Thursday, September 30, 2010

RnD close opis

Salam 1Malaysia..

Hehehe. bunyi tajuk cm pelik je kan. Tp yg bebenornya tajuk entri di atas adalah diadaptasi dari perkataan "open house". Oleh kerana dibuat secara tertutup & terhad kepada warga department RnD shj, jadinya sesuai sgtlah digunakan perkataan "close" serta acara ini dilakukan di opis & bukannya di rumah. Mmg sesuai sgtlah dgn acara yg diberi nama "RnD close office"..

Aktiviti ini dirancang secara tidak sengaja oleh opismate melayu2. Mula2 hanya dilakukan secara suka2. Lgpon tahun2 yg sudah pon dilakukan antara "kita-kita" yg berbangsa melayu jek. Akhirnya dgn campurtangan org besar, maka dgn berbesar hati, aktiviti ini dijalankan secara formal & teratur. Means jemput budak satu opis makan sekali, merasa masakan makanan melayu asli & yg kurang tulen. Masing2 telah diberi amanah utk menyediakan juadah.


Aku?? juadah yg aku sediakan bersifat masakan melayu moden kotemporari iaitu..

Spaghetti Ala kampung style.

Tp aktiviti kali nih kurang syok sbb Bos besar x dpt join di saat2 akhir. Dia kene pergi urgent meeting. Mmg best & syok makan2 cmnih. Inilah die nama kedua department tempat yg aku bertugas iaitu Dept Makan yg mmg sinonim dgn aktiviti makan2.

Wednesday, September 29, 2010

wakenabeb plak

Salam 1Malaysia..

Sepatutnya hari kelmarin lagi dh diumumkan. Aku punyalah saje2 nk tgk lambat2. Kasi peram 2 hari. Kunun nk surprisekan diri sendiri. Ghupanya bila aku "klik" shj, kuar satu pengumuman..

"Harap maaf..Terpaksa ditunda kepada 7hb Oktober 2010..Harap maklum"
 -ayat yg telah diubahsuai atas faktor cuaca

So, teruskan hidup seperti biasa...Hehehehe

Tuesday, September 28, 2010

Sebab musabab

Salam 1Malaysia..

Owh..Rasenye semalam aku dh declare yg aku amik cuti sempena jatuhnya hari ulangtahun kelahiran my wife. Sebenarnya tujuan aku termengambilan cuti adalah utk menemani wife yg akan melapor diri bertugas sebagai GURU setelah beberapa bulan menanam anggur akibat habisnya kontrak dgn progam DPLI di UPSI yg jauh nun di sana. Aku menemani wife ke SMK Simpang Renggam utk melapor diri kerana ingin sama2 meraikan hadiah hari jadinya yg cukup special dlm hidupnya ini. Owh. My wife bukanlah di postingkan di sekolah itu tetapi semua guru yg ditempatkan di negeri Johor diwajibkan melapor diri di SMK Simpang Renggam dahulu utk di"taklimat"kan. Wah mmg cukup ramai yg menghantar guru2 baru nih. Siap ade jamuan raya lagi utk ibu bapa/penjaga/pasangan yg menghantar guru2 terbabit. Terlihat terpancaran cahaya kegembiraan di muka masing2 tatkala ingin ditempatkan di sekolah.

Monday, September 27, 2010

Selamat Hari Lahir..

Salam 1Malaysia..

Diumumkan bahawa hari ini bersamaan dengan 27 September adalah merupakan sambutan hari ulangtahun kelahiran my wife..Hehehe dh makin bertambah umur..


" Semoga sayang dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, dikekalkan hidup dalam islam, menjadi isteri mithali, akan menjadi mummy yg baik utk anak kita..Amin.."

*bersempena dgn sambutan ulangtahun kelahiran my wife, aku telah mengambil cuti bagi....???

Wednesday, September 22, 2010

Akhirnya dapat gak UG

Salam 1Malaysia..

