Haishyoo..boleh ke kami ni main buai laju2..hehehe..tu yg belah kanan yg tersgt nk lepas kn gian main buai..mcm budak kecik kan??aku lak dipaksa rela utk main buai..nasib baik still muat lagi kt buai tuh..Jauh betul kami main buaian tuh..kt Pantai Dalam..KL(sebutan mesti mcm kay..el')
..Sebuah blo6 pengisahan sepasang suami isteri yang berjiwa kental dan berotak gonjol..
Tuesday, January 5, 2010
Relevenkah sistem bekerja dari rumah?
Wah.Ini bukanlah berkenaan bisnes MLM.Ini melibatkan pekerja sesuatu organisasi.Mesti seronok kalo terpilih melakukan kerja dari rumah.Tp apakan daya, sistem bekerja dari rumah hanya melibatkan warga JKR terpilih & juga semestinya mereka adlh pekerja sektor awam.Aku lak hanya bekerja sbg operator pengeluaran kilang.Semalam aku terlihat beberapa feedback dari peserta yg terpilih dlm sistem bekerja dari rumah di dlm Buletin Utama.Minggu ini adalah minggu permulaan bagi mereka & jangkamasa percubaan sistem ini adlh selama 3 bulan.
Rata2 peserta memberikan komen yg agak sinonim.Dapat jimatkan masa, dpt elak kesesakan trafik & dpt jimatkan pelbagai kos.Kalaulah dapat dirungkai semua komen yg diberikan, ia dapat memberi impak yg sgt besar kepada kualiti & produktiviti pekerja.Masa yg agak flexsible bekerja dari rumah mebuatkan mereka dapat menggunakan masa yg optimum untuk melakukan kerja.Masa yg sblm ini hanya terbuang di dlm perjalanan ke tempat kerja selain akan menggangu kosentrasi pekerja akibat kesesakan trafik, penat dan juga tekanan sesuntukan masa utk melaksana pelbagai tanggungjawab.
Peserta yg terlibat adlh kalangan mereka yg terlibat secara langsung penggunaan komputer sepenuh masa dn melibatkan rekacipta. Maka idea mereka cukup penting dn byk menggunakan kreativiti.Mungkin bekerja dari rumah dapat mengurangkan tekanan kerana tidak perlu berjumpa Bos setiap hari yang sememangnya memeningkan kepala.
Bagi saya banyak aspek terlibat antara pekerja amat penting dalam hasil projek perintis ini.Komunikasi, kejururan, amanah dan time management amatlah penting.Al-maklumlah kita semua tahu cabaran di luar pejabat lebih bahaya berbanding dalam pejabat. Yang penting fokus kepada kerja, jujur kepada diri sendiri, melaksanakan amanah dengan yakin dan dapat menangkis cabaran jahat dari luar.sekurang2nya ada tidak perlu bersuppin utk baju kerja yg baru utk 3 bulan ini.
Yang sebenarnya agak susah juga bekerja dari rumah.Ditakuti tersalah guna pulak masa yg tersedia.Takut juga tak terpikul nnti tanggungjawab di SANA kelak.Akhir kata, Selamat maju jaya buat semua peserta.Semoga projek perintis ini membuktikan bekerja dari rumah itu BAIK.
Labels:
Gaya Hidup
Monday, January 4, 2010
Gula oh Gula
Hi kawan2(ciplak gaya YUS juara raja lawak musim pertama). Sekarang heboh satu Malaya mengenai harga gula yang naik hampir 20sen satu kilogram.Apa itu gula?Hanya hablur putih dan memberikan rasa manis.Dalam sistem jual beli secara kapitalis, negara kita terlibat dalam kenaikan harga gula pasaran dunia.Bagi aku pula mungkin ini satu permulaan yang baik utk rakyat Malaysia mengurangkan sedikit penggunaan gula dalam masakan mahupun minuman.Mungkin ramai pernah mendengar pepatah 'semut mati kerana dihempap gula'.Oleh itu ubahlah cara hidup dengan mengurangkan rasa manis dlm minuman tapi menambah manis dlm setiap senyuman.Kerana senyum itu adalah sedekah yg paling mudah.
Pek gula yg mungkin akan berada di pasaran akan datang
Labels:
Gaya Hidup
DPLI: Mee segera bernilai.
