & perumahan Malaysia tahun 2010 akan dijalankan bermula 6 Julai 2010 sehingga 22 Ogos 2010.  Bancian ini dilakukan pada setiap 10 tahun & kali terakhir bancian sebegini rupa dijalankan pada tahun 2000.

Maklumat dari bancian ini amat penting bg kerajaan mengetahui taraf sosio-ekonomi penduduk Malaysia. Hasil maklumat pada setiap bancian akan diguna pakai bg kerajaan untuk merancang pembangunan pada masa akan datang. Bancian pada kali ini meliputi seluruh aspek termasuk warga asing yg menetap di Malaysia serta penduduk Malaysia yg tiada tempat tinggal yg sempurna.

Oleh itu mohon kerjasama dari semua yg terlibat khususnya ketua isi rumah memberikan maklumat secara tepat bg menjayakan program bancian ini. Untuk lebih mudah dikenali, setiap pegawai pembanci dilengkapi dgn kad pengenalan @ kuasa banci & borang bancian yg formal.

Kad pengenalan pembanci

Oleh yg demikian, terutamanya yg menetap di dlm daerah Kulaijaya, kalulah anda bernasib baik, pemegang kad pengenalan pembanci di atas ini akan tiba di rumah anda penuh dgn senyuman & ramah mesra. Bagi yg lelaki di luar, maaf la ye. Pn pembanci ini sudah berpunya.


Sunday, June 20, 2010

Happy Fathers Day

Salam 1Malaysia. Today, as we known, was fathers day. So, I wanna wish to Happy fathers day to:

Picture at birdnest stadium of Korea
My luvly AYAH, Hj Aziman B. Tumirin.
Thanks a lot because raise me & siblings (along, ani, nuar & haziq) fully with kasih sayang. Although you start with normal teacher, you still can give whatever I need. You never failed to show you're great father & a family leader. You inspires me a lot in build my life. You always give me support in whatever I do.

Now I know why you're so strict when I'm in child. It was all about life. If not, I will not be a usefull person. Although his face looks fierce, but your heart full with love to your childs. Thanks Ayah because you sacrifice your whole life to raise us to be a "human".


My FIL, ABAH, Mohd Razali B. Ismail.
Thanks alot because raise my luvly wife. Also thanks because you bless our marriage & wanna to be our Wali on our wedding ceremony. Although his health condition is quite bad, he still working to earn some money to fullfil the life needs.

Me?..Hopefully next year to celebrate this Fathers Day with DADDY tittle. Amin..

Monday, June 14, 2010

Rejab is coming this year..


Salam 1Malaysia. Just wanna remind of our muslim friends. Rejab is coming today, 14 June 2010. So welcome Rejab 1431 Hijrah. This Rejab month is a good reminder as we will have our Ramadhan in coming 2 month. So this Rejab month, the muslim is encouraged to improve our Ibadah & the best time to prepare before Ramadhan to fast. This Rejab month also has the special day in Islamic historical which is Isra' & Mikraj on 27th Rejab.

Friday, May 28, 2010

100th Post Entry & holiday mood..


Salam 1Malaysia. After almost 401 days in blogging, finally I have achieve the 100th entry posting. Although I am not famous blogger, I still proud to myself because I can share my life story in this blog. Congratulation to myself because this 100th post entry means i have share more than 1000 word to all reader.

This saturday is my group turn to have the precious off-day. Thats means I have long weekend holiday (3 days off is very long holiday to me). I don't have any plan to do for this this long weekend holiday. But I believe in myself likely to have ad-hoc last minutes planning holiday. Walla

Thursday, May 27, 2010

Finally...



Salam 1Malaysia. The day is coming. Finally, she 'll back to me.From today I will stay with my wife together because she had finished her practicum. I have waiting for 311 days until my wife finish her DPLI study. Not forget, I wanna wish CONGRATULATION to her because she got excellent result for this Semester & also PNGK.

After this, she just waiting for the "posting" process. Hopefully she's not "leave" me again for this coming posting. Actually we hope that she will be given to teach as real teacher nearby our homes. Okiess..

*No more TIDO sorang2 pasni..

Monday, May 17, 2010

World without Them..

Salam 1Malaysia. Just wanna to bring all of u flash back to pre-historical era. How our life without engineers at that time until now? We may appriciate their iniciative or maybe our life become like this without them..wakakakaka

Electronics Engineers (likes me)

Mechanical Engineers

Computer Engineers

Communication Engineers

Civil Engineers

Aeronautical Engineers

You can be a Doctor & save lives. You can be a Lawyer & defend lives. You can be a Soldier & protect lives. You can be a Teacher & teach about lives. But why play with others’ lives??? So we simply became engineers to screw up our own lives.

Happy Engineers’ Day


Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru.