Bab nih aku konfius sket. X tau sape yg pegnen sebenarnya. Bukan tang perut ye. Nih bab mengidam. Setelah menerjah beberapa lokasi yg menghampakan, akhirnya dapat gak UG nih. Apa kejadah la UG nih? UG ialah Udang Galah. Masak Lomak sedap ooo.. Jom layan hasil tangkapan belian Udang Galah berkenaan.

Udang Galah yg masih hidup

Pengasingan udang yg telah menjadi arwah

Pandangan udang galah dari dekat
(tertipu..ingat dh mati rupanya masih hidup menggelitik)

Model upahan penjual Udang Galah.
(mula2 geli nk pegang..last2 siap nk bw tidur plak)

Monday, September 20, 2010

BBQ & bakar membakar

Salam 1Malaysia..

Disebabkan oleh mesin pembakar tidak lagi berfungsi, atas nasihat Mak mantohak, semalam, aku mengambil keputusan untuk membakar ayam berkenaan secara BBQ. Maka dgn secara otomatiknya menjadi person incharge bg bab bakar membakar ini. Dari beli arang, setup tempat bakar, nyalakan bara, tukang kipas lipas, senang citer akulah. Layan jelah gambar lg senang.

Ada ayam, udang, dan ikan jaket

"dapur" & bahan2

Dibantu oleh 2 orang pekerja

Kipas, jgn x kipas.

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia yg ke-47

Salam 1Malaysia...

Hari ini aku kene bangun awal & bersiap2. Org lain di rumah sdg diulit mimpi. Suasana sayup & sunyi. Bunyi kecil dengkuran org tidur pon blh didgr. X sampai hati nk buka lampu. Seterusnya, aku memandu kereta & kelihatan jalan agak lengang. Mmg lengang. Arini x de plak kereta yg blh diajak ber"lumba" nmpknya. Di persimpangan pusingan "U" utk ke senai airport juga kelihatan pergerakan kenderaan cukup lancar. Tidak nmpk kelibat Polis Trafik yg selalunya setia membantu mengawal lalulintas. Tidak seperti hari2 biasa. Gaya aku pon semacam x de mood. Kenapakah??

Owh Tidak. Aku kena KERJA arini. Orang lain sekarang sedang bercuti. Cuti sempena sambutan Hari Malaysia. Bermula pada tahun ini, setiap 16 September akan di reserve sbg cuti umum oleh pihak kerajaan. Kenapa pulak aku kene keje. Ini kerana company tempat aku mencari rezeki telah bersetuju utk memberi hari cuti pada 9 September lalu dan diganti kepada 16 September sbg hari bekerja. Owh, nmpknya company aku bekerja ini bukanlah penderhaka.

Jadinya, utk cover rasa bosan & rasa x puas hati, aku just nk wish kepada yg lain..


SELAMAT HARI MALAYSIA yg ke-47

* Hari Malaysia merupakan hari utk memperingati pengabungan Malaya, Borneo Utara, Sarawak & Singapura membentuk persekutuan Malaysia pada 16 Sepetember 1963

Sunday, September 12, 2010

Die "pow" tuannya dulu..

Salam 1Malaysia..

Sekarang aku berada di rumah Bandar Tenggara. Seronok dpt beraya dgn ibu & ayah pula. Dalam tgh seronok2 tuh, aku sempat gak melihat keadaan kereta. Korang nk tau. tgh2 aku check kereta, aku terlihat..


Salah satu tayar kereta aku sudah menampakkan benangnya. Tayar belakang pulak tuh. nasib baik x terjadi ape2 pada aku & wife sbb "terbawa" laju kt highway arituh. Aku mmg x expect yg tayar kereta aku akan botak begini. Mmg ade plan nk tukar dlm bulan depan. Inagat sempat nk tunggu gaji bulan depan. Tp dh jadi cmni, terpaksalah gak tukar secepat mungkin. Dan bermula raya ketiga, kereta aku menjadi begini...


