Saturday, July 10, 2010

Nilai duit & keikhlasan

Salam 1Malaysia. Siapa di sini yg hendak duit? Mesti ramai di luar sana sedang mengatakan "mestilah nak", kn? Entry kali nih bukanlah saje2 nk bag duit. Saje je nk cuba interaksi secara tulisan. Sebenarnya, aku mmg suka menjadi pemerhati & akan berfikir ape yg aku lihat. Semalam ketika sedang mendengar khutbah jumaat, aku terpandang akan sebuah tabung masjid yg bergerak dari sebelah ke sebelah sampailah ke hujung saf. Penghujungnya adalah bebtul di hadapan aku. Kali ini yg speselnya ialah tabung itu transparent & mmg jelas kelihatan not-not duit yg berwarna warni. Yg aku lihat, majoriti duit ada dlm tabung tersebut bernilai RM1.00 (warna biru).

Aku cuba perhati tajam ke arah tabung tu namun langsung tidak nmpk not yg berwarna ungu (RM100) & biru (RM50). Setakat not merah (RM10) tu ade tp x byk. Tetiba aku teringat dgn satu e-mail yg aku pernah baca berkenaan nilai RM1.00 VS RM50.00. Aku sendiri akui berkenaan nilai RM1 dn RM50 tu. Mmg benar yg aku lihat smlm RM1.00 byk kt tabung masjid.

Mcm aku sendiri. Bilalah aku boleh meringankan tangan & mengikhlaskan diri memasukan not RM50 ke dalam tabung masjid tuh? Bila difikir kembali, mmg aku malu sbb terlalu "kedekut" dlm bab mengikhlaskan diri ini. Mmg benar kata orang. Berapa pun nilai duit kita beri yg plg penting ikhlas. Tapi dlm bab tabung masjid, sedekah, zakat, kenapa harus berkira? Susah kan nk ikhlaskn diri kalo terlihat RM50 pada kita berbanding RM1? Apa nk jadi...

Friday, July 9, 2010

Pagi yg sgt ........

Salam 1Malaysia. Ade sesapa yg blh tlg isikan tempat kosong kt tajuk entry ni x? Nk letak perkataan ape yg sesuai? x pe. Kita dengar dulu cerita di bwh. Lepas dh faham dari cerita itu nnti, barulah sama2 kita fikirkan perkataan yg plg sesuai utk tajuk di atas.

Seperti biasa aku akan bertolak dari rumah utk ke tempat kerja dlm pukul 7.50 pagi. Perjalanan ke tempat kerja pd pagi ini ditemani oleh luvly wife kerana my wife nk guna kereta ke pejabat daerah berkenaan urusan pembancian yg dijalankan. Hujan yg renyai mengiringi kereta sepanjang jalan ke tempat kerja. Aku spt biasa menggunakan jalan senai - airport senai utk ke tempat kerja. 

Seperti biasa sekiranya cuaca kurang elok di pagi hari, jalan utama senai akan menjadi sibuk sedikit. Kedaan itu aku sudah maklum sejak dahulu lg. Mungkin betul kot teori yg aku guna pakai yg mana penunggang motosikal akan menggunakan kereta ketika hari hujan. Itu yg menyebabkan kesesakan sedikit berlaku di jalan senai itu.

Tp pagi td aku merasakan jalan biasa yg aku lalui saban hari mengalami kesesakan yg amat luar biasa. Pd waktu itu aku hanya ada lebih kurang 10 minit sblm aku dpt lateness. Kebiasaannya aku mmg sempat smpi sblm 8.20 pg. Tp kali ni aku terperangkap di dlm kesesakan lalulintas yg menyukarkan aku utk tiba "on time". Ketika di jalan masuk ke jalan menuju senai airport, aku terlihat seorang pegawai atasan polis lengkap beruniform berdiri tercegat di tepi jalan betul2 di simpang masuk mungkin sedang memerhatikan sesuatu.

Kemudian aku lihat terdapat seorang polis trafik sedang berdiri di tepi jalan tidak jauh dari kedudukan pegawai polis terbabit. Dari jauh mmg dh nmpk kesesakan lalulintas yg amat teruk. Dlm terperangkap kesesakan lalulintas, aku ternmpk beberapa kereta yg aku kenali & opismate aku sendiri. Terutama kereta bos aku *die pun lmbt gak arini. Kereta bergerak perlahan macam siput. Korang nk tau kenapa jalan sesak teruk?