Salam 1Malaysia. 16 Mei merupakan satu tarikh yg telah di"reserve"kan utk perayaan hari guru. So, dikesempatan ini aku ingin merakamkan sebyk2 perhargaan kepada guru-guru yg telah mencurahkn pelbagai ilmu kpd aku hinggalah aku kini bekerja dlm bidang profesional. Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Besar (SKBB), terima kasih kerana memperkenalkan aku kepada bentuk huruf & nombor kepada aku sehingga aku pandai mengira, mengeja & membaca. Terima kasih juga aku ucapkan kepada ustaz & ustazah Sekolah Agama Felda Bukit Besar (SAFBB) kerana memperkenalkan aku kepada huruf jawi sehingga aku pandai membaca kitab & ilmu bekalan akhirat. Terima kasih juga aku ucapkan kepada ustaz & ustazah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS) kerana mencurahkan ilmu duniawi & akhirat peringkat awal menengah walaupun hanya utk beberapa minggu. Terima kasih kepada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) kerana sudi mencurahkan ilmu yg berguna pada peringkat menengah. Terima kasih juga kepada semua guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) yg telah banyak mengajar aku ttg pentingnya ilmu utk meneruskan kehidupan sebagi insan yg berilmu pengetahuan. Untuk semua guru-guru yg sempat mendidik aku, aku ucapkan banyak2 terima kasih. Jasamu akan tetap aku kenang.

"..SELAMAT HARI GURU.."

Wednesday, May 12, 2010

Aksi hambar yg cukup mengecewakan



Salam 1Malaysia. Sekarang nih rata-rata rakyat Malaysia tgh demam Piala Thomas & Uber. Manakan tidak, Malaysia adalah tuan rumah pada perlawanan kali ini. Jadinya, mmg besarlah harapan rakyat Malaysia agar pasukan Malaysia dpt menjulang piala Thomas pada kali ini. rasenya dh lama team negara x pegang piala nih. Kali terakhir kita bergelar juara adlh pd tahun 1992 yg mana negara kita juga adlh tuan rumah pada tahun tersebut.. seigt aku pada waktu itu, team anak2 sidek yg memonopoli pasukan negara.

Jadinya, mlm td aku berkesempatan utk menonton secara langsung perlawanan peringkat kumpulan B di TV9 yg melibatkan pasukan negara menentang pasukan yg dianggap underdog team iaitu Jepun. Sebelum perlawanan, pasukan negara yg cukup bongkak telah mengatakn yg mereka mampu tundukkan pasukan Jepun dgn 5-0 atau 4-1. Tapi apa yg berlaku pada perlawanan mlm td cukup mengecewakan aku selaku penyokong hardcore pasukan negara. Setelah Jepun ketinggalan 2-0, mereka bangkit bermula dgn acara perseorangan. Dgn kelebihan 2-0 pada peringkat awal tidak bermakna lagi setelah gandingan beregu negara kalah & terikat dgn kedudukan 2-2. Jadinya semua tanggungjawab  telah disandarkan kepada pemain pilihan ke-3 perseorangan negara iaitu Hafiz Hashim utk membawa pasukan negara menjadi juara kumpulan B. Setelah melihat permainan calon perseorangan pilihan ke-3 lelaki negara, amatlah aku kecewa kerana Hafiz Hashim kurang menggunakan peluang keemasan yg ada & lawannya kelihatan tercungap2. Tetapi, dgn semangat kamikaze yg tinggi disemai kepada pemain Jepun, Pasukan negara rebah di tangan team Jepun dgn kesudahan rubber set 3-2. Aku agak kecewa dgn aksi hambar pasukan negara. Semacam tidak bermaya. Tp aku tetap menanam keyakinan yg pasukan negara masih boleh meneruskan misi utk menjulang piala Thomas ini. Walaupun kalah di tangan Jepun, pasukan negara masih tetap boleh beraksi pd peringkat suku akhir ini. Pasukan Malaysia akan berdepan Denmark pada peringkat suku akhir ini.

Chaiyokk Malaysia. Bangkitlah dari lena.

Monday, May 10, 2010

Sambutan Hari Ibu

Salam 1Malaysia. Semalam bersempena dgn sambutan Hari Ibu, aku sempat utk membisikan ucapan hari Ibu kepda my lovely mom, Hamidah Ashak di awal pg ketika aku sekeluarga berada di Lotus Desaru Beach Resort. Kemudian sekali lagi menyambut hari ibu di rumah Mak Uda, Zainon yg terletak Bandar Baru Uda yg dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu nenekanda Jamilah. Sebenarnya, sambutan di rumah Mak Uda ni dirancang oleh adik beradik Ibu utk sambutan bersama dikala nenek masih ada lagi di dunia ini.



So, Selamat Hari Ibu buat Ibu
Byk berkorban utk membesarkan aku dgn penuh kasih syg sehingga aku bebetul "besar".