Terpaksalah berhari raya dgn menggunakan tayar sotong buat sementara. Kereta dh cantik. Berkilat. Nk tukar tp kedai x buka lg. Tambahan pula kejadian disedari pada hari ahad. Lg lah kedai byk yg x buka. Duit pula dh spend byk kt "angpow". nampak gaya kereta aku nih dh "pow" tuannya dululah gamaknya. Kalo dh pki tayar sotong tuh, mmg x berani lah aku nk jalan jauh. X berapa nk konfiden. Asyik nk tekan minyak jek kasi laju. Dh tertera kt stiker tayar spare tuh. Kelajuan maksima yg disyorkan 80km/j. Mane blh tahan...

Saturday, September 11, 2010

Hari pertama Raya

Salam 1Malaysia.

Pagi2 lagi sudah bergema takbir raya berkumandang. Setelah selesai solat subuh, aku bersiap2 utk menyambut hari pertama syawal. Kali ini aku pakai Baju Melayu Johor (First time pakai baju melayu teluk belanga). Agaknya tension gak wife aku nk siapkan satu set lengkap pakaian raya aku nih. Dari songkok baldu, sepasang baju melayu, butang & kain sampin. Dh tu aku mmg pastikan yg baju Melayu mesti digosok sempurna. Ikut spec aku katanya. Nasib baik my wife mmg dh phm pernagai aku. Mmg x de mslh besar buat die nk bg aku puas hati. You're great my wife.

Pagi2 lagi aku dh bersiap2 utk tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Taman Dahlia. Susah gak nk cari tempat letak kereta kt masjid nih. Inilah akibat apabila datang lewat ke masjid. Sampi jek aku diperkarangan masjid, tok bilal dh start bg penerangan utk lakukan solat sunat aidilfitri. Kiranya on-time gak la aku smpi masjid tuh.

Setelah selesai solat sunat Aidilfitri & khutbah, aku pun pulang ke rumah PIL utk meneruskan sambutan hari raya. Makan beramai2 dulu kemudian acara bersalam2an & bermaaf2an antara ahli keluarga. Mmg cukup meriah. Waktu itu jugalah keluar semua "angpow" yg telah disediakan.

Aku, my wife & Syamim (anak buah wife)

Kemudian, aku, wife & seluruh ahli keluarganya sama2 ke kedai gambar. Aku dh book utk amik gambar keluarga di studio. Nk print gambar besar2 & wat frame gantung kt umah PIL. Lgpon time nilah cukup semua ahli keluarga.

Kan hari raya kali nih jatuh pada hari jumaat. Aku kene pergi gak tunaikan solat jumaat seperti biasa. Selesai solat jumaat, aku, wife & semua ahli keluarga berkonvoi ke kampung halaman wife yg terletak di Batu Pahat. 3 kereta kesemuanya. Kereta aku, kerata kakak ipar wife & kereta raya adik ipar aku. Spt biasa, aku akan berada di hadapan menjadi ketua. Aku berhenti utk mengisi minyak tetapi 2 buah kereta lg enggan menunggu aku & meneruskan perjalanan. Aku x kisah pon. Cuma aku mmg planning x nk ikut tol skudai sbb mmg tau kesesakan yg berlaku di situ. Aku masuk lebuhraya ikut Tol Kulaijaya.

Aku pon sedaya upaya utk merapatkan diri dgn 2 kereta td. Rupa2nya, aku dh jauh meninggalkan mereka & aku tunggu mereka di susur keluar Tol Yong Peng Utara. Boleh tahan lama gak tunggu 2 kereta nih. Adalah dlm 30 minit. Sebenarnya aku risau gak kalo2 terkena "tembak" di lebuhraya tadi.

Aku meneruskan perjalanan setelah 2 kereta tadi tiba. Perjalanan terhenti sebentar kerana my wife mengidam nk makan Lemang. Nasib my wife mmg baik sbb itulah satu2 gerai lemang yg ada di sepanjang jalan dari susur keluar Tol Yong Peng Utara ke Tongkang Pechah.

