Monday, February 1, 2010

Februari..


Salam 1Malaysia.Sajo jek nk wat entry psl februari memandangkan arinih jatuhnya 1 Februari tahun 2010.Dok tgh belek2 kalendar,kira py kira baru aku terperasan keistimewaan bulan Februari nih.Bulan februari nih aku rasakan bulan paling istimewa.X semua tahun dapat 28 hari.kadang boleh plak terlebih smpi 29 hari.Pastu bulan februari tahun nih pulak, kalo korang perasan semua adil (bukan keADILan).Knp aku ckp cmtuh?Cuba korang tgk bebtul kalendar.

Hari Isnin = 4 hari
Hari Selasa = 4 hari
Hari Rabu = 4 hari
Hari Khamis = 4 hari
Hari Jumaat = 4 hari
Hari Sabtu = 4 hari
Hari Ahad = 4 hari.

Pendek kate.Semua 4 hari.Adil bukan??Hehehe..Pastu bulan Februari tahun nih jatuhnya Hari Keputeraan Rasulullah S.A.W pada hari Jumaat,26 Februari 2010

&

1 Februari juga merupakan Hari Wilayah bagi semua wilayah bwh kerajaan persekutuan iaitu W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan dan W.P Putrajaya. Seingat aku nih dah tahun ke-36, tahun penubuhan wilayah persekutuan. Ini bermakna warga kota yg terlibat bercutilah gamaknya hari ini.

Saturday, January 30, 2010

Tetiba aku ternampak.



Salam 1Malaysia.Opss..sebelum terlupa...Selamat Hari Thaipusam buat penganut Hindu di luar sana. Semoga Malaysia akan terus aman dan harmoni sentiasa. Hari ini, aku nk just nk mengomel ttg ape yg aku lihat dan rasakan sebelum ini. Seperti biasa, jalan utama senai airport akan mengalami keadaan jammed yg agak teruk ketika waktu kemuncak orang ramai pulang dari kerja.Tmbhn lg terdapat byk kwsn industri di Senai ini menggunakan jalan yg sama.Pendek kata, inilah laluan tunggal bg kwsn industri senai.Maka aku tidak terkecuali dari menggunakan jalan ini utk pulang ke rumah FIL.Dalam tengah layan traffic jammed(buat2 muka sabar), tetiba aku ternampak satu makhluk seperti *kala jengking menjalar di atas jalan yg sama.Aku pun mulalah terfikir mcm2 ttg binatang nih.Mcmane lak die blh terlepas kt jalan raya time kemuncak nih.Korang pn mesti tau kelajuan binatang tuh kn?Pastu aku tgk drivernye buat muka slumber tanpa rs bersalah.Dah tu aku sempat menjeling kt binatang tuh.sbb aku nk tgk die ade byr cukai jalan x?Nampak mcm x de.Nih yg aku musykil.Ade sesape blh jwb x?Bintang tuh sebernarnya blh berada di jalan raya @ tidak?Sbb kebelakangan nih, aku lihat byk sgt binatang nih menjalar kt jalan raya.X kira waktu.Patutnya x payahlh nk menyibuk dlm waktu puncak.Dah lah bw slow.Amik space jln lagi tuh.Dahlah buat muka x bersalah.Itu belum lagi kira lori angkat barangan yg menyibuk time waktu puncak.Dahlh penut dgn muatan.Pastu ade hati lg tu nk cilok mencilok.

*P/S : Binatang kala jengking tuh = jentolak = Brodozer

Friday, January 29, 2010

Rezeki atau Gaji?


Salam 1Malaysia.Saje je nk bagi entry berbentuk persoalan.Aku memang suka dengan gambaran pendapatan vs perbelanjaan di atas.Al maklumlah sbhgn besar dari kita rata2nya mempunyai pendapatan kurang dari RM3k.Tapi bagi aku perkiraan di atas hanyalah sekadar satu gambaran yg hanya menggunakan logik akal.Ingin aku tekankn di sini adalah tidak semua perkara di antara kita semuanya sama.

Gaji adalah wang dari hasil titik peluh kita bekerja.gaji ini blh diungkap sbg upah kiat bekerja dalam tempoh tertentu.Kebanyakan dari kita mempunyai anggaran gaji tersendiri mengikut pekerjaan masing2. Maka ramai antara kita keliru antara gaji dan rezeki.Semua gaji adalah rezeki tetapi tidak semua rezeki itu adalah gaji.

Rezeki adalah pemberian Allah dan sememangnya kita mahukn sumber rezeki itu dari yg halal tanpa was2. Maka, rezeki yang berkat akan menjdkan hidup kita akan dipermudah. cuba kita lihat kembali kepada kiraan pendapatan vs perbelanjaan di atas, tiada pun kiraan itu yg cacat, malah kiraan itu benar2 logik mengikut tuntutan kehidupan hari ini.

