Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Hari jadi buat Ayah..

Salam 1Malaysia...

Hari nih merupakan hari ulangtahun kelahiran Ayah yg ke-52.

Haji Aziman Bin Tumirin

Anakanda di sini mendoakan agar ayah terus dipanjangkan usia, dipermudahkan urusan hidup, dimurahkan rezeki, serta dikekalkan dalam iman & taqwa. InsyaAllah pada tahun hadapan, ayah akan bergelar seorang "datuk" & berterusan mempunyai zuriat keturunan..


Thursday, October 14, 2010

Main-main..

Salam 1Malaysia..

Nk bagi mereka ni seronok hilangkan rase bohsan tinggal di rumah, aku & wife bawa mereka berdua ke Giant Tampoi. Di Giant Tampoi nih terdapat permainan budak2 yg bagi aku agak selamat utk digunakan. Cuma gak pelik bila tgk harga utk main bende ni sbb harga yg tertera..

RM4 utk Pass setengah Jam
RM6 utk Pass satu hari

Mama tgh pegang ape tuh??baby ke??

Sunday, October 10, 2010

Open house di saat genting..

Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah. Dpt gak aku join balik rumah parent aku. Di saat akhir syawal nih, sempat lagi family aku wat open house. Bak kate ayah, buat tetap kene buat. Nk raikan guru2 & rakan2. Walaupun dh di ambang Zulkaedah. Aku pn smpi rumah lewat sbb aku kn keja la plak manakala wife kene dtg sekolah utk di"LaDaP"kan. Yg bestnya, pakcik & makcik aku yg dh lama aku x jumpe pon dtg. Yg membuatkan aku terasa dh lama x blk umah apabila aku bertanya kt ayah ttg set kerusi batu ukir di halaman rumah. Nmpk sgt dh lama x jejak kaki ke rumah kata adik aku.

Monday, October 4, 2010

Open house???

Salam 1Malaysia..

Memandangkan kita masih berada dlm mood raya (fakta menarik; Org Malaysia menyambut hari raya selama sebulan), jadi bersempena kesempatan yg ado & kehadiran beberapa peristiwa, dipersetujui utk diadakan open house di rumah PIL serta di rumah SIL sekali. Maklumlah rumah dekat2 & hanya di pisahkan dgn beberapa anak tangga sajork. Opss bukan open house saje2 tau. Siap lg marhaban & bacaan doa selamat gitu.

Tujuan utam diadakan majlis ni adalah bersempena ulangtahun kelahiran yg ke 3 tahun budak kembar tuh yg juga merupakan cucu sulung dlm family nih. Kalo dh budak kecik, semestinya di selit sekali dgn acara tiup lilin. Oleh itu, Papa & Mama (aku & wife) berbesar hati menaja sebuah kek utk menjayakan sambutan hari jadi mereka. Itulah surprise utk mereka sebenarnya. Sponsor kek yg x seberapa....


Inilah die kek yg bergambar upin & ipin. Kek ini ditempah khas utk mereka sbb watak kartun ini sinonim dgn budak kembar ini. Susah gak nk cari kek sebegini di hari2 terakhir nih. Rupanya kalo nk kek cmni kene tempah awal.
 
Majlis doa kesyukuran juga diselitkan dgn rase syukur bersempena..
 
1. Kehadiran ahli baru yg masih dlm perut wife aku 
2. My wife dpt kerja goment
3. Kehadiran saudara baru islam yg juga kenalan rapat family SIL (dh mcm sedara gak)
 
Kenduri kali ni mmg bebetul meriah. Siap import chef2 dari Kampung Batu Pahat. Masak pun style rewang & gotong royong. No katering2. Mcm org nk wat kenduri menyambut menantu gamaknya..Hehehehe
 
Penat??x pyh cakap laa... Yg penting hajat telah tertunai nk wat kenduri doa selamat & kesyukuran.

Sunday, October 3, 2010

Hepi 3rd bufday..

Salam 1Malaysia..

Di kesempatan ini, aku nk wish bufday kt budak kembar nih..


hari ni genap la usia mereka 3 tahun.

So kepada akak tikah & adek qila..

"..semoga terus membesar menjadi anak yg solehah berguna utk family.."

HADIAH???
diumukan pada tahun ni, x de budget utk hadiah ye..hehehhe
surprise menunggu...

