Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

KSM-JTM

Salam 1Malaysia..

Sambungan dr proses lapor diri smlm. Lewat petang smlm, aku telah diberi surat penempatan ke kementerian yg terlibat. Seperti yang blh diduga, aku akhirnya ke KSM juga. Pada pagi tadi juga, aku telah melapor diri di KSM untuk mengetahui penempatan yg selanjutnya. Rupanya, kena tunggu taklimat habis dari wakil KSM. Mmg x de hati nk dengar ape yg dibebelkan oleh org KSM. Hati dh berdebar2 utk menunggu surat penempatan.

Seperti yg telah dijanjikan, majlis taklimat diakhiri dgn penyerahan surat penempatan. Nama dipanggil dari sorang ke sorang. Tiba pada nama aku dipanggil, aku mendapatkan surat & terus membukanya tanpa rasa was-was. Keputusan penempatan yg membuatkan aku terdiam seketika...salah satu under JTM

"PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BINTULU, SARAWAK"

Hanya Allah shj yg tahu perasaan aku ketika itu. Seperti dipanah petir. Aku terus mengenagkan nasib my wife yg tidak lama lg akan melahirkan zuriat kami. Aku terima dgn redha & terus memberitahu dgn my wife & family. Pada awalnya, aku meraskan keputusan penempatan ini agak kejam kerana penempatan kerja ini memisahkan aku & my wife dlm jarak yg terlalu jauh. Langakah seterusnya, stay satu mlm lg di Putrajaya utk berunding dgn PIC hari esok.

* my wife pd mulanya tidak percaya kerana merasakan aku hanya bergurau. Tetapi akhirnya percaya dari suara aku...

Tuesday, November 23, 2010

"SAYA MENURUT PERINTAH"

Salam 1Malaysia..

Dengan secara rasminya, bermula hari ini, aku menjunjung term keramat iaitu

"SAYA MENURUT PERINTAH"

Hari ini juga aku telah pon selamat melapor diri bertempat di Auditorium Jabatan Perdana Menteri atas arahan dari JPA. Sekarang aku hanya menunggu penempatan untuk kementerian & negeri bertugas. Aku berharap semua berjalan lancar. AMIN

* Seperti yg telah diduga. Cycle pertukaran kerja akan berlaku apabila tepat ulangtahun aku bekerja disesuatu tempat. Serta, seperti biasa, interview kerja yg telah aku lalui sama seperti sebelum ini iaitu pada bulan Ramadhan. Alahmdulillah..Rezeki

Friday, November 12, 2010

Beribu-ribu sel aku mati

Salam 1Malaysia..

Rasenye dh byk tahun sel badan aku nih aku bela dgn baik. Bagi makan cukup2. Mmg kembang sihatlah sel2 badan aku selama nih. Tetiba hari ini, sel2 badan aku diragut nyawanya oleh sebuah mesin yg cukup jahat spt gorgon yg mmpu membunuh beribu2 sel badan aku dlm sekelip mata. Makanya, aku terasa yg badanku mengecil sedikit (perasan)..Tempat kejadian adalah di Pusat Kesihatan UTM Skudai, Johor. Hati2 bila melalui kwsn tersebut. Anda akan terpaksa berpakaian tanpa benang lalu terus dicabul oleh mesin yg jahat itu. Ingatkan free rupanya kene bayar plak tu. Rm90 ooo hasil cabulan itu..

Lalu aku terus mendapatkan ahli kaji makmal utk melihat hasil buangan air aku yg cukup jernih. Walla.. Aku seorang mangsa keadaan yg cukup sihat. Aku diberi pengesahan yg aku layak & sihat utk terus hidup di dunia ini..

Tuesday, November 9, 2010

Rezeki lagi

Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah..Akhirnya dapat gak aku merasa insentif a.k.a imbuhan tambahan dari kompeni tmpt aku bekerja sekarang. Maklum shjlah. Thaun lps x dpt sbb ekonomi x memberangsangkan katenye. Tahun sblm tu pula aku x dpt sbb time announce insentif keluar, aku beberapa hari shj baru masuk kerja. Nasiblah x dpt. Spt yg dh dpt dijangka. Tahun ni dptlah merasa sedikit walaupon x byk mane. Mungkin gak rezeki anak dlm porut tuh..Hehehehe..

