Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Memori muda-muda dahulu

Salam 1Malaysia..

Tgh dok kemas2 rumah bersempena 101010, terjumpa plak aku ngan si album gambar muda2 dulu. Time nih kamera digital belom termampu aku miliki. Just guna kamera filem "kodak" jek. Time tuh mmg populare lg kalo guna kamera filem nih. Lg2 yg blh auto gulung mcm aku py. Seingat aku gambar nih diambil pada tahun 2001 ketika menuntut di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.. layan jelah gambar aku yg tengah kudut muda belia lagi bermuka suci ini.

Tuesday, August 31, 2010

Nostalgia sambut Hari Kemerdekaan

Salam 1Malaysia.

Jgn terkejut plak bila tgk tajuk entry nih. 31 Ogos 1957, time tuh aku mmg belum lahir. Apapun sebelum terlupa aku nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Dh 53 tahun negara kita merdeka dr cengkaman penjajahan secara fizikal.

Owh berbalik kpd tajuk entry, aku nk share cerita ttg nostalgia sambutan hari kemerdekaan ketika dibangu sekolah dahulu. Aku kan bersekolah berasrama sejak dari tingkatan 1. So, dipendekkan cerita, sekolah aku dulu iaitu SAKTI mmg menganjurkan sambutan hari kemerdekaan setiap tahun kecuali pada tahun 1996 iaitu ketika aku berada di tingkatan 1. Kan aku nih antara golongan first batch a.k.a PIONEERZ. Rasenye time tuh mmg batch aku jek yg ade kt dlm sebesar2 sekolah tuh. Adalah dlm 180 orang jek kot.

Yelah kan. Tgh time muda-mudi lg. Mmg lah perasaan nk sambut hari merdeka tu cukup hangat. Lgpon dhjadi peraturan asrama. Pkl 11 malam jek, lampu kene tutup. Aku & rakan2 mmg rancang nk sambut merdeka secara kecil-kecilan di asrama. Tepat shj jam 12 tghmalam, aku & rakan2 semua menjerit 'Merdeka!..Merdeka!..Merdeka'. Korang nk tau ap yg terjadi lepas tuh..

Aku & rakan2 semua kena panggil turun oleh warden asrama. Kami kene berkumpul di tengah2 padang bola yg belom lg serupa padang bola time tuh. Kehadiran kami disambut dgn nyalakan anjing2 liar sekitar sekolah. Pehh. Dh start dah. Kami kene raging denda dgn warden di waktu kemuncak tgh2 pagi buta. Warden cakap die mmg nk bagi peluang kt kami sambut Hari Kemerdekaan puas2. Pedih tuh ayat die. Acara dimulakan dgn nyanyian lagu Negaraku. Selagi x sama & x betul, selagi tuh kami kena ulang nyanyi.  Kemudian lagu Bangsa Johor. Pon sama kena ulang. Tp yg aku paling heran, x masuk akal, kami kene nyanyi lagu 'Majulah Singapura' sebab ada di antara kami yg mmg dok Singapura. Sampai kini aku pon x paham kenapa nama singapura ada dlm kejadian ini. Kemudian kami dipaksa laung & jerit 'Merdeka' kuat2 di tengah padang.

Itulah pengalaman bersama ahli2 PIONEERZman yg tak akan aku lupakan. Kenangan 31 Ogos 1996. Majlis bersurai ketika hari sudah hampir bertemu subuh. Walaupun didenda, tp kami tetap berasa seronok. Sebab itu batch aku mmg rapat. Sebesar2 bangunan sekolah time tuh, mmg hanya batch kami jek yg ada. Apalagi. Mmg kami bermaharajalela.

Friday, August 27, 2010

Nostalgia berpuasa.

Salam 1Malaysia..

Rasenye ramai yg mempunyai nostalgia semasa berpuasa. Aku? mmglah ade. Mmg byk nostalgia berpuasa yg aku lalui ketika hidup nih. Yg aku nk kongsikan nostalgia berpuasa nih adalah ketika aku menuntut di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Mmg aku x akan lupa. Kiranya, aku berjauhan laa dr family. KL-JB kira jauh ape. 300++km tau.

Aku mmg akan berbuka bersama rakan2 yg senasib. Maksudnya, yg x berbuka ngan family, ngan aweks & tgh control budget. So, aku & rakan2 akan menjadikan bilik salah seorang dari kami sbg tempat berkumpul. So, bila dh diukur dr segi latitud & longitud, maka bilik Alfian menjadi pilihan. Biliknya terletak kt floor paling bawah. Lgpon bilik die mempunyai pemandangan yg cantik iaitu menghadap NKVE highway. Makanan? Masing2 lah kene beli.