Dikesempatan yg ada, aku & wife menziarahi suadara mara yg berada di Batu Pahat nih. Di rumah nenek wife pula mmg penuh dgn sanak saudara balik pulang ke kampung. Nasib baik rumah tuh besar. Still ada ruang utk aku & wife tidur. Hari raya kedua pula kena balik umah Ibu aku.

Gambar family aku (aku & wife tiada time nih)

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran Aidilfitri

Salam 1Malaysia..


Syukur Alhamdulillah. Sekarang kita berada di bulan Syawal. Sebulan kita menjalani ibadah Puasa. Terasa syu & hiba apabila terdengar laungan Takbir Raya kerana Ramadhan kali ini meninggalkan kita. Entahlah. Masihkah ada lagi peluang utk aku berjumap Ramadhan tahun hadapan. Cuma aku mampu berdoa agar aku dapat berjumpa lagi dgn Ramadhan akan datang atas kehendakNya.

Dikesempatan ini aku & wife menyusun sepuluh jari penuh pengharapan, seikhlas hati memohon ampun & maaf sekiranya terdapat kekhilafan diri dalam penulisan di blog ini. Mmg tidak dapat dinafikan kadangkala penulisan ini bertuankan emosi utnutk pembaca, pengikut serta yg mengenali diri ini, dengan rendah diri aku & wife ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Semoga perjalanan ke kampung semuanya selamat. Berhati2 apabila memandu. Jauhkan dari sifat pentingkan diri apabila memnadu.

Thursday, September 9, 2010

Coretan sehari sebelum raya

Salam 1Malaysia..

Arini aku terpaksa cuti. Ya. Terpaksa & dipaksa cuti oleh company. Arini company bagi cuti & pada 16/9 company declare hari bekerja. X pelah. nk wat cmne. Makan gaji. Kami yg menurut perintah la katakan. So dikesempatan yg ada, aku meringankan tulang utk membantu ape yg patut bg melicinkan persiapan menyambut hari raya.

Hari ni merupakan hari ke-3 aku & wife berada di "kampung" halaman Bandar Tenggara. Seperti biasa setahun sekali aku akan menunjukan skill menganyam ketupat. Dapat gak anyam ketupat. Wife cuma tlg sisir & kemaskan anyaman ketupat yg sedia ade sebelum disumbat dgn beras.

Pagi2 lagi aku dh mula tlg ibu kt dapur. Kt rumah nih x kira lelaki @ pompuan mesti kene pandai tlg ape2 yg patut kt dapur. Aku just amik contract basuh ayam & daging. Kemudian setting dapor utk merebus ketupat. Agak2 dh nmpk lega kt dapur tuh, aku & wife pon apalagi "chow" utk ke rumah PIL plak kt JB. Kan aku nih anak soleh. Minta izin dulu dr Ibu utk ke rumah PIL. Dlm pkl 11.30pg gitu aku & wife chow balik ke JB.







Yelah. Sian plak kt MIL sbb x de org lain yg nk tlg masak. So, MIL just harap my wife jelah nk tlg kerja2 dapur. Aku pon meringankan tulang membantu apa yg patut. Spt biasa, potong daging, basuh daging & ayam menjadi kerja aku. Kemudian setting dapur utk merebus ketupat segera pon menjadi kerja sukarela aku.

Setelah selesai membantu apa yg patut, aku bergegas ke kedai Car Wash berhampiran utk pastikan pada aku beraya dengan keadaan kereta yg bersih. Mmg penuh kedai cuci kereta time gini. Aku pergi rasenya 5 buah kedai cuci kereta. Berderetan kereta beratur. Akhirnya aku akur juga dgn menunggu giliran beratur utk cuci kereta berdekatan Shell Taman Seri Bahagia.

Kereta pon dh bersih. Smpi kt parking umah MIL, sambung lg mengerjakan kereta dgn melakukan waxing seluruh body kereta. Nk bagi kereta nmpk bebetul kilat. Maklumlah pakai kereta sedia ada jek. Belum ade rezeki nk beli yg baru. Kebetulan kereta mmg warna gelap. Elok sgt lah kalo wax nih menjadi. Kasi nmpk kilat habis la kereta raya nih.