Ini adalah angkara
.
.
.
.
.

.

Polis Trafik yg membuat sekatan jalanraya di pagi hari ketika orang lain sibuk bergegas ke tempat kerja.

Ade ke patut wat sekatan jalanraya ketika org sedang sibuk pergi kerja
Mmg x salah pun nk wat sekatan jalanraya tu. Tp timbang rasalah sedikit. Ikutlah kesesuaian waktu.
Yg aku perhati, polis trafik nih just tahan penunggang motosikal shj.
Akhirnya aku telah mencalarkan rekod bersih dgn datang lewat 4 minit pada pagi ini.

Syabas Polis sbb anda telah membantu mencalarkan reputasi aku sbg pekerja cemerlang.

Thursday, July 8, 2010

Banci Penduduk & perumahan Malaysia 2010


Salam 1Malaysia. Diumumkan adalah satu bancian penduduk & perumahan Malaysia tahun 2010 akan dijalankan bermula 6 Julai 2010 sehingga 22 Ogos 2010.  Bancian ini dilakukan pada setiap 10 tahun & kali terakhir bancian sebegini rupa dijalankan pada tahun 2000.

Maklumat dari bancian ini amat penting bg kerajaan mengetahui taraf sosio-ekonomi penduduk Malaysia. Hasil maklumat pada setiap bancian akan diguna pakai bg kerajaan untuk merancang pembangunan pada masa akan datang. Bancian pada kali ini meliputi seluruh aspek termasuk warga asing yg menetap di Malaysia serta penduduk Malaysia yg tiada tempat tinggal yg sempurna.

Oleh itu mohon kerjasama dari semua yg terlibat khususnya ketua isi rumah memberikan maklumat secara tepat bg menjayakan program bancian ini. Untuk lebih mudah dikenali, setiap pegawai pembanci dilengkapi dgn kad pengenalan @ kuasa banci & borang bancian yg formal.

Kad pengenalan pembanci

Oleh yg demikian, terutamanya yg menetap di dlm daerah Kulaijaya, kalulah anda bernasib baik, pemegang kad pengenalan pembanci di atas ini akan tiba di rumah anda penuh dgn senyuman & ramah mesra. Bagi yg lelaki di luar, maaf la ye. Pn pembanci ini sudah berpunya.


Wednesday, July 7, 2010

Ketemu juga dgn Autospa


Salam 1Malaysia. Setelah lama aku memikirkan cara plg senang utk menutup kesan calar yg melanda kereta aku, akhirnya aku mendapat info dr forumer Wajaclub utk menggunakan produk Autospa iaitu Auto Touch-up paint. Calar yg terjadi di badan kereta aku mmg agak jelas kelihatan dgn mata kasar. Ttg mcmane kereta tu blh dicalarkan, sehingga kini x de sape yg berani mengaku bertanggungjawab. Agaknya cemburu melihat kecantikan warna kereta aku yg sentiasa bersinar. Calaran ini disedari berlaku ketika my wife menggunakan kereta ini semasa di alam kampus di Tanjong Malim. Maklumlah. Tempat tinggal pd waktu itu berupa pangsapuri 5 tingkat. Jadi agaknya adalah sang pencemburu yg melihat seorang pompuan yg cantik lg cun dgn penuh bergaya memandu kereta yg agak besar & di make-up secara kosmetik ringan.



Berbalik kpd cerita touch-up paint nih. Aku ketemu produk ini di Carrefour Sutera Mall di bhgn aksesori kenderaan. Terus aku menggeledah rak yg menempatkan produk terbabit untuk mencari warna yg bersesuaian dgn warna kereta aku. *kt rak di sertakan senarai kod warna. Mujurlah warna kereta aku adalah warna standard kilang keluaran Proton. Akhinya berjumpalah aku dgn botol touch-up paint 25ml ini dengan kod warna P48 - burgandy. Harganya pula. X lah mahal sgt cuma RM21.90 shj.

Monday, July 5, 2010

Kemeriahan yg tidak kesampaian.