Monday, September 20, 2010

BBQ & bakar membakar

Salam 1Malaysia..

Disebabkan oleh mesin pembakar tidak lagi berfungsi, atas nasihat Mak mantohak, semalam, aku mengambil keputusan untuk membakar ayam berkenaan secara BBQ. Maka dgn secara otomatiknya menjadi person incharge bg bab bakar membakar ini. Dari beli arang, setup tempat bakar, nyalakan bara, tukang kipas lipas, senang citer akulah. Layan jelah gambar lg senang.

Ada ayam, udang, dan ikan jaket

"dapur" & bahan2

Dibantu oleh 2 orang pekerja

Kipas, jgn x kipas.

Saturday, September 11, 2010

Hari pertama Raya

Salam 1Malaysia.

Pagi2 lagi sudah bergema takbir raya berkumandang. Setelah selesai solat subuh, aku bersiap2 utk menyambut hari pertama syawal. Kali ini aku pakai Baju Melayu Johor (First time pakai baju melayu teluk belanga). Agaknya tension gak wife aku nk siapkan satu set lengkap pakaian raya aku nih. Dari songkok baldu, sepasang baju melayu, butang & kain sampin. Dh tu aku mmg pastikan yg baju Melayu mesti digosok sempurna. Ikut spec aku katanya. Nasib baik my wife mmg dh phm pernagai aku. Mmg x de mslh besar buat die nk bg aku puas hati. You're great my wife.

Pagi2 lagi aku dh bersiap2 utk tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Taman Dahlia. Susah gak nk cari tempat letak kereta kt masjid nih. Inilah akibat apabila datang lewat ke masjid. Sampi jek aku diperkarangan masjid, tok bilal dh start bg penerangan utk lakukan solat sunat aidilfitri. Kiranya on-time gak la aku smpi masjid tuh.

Setelah selesai solat sunat Aidilfitri & khutbah, aku pun pulang ke rumah PIL utk meneruskan sambutan hari raya. Makan beramai2 dulu kemudian acara bersalam2an & bermaaf2an antara ahli keluarga. Mmg cukup meriah. Waktu itu jugalah keluar semua "angpow" yg telah disediakan.

Aku, my wife & Syamim (anak buah wife)

Kemudian, aku, wife & seluruh ahli keluarganya sama2 ke kedai gambar. Aku dh book utk amik gambar keluarga di studio. Nk print gambar besar2 & wat frame gantung kt umah PIL. Lgpon time nilah cukup semua ahli keluarga.

Kan hari raya kali nih jatuh pada hari jumaat. Aku kene pergi gak tunaikan solat jumaat seperti biasa. Selesai solat jumaat, aku, wife & semua ahli keluarga berkonvoi ke kampung halaman wife yg terletak di Batu Pahat. 3 kereta kesemuanya. Kereta aku, kerata kakak ipar wife & kereta raya adik ipar aku. Spt biasa, aku akan berada di hadapan menjadi ketua. Aku berhenti utk mengisi minyak tetapi 2 buah kereta lg enggan menunggu aku & meneruskan perjalanan. Aku x kisah pon. Cuma aku mmg planning x nk ikut tol skudai sbb mmg tau kesesakan yg berlaku di situ. Aku masuk lebuhraya ikut Tol Kulaijaya.

Aku pon sedaya upaya utk merapatkan diri dgn 2 kereta td. Rupa2nya, aku dh jauh meninggalkan mereka & aku tunggu mereka di susur keluar Tol Yong Peng Utara. Boleh tahan lama gak tunggu 2 kereta nih. Adalah dlm 30 minit. Sebenarnya aku risau gak kalo2 terkena "tembak" di lebuhraya tadi.

Aku meneruskan perjalanan setelah 2 kereta tadi tiba. Perjalanan terhenti sebentar kerana my wife mengidam nk makan Lemang. Nasib my wife mmg baik sbb itulah satu2 gerai lemang yg ada di sepanjang jalan dari susur keluar Tol Yong Peng Utara ke Tongkang Pechah.

Dikesempatan yg ada, aku & wife menziarahi suadara mara yg berada di Batu Pahat nih. Di rumah nenek wife pula mmg penuh dgn sanak saudara balik pulang ke kampung. Nasib baik rumah tuh besar. Still ada ruang utk aku & wife tidur. Hari raya kedua pula kena balik umah Ibu aku.