Aku plak selalunya akan ke Bazar Ramadhan utk mendapatkan makanan. Adalah satu ketika aku pergi ke Bazar Ramadhan berdekatan syeksen 14 PJ dgn menaiki motosikal. Time tuh aku pergi bersama dgn Azlan Ajaib. Seingat aku, ketika perjalanan pulang dr bazar, hujan baru shj teduh. So, aku pun pulanglah menunggang motosikal yg dibonceng oleh Azlan. Ketika melalui satu lopak air dgn berhati2, tetiba datang satu kereta dgn agak laju. Kereta itu terus melanggar lopak air tersebut & akhirnya air dr lopak tersebut telah menyimbahi aku & Azlan. Apabila sampai shj ke kolej 11, aku terlihat makanan yg dibeli & dapati..mee goreng aku & azlan dipenuhi air lopak td. Mmg sadis betol time tuh. Time buka poser ramai2, aku buka jek bungkusan mee tuh mmg bertakungan air di dalamnya. lawak pon ader..Nasib baik ade rakan2 yg memahami. Dorang ajak kongsi2 makanan.

Pastu blh plak si Azlan wat lawak ketika aku tgh minum air cendol. Rasenye time tuh kitaorg minum dlm jug sbb x bw cawan. Aku pon ketawalah sehinggakan..

Cendol terkeluar dr hidung aku masuk semula dlm jug air cendol.

Apalagi, makin gamatlah suasana. Ketawa terbahak2 smpi nk pecah perut.

Kemudian, org lain sibuk nk siap2 pergi terawikh kitaorg plak sibuk pegi bakar mercun. Lepas bakar, masing2 sembunyi. Yg x tahan, boleh plak time bakar mercun thunderclap , termenghala ke rumah pengetua kolej. Apalagi, kecut perut terus melarikan diri & bersembunyi laa kami.

Itulah kenangan nakal yg aku plg ingat. Alfian, Azlan, Jaka, Razaleigh, Ben & lain2. Mmg best laa memory kt PASUM tahun 2001/2002.


 

Thursday, August 12, 2010

SAKTI berusia 14 tahun

Salam 1Malaysia.

SAKTI adalah nama timangan bagi Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Inilah sekolah yg mengajar aku ttg kehidupan. Selama 5 tahun aku bersama di sekolah itu. Kini sekolah kebanggaanku telah berusia 14 tahun pada 12 Ogos 2010.

Kalo diikutkan, badge aku adalah kumpulan pertama yg menjadi pelajar di SAKTI ini. Tahun 1996 ketika dibwh pentadbiran pengetua Tn Hj. Ahmad Wagiman, sekolah yg dibuka waktu itu dlm serba kekurangan. Keadaan sekolah juga tidak seindah sekarang. Tambahan lagi teringat akan bangunan sekolah yg berwarna putih bertukar menjadi merah dek kerana debu tapak pembinaan sekolah sukan yg terletak berhadapan dgn sekolah SAKTI.

Kumpulan pertama pelajar waktu itu menggelarkan diri sebagai PIONEERZ SAKTI. Tn pengetua x bg guna nama senior. Hubungan pelajar kumpulan pertama ini cukup rapat sbb rasanya hanya kami shj yg berada di sekolah itu. Guru2 awal SAKTI pon waktu itu majoritinya fresh & muda2 lg. Guru2 & pelajar ketika itu mmg cukup rapat.

Makmal pon time tuh x de perkakas lg. So belajar more on teori shj. Asrama pon guna tingkat satu jek dr 4 tingkat. Teringat kembali kenangan tika berada di SAKTI plak.

Aku pon rasenya kali terakhir menjejakkan kaki ke SAKTI pada tahun 2006 iaitu ketika mesyuarat penubuhan Alumni SAKTI. Time tuh masing2 rakan batch PIONEERZ kebanyakkannya di tahun akhir pengajian Universiti. Dh mature rupanya kami. Skang??Ramai gak yg dh jd mak bapak rasenye...

* kalo dh ade anak, 14 tahun dh dikira tingkatan 2. Pehhh. Cikgu yg 1st badge pon dh ramai x de. & x lupa PK1 time tuh iaitu Allahyarham Cikgu Hj. Osman Ahmad. Al-Fatehah buatnya.

Wednesday, June 16, 2010

20 Years ago..



Salam 1Malaysia. 16 June 1990, I lost my beloved grandfather, Ashak Bin Arshad. Now, there was 20 years he left me. I still remember the love that he give me most. I know. He love me so much. I'm not the first his grandson in family, but the way he treat me makes other being jealous of me.

I'm love him so much. I felt lost after he died long time ago. All family members know our close relationship. The day when he died, all people felt pity to me because all know I'm the person whose he love most.

According to my mom, my grandpa can't sleep if I'm not with him that time. We would share the same bed, pillow and blanket everytime to sleep in front of TV. He would kiss the blanket if I'm not around to sleep with him & would come to my mom's house early in the morning to get me as well. He told to my mom that if I'm not around, the smell still there at the blanket.