Dalam pkl 6.00ptg, aku & wife bergegas pulang ke Bandar Tenggara pula utk bersama2 turut serta dlm Iftar akhir Ramadhan beramai2. Dh semcm satu tradisi wajib kt rumah Ibu. Sampai pon mmg cantik benor dh nk dekat buka puasa. Setelah selesai berbuka, kami semua solat Maghrib berjemaah yg diimamkan oleh Ayah, diikuti dgn laungan Takbir Raya di rumah. Kemudian, diteruskan dgn bacaan Yassin & Tahlil beramai2. Mcm2 telatah dpt dilihat sepanjang bacaan Yassin & Tahlil. Majlis diakhiri dgn solat Isya' berjemaah.




Nih yg x blh diikuti & dicontohi. Utk melepaskan gian, akhirnya aku akur juga turut serta dgn membakar mercun. hehehe. Apa nk jadi. Nih semua sbb ada "tokan" yg bawa stock mercun..

Nasib aku & wife mmg baik kali ini. "Pegawai bank" ada stock utk penukaran duit raya. Thanks Ibu sbb bg kemudahan penukaran duit disaat2 akhir. Agaknya Ibu dh mmg paham benor perangai anaknya ini yg x berkesempatan utk tukar duit di bank. Seterusnya mesyuarat kewangan antara aku & wife berlangsung di dalam bilik. Alahh. masukkan duit raya dlm sampul daa.. Tepat Jam 11.00 mlm, aku & wife bergegas pulang ke JB sbb dh turn aku beraya di rumah keluarga wife pd tahun nih. Ingat terus smpi JB rupanya sempat tersinggah Mini Bazar Raya di Taman Anggerik, Bandar Tenggara utk mencari tudung yg sesuai bg baju raya wife. Boleh palk tuh ada kedai yg masih buka time2 cm gitu. Mmg dh rezeki wife kan.

Friday, September 3, 2010

'Jual Ikan' di tempat yg salah

Salam 1Malaysia...

Alamak. Arini dh masuk 24 Ramadhan. Dh nk smapai penghujung Ramadhan rupanya kita. Hari ini juga adalah hari Jumaat terakhir kita berada di bulan Ramadhan nih. Siyes terasa pilu bila terdengar Imam membaca khutbah & cakap yg hari ini merupakan Jumaat terakhir dlm bulan Ramadhan tahun ni. Entah jumpa lagi ke tidak kita Ramadhan tahun hadapan. Sama2lah kita berdoa.

Semalam aku berkesempatan membawa my wife ke Plaza Angsana & Bazar Raya Pasar borong Pandan utk melengkapkan persiapan menyambut syawal. X mo pegi last2 minit sbb takut sesak dgn segerombolan manusia nnti.

Aku di'paksarela' oleh my wife utk ke Plaza Angsana bg membeli beberapa helai baju. Kalo my wife x suruh, aku mmg x kisah sgt psl baju2 nih. Rupanya aku nih mmg cerewet gak ngan baju pilihan. My wife mmg masak dgn pilihan aku. Owh sebelum terlupa. Semasa menunggu my wife pergi membelek2 tudung, aku sempat mengurut batin badan dgn kerusi urut Osim berbayar yg terletak bebetul menghadap butik Gulati's. Aku just masukkan RM1.00 utk diurut selama 3 minit. Oklah tuh. Dpt gak lepas gian. Tp yg aku kesalkan adalah sikap sesetengah pengunjung yg menyalahgunakan kerusi urut terbabit. Diingatkan bhw kerusi urut itu bukan tempat berehat @ meletakkan punggung bg yg kepenatan kaki. Dan juga bukan tempat utk melepak. Semasa aku ingin gunakn kerusi urut terbabit, kelihatan beberapa org yg tgh lepak di kerusi terbabit tanpa ambil peduli dgn org yg ingin menggunakannya. Senang ckp wat selamba jek mukanya. Kalo die tgh guna x pe, tp just duduk rehat, sandar mcm tgh duduk kt kerusi sofa di rumah. Mau aku nk sound jek. Tp kesian plak. Dh tua2 pon x reti bahasa.