Salam 1 Malaysia. (Sila lihat gambar di atas).Adakah anda mengetahui tangan yang menulis itu adalah guru produk ISMP ataupun DPLI?(jawab dgn ikhlas). Aku sendiri tidak mengenali guru tersebut adalah guru ISMP atau DPLI. Aku menulis isu ini kerana sedikit kesal dan terkilan kerana DPLI dianggap menutup periuk nasi bakal guru2 ISMP. Hal ini pernah menjadi panas di UPSI.Sekarang ia semacam satu isu panas peringkat nasional. Aku menulis kerana memberi respon terhadap satu laporan media perdana yang disiarkan pada waktu tengahari. Aku sendiri melihat dan mendengar pemberita membaca kiriman e-mail yang disiarkan di kaca TV3.
Tahun 2010 dan seterusnya adalah tahun yang kritikal dan sangat mencabar bagi graduan pendidikan. Isu penempatan yang terhad, kualiti bakal guru,dan persaingan sengit graduan pendidikan menjadi isu nasional yang cukup panas. Ini dipanaskan lagi dengan kiriman e-mail ke produsi media tempatan yang menyalahkan program DPLI@ KPLI diwujudkan & menyelar guru DPLI @KPLI sebagai GURU mee segera.Kualiti guru DPLI @KPLI dipersoal. Malah menyelitkan lagi pernyataan yang sumbernya boleh dipertikai.
Aku tidak hanya melihat kepada diriku sahaja.Aku berpendapat bahawa Guru mee segera juga tidak kurang hebatnya. Kalau begitu kenapa Mee Maggie tetap menjadi pilihan pengguna walaupun mereka sebenarnya mampu membeli mee goreng mamak?Utk makluman, kebanyakan graduan DPLI @KPLI (tp bukan semua) mempunyai pengalaman kerja sebelum memasuki DPLI @KPLI. Sebahagian dari mereka pula (termasuk aku) merupakan bekas guru yg bertaraf kontrak.Ada juga di antara kami yang telah berkhidmat sebagai guru kontrak bertahun2 lamanya.
Persoalan sekarang.Adakah pengalaman sebagai guru (bertaraf kontrak) tidak membantu kami graduan DPLI @KPLI untuk meningkatkan lagi profesionalisme perguruan?Adakah sesi bilik kuliah selama lebih kurang 7 hingga 8 semester menjadi ukuran tahap profesionalisme perguruan?Adakah graduan ISMP tahu prosedur untuk memasuki pengajian DPLI @KPLI?Adakah sesi bilik kuliah selama beberapa semester itu (ISMP) cukup menjadikan guru yang berfikian waras, profesional dan berpengetahuan luas?Adakah graduan ISMP sememangnya boleh menjawab ujian INSAK dengan jayanya?Bagaimana pula sesi temuduganya?Pengalaman dalam bilik darjah?
Oleh yang demikian memang tidak dapat dinafikan graduan ISMP mahupun DPLI @KPLI ini belum lagi hebat. Yang membezakan kualiti guru bukanlah kelulusan. Penempatan guru pula bukanlah bersandarkan kelulusan. Ternyata kehidupan bermula dari pengalaman. Rezeki ada di mana2. Jikalau anda (ISMP) terasa hebat, tidakkah anda malu menyalahkan orang lain. Sahutlah cabaran dunia perguruan. Bukan semua mempunyai nasib yang serupa. Tapi ingat, Rezeki itu hak Allah dan Allah jualah yang menentukan rezeki untuk makhluknya.
Adakalanya mee goreng mamak yang dimasak dgn cukup bahan & dimasak lama tidak sesedap mee segera yang hanya dituang air panas & dimasak 3 minit.
Labels:
Geram
Saturday, January 2, 2010
Malaysia : Gerhana 2010 ?