Yet. He was a 'Peneroka FELDA". He live in Felda community. I think all members in that Felda community especially the "block" know our close relationship. Every evening, he would take me ride around village with his old brand Honda C70 motorcycle. Our favourite stall to "lepak" & "mengeteh" was Kedai Wak Rambat. We shared one glass of drinho's soy bean drink. That was sweet memory for me now.

I would not forgotten when the day he died. He was died at Hospital and my father brought back his body from hospital using car. All process before buried his body had be done at home from "mandi, kafan & solat jenazah". I saw all the process in front of my eyes. That time I dont know how do I feel. I just felt I lost someone. The moment made me so sad when I kissed him for the last time before his body wanna placed in the coffin. All person at that time so pity when looked at me. *until now I can remember his last smell with that white costume. The last words that make other people touched again when I said " he would feel cold there" because after his body buried, suddendly that was raining day.

Every time when raining day, I would remember him.

Nenek Aak (I call him with this name)

I miss U so much..

Al-Fatihah

Friday, June 11, 2010

Me in 10 years ago..

Salam 1Malaysia. Owhh. Suddenly I found my old picture when I still in boarding school. I believe all picture below around I'm 10 years ago..

Me with my friends ( Roy, Sazaly & Azam)
Location : Hutan Simpan Mini SAKTI

Me with my friend ( usop, Azam, Akmar, Nora)
Location : Maybe in the Prep room

Malam Graduasi tingkatan 5 tahun 2000
Me? missing in action kot..
Location : La Cemara Resort Lobby (This resort closed down after we have grand dinner there)

Me with my friend ( Poji & Wanseng)
Location : Dining Hall

Me with Koperasi Sekolah management.
(Ayuz, Dayah, Dhiya, Zahrina, Aja Aswad, Nora, Muyam, Omar,
Fazlin, Cikgu Saemah, Pengetua Kamsani, PK I.O, ustaz)
Location : Canteen


NOW..I'm not believe what happend to me..Totally different lorrr..



Thursday, March 11, 2010

Memori keputusan SPM



Salam 1Malaysia.Rasenye mcm dh nk mula bersawang blog nih..Pg td time nk pg keje.Terdengar plak radio ERA.fm.Die buka topik berkenaan memori keputusan SPM.So aku kt sini rasenye x slah nk kongsi memori nk amik keputusan exam SPM.

Actually, aku amik SPM pada tahun 2000.Kiranya batch aku adlh perintis kpd sistem terbuka.Jd time aku dh x de laa org ty SPM pangkat berapa, agregate berapa. Time aku guna A,B,C,D,E,Fail..So aku agak gerun + gemuruh laa.Selain tuh batch aku jg merupakan pioneer SPM sekolah SAKTI. Pd hari yg aku tunggu waktu keluarnya keputusan SPM, aku sbnrnya berhajat nk pg sendiri shj amik result.Pd mulanya mmg ibu & ayah setuju utk melepaskan aku pergi bersendirian ke sekolah utk amik result.Aku x mahu menyusahkan parent sbb time tuh mereka kerja.

Palnning tetiba bertukar disaat akhir pd awal pg ketika aku bersiap ingin ke sekolah. Ibu menelefon aku. Ibu & Ayah berhajat nk hantar aku pula. So. aku biarkan je lah. Cuma aku agak pelik sedikit sbb suara Ibu & ayah kedengaran agak riang. Tidak mcm sebelumnya. Opss lupa..Aku ajak sekali member baik aku,Fairuz Jalal a.k.a Ayuz, utk tumpang skali pg ke sekolah.

Sepanjang perjalanan aku persaan aku gementar + takut. Risau kalo2 keputusan teruk. Tp aku lihat Ibu & ayah relak + mcm x de ape2 akan berlaku. Jarak perjalanan ke sekolah aku lbh kurang 1.5 jam. Sampai shj ke Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Bandar Penawar, aku lihat ramai rakan2 seperjuangan yg dtg bersama2 family. sedang beratur, tunggu giliran utk amik keputusan SPM. Aku cuma mampu titipkan doa agar keputusan SPM memberangsangkan. Aku lihat bermcm2 aksi rakan setelah mereka dapat shj keputusan SPM ini...dan giliran aku sudah tiba..Yg aku igt, amik result dr Cikgu Jeslina...

Bila aku lihat shj keputusan SPM, Aku amat terkejut..Hampir tidak percaya..Ya Allah..Syukur..Alhamdulillah..Aku terus meluru mencari Ibu & ayah..Aku peluk mereka..Aku tunjukan keputusan SPM kepada mereka. Yg aku igt hingga kini, Ibu aku tersenyum sambil keluarkan air mata. Keputusan SPM aku menunjukkan 9A & 1B..

Terima kasih buat Ibu & Ayah yg sentiasa berkorban masa & tenaga,berdoa utk kejayaan aku. Tidak lupa buat guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) yg mencurahkan ilmu & beri galakan hingga aku berjaya. 

*ps - rupa2, Ibu sdh mengetahui keputusan SPM aku sejak dr awal lg. Die tepon org KPM terus.X surprise langsung.