Kemudian, destinasi berikut ke Bazar Raya Pasar Borong Pandan. Jalan masuk ke Pasar borong pandan mulai sesak. Jammed & packed dgn kereta. Byk gak kereta yg parking kt tepi2 jalan besar. Aku spt biasa akan cari jalan alternatif utk masuk ke temapat parking. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Senang jek dapat parking. Dekat pulak tuh dgn khemah jualan. Kt Bazar raya nih, org mmg berasak2. Rasa panas & bahang mmg cukup terasa spt di dalam terapi sauna. Menitis2 peluh aku & my wife. Dpt gak aku rembat sepasang baju melayu johor (telok belanga) & wife dpt gak beli tudung2. Cuma aku x puas hati sbb ada dikalangan perokok bodoh yg sungguh mementingkan diri dgn menghisap rokok dlm berasak2 tuh. Dahlah dgn asap rokok lg. Bau rokok mmglah x payah cakap. Di tambah lg dgn perokok yg sedang memegang rokok yg menyala boleh menyebabkan kelecuran kpd org yg lalu sebelahnya. Lebih2 lg kanak2. Kan bahaya tuh.

* Aku mmg anti perokok yg sdg merokok di tempat2 awam. Semacam x tahu menghormati orang lain. Bukan kita nk sedut asap rokok mereka tuh. Rase mcm nk tumbuk jek perokok2 yg 'kurang ajar' nih. Mmg bodoh punya perokok.

Wednesday, September 1, 2010

Jom Makan - Restoran Abah Beriani House

Salam 1Malaysia..


Semalam kan cuti umum bersempena Hari Kemerdekaan. So, aku x terlepas dari berjalan2 menemani my wife & parentnya pergi ber'suping'. So utk mengelak dr terperangkap dlm kesesakan ribuan manusia, aku memilih utk membawa mereka ber'suping' di Danga City Mall (ex-Bestworld). Keluar dari rumah pon dh dekat pukul 3 petang & seharusnya terpaksalah kena berbuka di luar rumah.

Selepas ber'suping' sakan, dlm pukul 6 petang baru sibuk2 nk cari tempat berbuka. Aku x kesah sbb aku just driver jek. Kiranya, ikut jelah mana dorang nk pergi. Aku agak terperanjat sbb setahu aku mmg agak susah nk cari tempat berbuka time2 begitu ditambah lagi dgn cuti umum. Mmg rasenya kedai dh penuh di'book' oleh org ramai.

Rasenye byk juga pilihan kedai & restoran yg my wife cakap. Pergi sana penuh, pergi sini penuh, pergi situ penuh. Last2 Mak mantohak teringat ttg Restoran Abah Beriani House nih. Aku pon just bw jek menuju ke restoran berkenaan. Bila sampai jek, my wife & adiknya pergi ke kaunter utk pastikan tempat kosong. Owh nasib mmg menyebelahi kami. Still ada tempat kosong. Kami tempah 10 tempat duduk.

Owh..Restoran ini menyediakan buffet ramadhan. Satu kepala dewasa dikenakan RM17.00. Kiranya, tempat duduk kami diletakkan di bahagian luar kedai. Nasib baik cuaca elok. Menu makanannya semestinya Nasi Beryani. Lauk utama mmg byk pilihan. Daging lembu, ayam masak merah, & yg spesel (sbb nih yg plg aku suka) ada kambing. Kuih-muih manis pon disediakan. Air pon ada 4 pilihan.

Org jgn ler ckp. Mmg ramai & penuh semua meja. Berebut2 ambil makanan. Udah dinamakan buffet, semestilah kene amek bbyk. Kan udah dibayar. Rugi kalo mkn sket2. Hilang kejap prinsip diet. hehehehe. Secara overall, makanan kt sini ok cuma mmg ade nasi baryani saje. Servis pon ok.

* Thanks to Firdauz sbb sponsor makan untuk berbuka kali nih.