Sunday, February 7, 2010

Terima kasih atas jasamu..



Salam 1Malaysia. Entry kali ini ringkas shj. Dengan ini dimaklumkan bermula 6 Februari 2010, khidmat kamu (Yokohama A drive & BRM) akan diberhentikan. Maka kami dengan berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa yg telah kamu curahkan selama 2 tahun ++ ini. Kami terpaksa menamatkan khidmat kamu atas alasan yg terpaksa dirahsiakan. Selamat berkhidmat dgn tuan yg baru nnti. Kami juga berasa amat berat hati & sedih meninggalkan kamu di bumi TG malim ini.

Sekian...

Friday, February 5, 2010

5 generasi berhimpun..(kisah lalu)

Salam 1Malaysia.Tadi time nk clearkan memory card camera tetiba terjumpa gmbr2 time berkumpul arituh.Sebenarnya perhimpunan 5 generasi nih diadakan pada hari raya ke-3, 22 September 2009 yg lalu.Perhimpunan ini diadakan di Kampung Serom 11, Muar.Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah utk mengeratkan silaturrahim antara sedara darah daging keturunan ini.Yelah.Kalau kirakan, aku hampir tidak mengenali salah silah keturunan aku.Yang aku tahu cuma moyang aku masih hidup.Tapi nenek aku telah kembali ke rahmatullah iaitu anak paling sulung dlm salah silah keturunan ini.Jadi penganjuran aktiviti ini mmg bagus & bertepatan utk memberi pendedahan kpd warga muda spt aku utk mengenali salah silah keturunan belah ayah aku ini.Kalau x kenal, mau bertumbuk sesama sedara sendiri apabila kt luar.SYABAS kepada penganjur.Semoga aktiviti ini dpt diteruskan pada masa hadapan agar kami warga belia dapat mengenali sedara-mara lagi....

Gambar moyang "Nyayi"yg diambil secara zoom in


Atok & nenek sedara yg masih hidup bersama "Nyayi"


Family sebelah aku dari Kulai


Family dari sebelah Air Tawar, Kota Tinggi.


Family campur dari ???(aku x igt la pulak)


Gambar Aku & Wife bersama "Nyayi"


Wife & ibu


"Paman"..Orang kuat penganjuran


Seperti biasa aktiviti Ngobrol a.k.a Borak kisah masing2


Aktiviti wajib..MAKAN


"Embah" bersama Cik Limah..
(kami singgah rumahnya dlm perjalanan balik)


Embah yg lain.Rumahnya terletak di pedalaman.
(Kami sinngah ODW jalan nk balik)

Thursday, February 4, 2010

Brek Seragam??


Salam 1Malaysia.Amcm arini?Mesti arini lebih baik dr smlm kn?.Oklah.Arinih aku just nk kongsi sedikit psl info terbaru berkenaan keselamatan jalanraya.Kan Malaysia antara negara tertinggi mencatat kemalangan jalanraya yg melibatkan kehilangan nyawa.Itu belum lagi diambil kira yg cedera parah, koma, dan terus menjadi OKU.Bermcm2 cara & kempen yg telah dibuat oleh pihak berwajib utk mengurangkan kes kemalangan jalanraya.Tak lupa jg kpd pihak yg terlibat scr tidak langsung spt Petronas yg membekalkan air kopi percuma di waktu perayaan.Hehehe.Sedap tu air percuma!!!

Arinih aku just nk kongsi berkenaan langkah terbaru yg diambil oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berkenaan isu brek.Penting tuh brek.Mengikut laporan akhbar dan berita, bermula 1 Julai ini, semua brek yg berada di pasaran akan diselaras & diseragamkan.Isu ini timbul kerana terdapat kualiti brek pad yg terdapat dipasaran agak meragukan.Brak pad yg dpt dibeli dr pengeluar adalah serendah RM2.Oleh itu, tidak mustahil jika harganya rm2 maka kualiti yg kita dpt mungkin juga RM2 juga.

Cuma bagi aku skrg ialah byk aspek yg perlu kita lihat scr meluas.Lihat dulu cara pemenduan org kita.Kemudian barulah kita melihat kpd isu mekanikal.Apalah guna jika kita psg brake yg mmg dijamin kualitinya spt brembo ttp pd yg sama menggunakan tayar yg botak & pula pemandu menekan kelajuan 150km/j.


Wednesday, February 3, 2010

Petua 8P untuk pasangan suami-isteri yg sah



(gambar sekadar hiasan semata-mata)

Salam 1Malaysia.Arinih aku nk berjiwang sket.Just nk kongsi ape yg patut buat pasangan suami siteri yg sah.Lagipun aku pun masih lagi dalam proses belajar dlm membina hubungan pasangan yg bahagia.Sudah menjadi asam-garam rumahtangga kekadang bertegang leher si suami & isteri. Maka betullah kata Seniman agong Allahyarham Tan Sri P Ramlee..

"..sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.."




Jadi di sini, aku kongsikan petua 8P untuk eratkan hubungan suami isteri yg dipetik dari Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


Peluk
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


Penghargaan
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


Perhatian
P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan berasa terabai.


Persefahaman
Suami isteri mesti ada persefahaman..


Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


Percutian
kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


Permohonan
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri :


              1.  Membaca surah Al-Imran ayat ke-31
              2.  Membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong."Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Tuesday, February 2, 2010

Menjual Produk @ menjaja kekayaan?



Salam 1Malaysia.Mcm pelik jek entry arini kn?Cakap pun mcm nk luahkan perasaan gitu.Sebenarnya aku nk kongsi serba sedikit pengalaman aku berhadapan dgn org2 yg terlibat dalam bisnes MLM.Terus terang aku katakan yg aku juga pernah terlibat dalam pelbagai bisnes MLM sejak dari zaman universiti dahulu.Namun, sekarang terlalu byk bisnes MLM yg wujud tumbuh bak cendawan selepas hujan.Jadi melalui pengalaman lalu, aku sendiri telah terdedah dgn marketing plan perniaagaan MLM yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda ke arah kekayaan.Namun apa yg aku kesalkan ialah cara mereka ini berniaga.Mereka nampak seperti tidak faham cara dan etika utk berniaga.Mereka lebih gemar menjaja kekayaan berbanding produk itu sendiri.Mereka lebih gemar mencari downline dari dapat menjual produk itu.Mereka lebih gemar bercerita mengenai kekayaan dari kelebihan produk.Ini terbukti apabila terdapat segelintir usahawan MLM ada bertemu aku utk mengajak aku join bisnesnya.Bermodalkan rating tertinggi dalam iklan,cash cheque,kereta mewah, mereka sedaya upaya memujuk aku utk join bisnesnya.Mereka tidak bersungguh-sungguh utk menjual produk itu sendiri.Maka matlamat perniagaan itu sendiri tidak tercapai.

Apabila aku bertanyakan kelebihan produk, dgn cepat mereka akan bercerita kekurangan pd produk lain.Apabila aku bertanyakan ttg maintenance, alat ganti, warranty, mereka juga cuba kalih soalan aku itu.Maka secara total modus operandi bisnes mereka aku katakan mmg terpesong.kalupun ingin sekali berniaga, cubalah utk bercerita kelebihan produk.Jgn sesekali memburukkan produk pesaing.Kemudian, beritahu secukupnya maklumat mengenai produk dalam segala aspek.

kemudian, aku jga diasak bukan seorang tapi lebih dari 3 org utk join sub-group H**-O mereka dalam bisnes ini.Mereka sendiri saling berbalah mengatakan group merekalah yg paling bagus.Group lain hampeh.Sedangkan mereka dibawah company yg sama.Memasarkan produk yg sama.Mereka juga lebih berminat menumpukan mangsa mereka yg dirasakan berpotensi dlm mendapat $$$.Buat masa ini, sasaran utama meraka ialah kakitangan kerajaan kerana golongan ini mudah mendapatkan loan dari bank dengan alasan belian secara pukal kata mereka.

Pada aku mmg x salah utk menceburkan diri dlm bisnes ini.Cuma, kalau betul dgn caranya,maka wang yg kita dapat akan berkat.Rezeki akan bertambah.Betulkan niat bisnes yg utama ialah menjual produk yg bermanfaat dan keuntungannya adlh hak kita dari penjualan produk.Bukannya mengajak org lain join utk meng'kaya'kan kita sahaja.Bentuklah jati diri agar peniaga MLM tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Officemate aku..


Bergambar ketika R&D Department annual dinner di Salt n' Pepper Cafe Restaurant, The Zone Regency Hotel, Stulang, Johor Bahru pada 29/9/2009.
Dinner ini juga diadakan bg farewell dinner utk YW Leow.


Bergambar ketika Big Boss treat Pizza lunch pada 31/12/2009 bagi meraikan kejayaan projek Samsung yg telah lulus utk berada di pasaran.



Monday, February 1, 2010

Februari..


Salam 1Malaysia.Sajo jek nk wat entry psl februari memandangkan arinih jatuhnya 1 Februari tahun 2010.Dok tgh belek2 kalendar,kira py kira baru aku terperasan keistimewaan bulan Februari nih.Bulan februari nih aku rasakan bulan paling istimewa.X semua tahun dapat 28 hari.kadang boleh plak terlebih smpi 29 hari.Pastu bulan februari tahun nih pulak, kalo korang perasan semua adil (bukan keADILan).Knp aku ckp cmtuh?Cuba korang tgk bebtul kalendar.

Hari Isnin = 4 hari
Hari Selasa = 4 hari
Hari Rabu = 4 hari
Hari Khamis = 4 hari
Hari Jumaat = 4 hari
Hari Sabtu = 4 hari
Hari Ahad = 4 hari.

Pendek kate.Semua 4 hari.Adil bukan??Hehehe..Pastu bulan Februari tahun nih jatuhnya Hari Keputeraan Rasulullah S.A.W pada hari Jumaat,26 Februari 2010

&

1 Februari juga merupakan Hari Wilayah bagi semua wilayah bwh kerajaan persekutuan iaitu W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan dan W.P Putrajaya. Seingat aku nih dah tahun ke-36, tahun penubuhan wilayah persekutuan. Ini bermakna warga kota yg terlibat bercutilah gamaknya hari ini.