Thanks to my majikan sbb berbesar hati gak nk bagi insentif kt pekerja bawahan mcm aku nih.

Tuesday, November 2, 2010

Genap sudah 2 Tahun aku di sini..

Salam 1Malaysia..

Hehehe..Pejam celik, arini rupanya udah 2 tahun aku mengabdikan diri bekerja di company "V" (bukan nama sebenar) ini. Yup, baru 2 tahun.. Sebenarnya, inilah satu jangka masa yg aku rasekan paling lama aku berada di satu2 company. Aku pon x tau knp aku blh bertahan kt sini. Mgkn sbb environment keje yg sungguh lite kot. Boss pon ok, x suke masuk cmpr hal2 lain. Gaji? Nk kate besar sgt nilainya, x delah sgt. Setakat nih, ttp bersyukur sbb gaji pon ok lagik. Still mencukupi.. Tp kali nih x delah rase beria2 nk tukar keje mcm sebelom nih. So total tahun aku bekerja adalah menjangkau 4 tahun iaitu bermula dari aku grad pd tahun 2006. Lama gak tuh.. Yg pntg ade peningkatan...X gitu??

Sunday, October 17, 2010

Congrat My Wife

Salam 1Malaysia..

Tahniah my wife di hari konvokesyen UPSI yg ke-12 ini. Actually my wife berkonvo bg menerima segulung Diploma Pendidikan. Alhamdulillah. Lgpon skang dh bergelar guru. X sia2 aku & my wife berkorban tinggal berjauhan selama setahun. Lgpon inilah cita2 my wife utk menjadi seorang guru.

Kenangan di Hotel Bunga Raya. (ntah bila lgi la akan ke sini lg kan??)

Thursday, September 30, 2010

RnD close opis

Salam 1Malaysia..

Hehehe. bunyi tajuk cm pelik je kan. Tp yg bebenornya tajuk entri di atas adalah diadaptasi dari perkataan "open house". Oleh kerana dibuat secara tertutup & terhad kepada warga department RnD shj, jadinya sesuai sgtlah digunakan perkataan "close" serta acara ini dilakukan di opis & bukannya di rumah. Mmg sesuai sgtlah dgn acara yg diberi nama "RnD close office"..

Aktiviti ini dirancang secara tidak sengaja oleh opismate melayu2. Mula2 hanya dilakukan secara suka2. Lgpon tahun2 yg sudah pon dilakukan antara "kita-kita" yg berbangsa melayu jek. Akhirnya dgn campurtangan org besar, maka dgn berbesar hati, aktiviti ini dijalankan secara formal & teratur. Means jemput budak satu opis makan sekali, merasa masakan makanan melayu asli & yg kurang tulen. Masing2 telah diberi amanah utk menyediakan juadah.


Aku?? juadah yg aku sediakan bersifat masakan melayu moden kotemporari iaitu..

Spaghetti Ala kampung style.

Tp aktiviti kali nih kurang syok sbb Bos besar x dpt join di saat2 akhir. Dia kene pergi urgent meeting. Mmg best & syok makan2 cmnih. Inilah die nama kedua department tempat yg aku bertugas iaitu Dept Makan yg mmg sinonim dgn aktiviti makan2.

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan dan kerjaya

Salam 1Malaysia..

Sejak akhir2 nih, aku selalu memikirkan tahap kerjaya yg aku bina sekarang. Pernah juga aku bertanya kepada beberapa rakan sekerja aku ttg kerjaya ini pada masa 10 tahun akan datang. Entah la apa sebabnya. Nk kate x ade increment, rsnye baru jek dpt. Nk kate x de bonus, dpt gak awal tahun aritu. Nk kate environment keje, mmg best keje kt sini. Nk kate skop kerja, aku mmg minat keje nih. Apa sebenarnya yg aku nk kejarkan. Aku pon x tahu dgn jelas. Inilah yg dinamakan manusia. Tidak pernah cukup @ puas dgn apa yg ada pada dirinya. Agaknya sbb aku melihat kpd peluang utk mendapat kedudukan lebih baik kot. Yelah, aku kt sini kene fight ngan pekerja bangsa lain. Jadi mmg agak tipis lah kot. 10 tahun tuh...