Salam 1 Malaysia. Gelap. Cukup Gelap. Berita hangat 2010.Ini bukanlah cerita tentang gerhana bulan ataupun gerhana matahari untuk tahun 2010. Ini mengisahkan gerhana untuk kita umat Islam di Malaysia tahun 2010. Terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan akhbar Mingguan Herald-The Catholics Weekly menggunakan kalimah Allah. Ini telah menimbulkan pelbagai reaksi & tindakan umat Islam di Malaysia. Walaupun keputusan memihak kepada sebelah Sana, namun penggunaan kalimah Allah secara salah oleh pihak Sana dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam yg masih lagi mencari makna Iman. Sebagai majoriti penduduk Malaysia yang beragama Islam, memanglah keputusan penggunaan Kalimah Islam menjadi terlalu sensitive & juga menjadi tanggungjawab Umat Islam bangkit menentang keputusan itu. Penggunaan kalimah Allah ini sudah menjadi hak eksklusif umat islam di Malaysia.
Menjadi persoalan kenapa baru sekarang pihak Sana ingin menggunakan Kalimah Allah ini?Adakah ini merupakan satu agenda secara halus untuk menyebarkan Kristian melalui kekiruan akidah Umat Islam?Adakah pihak Sana telah mengetahui kelemahan perundangan negara?Adakah ini merupakan peluang yg terbuka diambil oleh pihak Sana setelah melihat perpecahan bangsa Melayu yang secara signifikan menganuti Islam?Adakah keputusan ini berkaitan dengan permasaalahan arena politik semasa?Adakah ini merupakan kesempatan yang diambil ke atas kelembutan pihak kita terhadap perlembagaan negara?Adakah ini satu pengajaran yang jelas dari kerjasama politik berasaskan matlamat kerakusan kuasa?Adakah ini satu kesempatan yang diambil dari petikan ucapan ulama yang digilai ramai yang sememangnya telah mengeluarkan satu pernyataan yang tidak disenangi oleh pihak Sini?
Jelaslah selepas Mac 2008 sememangnya banyak peristiwa yang cukup mengegarkan negara. Dari ayat Quran sendiri dipersenda dan sekarang kalimah Allah pula. Mana dia pihak yang selalu melaung-laungkan Islam? Sekarang, tepuk dada, tanya Iman. Fikir-fikirlah wahai umat Islam Malaysia. Sedarlah dari tidur. Sekarang kita melalui GERHANA 2010.
Labels:
Geram
Memori: 1 Januari..
Salam 1 Malaysia buat semua.Amacam??Adakah anda semua sihat2 belaka??(gaya percakapan seorang guru terhadap anak muridnya).Seronok masuk tahun 2010??Ini bermaksud hanya tinggal 10 tahun shj lagi untuk ke arah wawasan 2020.Bernas sungguh idea Dr. M ini.Ada juga keinginan untuk memiliki pandangan jauh macam beliau.(tabik springg utk Dr.M)
Opsss..tersasar pula..Ini bukan kisah Dr. M daaa...Ini kisah hitam yang telah terjadi pada 1 Januari 2008..Untuk makluam semua, tanah jajahan Sultan Iskandar ini tidak mengambil cuti sempena tahun baru masihi..(negeri hujung benua asia ini hanya meraikan tahun baru hijrah..sungguh islamik kan negeri tumpah darahku)..So hanya terdapat beberapa syarikat yang tidak sedar diri menumpang di negeri ini sahaja mengisyhtiharkan cuti sempena tahun baru..(termasuklah tempat aku bekerja dahulu..opss nama syarikat terpaksa dirahsiakan atas menjaga nama baik si Kambing itu..)
Kejadian ini berlaku di area Sri Gading. Selepas penat ber'suppin tingkap' di Ayer hitam, menghala ke Batu Pahat. Tetiba.. seorang Makcik yg separuh abad umurnya dengan konfidennya melanggar sisi kiri kereta aku. Bayangkan straw minuman bos aku boleh terpatah time itu.(sungguh musykil betul aku sampai sekrg knp straw plastik blh patah time tu).Boleh ke die beri alasan, "MAKCIK DH BERI SIGNAL KANAN UTK KELUAR SIMPANG" (dgn muka konfiden dn tak bersalah plak tuh).Bengong sungguh makcik tu.mcm x tau undang2 jalanraya agaknya.Manalah kita akan nampak signal nya tuh kalo kita dari arah kiri die..Betul x?? Kemudian terpaksalah aku pergi ke balai Trafik BP utk buat report.dn dari report mmg terang, aku tidak bersalah dan makcik tuh yg bersalah.maka die terpaksalah menanggung kerugian kereta aku..