Salam 1Malaysia. Nk share bisik2 sket nih. Cerita psl kenduri kahwin jiran seblah rumah Ibu aku. Kesian aku tgk. Mcm x de ape yg berlaku. Dgrnya di just buat kurang 1000 jemputan. Tp yg dtg mmg nmpk sgt sedikit. Tersgtlah lengang khemah makan. Nk wat kerja angkat pinggan pass kt tempat cuci pon blh rileks2 lg. Lglah yg kt tempat basuh pinggan. Dorang ckp mmg sedikit shj pinggan yg recycle.

Dlm pkl 3 ptg jemputan di khemah pun mula bernasur tidak kelihatan. Makanan?? X yah la ckp..Mmg byk lebih. Tp mmg kesian aku tgk kalo wat majlis kenduri kahwin tp kurang dpt smbutan. Nasin tuan rumah mmg naik sbb mendapat kerjasama yg penuh dr ahli2 jawatankuasa blok di taman. Tp ape yg penting, tuan rumah dh anjurkan yg terbaek. Dh lepas beban kahwinkan sorang lagi anak.

Sunday, July 4, 2010

Cuci mencuci di Pusat Cuci Otomatik

Salam 1Malaysia. Semalam aku berkesempatan utk pulang ke kampung halaman my wife bersama2 PIL. So akulah drivernya. Aku memilih perjalanan utk pulang ke kampung Bindu dari JB pada waktu malam agar dpt menghindarkan dr panas. Lg pun, perjalanan mlm agak syok bg aku. Cuaca yg mengiringi perjalanan aku agak kurang baik. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan kereta aku dibasahi hujan.

Aku lebih rela kalo menempuhi hujan lebat berbanding hujan renyai2 ketika memandu. Nk tau kenapa? Sbb jika ujan renyai2, kete aku mmg confirm akan nmpk kotor. Sbb kete aku berwarna gelap. Titisan air yg mengenai kereta dtgnya dr percikan tayar2 kenderaan lain. Tu yg membuatkan kereta aku nmpk kotor.

Apabila berada di kampung, mmg jelas kelihatan kekotoran yg melanda body kereta aku lebih2 lagi waktu siang. Nak basuh sendiri rase segan plak sbb bukan rumah aku. Jdnya, aku berhasrat utk cuci shj kereta di kedai. Dr info yg aku dpt, mokgie mencadangkan agar aku pergi ke kedai basuh berdekatan Bukit Pasir.

Jadi aku ngan my wife pon pergilah ke pusat cuci kereta yg diwar-warkan oleh mokgie tuh. Dari jalanraya mmg jelas kelihatan kedai cuci kereta yg dimaksudkan. Papan tandanya cukup jelas & dinyatakan sekali dgn harga cuci kenderaan. Terkejut juga bila terlihat harga utk cuci kereta...RM 3.00

signboard yg tertera

Apalagi terus je nk mencuba. Rupanya tokey pusat cuci kereta ini mengaplikasikan teknologi dlm pembasuhan kereta. Guna machine sepenuhnya utk mencuci luaran kereta. Tp ada gak la mat2 bangla kt situ yg tlg. Pencucian kereta adalah mengikut station by station.

Apabila sampai, terus pergi ke station semburan air. Kemudian kena gerakan kereta ke station semburan sabun pencuci kereta. Seterusnya gerakan kereta sehingga tayar masuk tepat ke dalam landasan yg disediakan. Di sini, kereta perlulah dlm kedaan free gear & tiada sebarang brake kaki @ tangan diperlukan. Kereta akan dibawa secara automatik melalui landasan yg disediakan. Ok di sini, bermulalah aktiviti mencuci kereta menggunakan berus gergasi di belah kiri, kanan dan berus besar dari arah hadapan hingga ke belakang. Apabila selesai kereta di cuci dgn menggunakan berus gergasi, kereta di bilas lg dgn air & terus dikeringkan dgn blower yg terdapat di mesin tersebut. Siap cuci kereta pun terus kering. Seterusnya semestinya ke station kaunter bayaran. Di kaunter bayaran. mereka akan bertanya jika kita mahukan servis tambahan spt wax tayar (RM 1.00), Vacuum dalaman (RM4.00) dan cuci engine (RM4.00). So kami hanya ambil wax tayar agar dinding tayar kelihatan berkilat & bersih.