Gambar family aku (aku & wife tiada time nih)

Thursday, September 9, 2010

Coretan sehari sebelum raya

Salam 1Malaysia..

Arini aku terpaksa cuti. Ya. Terpaksa & dipaksa cuti oleh company. Arini company bagi cuti & pada 16/9 company declare hari bekerja. X pelah. nk wat cmne. Makan gaji. Kami yg menurut perintah la katakan. So dikesempatan yg ada, aku meringankan tulang utk membantu ape yg patut bg melicinkan persiapan menyambut hari raya.

Hari ni merupakan hari ke-3 aku & wife berada di "kampung" halaman Bandar Tenggara. Seperti biasa setahun sekali aku akan menunjukan skill menganyam ketupat. Dapat gak anyam ketupat. Wife cuma tlg sisir & kemaskan anyaman ketupat yg sedia ade sebelum disumbat dgn beras.

Pagi2 lagi aku dh mula tlg ibu kt dapur. Kt rumah nih x kira lelaki @ pompuan mesti kene pandai tlg ape2 yg patut kt dapur. Aku just amik contract basuh ayam & daging. Kemudian setting dapor utk merebus ketupat. Agak2 dh nmpk lega kt dapur tuh, aku & wife pon apalagi "chow" utk ke rumah PIL plak kt JB. Kan aku nih anak soleh. Minta izin dulu dr Ibu utk ke rumah PIL. Dlm pkl 11.30pg gitu aku & wife chow balik ke JB.







Yelah. Sian plak kt MIL sbb x de org lain yg nk tlg masak. So, MIL just harap my wife jelah nk tlg kerja2 dapur. Aku pon meringankan tulang membantu apa yg patut. Spt biasa, potong daging, basuh daging & ayam menjadi kerja aku. Kemudian setting dapur utk merebus ketupat segera pon menjadi kerja sukarela aku.

Setelah selesai membantu apa yg patut, aku bergegas ke kedai Car Wash berhampiran utk pastikan pada aku beraya dengan keadaan kereta yg bersih. Mmg penuh kedai cuci kereta time gini. Aku pergi rasenya 5 buah kedai cuci kereta. Berderetan kereta beratur. Akhirnya aku akur juga dgn menunggu giliran beratur utk cuci kereta berdekatan Shell Taman Seri Bahagia.

Kereta pon dh bersih. Smpi kt parking umah MIL, sambung lg mengerjakan kereta dgn melakukan waxing seluruh body kereta. Nk bagi kereta nmpk bebetul kilat. Maklumlah pakai kereta sedia ada jek. Belum ade rezeki nk beli yg baru. Kebetulan kereta mmg warna gelap. Elok sgt lah kalo wax nih menjadi. Kasi nmpk kilat habis la kereta raya nih.

Dalam pkl 6.00ptg, aku & wife bergegas pulang ke Bandar Tenggara pula utk bersama2 turut serta dlm Iftar akhir Ramadhan beramai2. Dh semcm satu tradisi wajib kt rumah Ibu. Sampai pon mmg cantik benor dh nk dekat buka puasa. Setelah selesai berbuka, kami semua solat Maghrib berjemaah yg diimamkan oleh Ayah, diikuti dgn laungan Takbir Raya di rumah. Kemudian, diteruskan dgn bacaan Yassin & Tahlil beramai2. Mcm2 telatah dpt dilihat sepanjang bacaan Yassin & Tahlil. Majlis diakhiri dgn solat Isya' berjemaah.




Nih yg x blh diikuti & dicontohi. Utk melepaskan gian, akhirnya aku akur juga turut serta dgn membakar mercun. hehehe. Apa nk jadi. Nih semua sbb ada "tokan" yg bawa stock mercun..

Nasib aku & wife mmg baik kali ini. "Pegawai bank" ada stock utk penukaran duit raya. Thanks Ibu sbb bg kemudahan penukaran duit disaat2 akhir. Agaknya Ibu dh mmg paham benor perangai anaknya ini yg x berkesempatan utk tukar duit di bank. Seterusnya mesyuarat kewangan antara aku & wife berlangsung di dalam bilik. Alahh. masukkan duit raya dlm sampul daa.. Tepat Jam 11.00 mlm, aku & wife bergegas pulang ke JB sbb dh turn aku beraya di rumah keluarga wife pd tahun nih. Ingat terus smpi JB rupanya sempat tersinggah Mini Bazar Raya di Taman Anggerik, Bandar Tenggara utk mencari tudung yg sesuai bg baju raya wife. Boleh palk tuh ada kedai yg masih buka time2 cm gitu. Mmg dh rezeki wife kan.

