Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Dalam sedar tak sedar dh sampai ke penghujung tahun 2009.(sambil membuat muka sugul @ sedey). Esok bermulanya tahun baru iaitu tahun 2010 Masihi. Ini bermakna dunia semakin tua dan kita juga akan terus dimamah usia.(meraba kulit muka yang still licin).


Maka dari sini aku pong start muhasabah diriku ini. Apa yang boleh aku simpulkan tahun 2009 merupakan tahun yang paling mencabar buat aku dan wife. Oleh yang demikian dapat disimpulkan tahun 2009 adalah tahun mukadimah kejayaan kami, tahun bermulanya kestabilan hidup kami, tahun yang mengukuhkan lagi cinta kami.


Kami sudah lali dengan cercaan manusia lain. Maklumlah setahun kami sudah mendirikan mahligai. Tapi hanya kami bertiga sahaja yang tahu perancangan hidup berumah tangga.


Apapun kami masih dan terus bersyukur atas anugerah yang telah Allah berikan kepada kami. Segala ujian yang mendatang kepada kami, Alhamdulillah, dpt diatasi. Sebab kami sentiasa yakin bhw Allah akan mendatangkan ujian ke atas hamba-Nya berdasarkan kemampuan hamba-Nya itu. Kami juga percaya dan akan terus percaya bahawa Allah sentiasa bersama kami walaupun kadangkala kami terus alpa dibuai keindahan dengan pancaroba racun dunia ini.


Semoga tahun 2010 akan datang ini memberikan sinar hidup yang lebih bermakna buat kami dari segi keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan kehidupan. Amin...

Wednesday, December 30, 2009

Mercure Johor Palm Resort & Golf


Salam 1Malaysia to all. Last 26th Dec, we have our simple vacation at Mercure Johor Palm & Resort (previously known as Sofitel) for one night stayed. This place very nice with the decoration and facilities as well. Although the Resort located around 15km from JB city and nearby the Senai Airport, it provide nice surround & environment as well as usual resort.

The resort give relaxing to us and make us enjoyed together with family. Big swimming pool, big space room, managed resort lobby, clean restaurant, make our vacation very valuable.And we sure to come back to this resort again for the next time.


Friday, December 18, 2009

Bidadari..


Nukilan kata khas buat isteriku.
(dipetik dari lirik lagu BIDADARI nyanyian Munif Hijjaz)

Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku
Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku
Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Salam Maal Hijrah 1431H



Salam Maal Hijrah 1431H buat semua. Semuga amalan kita diterima pada tahun lepas dan dapat memperbaiki amalan kita pada tahun mendatang. Kedatangan tahun hijrah 1431H ini juga cukup bermakna kerana jatuh pada hari bagi penghulu semua hari iaitu hari Jumaat. Dan pada 18 Disember ini juga terdapat perlawanan akhir bola sepak sukan Sea melibatkan pasukan Malaysia.

Sekarang kita mempunyai 2 pilihan antara duduk di masjid meraikan kedatangan Maal Hijrah atau duduk di depan TV menyaksikan perlawanan akhir bola sepak sukan sea?

Monday, December 14, 2009

3 Jam: Kegembiraan sementara



Agak-agaknya apa perasaan korang apabila pasangan kita yg baru bergelar suami @ isteri tidak sampai 24 Jam "Pergi dan tidak akan kembali lagi? Mesti sedey kan. Inilah peristiwa yang cukup membuat aku terfikir apabila membaca berita pernikahan Allahyarham Mohd Arif dan Isterinya Teh Afiffah Syahirah. Jodoh, pertemuan semua di tangan Allah.

Oleh yang demikian, hargailah pasangan anda. Sayangi mereka seadanya.Jika peristiwa ini berlaku pada aku, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya.

p/s : Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Ariff dan juga anggota keluarganya yg turut terkorban dalam nahas itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Diharap Teh Afiffah terus bersabar atas kejadian ini dan percaya Allh sentiasa bersama hamba-Nya

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha buat umat Islam. Apa makna Korban @ Qurban bagi anda?Jawab dalam hati ye semua

Bilakah kami dapat menunaikan Haji di Makkah bersama-sama. Kalau diizinkan oleh-Nya, kami mahu menjadi tetamu-Nya pada usia muda lagi. InsyaAllah. semuga hajat kami ingin menunaikan
rukun Islam ke-5 ini akan tercapai dengan mudahnya...

Amin Ya Allah

Memori : 2611 pada suatu ketika dahulu


261106 terjadilah satu kisah yang amat manis buat aku dn si dia. Inilah die mukadimah dlm adat Melayu untuk memiliki seseorang dara pujaan.Setelah aku mula bekerja, aku memujuk keluargaku pergi menemui family die utk mengukuhkan lagi hubungan cinta kami.Inilah kali pertama pengalaman keluargaku menghantar rombongan merisik & meminang.

Pada mulanya, kami telah berbincang sesama sendiri agar diadakan majlis merisik & meminang sekaligus dan simple2 shj. Aku hanya suka sekiranya majlis ini ringkas dn juga kurang formalnya.Aku hanya ingin menghantar rombongan sbg syarat shj.Jadi aku hanya menyediakan sebentuk cincin sbg tanda pertunangan.

Cuba bayangkan dalam 2-3 jam sblm majlis, aku telah menelefon si die agar kami menukar plan sbg majlis pertunangan yg penuh.Dari janji tiada sbrg pertukran dulang, aku memberitahunya agar menyediakan 7 dulang untuk pertukaran. inilah peristiwa yang menjadi kelam kabut diwaktu itu.Satu majlis pertunangan express. namun semua itu tidak seskali mencacatkan persediaan majlis itu.

Kemudian, aku cukup terkejut apabila mendapati pihaknya menyediakan majlis yang agak besar. wakil pihak si die jg cukup ramai & membuatkan familyku cukup gusar.Ayahku sendiri menjadi jurucakap bg pihak aku.Manakala ketua blok perumahannya pula menjadi wakil jurucakap pihak si die.

Yang aku tidak boleh lupakan ialah, aku tidak meletak resit pembelian cincin pertunangan itu. Jadi ade sket pertikaian ttg ketulenen emas.nasib baik pihaknya tidak begitu serius.Maklumlah sekadar bergurau2 melayu.syarat2 dan terma2 pon telah dipersetujui bersama.Tempoh masa 2 tahun diberi untuk aku kata ON NIKAH dan hantar ke 32999.Jari manis die disarung cincin oleh nenek kesayangan aku sendiri memandangkan nenek adlh org yg plg veteran.

Terima kasih aku ucapkan kpd rkan karibku Omar, Wan Rajak, Irfan & Shah krn sudi dtg ke majlis pertunangan aku w/pun korang dr KL.