Tup2..... Rupa2nya...Agaknya Allah mendengar kot rintihan keresahan hamba-Nya ini.

Kalo ade rezeki, aku ucapkan syukur & kalo disebaliknya, aku tetap redha.

* Sedikit info ttg kerjaya aku selama ini. Semuanya aku hadir diinterview dlm bualn ramadhan dari kerja pertama hinggalah kini. Dh 4 tahun aku bekerja bermula dari selepas tamat belajar. Adakah ini satu kebetulan? Inilah yg dinamakan rezeki Ramadhan buatku selama ini.

Tuesday, July 20, 2010

Alhamdulillah

Salam 1Malaysia.

 Aku hanya boleh katakan Syukur Alhamdulillah dgn rezeki yg aku terima hari ini. Inilah yg dikatakan nikmat apabila kita ikhlas berkhidmat. Ini semua urusan Allah. Mungkin juga rezeki anak.. Mana tau kn??

Tuesday, July 13, 2010

Lubang itu ditutup.

Salam 1Malaysia. Kalo sesape yg biasa melalui jalan seelong-senai pasti tahu keadaan jalannya. Jalannya penuh liku & lopak. Lubang2nya pula ade yg dlm & besar. Yg berlubang plak, kalo dh ditutup balik pasti akan kembali berlubang dlm beberapa hari kemudian. Yg berlubang x ditutup2 plak semakin menjadi barah la jwbnya, makin besar & kadangkala blh wat takungan kolan ternakan ikan. Boleh dikatakan mmg mencabarlah apabila menggunakan jalan terbabit. Lagi2 aku yg mmg guna jalan tersebut utk ualang-alik ke tempat kerja.

Pernah juga aku lihat penunggang motosikal terjatuh gara2 terlanggar lubang. Kereta bertembung sesama sendiri kerana mengelak lubang. Tayar kereta pecah dh mcm pesta pon pernah. Aku? Pernah gak terlangar lubang yg besar & dlm gara2 tiada ruang utk mengelak & memikirkan kedaan kereta yg di belakang aku yg terlalu rapat mencucuk. Aku cuma risaukan keadaan kereta aku. Takut tayar pecah & sport rim baru bengkok.

Setelah hari2 aku mengomel jalan yg semakin teruk, semalam, ketika aku pulang dari tempat kerja terlihat kerja2 menutup lubang terbabit. Jdnya, aku akan mengira lagi berapa lama jln yg ditutp lubang itu bertahan? Dh mcm trend terkini, setiap lubang yg dikorek, apabila di tutup kembali tidak akan bertahan lama. Kenapa yek?


Wednesday, June 9, 2010

Beware of this kind of DOG

Salam 1Malaysia. Ermm. Don't how to start. This all about my office manner. Yet my department also have this kind of racial political problem. Now, I start don't like this working environment. Someone in my office become "police". He was over concern of us & I become uncomfortable. He looks like wanna control me & friend but the truth was he is not my superior or bos. He also felt that he was big boss here & can make any order to everyone that he wants.

My friend & me have setup a new small room in this office. The purpose to setup the room are to locate all powerfull PC inside for work station. So, the room setup still in progress & now only have 5 PCs inside. So, the big boss send out the small room's rule using the e-mail application. Hehehe  I'm very interested with one of the rule which in in no.4..

4. To prevent disturbing other people, please DO NOT chitchat in the CAD room

You know why? Someone in that room very fussy. I believe she has make a report to that police. I know why she feel uncomfortable when we gather in that room? Of course not about we're disturbing her focus on her job. But I don't like the way she used to make that complaint because for me it just small matter. She suppose inform us & not directly compliant to the police. I don't like this look alike kids behaviour. We're profesional & suppose have the best way to solve that problem. So start from now, I will call her the DOG. *Najis mughalazah woo

Friday, June 4, 2010

So sad..It's not my fault...


Salam 1Malaysia. Today is the pay day for my company. Normally, I'm very happy when the day receive my salary. FYI, the pay day usuallly on 5th for every month but this month, the pay day is today as 5th on Saturday. Today I'm so sad & confuse. Why I'm so sad?