Sunday, August 22, 2010

Iftar beramai-ramai satu family

Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah. Seronok. Gumbira. Itulah yg dpt aku ungkapkan apabila satu family besar dpt dikumpulkan untuk berbuak puasa beramai2 di rumah nenek sebelah ibu. Rasenya semua ahli keluarga ada kecuali adik aku yg berada di Sarawak kerana tuntutan tugas.

Pelbagai juadah terhidang. Mmg riuh rendah & seronok. Aku dpt lihat ukhuwah kekeluargaan yg terjalin mmg rapat. Setelah selesai berbuka puasa, ayah mengimamkan solat maghrib secara berjemaah & seterusnya solat Isyak. Paling best apabila kami ahli keluarga sama2 menunaikan solat sunat Tarawikh 8 rakaat yg diimamkan juga oleh ayah.

* Maaf entry x de gambar sbb masing2 tgh syok berkumpul ramai2.

Sunday, July 25, 2010

Berita tergempar...


Salam 1Malaysia..

Syukur Alhamdulillah. Ayah terselamat dari kemalangan yg ditempuhinya. Menurut ayah yg memandu berseorangan pada masa kejadian, die pandu keretanya dlm cuaca hujan yg agak lebat. Ketika berada di kwsn kejadian, die merasakan yg terlanggar lopak air & seterusnya hilang kawalan menyebabkan kereta berpusing mcm gasing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan raya. Kejadian berlaku di KM126 Lebuh raya PLUS (Pagoh -Yong Peng).

Syukurlah ayah terselamat. Melihat kepada keretanya, mmg aku tergamam. Ayah mmg berdisplin dlm pemanduannya. Safety belt sudah menjadi kewajipan utk dipakai sebelum pemanduan bermula. Sebab itulah aku rase die terselamat dari bencana yg lebih teruk lagi. Melihat kpd diri ayah selepas kejadian itu, ayah kelihatan tenang & semcm menerima segala kejadian dgn hati yg terbuka. Itulah agaknya berkat seseorang yg tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Quran bg setiap selepas solat fardhu. Aku mmg admire ayah. You're so great.

*Kereta kesayangan ayah hancur tetapi kereta adlh material yg diinsurankan. Jd, bagi aku, cukuplah nyawa ayah yg terselamat.. Kereta blh dicari ganti, nyawa??Anda sendiri tahu jwpnnya.

Friday, May 21, 2010

Mothers Day Celebration..(updated)

DIY self deco cake (not for sell)

Salam 1Malaysia. Today is the day a lot of "Rahmat" ; FRIDAY. Alhamdulillah. I'm still alive & breathing. Just wanna flashback about mothers day celebration. Why mothers? Because there were about 4 moms at that time. 4 in 1 celebration for 2 mom generation. Just found this picture..Hehehe. Just "layanz" the picture..

Open ceremony by recite the doa "selamat & makan" first


The mom of 3 moms "rasmi" the cake


My luvely mom feeds her mom also my granda.


4 in 1 moms. From left : Nenek, Ibu, mak uda, Mak busu
(Mak uda.what are you doing?dont worry abt your money ha. Nobody at upstairs)


The steady father : Pak uda & ayah. Che Yus is missing in action..TIDOzzzzzz


The main course : Mee hoon siam special sponsored by Faiz. DIYer Cake ; Nadia.
(Nadia said the cake is very special for her luvely grandma...hehehehe)

me?
....................
.............
.........
........
.......
.....
....
...
..
.


Wakakaka. Go to kitchen laa..MAKAN..Very the hungry laa


Tuesday, May 11, 2010

jalan-jalan ke DESARU



Salam 1Malaysia. Hurmm. Weekend yg lalu, aku berkesempatan utk ke area tempat peranginan yg terkenal di Johor iaitu Desaru. Kalo korang nk tau, sebenarnya aku rs mcm dh lame sgt x ke area desaru nih memandangkan sebelum nih aku pernah bersekolah di kwsn bandar penawar. Aku pergi ke Desaru ini tidak ditemani oleh my wife sbb die x blk minggu lalu. (x pe..lain kali) So aku pergi ke Desaru bersama family atas permintaan ibu.