Kejadian ini berlaku di area Sri Gading. Selepas penat ber'suppin tingkap' di Ayer hitam, menghala ke Batu Pahat. Tetiba.. seorang Makcik yg separuh abad umurnya dengan konfidennya melanggar sisi kiri kereta aku. Bayangkan straw minuman bos aku boleh terpatah time itu.(sungguh musykil betul aku sampai sekrg knp straw plastik blh patah time tu).Boleh ke die beri alasan, "MAKCIK DH BERI SIGNAL KANAN UTK KELUAR SIMPANG" (dgn muka konfiden dn tak bersalah plak tuh).Bengong sungguh makcik tu.mcm x tau undang2 jalanraya agaknya.Manalah kita akan nampak signal nya tuh kalo kita dari arah kiri die..Betul x?? Kemudian terpaksalah aku pergi ke balai Trafik BP utk buat report.dn dari report mmg terang, aku tidak bersalah dan makcik tuh yg bersalah.maka die terpaksalah menanggung kerugian kereta aku..
Itulah kisah aku di 1 januari..Udah 2 tahun peristiwa itu berlalu..dan kereta aku terus sihat dn terus menabur jasa baktinya kepada aku di bumi UPSI ini..
Labels:
Autos
Friday, January 1, 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2010
Salam 1Malaysia to all(sambil tangan melambai-lambai).Arini dh masuk tahun 2010.Rasa mcm sekejap je tahun 2009 berlalu kn??Mood still kt tahun 2009.kalau boleh takmo umur bertambah lagi.Tp apakan daya.Kita ini hanya dipinjamkan shj usia kita(sambil membuat muka yang penuh keinsafan).
Cuba kita renungkan.Betapa kita telah kerugian byk masa di tahun 2009 kn??Kami percaya ramai lagi diluar sana masih tidak mencapai hajat tahun 2009(buat muka jahat bertanduk).So mane2 individu yg dh tersedar ini adlh tahun 2010, maka mane2 hajat yang belum tercapai bolehlah di 'refresh' balik hajat tuh.Pastikan hajat tuh yg releven sahaja tau(sedarlah diri tu sket).
Inilah dh nasib badan.hajat nk turunkan berat badan tahun 2009.Tp cm same jek berat nye.Still ok lagi kot dpt maintain kan berat badan bukan menambahkan berat badan(muka penuh bangga..hinshhh..hinshh...hinshhh sambil memegang perut yang Cumel).
Kami merasakan cukup pantas 2009 meninggalkan kami.2009 akan hanya tinggal sejarah.kn baguskan kalo machine 'back to the future' tu mmg bebetul wujud..Ishkk ape lak yg kami mengarut nih.Ape yg kami rasakan adalah seolah2 hari berganti cukup pantas.Rase mcm sekejap jek satu hari tuh.Mungkin inilah salah satu tanda kecil dunia akan menemui ajalnya.Merasai 1 tahun seolah 1 bulan, Sebulan seolah 1 minggu, 1 minggu seolah 1 hari, 1 hari seolah 1 jam, 1 jam seolah 1 minit, 1 minit seolah 1 saat, dan 1 saat seolah tidak wujud lagi.
Mana tidaknya.Terdapat riwayat dan hadis yang mengatakan Rasulullah pernah mengatakan bhw pada tahun penghidupannya itu sudah dikira sebagai akhir zaman.sekarang sudah melangkau 1430 Hijrah.maknanya Bumi ini sudah terlalu-lalu-lalu tua.tidak hairanlah banyak bencana alam berlaku akhir2 ini..
Jadi.Kami merasakan adalah bg azam 2010 ini, kami mahu meningkatkan lagi ketaqwaan melalui peningkatan ibadah yang disuruh-Nya, dan sedaya upaya meninggalkan larangan-Nya.InsyaAllah.Akhir kata buat semua.
"..Renung-renungkan dan Selamat Beramal"..(Bak kata Ustaz Hot.fm)
"..Renung-renungkan dan Selamat Beramal"..(Bak kata Ustaz Hot.fm)
Labels:
Ucapan
Subscribe to:
Posts (Atom)







