Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Rezeki yg dinanti

Salam 1Malaysia.
 
Wah rasenye mcm dh lame x coretkan ape2 entry kt blog nih. Dh mula berhabuk sana sini. Bukannya ape. Idea x kesampaian nk dicoretkan kt dlm nih. Lgpon, x berkesempatan nk menulis dlm blog nih.
 
Cuma baru2 nih, aku mendapat sedikit berita gumbira. Gumbira yg tersangat2. Alhamdulillah. Allah telah kurniakan rezeki yg terhingga kpd aku & my wife. Setiap hari selepas solat aku sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan rezeki bagiku & memberkati rezeki yg diberi oleh-Nya.
 
 Aku & wife sbg manusia selama ini merancang tp Allah juga yg tahu ape yg terbaik buat aku & wife. Aku tetap percaya yg perancangan Allah jua yg lebih baik buatku.
 
Akhirnya setelah 2 tahun aku & my wife "bertahan", akhirnya semalam my wife disahkan mengandung oleh doktor & aku sebagai hamba-Nya amat bersyukur. Alhamdulillah. Syukur tidak terhingga buatku & isteri.
 

Monday, July 26, 2010

Happy 7th anniversary declared as couple

Salam 1Malaysia..

26 Julai 2003, ketika berada di Air Terjun Chemerong aka Sekayu, Terengganu, cinta aku telah diterima oleh empunya badan iaitu Cik Apai. Setelah beberapa ketika aku menunggu jawapan darinya, akhirnya die bersetuju menjadi steady awek aku. heheheh

Paling x blh lupa ialah time aku beri die sebentuk cincin silver berbatu purple, die semcm terkejut gitu. Tp, cincin yg aku beri rupanya terlalu longgar buatnya & boleh diputar2 di jari manisnya. Malah dari hari itu juga aku mengubah panggilan daripada cik Apai kpd Sayang (malu auww..)

Itu cerita 7 tahun dahulu ketika kami sama2 bergelar pelajar di KUKTEM. Hubungan cinta kami blh dikatakan amat diketahui oleh seluruh warga Kuktem ketika itu. Kiranya wanted couple jugak la nih. Mlh ade gak yg perli2 hubungan cinta kami.

Akhirnya, cinta kami sampai juga kepada lafaz akad nikah & sekarang kami hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri yg sah. Dh 7 tahun kami menyulam rase cinta. Moga2 cinta kami akan berkekalan hendak-Nya.

" Sayang... Hepi 7th annibersari us declared as loving couple. Semoga hubungan cinta yg kita bina akan terus mekar & berkekalan..."

Sunday, June 6, 2010

Today is the day..2nd..Not only the number..




Salam 1Malaysia. Tadaa. I wanna make some annoucement. Today 06.06.2010 is our 2nd marriage anniversary. Walla. Happy anniversary to my wife.

Back to the last 2 years memory. That was the time when I accepted you to become my legal wife. *the cuak time to lafaz nikah...

"...aku terima nikah Siti Fairuz binti Mohd Razali dengan mas kahwinnya Rm22.50 tunai.."

Wahh...so relief after I declare the fully sentence (only once ok)i nfront of Tok Kadi, Wali & Saksi..

Then we are happily & ever forever become legal husband & wife..

The first gift from me.

The precious time when the first time I kiss her as legal husband & wife. Muahh
*awat x smpi lak mulut nih. Kene muncung sket kut..

Then I hope our marriage are blessed by Allah forever. FYI this year we celebrate only both of us. Hopefully next year we will celebrate our anniversary with the 3rd person *plzz dont over expectation. I believe I'm loyal person with my only wife.

Thanks Allah because give us this valuable chance to be a happy couple & built this relationship. May us can face all coming obstacle together with succesful.

Sayang..

U..I Love so much.

Wednesday, February 3, 2010

Petua 8P untuk pasangan suami-isteri yg sah



(gambar sekadar hiasan semata-mata)

Salam 1Malaysia.Arinih aku nk berjiwang sket.Just nk kongsi ape yg patut buat pasangan suami siteri yg sah.Lagipun aku pun masih lagi dalam proses belajar dlm membina hubungan pasangan yg bahagia.Sudah menjadi asam-garam rumahtangga kekadang bertegang leher si suami & isteri. Maka betullah kata Seniman agong Allahyarham Tan Sri P Ramlee..