( Pintu masuk utama lobby hotel )

Sebenarnya aku Desaru adalah utk turut serta menyibuk Hari Keluarga Sekolah ayah iaitu SK Taman Muhibbah. Family day ini diadakan di Lotus Desaru Beach Resort. Hotel di sini juga agak cantik & kawasan resort cukup besar. Blok hotel yg terdapat di sini terlalu byk. Rasenye dlm 15 blok kot. Fenin gak nk cari blok penginapan kami iaitu di blok J. Dh la smpi mlm. Pastu kt tengah2 blok hotel nih terdapat mini waterpark. Yg best kt mini waterpark ni ada tempurung kelapa & gelunsur air. Kira oklah dpt main air. Kalo dh bloknya byk, maka swimming pool pun mestilah byk & besar. Kt sini ada 2 swimming pool x termasuk mini waterpark tuh. Pergerakan kami di dalam kawasan resort ini dipermudah dgn adanya khidmat driver & shuttle (kereta kancil yg dipanjangkan).

Pantai Desaru

Extreme kancil Modified. konfem x lepas JPJ


Aku bermain air tempurung kelapa di mini waterpark


Aku & menara hotel


Tanaman bunga membentuk perkataan DESARU (x jelas sgt sbb x dijaga rapi)




Thursday, May 6, 2010

Hubungan lesen & kehidupan.



Salam 1Malaysia. Kenapalah sejak akhir2 nih aku suka memerhatikan keadaan sekeliling. Ada saja dlm kepala hotak benda yg nk difikir. Kiranya mcm orang yg berfalsafah la kununnye..hehehe. Aku nk share sket berkenaan lesen & kehidupan. maksud aku lesen memandu daa..

Aku telah dilantik menjadi driver profesional oleh *Busu selama 2 hari utk menghantarnya beserta anak2nya pergi ke sekolah. Aku menerimnya dgn hati terbuka. Lagipun aku akan bermalam di rumah nenekanda selama 2 hari tersebut. Lgpun aku mmg rapat dgn familynya. Kesian aku lihat Busu & anak2nya ditinggalkan oleh suami kerana dek tugas luar daerah selama 2 hari.

Busu merupakan seorang guru & semestinya mempunyai pendapatan yg agak lumayan. Sebenranya die telah mempunyai 2 buah kereta hasil perkongsian bersama dengan suaminya. Tp.. Sampai sekarang Busu x reti memandu. Sebenarnya kereta ke-2 yg dibeli oleh suaminya adalah sbg hadiah pendorong semasa busu belajar memandu. Usia kereta tu pun dh nk masuk 4 tahun. Tp dimana silapnya busu masih x dpt habiskan belajar utk mendapat lesen memandu. Bukan sekali. Seigt aku dh masuk kali 3 hajat x kesampaian. Ada shj alasan yg diberi. Yg sebenarnya busu nih fobia pegang steering kot.

Bg pihak aku pulak syukur sbb my wfe mmg ada lesen memandu & mmg berkeyakinan tinggi dlm pemanduan. Malah cara pemanduannya juga boleh dikategorikan sbg cekap & lebih terarah kepada corak pemanduan yg ditonjolkan oleh aku. Boleh tahan gak minah nih. Pantang diajak racing. Pantang ada peluang memandu berasingan. Mesti kami berlumba. Cuma aku sendiri terlalu manjakan my wife. X beri memandu sorang2 dlm jarak yg jauh. Sbb terlalu risaukan keselamatan die. "Sape yg x syg bini woii.."  Tu yg silap sbb bg die guna kereta yg agak powerfull. Pantang nmpk kereta kecik potong. Haruslah die nk kejar balik. X blh mengalah. Nih yg harunya..

Bg aku mmg wajar setiap isteri mempunyai lesen memandu. Bknnya apa. Kadangkala si isteri perlu berdikari lebih2 lg dlm hal kecemasan. Dlm kes busu. Aku amat bersimpati dgnnya. Aku tetap bg sokongan kpd busu agar die dpt gak memiliki lesen memandu & cuba memberanikan diri utk memandu w/pun hanya bertujuan pergi & balik sekolah shj. Chaiyokk busu..