When I opened my payslip, my salary is deducted very much as stated on the payslip 3 days no paid. 3 days no paid means so big amount to me because it cost about more than RM400. I called to HR and need the explaination about my payslip. Then, she just inform there was technical error & will be refund on the next pay day. Wahh.. So easy to say sorry and now I will suffer for one month all because of this error. I have recorded all my leave taken & found, I just took 1 day annual leave & 1 day MC. Then I asked again why the record in my payslip total for 3 days (1 day consider absent & 2 days consider unpaid leave). The same excuse. Then she gave me option to refund back money next month or refund my leave. Now I have bad record because of this problem. The absent status for me is very bad because I never take a leave until have permission from my Boss or at least I will inform them earlier.

So, It was not my fault. Others fault make me suffer. I have follow the procedure. So, what should I do to survive until next month ?? *Makan roti lorrr

Friday, May 21, 2010

Leave taken..


Salam 1Malaysia. Just filled the leave form yet and got approval from big boss.

Monday, May 3, 2010

Harapan..



Salam 1Malaysia. Entry kali nih lebih kpd perkongsian ttg kehidupan aku. Boleh dikatakan hampir 80% ahli keluarga aku menjawat jwtn dlm sektor awam & majoritinya adalah dlm bidang pendidikan. Senang ckp bekerja di bangunan sekolah. Dari Ayah, Ibu, Abang sulung, adik perempuan & adik lelaki semua berkhidmat di dlm bidang pendidikan. Malah Makcik plg bongsu & suaminya juga bekerja dlm bidang pendidikan. Kalau pun mereka berkumpul seharusnya perbincangan ada kaitan dgn perkembangan bidang pendidikan masing2. Aku hanya duduk diamkan diri tanpa menghiraukan cerita mereka. Malah akan buat "bodoh" saje. Kiranya buat hal sendiri la. Aku seorng shj yg lari bidang. Berkhidmat dlm sektor swasta yg mempunyai risiko & cabaran yg tinggi. Aku cukup bangga dgn profesion aku. Tp aku lagilah bijak. Hantar wakil saje. My wife juga bakal bergelar penjawat awam dlm sektor pendidikan tidak lama lagi. Bak kata ibu," kalo bukan anak cikgu, menantu pun cikgu juga". Inilah profesion yg menjadi kebanggan ibu aku. Kadangkala aku agak terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan ibu agar aku berada bersama mereka dlm bidang pendidikan ini. Minat aku cukup berlainan daripada mereka. Aku tidak pernah salahkan ibu kerana meminta aku berusaha menjadi seorang pendidik. Ibu mana yg tidak mahu anaknya berada dlm zon "selamat". Tapi bagi aku biarlah aku buktikan pada masyarakat umum bhw aku juga boleh maju tanpa bergantung kpd zon "selamat & selesa" itu. Aku tidak pernah menghina profesion pendidik tp jiwa aku memberontak berkehehendakan satu cabaran. Aku juga dpt lihat yg adik beradik aku yg lain agak selesa dlm bidang yg mereka ceburi. Tp aku ttp berpegang kp prinsip yg membuktikan aku igin ttp hebat berbanding adik beradik aku yg lain. Aku cuba utk membuat ayah & ibu bangga dgn profesion aku kini.

Saturday, April 3, 2010

2010 R&D Department Dinner

2010 Annual R&D Department Dinner

Salam 1Malaysia. Semalam iaitu 2 April 2010, department tempat aku bekerja sekarang telah mengadakan 2010 annual R&D department dinner bertempat di Cofee House, Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Sebenarnya dinner utk departmant akan diadakan apad setiap tahun. Tapi pada tahun ini, organizer program membuat sedikit kelainan utk mengubah citarasa beralih ke sini. Bak kata guarantee manager cafe hotel tersebut. "..we are the best in JB.."

Dinner ini diserikan dgn kehadiran tetamu kehormat iaitu Mr YK Ng iaitu director a.k.a bos paling besar berkaitan deparmant R&D nih..Dinner kali ini dapat mengumpulkan seramai 26 orang officemate. Secara overall, aku berpuas hati dgn variety makanan yg terdapat dlm pakej International Asian Buffet food ini. Selain itu, kelainan yg ditunjukkan oleh mr organizer iaitu Mr azlan ialah pemberian cenderemata kenangan berupa sebuah kapal layar comel yg tertera R&D Dinner 2010.

