Saturday, January 2, 2010

Malaysia : Gerhana 2010 ?



Salam 1 Malaysia. Gelap. Cukup Gelap. Berita hangat 2010.Ini bukanlah cerita tentang gerhana bulan ataupun gerhana matahari untuk tahun 2010. Ini mengisahkan gerhana untuk kita umat Islam di Malaysia tahun 2010. Terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan akhbar Mingguan Herald-The Catholics Weekly menggunakan kalimah Allah. Ini telah menimbulkan pelbagai reaksi & tindakan umat Islam di Malaysia. Walaupun keputusan memihak kepada sebelah Sana, namun penggunaan kalimah Allah secara salah oleh pihak Sana dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam yg masih lagi mencari makna Iman. Sebagai majoriti penduduk Malaysia yang beragama Islam, memanglah keputusan penggunaan Kalimah Islam menjadi terlalu sensitive & juga menjadi tanggungjawab Umat Islam bangkit menentang keputusan itu. Penggunaan kalimah Allah ini sudah menjadi hak eksklusif umat islam di Malaysia.

Menjadi persoalan kenapa baru sekarang pihak Sana ingin menggunakan Kalimah Allah ini?Adakah ini merupakan satu agenda secara halus untuk menyebarkan Kristian melalui kekiruan akidah Umat Islam?Adakah pihak Sana telah mengetahui kelemahan perundangan negara?Adakah ini merupakan peluang yg terbuka diambil oleh pihak Sana setelah melihat perpecahan bangsa Melayu yang secara signifikan menganuti Islam?Adakah keputusan ini berkaitan dengan permasaalahan arena politik semasa?Adakah ini merupakan kesempatan yang diambil ke atas kelembutan pihak kita terhadap perlembagaan negara?Adakah ini satu pengajaran yang jelas dari kerjasama politik berasaskan matlamat kerakusan kuasa?Adakah ini satu kesempatan yang diambil dari petikan ucapan ulama yang digilai ramai yang sememangnya telah mengeluarkan satu pernyataan yang tidak disenangi oleh pihak Sini?
Jelaslah selepas Mac 2008 sememangnya banyak peristiwa yang cukup mengegarkan negara. Dari ayat Quran sendiri dipersenda dan sekarang kalimah Allah pula. Mana dia pihak yang selalu melaung-laungkan Islam? Sekarang, tepuk dada, tanya Iman. Fikir-fikirlah wahai umat Islam Malaysia. Sedarlah dari tidur. Sekarang kita melalui GERHANA 2010.

Memori: 1 Januari..

Salam 1 Malaysia buat semua.Amacam??Adakah anda semua sihat2 belaka??(gaya percakapan seorang guru terhadap anak muridnya).Seronok masuk tahun 2010??Ini bermaksud hanya tinggal 10 tahun shj lagi untuk ke arah wawasan 2020.Bernas sungguh idea Dr. M ini.Ada juga keinginan untuk memiliki pandangan jauh macam beliau.(tabik springg utk Dr.M)

Opsss..tersasar pula..Ini bukan kisah Dr. M daaa...Ini kisah hitam yang telah terjadi pada 1 Januari 2008..Untuk makluam semua, tanah jajahan Sultan Iskandar ini tidak mengambil cuti sempena tahun baru masihi..(negeri hujung benua asia ini hanya meraikan tahun baru hijrah..sungguh islamik kan negeri tumpah darahku)..So hanya terdapat beberapa syarikat yang tidak sedar diri menumpang di negeri ini sahaja mengisyhtiharkan cuti sempena tahun baru..(termasuklah tempat aku bekerja dahulu..opss nama syarikat terpaksa dirahsiakan atas menjaga nama baik si Kambing itu..)


Kejadian ini berlaku di area Sri Gading. Selepas penat ber'suppin tingkap' di Ayer hitam, menghala ke Batu Pahat. Tetiba.. seorang Makcik yg separuh abad umurnya dengan konfidennya melanggar sisi kiri kereta aku. Bayangkan straw minuman bos aku boleh terpatah time itu.(sungguh musykil betul aku sampai sekrg knp straw plastik blh patah time tu).Boleh ke die beri alasan, "MAKCIK DH BERI SIGNAL KANAN UTK KELUAR SIMPANG" (dgn muka konfiden dn tak bersalah plak tuh).Bengong sungguh makcik tu.mcm x tau undang2 jalanraya agaknya.Manalah kita akan nampak signal nya tuh kalo kita dari arah kiri die..Betul x?? Kemudian terpaksalah aku pergi ke balai Trafik BP utk buat report.dn dari report mmg terang, aku tidak bersalah dan makcik tuh yg bersalah.maka die terpaksalah menanggung kerugian kereta aku..

Itulah kisah aku di 1 januari..Udah 2 tahun peristiwa itu berlalu..dan kereta aku terus sihat dn terus menabur jasa baktinya kepada aku di bumi UPSI ini..

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Salam 1Malaysia to all(sambil tangan melambai-lambai).Arini dh masuk tahun 2010.Rasa mcm sekejap je tahun 2009 berlalu kn??Mood still kt tahun 2009.kalau boleh takmo umur bertambah lagi.Tp apakan daya.Kita ini hanya dipinjamkan shj usia kita(sambil membuat muka yang penuh keinsafan).