*Busu - panggilan utk makcik plg bongsu.

Tuesday, May 4, 2010

Perihal Anak..



Salam 1Malaysia. Aku gemar berkongsi & berbalah pendapat dgn my wife dlm sesuatu isu. Tujuan kami hanyalah utk menggerakkan otak & saling tukar maklumat. Di sini aku berminat utk berkongsi satu isu yg agak menarik iaitu berkenaan anak. Maksud aku bukanlah cara mendapatkan anak tetapi isu perkembangan anak. Utk pengetahuan kami berdua bekerja utk memenuhi tuntutan masing2 melengkapi keperluan masakini. Bukan utk bermewah tp cukuplah utk membina karier masing2. Aku inginkan wife aku mencapai tahap karier plg tinggi dlm hidupnya. Aku ingin lihat die terus maju.

Tapi seringkali kami risaukan kpd perkembangan anak kelak. Maklum shjlah. My wife yg berada disekolah dpt lihat perkembangan anak muridnya yg cukup mencabar & adakalanya cukup membimbangkan. Yang menjadi isu adalah berkenaan penjaga kpd anak kami kelak. Siapa yg patut kami serahkan apabila kami keluar bekerja kelak. Memanglah tanggungjawab menjaga anak nnti menjadi kewajipan kami. Tp hanya pada waktu yg kritikal iaitu pada waktu bekerja menjadi persoalan kami.

Sebenarnya aku tidak mahu menyusah orang tua aku & juga keluarga mentua aku. Sbbnya aku ingin mereka berehat & menikmati hari tuanya dgn aman tanpa gangguan. Aku cukup tidak setuju dgn tindakan salah seorg ahli keluarga wife yg menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada ibubapanya. Pada aku tindakan itu mmg tidak patut. Walaupun mereka kelihatan masih bertenaga, tp hakikatnya mereka perlukan masa utk berehat. Boleh dikatakan hampir 80% waktu mereka digunakan utk menjaga cucu. Malah tiada hari yg khusus utk diberi cuti kpd mereka. Kadangkala mereka juga ada meluahkan perasaan yg mereka berasa penat. Tp anaknya buat tidak tahu shj. Waktu die cuti pun, anaknya diserahkan kpd ibubapanya. Kesian sungguh aku lihat keluarga mentua aku.

Aku sering katakan pada wife yg duit mmg kita blh beri kpd mereka utk menjaga cucu ttp adakah setimpal dgn pengorbanan yg diberi oleh mereka di hari tuanya itu ? pada aku mmg tidak blh dinilaikan dgn wang ringgit. Kalo kita boleh beri RM250 seorng kpd penjaga luar utk menjaga anak hanya pada waktu bekerja adakah kita berlaku adil dgn memberikan RM300 kpd ibubapa kita utk menjaga cucunya sepanjang hari tanpa cuti khusus? Jwpnnya ada pada diri kita sendiri.

Pendapat aku cukup senang. Cukuplah kesusahan yg mereka alami ketika ingin membesarkan kita dahulu utk menjadi insan yg berguna. Janganlah pula kita menyusahkan mereka pada waktu tuanya. Berilah peluang kpd mereka utk menikmati hari tuanya tanpa bebanan. Cukuplah dgn bebanan yg mereka tanggung waktu membesarkan kita dahulu. Biarlah hubungan cucu dgn atuk neneknya lebih bermakna daripada menjadi hubungan spt budak jagaannya. Ingatlah....

"...sekiranya kita menyusahkan mereka di waktu tuanya, tidak mustahil dosa serupa akan berlaku kepada kita kelak. Waktu itu nnti jgn pula slhkan anak2 tetapi lihatlah diri & apa yg telah kita lakukan dahulu...."

Thursday, April 22, 2010

Mereka masih lagi romantik spt dahulu..



Salam 1Malaysia. Kagum.. Aku cukup kagum melihat kebahagiaan yg ditonjolkan oleh mereka berdua. Walaupun di usia emas mereka masih lagi seperti org baru bercinta. Pergi "Honeymoon". Masih lagi saling ingat tarikh "anniversary" perkahwinan mereka. Malah pada setiap tahun mereka akan sambut anniversary perkahwinan di hotel2 yg agak ada kelas. Mmg romantik begitu.