Berus gergasi sedang mengganas

So total cuci kereta di situ RM4.00 & cukup murah bg aku yg selalunya berurusan cuci kereta di JB. Kelebihan lain adalah kami hanya duduk dlm kereta ketika proses pencucian berlaku & waktu yg diperuntukan utk cuci kereta hingga kering pun cukup pantas iaitu dlm 10 minit. Bagi kami, mmg berbaloi-baloi la bg kereta nih mandi kali nih.

Friday, July 2, 2010

Kejutan yg mmg terkejut.

Salam 1Malaysia. hurm. Abaikan shj tajuk entry terbabit. Entry kali ini berkenaan topik "kantoi". hehehe. Malang sungguh nasib my wife. Blh terkantoi plak time die nk wat jahat. Sape suruh kuar rumah x btau. Kan dh terkantoi. Malu sendiri. Lenkali btau ok sayang.

Cerita bermula apabila aku nk wat surprise kt my wife. Aku amik cuti half-day tanpa pengetahuannya. Maklum sajalah. Aku mmg suka wat surprise kt my wife. So spt biasa, aku x beri apa2 petanda yg aku akan balik ke rumah waktu lunch nnti. W/pun pd dasarnya, kami ber"YM" sblm itu, tp ttp x btau rancangan jahat aku itu. Hehehe

Aku pulang ke rumah selepas selesai solat jumaat di masjid berdekatan office. Jd, aku smpi di rumah dlm pkl 2.30 ptg. Apabila aku smpi, aku x syak ape2 lg. Lgpun secara kebiasaannya, aku mmg suka stay dulu dlm kete sementara menunggu my wife menanti di daun pintu. Tp pd kali ini agak berlainan. Aku tunggu dlm 10 minit tp my wife lgsg x kuar. Yg aku nmpk adalah, mak mantohak aku ada mengendap2 kepulangan aku dr tingkap rumah. So, aku amik keputusan utk masuk shj rumah.

Smpi di pintu rumah, aku terlihat muka mak mantohak aku berubah semacam ade bende yg x kene berlaku. Lantas die memberitahu yg my wife kuar menghantar kakaknya pergi ke tempat kerja. Aku hanya tersenyum. masuk ke bilik, tukar baju & keluar semula. Aku just btau mak mantohak yg aku hantar barang client.

Aku pon terus SMS wife. Berlakon skit. x tanye direct pon. Just ajak on9 utk ber"YM". Namun tiada respon. Rasenya 3 SMS aku tidak di jawabnya. Lg pon SMS yg aku hantar pon x de lgsg petanda yg aku dh balik ke rumah.

X lama kemudian, my wife telefon aku kembali. Die suh balik semual ke rumah. Aku bohong yg aku kt opis. Rupanya my wife wat panggilan apabila smpi di rumah. Aku pon balik la ke rumah. Sampai shj di rumah, kelihatan muka my wife pucat ketakutan. Takut aku marah kot. Tp nasib my wife cukup baik sbb time tuh mood aku mmg baik. Lalu my wife pon buka cerita apa yg berlaku...

My wife mmg rasa kurang senang kuar tanpa btau aku dulu. Tp kerana desakan kakaknya yg mmg kuat mendesak jika hendak sesuatu, my wife just follow jek utk hantarnya ke tempat kerja. Igt just hantar shj, tp ade benda lain plak yg die suruh, bayar bil & kete. Pd masa yg sama Hp tertinggal dlm kete ketika berurusan dlm bank. So bila terlihat 3 SMS dr aku, my wife mula mengesyaki semcm ade muslihat yg dilakukan oleh aku. Terus my wife balik & merasa lega bila mendapati kereta aku tiada di tempat parking. Apabila masuk shj rumah, mak mmberitahu yg aku ade blk sebentar td tp kuar semula berpakaian casual shj. Terus x senang duduk my wife bila mengetahui yg aku dh balik. So terus call aku..

Jadi aku nasihat kt my wife, lainkali jgn berani2 wat jahat kt suami. Kn dh kantoi. Malu sendiri nnti. Hehehehe