Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha buat umat Islam. Apa makna Korban @ Qurban bagi anda?Jawab dalam hati ye semua

Bilakah kami dapat menunaikan Haji di Makkah bersama-sama. Kalau diizinkan oleh-Nya, kami mahu menjadi tetamu-Nya pada usia muda lagi. InsyaAllah. semuga hajat kami ingin menunaikan
rukun Islam ke-5 ini akan tercapai dengan mudahnya...

Amin Ya Allah

Memori : 2611 pada suatu ketika dahulu


261106 terjadilah satu kisah yang amat manis buat aku dn si dia. Inilah die mukadimah dlm adat Melayu untuk memiliki seseorang dara pujaan.Setelah aku mula bekerja, aku memujuk keluargaku pergi menemui family die utk mengukuhkan lagi hubungan cinta kami.Inilah kali pertama pengalaman keluargaku menghantar rombongan merisik & meminang.

Pada mulanya, kami telah berbincang sesama sendiri agar diadakan majlis merisik & meminang sekaligus dan simple2 shj. Aku hanya suka sekiranya majlis ini ringkas dn juga kurang formalnya.Aku hanya ingin menghantar rombongan sbg syarat shj.Jadi aku hanya menyediakan sebentuk cincin sbg tanda pertunangan.

Cuba bayangkan dalam 2-3 jam sblm majlis, aku telah menelefon si die agar kami menukar plan sbg majlis pertunangan yg penuh.Dari janji tiada sbrg pertukran dulang, aku memberitahunya agar menyediakan 7 dulang untuk pertukaran. inilah peristiwa yang menjadi kelam kabut diwaktu itu.Satu majlis pertunangan express. namun semua itu tidak seskali mencacatkan persediaan majlis itu.

Kemudian, aku cukup terkejut apabila mendapati pihaknya menyediakan majlis yang agak besar. wakil pihak si die jg cukup ramai & membuatkan familyku cukup gusar.Ayahku sendiri menjadi jurucakap bg pihak aku.Manakala ketua blok perumahannya pula menjadi wakil jurucakap pihak si die.

Yang aku tidak boleh lupakan ialah, aku tidak meletak resit pembelian cincin pertunangan itu. Jadi ade sket pertikaian ttg ketulenen emas.nasib baik pihaknya tidak begitu serius.Maklumlah sekadar bergurau2 melayu.syarat2 dan terma2 pon telah dipersetujui bersama.Tempoh masa 2 tahun diberi untuk aku kata ON NIKAH dan hantar ke 32999.Jari manis die disarung cincin oleh nenek kesayangan aku sendiri memandangkan nenek adlh org yg plg veteran.

Terima kasih aku ucapkan kpd rkan karibku Omar, Wan Rajak, Irfan & Shah krn sudi dtg ke majlis pertunangan aku w/pun korang dr KL.

Saturday, October 3, 2009

Aidilfitri 2009



Salam Aidilfitri buat semua.


Just nk kongsi gambar Aidilfitri tahun 2009. Ni gambar kami yg still tgh berdua.Amcm ade gaye x??


Ini pula gambar bersama keluarga sebelah Budin.
Duduk dari kiri : Haziq, Ayah, Ibu, Nuar
Berdiri dari kiri: Ani, Azizi, Aku, Wife aku.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Raya Aidilfitri

Kami berdua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Maaf Zahir dan Batin.

"..berhati-hati kepada yang memandu untuk pulang ke kampung.."

Monday, August 10, 2009

Tahniah Buat AYAH


Tahniah..Bravo..kami tujukan khas buat Ayah.Dalam usia emas sebegini, ayah masih boleh lagi menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan dalam masa yang sama masih lagi dapat menumpukan perhatian dalam bidang kerjaya sbg pentadbir tertinggi sekolah. Ayah boleh berjaya kenapa mesti anak-anaknya tidak boleh??betul kn??

TAHNIAH sekali lagi buat Ayah atas usahanya utk melanjutkan pelajaran dalam usia sebegini.Terima kasih UTHM kerana memberi ruang & peluang kepada ayah menempa nama di Universiti itu.

Saturday, August 1, 2009

Rusa..satu keperluan atau kehendak??

Sekarang aku tengah fenin memikirkan pasal rusa itu.
Rusa itu bukan sembarang rusa..
Rusa itu tidak boleh berkata-kata..
Tapi kebelakangan ini rusa itu asyik membuat aku naik angin..
Dah start banyak ragamnya..
Mogok agaknya..atau??



Dari satu..ke satu masalah..
haritu sudah aku operate jantungnya..
tidak cukup dgn itu..
aku operate juga paru2..
Nampak gayanya semacam rusa ini memberi satu mesej yang jelas agar dikorban sahaja.


Tapi..


Rusa itulah yang banyak berjasa kepada kami..
Rusa itulah yang menemukan kami..
Rus aitulah saksi percintaan kami..
Rusa itulah yang menjadi kenangan kami..
Walhal, Rusa itu jugalah yang menyenangkan kami dahulu di bumi UMP..


Sebab itulah aku terus menjadi rungsing..
pepatah ada mengatakan..


"ditelan mati mak, diluah mati bapak"


Secara fizikal Rusa itu tiada cacatnya..
atau hanya aku shj yang buta..
Tidak boleh susah sikit..
Hanya ingin bergaya..
Hanya nampak Gah..
Termakan dengan kata-kata ornag diluar sana..
Knp meraka ini memandang serong Rusa itu..
Adakah hodoh rupanya??..
Atau rusa ini telah membuatkan orang lain cemburu melihatnya??
adalah lebih elok sekiranya aku melabur duitku hanya sekali
sahaja untuk membetulkannya..


Tapi..
aku khuatir sekiranya
Rusa ini bertambah parah satu hari nanti..
Organnya juga sukar dicari..
malah sekiranya ada, harganya melambung tinggi..


Sampai kini aku masih memikirkan nasibnya..
Adakah aku harus mengejar nama..
gaya sahaja..


Rusa..oh..rusaku..
aku masih dalam dilema..
keperluan atau kehendak???

Friday, July 31, 2009

UPSI & H1N1

Secara rasminya, UPSI diisytihar tutup selama beberapa hari dek penangan virus Selesema Babi. Beberapa pelajarnya telah disahkan +ve. UPSI dgn baik hatinya telah memberi hadiah cuti pertengahan semester lebih awal iaitu bermula 1 Ogos hingga 9 Ogos 2009. UPSI terpaksa menanggguh operasinya bermula 30 Julai 2009..hehehe

Walaupun tidak belajar di kampus utama & tinggal jauh nun di area Proton City, pelajar DPLI juga tidak terlepas dari dicutikan atas faktor keselamatan. Cuti ini telah dikesan oleh segelintir pelajar DPLI memandangkan pada hari rabu 29 Julai 2009, ketika sedang bersemangat untuk pergi kuliah, bas yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Ini menyebabkan tercetus splekulasi dikalangan pelajar DPLI bahawa UPSI akan terpaksa di"samak" juga gara-gara Selesema Babi itu.

Di kalangan pelajar DPLI yang paling gembira mestilah aku kerana dapat cuti yang lama + jumpa husbandku tercinta. Heheheh..Phen..jangan jeles tau..