Mr YK Ng memberi ucapan
khusyuk menikmati Lai Chee Kang kang..

Suasana di meja makan selepas masing2 mengketedarah.


Mr Organizer bersama kapal layarnya


Pose istimewa kekenyangan di lobby hotel

Saturday, February 20, 2010

Angpow dari company




Salam 1Malaysia.Nk naik beku otak nih lagi2 dpt cuti yg 'agaks' lama.Rase malas jek nk naik koje khamis arituh.Tapi apakan daya.Balance cuti pun tinggal ciput jek.Tambah lagi skang dh ade yg nk kn ditanggung. Kali ini cuma nk war-warkan bhw dgn seikhlas hatinya, company yg aku keje ini provide angpow yg x seberapa nih.Syukurlah dari takde langsung.X byk tp boleh le dpt buat byr lunch.

hehehehe

Friday, February 12, 2010

CNY dinner

Salam 1Malaysia.Memandangkan aku nih warga kuli kilang, maka aku merelakan diri utk memeriahkan lagi CNY dinner yg diadakan pada setiap tahun. Pada tahun ini, lokasi dinner tetap diadakan di Grand Straits Garden Seafood Restaurant, Danga bay, Johor bahru pada 11 Feb 2010. (rase2nya mcm ade kontrak smpi mati kot wat dinner kt sini).Seperti biasa acara yg aku nntikan ialah lucky draw tp tahun ni nasib x menyebelahi aku.Aku pulang dgn tangan yg kosong. Tp x pe.Yg penting pd tahun nih aku ttp dpt bonus.TQ boss..Layan je lah gambar..Cakap byk pn x guna..


Pentas utama & karpet merah

Yee Sang yg sudah digaul..(gile selerak)

Aku bersama rakan officemate duduk satu meja


Meja officemate yg ke-2

Meja officemate yg ke-3 duduk bersama Big Boss, Mr Teo

Director & org kuat di atas pentas utk acara Yam Sai (betul kot ejaan)

Melihat screen dgn tekun memaparkan nama penerima Ang Pau.

1Malaysia Style.Sapa kata Melayu x reti guna Chopstick??


Yam Sai guna Air Orange F&N

Muka kecewa x dpt Ang Pau.Tahniah kpd yg dapat..wawawa

Tuesday, February 2, 2010

Officemate aku..


Bergambar ketika R&D Department annual dinner di Salt n' Pepper Cafe Restaurant, The Zone Regency Hotel, Stulang, Johor Bahru pada 29/9/2009.
Dinner ini juga diadakan bg farewell dinner utk YW Leow.


Bergambar ketika Big Boss treat Pizza lunch pada 31/12/2009 bagi meraikan kejayaan projek Samsung yg telah lulus utk berada di pasaran.



Thursday, January 28, 2010

Urusan Seri Paduka Baginda

Salam 1Malaysia.Saje jek wat entry pasal urusan seri paduka baginda.Kalo korang perasan, setiap sampul surat yg berkaitan kerajaan akan tertera urusan seri paduka baginda pada bahagian atas.Sebenarnya aku nk cerita kt sini, semalam time aku balik kerja, aku terlihat sampul surat yg tertera perkataan tersebut.Lalu aku pon terus melihat nama penerima surat tersebut.Alangkah terkejutnya aku apabila tertera nama aku sendiri.Kecut gak tengok surat tu.manalah tau surat saman dari PTPTPu.Hehehe

Sekali aku buka sampul surat,aku lihat byk pula surat dalam sampul surat tu.Mula2 aku tgk ade surat rasmi SPA warna biru.Lepas tu ade surat rasmi dari JPA dan disertakan borang2nya.Mula2 penerimaan aku terhadap pembacaan surat itu, membuatkan aku geli hati dan tersenyum sendiri.Korang nk tau x? Kt sini aku ade print screen tawaran peperiksaan SPA dari website...




Aku terpilih utk menjalani peperiksaan Program Pusat Penilaian Pertahanan Awam (PPPA) unutk jawatan Pegawai Pertahanan Awam KP41.Seingat aku, aku lulus dalam peperiksaan Skim 14 SPA pada tahun 2007.Pehh dah lama tau x?