Cuba kita renungkan.Betapa kita telah kerugian byk masa di tahun 2009 kn??Kami percaya ramai lagi diluar sana masih tidak mencapai hajat tahun 2009(buat muka jahat bertanduk).So mane2 individu yg dh tersedar ini adlh tahun 2010, maka mane2 hajat yang belum tercapai bolehlah di 'refresh' balik hajat tuh.Pastikan hajat tuh yg releven sahaja tau(sedarlah diri tu sket).

Inilah dh nasib badan.hajat nk turunkan berat badan tahun 2009.Tp cm same jek berat nye.Still ok lagi kot dpt maintain kan berat badan bukan menambahkan berat badan(muka penuh bangga..hinshhh..hinshh...hinshhh sambil memegang perut yang Cumel).

Kami merasakan cukup pantas 2009 meninggalkan kami.2009 akan hanya tinggal sejarah.kn baguskan kalo machine 'back to the future' tu mmg bebetul wujud..Ishkk ape lak yg kami mengarut nih.Ape yg kami rasakan adalah seolah2 hari berganti cukup pantas.Rase mcm sekejap jek satu hari tuh.Mungkin inilah salah satu tanda kecil dunia akan menemui ajalnya.Merasai 1 tahun seolah 1 bulan, Sebulan seolah 1 minggu, 1 minggu seolah 1 hari, 1 hari seolah 1 jam, 1 jam seolah 1 minit, 1 minit seolah 1 saat, dan 1 saat seolah tidak wujud lagi.

Mana tidaknya.Terdapat riwayat dan hadis yang mengatakan Rasulullah pernah mengatakan bhw pada tahun penghidupannya itu sudah dikira sebagai akhir zaman.sekarang sudah melangkau 1430 Hijrah.maknanya Bumi ini sudah terlalu-lalu-lalu tua.tidak hairanlah banyak bencana alam berlaku akhir2 ini..

Jadi.Kami merasakan adalah bg azam 2010 ini, kami mahu meningkatkan lagi ketaqwaan melalui peningkatan ibadah yang disuruh-Nya, dan sedaya upaya meninggalkan larangan-Nya.InsyaAllah.Akhir kata buat semua.

"..Renung-renungkan dan Selamat Beramal"..(Bak kata Ustaz Hot.fm)

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Dalam sedar tak sedar dh sampai ke penghujung tahun 2009.(sambil membuat muka sugul @ sedey). Esok bermulanya tahun baru iaitu tahun 2010 Masihi. Ini bermakna dunia semakin tua dan kita juga akan terus dimamah usia.(meraba kulit muka yang still licin).


Maka dari sini aku pong start muhasabah diriku ini. Apa yang boleh aku simpulkan tahun 2009 merupakan tahun yang paling mencabar buat aku dan wife. Oleh yang demikian dapat disimpulkan tahun 2009 adalah tahun mukadimah kejayaan kami, tahun bermulanya kestabilan hidup kami, tahun yang mengukuhkan lagi cinta kami.


Kami sudah lali dengan cercaan manusia lain. Maklumlah setahun kami sudah mendirikan mahligai. Tapi hanya kami bertiga sahaja yang tahu perancangan hidup berumah tangga.


Apapun kami masih dan terus bersyukur atas anugerah yang telah Allah berikan kepada kami. Segala ujian yang mendatang kepada kami, Alhamdulillah, dpt diatasi. Sebab kami sentiasa yakin bhw Allah akan mendatangkan ujian ke atas hamba-Nya berdasarkan kemampuan hamba-Nya itu. Kami juga percaya dan akan terus percaya bahawa Allah sentiasa bersama kami walaupun kadangkala kami terus alpa dibuai keindahan dengan pancaroba racun dunia ini.


Semoga tahun 2010 akan datang ini memberikan sinar hidup yang lebih bermakna buat kami dari segi keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan kehidupan. Amin...

Wednesday, December 30, 2009

Mercure Johor Palm Resort & Golf


Salam 1Malaysia to all. Last 26th Dec, we have our simple vacation at Mercure Johor Palm & Resort (previously known as Sofitel) for one night stayed. This place very nice with the decoration and facilities as well. Although the Resort located around 15km from JB city and nearby the Senai Airport, it provide nice surround & environment as well as usual resort.

The resort give relaxing to us and make us enjoyed together with family. Big swimming pool, big space room, managed resort lobby, clean restaurant, make our vacation very valuable.And we sure to come back to this resort again for the next time.


Friday, December 18, 2009

Bidadari..


Nukilan kata khas buat isteriku.
(dipetik dari lirik lagu BIDADARI nyanyian Munif Hijjaz)

Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku
Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku
Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Salam Maal Hijrah 1431H



Salam Maal Hijrah 1431H buat semua. Semuga amalan kita diterima pada tahun lepas dan dapat memperbaiki amalan kita pada tahun mendatang. Kedatangan tahun hijrah 1431H ini juga cukup bermakna kerana jatuh pada hari bagi penghulu semua hari iaitu hari Jumaat. Dan pada 18 Disember ini juga terdapat perlawanan akhir bola sepak sukan Sea melibatkan pasukan Malaysia.

Sekarang kita mempunyai 2 pilihan antara duduk di masjid meraikan kedatangan Maal Hijrah atau duduk di depan TV menyaksikan perlawanan akhir bola sepak sukan sea?