Walaupun mereka berusia emas, mereka masih lagi dpt mengekalkan keromantisan hidup berumahtangga. Jarang sekali aku lihat mereka bertengkar hal-hal remeh. Malah tanpa segan silu masih lagi bermanja-manja dihadapan anak & menantu.



Baru-baru ini mereka baru pulang dari bercuti di Korea. Alhamdulillah..Meraka sihat & selamat. Aku selalu perhatikan apa yg mereka lakukan utk kekal romantis :

1. Akan solat berjemaah apabila bersama di rumah.
2. Berdoa bersama2 (walaupun doa dlm bhs melayu)
3. Tidak lupa utk makan bersama
4. Sentiasa wujudkan ruang percutian bersama

Itulah secara ringkas yg aku nmpk dari perlakuan mereka. Syukur, aku dikurniakan oleh Allah pasangan Ibu & Ayah yg dpt memberikan inspirasi & contoh terbaik buat kami.


Thursday, March 18, 2010

Family Day : Alaf Golf & Country Resort


Salam 1Malaysia.Pada 13 Mac 2010, kami telah sama2 join family day kecil yg melibatkan family aku jek. Kiranya yg join adalah dalam total 20 orang. best gaklah.Kali ni family day diadakan di Alaf Golf & Country Resort, Kota Tinggi, Johor. Sebenarnya, ni dh masuk kali ke-2 buat family day kt sini. Tempatnya x de lah besar sgt. Cuma selesalah kalo nk wat gathering family. Utk tujuan itu, kami telah menempah 4 bilik utk bermalam. Kt sini ada 6 bilik (1 bilik Deluxe & 5 superior).

Keistimewaan kt sini ialah mcm tmpt nih kita yg py. Kiranya, time family day tuh x de org yg blh kaco. Family kami concure tempat nih. Aktiviti lbh kpd gathering. Buat BBQ. kambing Panggang, Ikan bakar, sate & mcm2 lagi. kiranya kami smpi dlm pkl 3 ptg.

aktiviti dimulakan dgn berendam dlm kolam renang yg terletak bebetul depan bilik.Syok ooo..X de org lain..sambil tuh mulut mengonyong-ngonyong makanan ringan. Mmg best laa  kt sini. Sesuai utk release tension..



lagi gambar akan diupload kemudian..hehehe

Friday, February 5, 2010

5 generasi berhimpun..(kisah lalu)

Salam 1Malaysia.Tadi time nk clearkan memory card camera tetiba terjumpa gmbr2 time berkumpul arituh.Sebenarnya perhimpunan 5 generasi nih diadakan pada hari raya ke-3, 22 September 2009 yg lalu.Perhimpunan ini diadakan di Kampung Serom 11, Muar.Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah utk mengeratkan silaturrahim antara sedara darah daging keturunan ini.Yelah.Kalau kirakan, aku hampir tidak mengenali salah silah keturunan aku.Yang aku tahu cuma moyang aku masih hidup.Tapi nenek aku telah kembali ke rahmatullah iaitu anak paling sulung dlm salah silah keturunan ini.Jadi penganjuran aktiviti ini mmg bagus & bertepatan utk memberi pendedahan kpd warga muda spt aku utk mengenali salah silah keturunan belah ayah aku ini.Kalau x kenal, mau bertumbuk sesama sedara sendiri apabila kt luar.SYABAS kepada penganjur.Semoga aktiviti ini dpt diteruskan pada masa hadapan agar kami warga belia dapat mengenali sedara-mara lagi....

Gambar moyang "Nyayi"yg diambil secara zoom in


Atok & nenek sedara yg masih hidup bersama "Nyayi"


Family sebelah aku dari Kulai


Family dari sebelah Air Tawar, Kota Tinggi.


Family campur dari ???(aku x igt la pulak)


Gambar Aku & Wife bersama "Nyayi"


Wife & ibu


"Paman"..Orang kuat penganjuran


Seperti biasa aktiviti Ngobrol a.k.a Borak kisah masing2


Aktiviti wajib..MAKAN


"Embah" bersama Cik Limah..
(kami singgah rumahnya dlm perjalanan balik)


Embah yg lain.Rumahnya terletak di pedalaman.
(Kami sinngah ODW jalan nk balik)