Yang aku ketawa + senyum sorang2 sebab requirement utk pemeriksaan fizikal dan kecergasan yg aku rasakan aku tersgtlah mampu buat.




BMI aku konfem lebih 30.Pastu aku kan pemakai cermin mata yg tegar.So requirement jarak penglihatan 6/9 tuh agak mustahil laa..lagi satu yg aku ketawa terbahak-bahak ialah utk larian 2.4km dibawah 20minit..peh mau aku pancit.Dah lama x bersenam..Wife ajak jogging pon aku mampu berjalan jek.My wife steady jek jogging.

Cuma aku x kan mengalah sebelum berperang jalani ujian tuh.Cuma yg aku pelik kenapa pihak SPA buat waktu bekerja utk ujian sebegini?Aku yg mempunyai komitmen kerja yg tinggi pastinya terpaksa mengambil cuti dan jarak perjalanan dari JB ke KL yg pastinya melibatkan kos yg agak tinggi.Cuma aku x tau nk cakap ape kt bos.Lagi2 time gini la pulak ade byk koje..

Wednesday, January 6, 2010

Komentar: Apabila bakal pendidik mula bersuara

Salam 1Malaysia.Rasanya semua maklum pendidikan adalah salah satu keperluan dalam kehidupan.Menjadi persoalan kebelakangan ini adalah jaminan kerjaya bakal pendidik menjadi isu yang cukup sensasi apabila keluar sahaja dari institusi pendidikan.Tambahan lagi isu ini melibatkan universiti yang sememangnya melahirkan para pendidik segenap lapisan.

Jikalau dilihat senario sekarang, banyak institusi melahirkan bakal pendidik.Jadi, persaingan untuk menjadi pendidik menjadi cukup sengit.Ini ditambah lagi dengan tindakan drastik kerajaan mengisi kekosongan jwtn pendidik dengan mewujudkan program KPLI dan DPLI yang objektifnya memenuhi keperluan sejumlah besar pendidik.

Sebenarnya kehadiran pendidik berlatarkan KPLI dan DPLI bukanlah menjadi batu penghalang kepada penempatan ISMP. Aku suka memberi pendapat berkenaan isu ini kerana isteri aku juga merupakan bakal pendidik.Terdapat segelintir pendidik yang masih lagi memilih tempat bertugas seperti tidak mahu ditempatkan di kepulauan borneo.Ini terbukti apabila terdapat sebilangan guru menolak tanpa bersebab ketika adik lelaki aku mendaftarkan diri untuk ditempatkan di Limbang, Sarawak.

Aku juga ada terlihat sebuah laporan di akhbar Berita Harian bertarikh 6 Jannuari 2010 yang mengaitkan isu penempatan secara tersirat.Kenyataan TPM itu ada juga benarnya. Artikel Guru Patut Akur Arahan bertukar menjadi punca ketidakseimbangan guru.Pertukaran ini melibatkan kenaikan pangkat, keperluan guru mengikut subjek,keperluan guru mengikut gender, dan juga keperluan guru mengikut kelulusan.

Unjuran dan perangkaan keperluan guru diukur mengikut kekosongan semasa sesuatu tempat.Jadi adakah dengan pelanjutan usia pencen kepada umur 58 menyumbang kepada isu penempatan guru ini?Bagaimana pula keenganan guru senior yang ditawar menjadi pentadbir di PPD,JPN dan juga Kementerian Pelajaran?Bagaimana pula dikatakan lebihan penawaran guru sedangkan terdapat guru GSTT masih diperlukan pada isu ini hebat diperkatakan?Adakah penyambungan kontrak sesetengah guru yang baru bersara masih lagi diperlukan?

Mungkin persoalan yang diajukan dapat menyelesaikan sekurang2nya 25% isu penempatan bakal pendidik.Sewajarnya bakal guru-guru juga perlu bersedia sebelum menjalani INSAK & juga temuduga.Bakal guru juga diingatkan jangan mudah melatah sebaliknya mempersiapkan diri dengan segala cabaran dan rintangan sebelum melangkah ke alam bekerjaya.Pesanku hanya janganlah terlalu yakin & berharap pada segulung ijazah yang belum menjanjikan masa depan.