Selamat hari Ibu buat my lovely wife
Akan terus menjadi "Mummy" terbaik buat anak kita





Selamat Hari Ibu juga buat Nenek
Pernah membesarkan aku dgn penuh kasih syg & memberikan aku seorang Ibu yg penyayang



Selamat hari Ibu buat Mak (mertua)
Membesarkan my wife dgn penuh kasih syg.


Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu.


Salam 1Malaysia. Untuk pengetahuan semua, sambutan hari Ibu pada tahun ini jatuh pada 9 May 2010. Oleh itu kepada sesiapa yg masih mempunyai ibu yg hidup, seboleh-bolehnya melapangkan waktu utk bertemu @ sekurang-kurangnya menggunakan teknologi yg ada menghubungi ibu masing-masing. Manakala yg telah kehilangan ibunya marilah sama-sama berdoa akan rohnya dicucuri rahmat.

Ingatlah seburuk manapun ibu dialah yg telah membawa kita ke mana-mana tanpa tinggal selama 9 bulan. Tidakkah sbnrnya kita pernah membebankan dia? Insaflah. marilah sama-sama kita gembirakan hari tuanya.

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Pekerja.



Salam 1Malaysia. Selamat hari pekerja yg jatuh pada hari nih. Oleh yg demikian, aku tanpa segan & silu isyhtiharkan hari ini adalah hari cuti.Hehehe. Aku ingin korang bayangkan kalaulah x de setiap profesion yg wujud. Mesti susahkan hidup. Oleh itu marilah sama2 kita hargai setiap profesion yg kita sandang & juga profesion yg wujud kerana setiap profesion yg ada saling lengkap-melengkapi anatara satu sama lain.

Saturday, March 27, 2010

Dh semakin tua !!!


Salam 1Malaysia.Kiranya minggu nih umur aku dh menginjak 1 angka lagi. Dah makin tua rupanya aku. yang paling menggelikan hati, aku telah membuatkan rakan2 opis berteka-teki mengenai tarikh sebenar hari lahir aku. Dieorg terwish awal plak 2 hari. Siap berbalas mail. Walaupun terawal sudah wish kt aku, tp aku terharu gak sbb igt gak diorg nk wish bufday aku. TQ rakan2 opis.
 
Pada tahun ini, aku menanti peningkatan usia di bilik tidur secara berseorangan. Wife?? Die jauh nun di negeri orang. Tp terharu gak sbb tepat jam 12 mlm, die telefon aku. X sempat say hello terus nyanyi lagu hepi bufday versi kanak2 riang. Habis lagu terus wish kt aku hepi bufday.

Yang paling aku gembira, wife aku balik dari Melaka pada hari lahir aku juga iaitu selepas waktu persekolahan sbb sekolah die umum cuti pada keesokan harinya. Aku pun amik cuti setengah hari pada keesokan hari sbb my wife nk belanja makan celebrate bufday aku.

My wife ajak pegi ke Danga Street Mall, Danga Bay. Disebabkan kami masih berdua shj, so, cukuplah boli sepotong kek kt Secret Recipe tuh. Kira romantik la makan kongsi2. Tak lupa utk order mknn kegemaran iaitu Tomyam Kung. Pehh masyuk.

Bersama wife di Secret Recipe


Wife suapkan kek..hehehe

Family??Semua ahli keluarga x lupa tarikh hari lahir aku. Ibu pepagi dh wish sblm aku pergi keje. Ayah pula telefon aku utk wish. manakala yg lain iaitu Along, Ani, Nuar (nun di Limbang) & Haziq cuma wish guna SMS. Oklah tuh. Kira dieorg igt.

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H


Salam 1Malaysia.Ketika semua oarang yg menginap di rumah aku sedang enak dibuai mimpi indah, ketika embun pagi masih menebal, aku gagahkan diri untuk bangun & bersiap utk meneruskan amanah yg diberi.Baru aku teringat yg hari ini jatuhnya hari Maulidur Rasul bersamaan 12 Rabiulawal 1431H.Maknanya ramailah manusia diluar sana yg bercuti pada hari ini.Maklumlah, negeri Johor juga telah menetapkan jatuhnya hari Maulidur Rasul merupakan hari cuti bagi seluruh negeri Johor.Maka seluruh warga kerja kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah diberi cuti.

Tapi..AKU..Aku kena juga pergi opis.Tempat di mana aku mencari rezeki ini tidak terlibat dalam mengambil cuti bersempena Maulidur Rasul ini.Jadi dgn paksa-rela, aku gagahkan diri buat2 mcm ade mood pegi kerja.Tapi apapun aku rasa syukur kerana aku hidup di zaman ini yg juga merupakan umat Nabi Muhammad.marilah sama2 kita memperbanyak Selawat & Salam ke atas Nabi junjungan kita.