"..sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.."




Jadi di sini, aku kongsikan petua 8P untuk eratkan hubungan suami isteri yg dipetik dari Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


Peluk
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


Penghargaan
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


Perhatian
P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan berasa terabai.


Persefahaman
Suami isteri mesti ada persefahaman..


Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


Percutian
kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


Permohonan
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri :


              1.  Membaca surah Al-Imran ayat ke-31
              2.  Membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong."Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Friday, December 18, 2009

Bidadari..


Nukilan kata khas buat isteriku.
(dipetik dari lirik lagu BIDADARI nyanyian Munif Hijjaz)

Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku
Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku
Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Monday, December 14, 2009

3 Jam: Kegembiraan sementara



Agak-agaknya apa perasaan korang apabila pasangan kita yg baru bergelar suami @ isteri tidak sampai 24 Jam "Pergi dan tidak akan kembali lagi? Mesti sedey kan. Inilah peristiwa yang cukup membuat aku terfikir apabila membaca berita pernikahan Allahyarham Mohd Arif dan Isterinya Teh Afiffah Syahirah. Jodoh, pertemuan semua di tangan Allah.

Oleh yang demikian, hargailah pasangan anda. Sayangi mereka seadanya.Jika peristiwa ini berlaku pada aku, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya.

p/s : Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Ariff dan juga anggota keluarganya yg turut terkorban dalam nahas itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Diharap Teh Afiffah terus bersabar atas kejadian ini dan percaya Allh sentiasa bersama hamba-Nya

Thursday, November 26, 2009

Memori : 2611 pada suatu ketika dahulu


261106 terjadilah satu kisah yang amat manis buat aku dn si dia. Inilah die mukadimah dlm adat Melayu untuk memiliki seseorang dara pujaan.Setelah aku mula bekerja, aku memujuk keluargaku pergi menemui family die utk mengukuhkan lagi hubungan cinta kami.Inilah kali pertama pengalaman keluargaku menghantar rombongan merisik & meminang.

Pada mulanya, kami telah berbincang sesama sendiri agar diadakan majlis merisik & meminang sekaligus dan simple2 shj. Aku hanya suka sekiranya majlis ini ringkas dn juga kurang formalnya.Aku hanya ingin menghantar rombongan sbg syarat shj.Jadi aku hanya menyediakan sebentuk cincin sbg tanda pertunangan.

Cuba bayangkan dalam 2-3 jam sblm majlis, aku telah menelefon si die agar kami menukar plan sbg majlis pertunangan yg penuh.Dari janji tiada sbrg pertukran dulang, aku memberitahunya agar menyediakan 7 dulang untuk pertukaran. inilah peristiwa yang menjadi kelam kabut diwaktu itu.Satu majlis pertunangan express. namun semua itu tidak seskali mencacatkan persediaan majlis itu.

Kemudian, aku cukup terkejut apabila mendapati pihaknya menyediakan majlis yang agak besar. wakil pihak si die jg cukup ramai & membuatkan familyku cukup gusar.Ayahku sendiri menjadi jurucakap bg pihak aku.Manakala ketua blok perumahannya pula menjadi wakil jurucakap pihak si die.

Yang aku tidak boleh lupakan ialah, aku tidak meletak resit pembelian cincin pertunangan itu. Jadi ade sket pertikaian ttg ketulenen emas.nasib baik pihaknya tidak begitu serius.Maklumlah sekadar bergurau2 melayu.syarat2 dan terma2 pon telah dipersetujui bersama.Tempoh masa 2 tahun diberi untuk aku kata ON NIKAH dan hantar ke 32999.Jari manis die disarung cincin oleh nenek kesayangan aku sendiri memandangkan nenek adlh org yg plg veteran.

Terima kasih aku ucapkan kpd rkan karibku Omar, Wan Rajak, Irfan & Shah krn sudi dtg ke majlis pertunangan aku w/pun korang dr KL.

Monday, July 27, 2009

Pentingnya 26 Julai

Kami berasa bertuah kerana hingga kini cinta kami masih utuh dan segar.Di harap agar terus berkekalan dan utuh. Tanpa kami sedari, perhubungan cinta yang kami bina telah mencapai umur 6 tahun. Teringat pada 26 Julai 2003 bagaimana cinta Hairul berbalas. Berlatarkan panorama Air Terjun Chemerong, Terengganu. Cinta berputik pada tarikh itu. Segala pengorbanan, penat lelah, kesabaran kami tempuhi bersama. 6 tahun cinta terus segar.


Thursday, June 11, 2009

Kenangan Mengusik Kalbu..(bibit cinta bermula)

Tanggal 06.06.2009 maka genaplah setahun ikatan pernikahan kami. Tetiba aku teringat kembali bibit-bibit percintaan yang kami bina dan terus bina selama ini. Mungkin tiada yang istimewa dalam cerita hubungan kami tapi ia cukup bermakna bagi kami bagi mengahadapi cabaran mengekalkan hubungan akan datang.

Dunkin’ Donut, Terminal Bas Larkin, Johor Bahru. Di sinilah kami mula menegur sapa. Tempat yang biasa tapi cukup bermakna bagi kami. Siti pada tika itu bekerja secara part time di situ dan aku pulak datang ke situ sekadar ingin membeli beberapa kuih donut untuk adik. Dah namanya penjual maka semestinya Siti membuka mulut kepadaku untuk membeli donut dikedainya memandangkan terdapat kedai pesaing di tempat yang sama. Sebab itulah Perkataan “DONUT” tidak dapat dilupakan oleh Kami.

Omar, kawan karib aku, adalah orang yang telah bertanggungjawab menemukan cinta kami. Bibit-bibit cinta kami sebenarnya bermula ketika kami terpilih untuk menyertai satu kursus Leadership, Teamworking Camp(LTWC) di Lanjut Golf Resort, Rompin, Pahang. Kami terpilih menyertai kursus itu memandangkan kami merupakan pemegang antara jawatan tertinggi dalam persatuan masing-masing di KUKTEM. Di situ, kami telah berkenalan secara umum. Di satu malam yang indah, aku tidak melepaskan peluang untuk bersiar-siar di pesisir pantai lanjut bersama-sama siti, omar, dan aiwa. Namun mulutku yang laser tidak lepas untuk mengejeknya donut. Mungkin satu cara untuk mengambil perhatian!! Selepas itu, apabila sampai di bilik, aku tidak melepaskan peluang untuk menelefonnya menggunakan intercom antara bilik hotel. Namun perbualan kami agak terganggu dengan kehadiran "ustazah" yang sememangnya anti couple. Hehehehe

Keesokan hari, di waktu riadah, aku ternampak siti berjalan keseorangan dan bermuka muram di pesisir pantai. Aku pada waktu itu sedang bermain volleyball dan sengaja tidak mahu menemani siti kerana mungkin waktu itu ego sedang menebal. Tapi aku tetap hairan kenapa siti muram dan tampak bermasalah. Padahal pada waktu itu setahu aku dia mempunyai 'boy' yang agak kacak (8). Aku malas nak masuk campur. Mungkin waktu itu hatiku pada oranag lain lagi kot..hehehehe

‘…dari mata turun ke hati…’

Cerita kami tidak tamat begitu sahaja. Kami sekali lagi sama-sama terpilih untuk menyertai lawatan ke Universiti Multimedia, Melaka. Walaupun lawatan ini hanya melibatkan pelajar fakulti komputer, entah bagaimana aku memilihkan diri untuk menyertai lawatan itu. Mungkin bonus kerana telah membantu Rahmat, Presiden PETAKOM ketika itu untuk menguruskan lawatan itu. Tuah dilahirkan mempunyai mulut yang peramah dan memang tiada insurans, akutidak berhenti-henti menyakat Siti yang kebetulan duduk sebaris denganku di dalam bas. Teringat lagu iklan huggies dryper.
“..selamat pagi..apai tak gosok gigi..tak juga mandi..”

*apai-nama manja wife aku time belajar dulu

Pada awalnya, mungkin cerita ini berakhir di sini sahaja. Tiada respon dilemparkan oleh Siti terhadap aku. Maklumlah… Ketika itu Siti telah berpunya. Tapi…kenapa Siti nampak muram dan sedih? Persoalan yang perlu dirungkaikan.”BMW” kata Hairul. Prinsip dalam mengurat perempuan.

Dalam diam, rupa-rupanya, masing-masing ada menyimpan perasaan saling suka antara satu sama lain. Siti menggunakan ‘handphone’nya untuk "miss call" aku. Ceh dari mana pulak die ni dapat no HP aku. Nombor telefon aku diambil dari Omar. Untuk cover dari terkantoi, Siti berpura-pura me’miss call’ semua orang di situ. Mungkin miss call itu bermakna “Panggilan Rindu”???. Ye ke?? (....to be continued.....)

*BMW -Best Man Win

Saturday, June 6, 2009

060608 Our weDDing

Inilah tarikh keramat buat kami...Gambar tuh Sweet tak??(mengikut perkiraan ahli nujum sape yg cakap tak sweet die pendek umur)..060608 merupakan tarikh kami sah bergelar suami isteri...pelbagai cubaan kami hadapi untuk meneruskan majlis yang suci ni..kalo dah jodoh tak kemana kan...Alhamdulillah..maknanya tanggungjawab kami dah pun dah bertambah...

Kini setahun sudah kami melayar bahtera bersama..Alhamdulillah..Boleh dikatakan cinta kami semakin utuh.Ok..aku nak citer sket pasal dulang hantaran..ermmm byk btol...ni gara-gara pertambahan di saat-saat akhir dari pihak lelaki...first plan just 9-11 jek..tapi tetiba jadi 17-19...huhuhu..sib baik sempat nak tambah...memacam ada..siap ngn model2 pokok ngn burung pun ada aku hantar kat budin nih...tema aku kale turqoise..ermm i luv that color...it looks so gorgeous...btol x??

nantilah aku tunjuk gambar hantaran tuh..tunggu..

First Anniversary

Salam semua..Sihat??Nak tau x??Rupa-rupanya dah setahun kami bersama layari bahtera rumah tangga.Mulanya mcm nk pergi cuti memane tmpt yg best..tetiba boleh lak pulak abg wife aku nih kawen 5 jun plak di Bentong, Pahang..Hishh nak hangin satu badan gamaknya..Takpelah.Bakal Wife die pon bukan org lain. Kenalan rapat wife aku.Aku pon kenal..

Wife aku plak mcm menyokong aku utk mengelak dr pergi ke majlis tuh..tp kang ape lak org kate..oleh yg demikian, terpaksalah kami menangguhkan rancangan men'celebrate' anniversary kami yg pertama.(sambil membuat muka monyok).

So kami decide utk ke Kuala Lumpur selepas shj selesai majlis resepsi(betul ke ejaan aku tuh..hentam sajalah labu..) abg aku tuh..Kami memilih Hotel Vistana sebagai tempat percutian pertama kami (satu malam jek). Maklumlah Dari JB.Kira jauh la tuh.Inilah hadiah anniversary yg aku berikan utk wife aku..


Wednesday, April 22, 2009

budin @ apai

Ni nak story sket pasal nama nih..Nama budin tu aku dapat time aku kat sekolah menengah sains kota tinggi (SAKTI). Nama Budin itu telah dicipta oleh rakan sekolah aku pada waktu itu iaitu Fazlin..Entah cmne die tetiba nmpk aku (waktu tu aku br daftar kt SAKTI) terus die panggil aku Budin. Dan Seterusnya lekatlah nama Budin tu unutk digunakan oleh warga SAKTI baik dari pelajarnya hinggalah kepada cikgu-cikgi kt sekolah tu..

Wife aku lak org kenal dengan nama Apai. Nama Apai telah diberi oleh rakan aku iaitu Wan Bonceet Rajak. Wan merupakan coursemate ngan wife aku time tuh..Di dalam sesi icebreaking sidang Orientasi, apabila wife aku ckp memperkenalkan namanya, secara rakusnya Wan Bonceet Rajak memanggil namanya Apai. Nama Apai terus digunakan oleh seangkatan rakan-rakan di KUKTEM ketika itu..hehehe