Berdasarkan pengalaman aku, menjadi satu kemusykilan bagaimana seorang tukang kebun sekolah yang hanya berpendapatan isi rumah kurang dari RM2000 dpt memiliki kehidupan berkeluarga nampak dipermudahkan oleh-Nya. Malah dia & isterinya mampu menyimpan duit sehingga dapat menunaikan rukun haji ke Mekah.Dia juga mampu memiliki kereta (Proton Wira),menduduki rumahnya sendiri dan mempunyai sebilangan anak yang agak ramai. Sebenarnya itulah dinamakan rezeki.Walaupun berpendapatan sederhana, aku merasakan tiada yang mustahil bagi kehidupan keluarga tukang kebun itu.Itulah penangan rezeki yang diberkati.Malah di sebalik itu, aku juga pernah mengenali seseorang pegawai kerajaan yang berpendapatan tinggi hampir sekitar rm10k tetapi memliki kehidupan yg agak kucar-kacir.Nauzubillah.

Sampai sekarang aku percaya rezeki itu milik Allah dan diberikan oleh-Nya utk setiap makhluk. Setiap rezeki yang kita  miliki sebenarnya ada dari sebahagiannya milik org lain.Ringan-ringanlah tangan utk menunaikan zakat, memberi sedekah dan juga menghulurkan bantuan kepada yg dirasakan berhak menerima.Apalah sgt nilai RM1 yg dimasukkan ke dalam tabung masjid jika dibandingkan dgn tiket wayang yg berharga RM10. Malah jgn kita lupa menjaga amalan yg telah disyariatkan oleh Allah kepada kita di samping berbakti pada Ibu Bapa kita. Moga kehidupan kita akan dipermudah dan kita akan terhindar dari menjadi golongan org yg kufur.

Oleh itu, marilah sama-sama kita ucapkan syukur Alhamdulillah di atas segala nikmat rezeki yang kita dapat pada tika ini. Apabila kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmat kepada kita tetapi apabila kita kufur, maka tidak mustahil Allah akan menarik kembali nikmat-Nya. Ingatlah hidup kita tidak semestinya memerlukan duit RM3K++.Nikmat syukur itu adalah yang lebih utama.

Thursday, January 28, 2010

Urusan Seri Paduka Baginda

Salam 1Malaysia.Saje jek wat entry pasal urusan seri paduka baginda.Kalo korang perasan, setiap sampul surat yg berkaitan kerajaan akan tertera urusan seri paduka baginda pada bahagian atas.Sebenarnya aku nk cerita kt sini, semalam time aku balik kerja, aku terlihat sampul surat yg tertera perkataan tersebut.Lalu aku pon terus melihat nama penerima surat tersebut.Alangkah terkejutnya aku apabila tertera nama aku sendiri.Kecut gak tengok surat tu.manalah tau surat saman dari PTPTPu.Hehehe

Sekali aku buka sampul surat,aku lihat byk pula surat dalam sampul surat tu.Mula2 aku tgk ade surat rasmi SPA warna biru.Lepas tu ade surat rasmi dari JPA dan disertakan borang2nya.Mula2 penerimaan aku terhadap pembacaan surat itu, membuatkan aku geli hati dan tersenyum sendiri.Korang nk tau x? Kt sini aku ade print screen tawaran peperiksaan SPA dari website...




Aku terpilih utk menjalani peperiksaan Program Pusat Penilaian Pertahanan Awam (PPPA) unutk jawatan Pegawai Pertahanan Awam KP41.Seingat aku, aku lulus dalam peperiksaan Skim 14 SPA pada tahun 2007.Pehh dah lama tau x?

Yang aku ketawa + senyum sorang2 sebab requirement utk pemeriksaan fizikal dan kecergasan yg aku rasakan aku tersgtlah mampu buat.




BMI aku konfem lebih 30.Pastu aku kan pemakai cermin mata yg tegar.So requirement jarak penglihatan 6/9 tuh agak mustahil laa..lagi satu yg aku ketawa terbahak-bahak ialah utk larian 2.4km dibawah 20minit..peh mau aku pancit.Dah lama x bersenam..Wife ajak jogging pon aku mampu berjalan jek.My wife steady jek jogging.

Cuma aku x kan mengalah sebelum berperang jalani ujian tuh.Cuma yg aku pelik kenapa pihak SPA buat waktu bekerja utk ujian sebegini?Aku yg mempunyai komitmen kerja yg tinggi pastinya terpaksa mengambil cuti dan jarak perjalanan dari JB ke KL yg pastinya melibatkan kos yg agak tinggi.Cuma aku x tau nk cakap ape kt bos.Lagi2 time gini la pulak ade byk koje..

Wednesday, January 27, 2010

Perjalanan aku mencari rezeki seharian


Salam 1Malaysia.Arini aku nk kongsi sket tentang kehidupan aku seharian.Setelah my wife tinggalkan aku utk continue her study,sesudah pikir semasak ranum, aku mengambil keputusan utk keluar dari rumah Taman Perling tue.So,aku pun start laa mengangkut barang utk tinggalkan kehidupan di kota besar itu.Yg menjadi keberatan ialah aku telah penuhkan barang2 keperluan asas di rumah perling tuh


Aku pun mendengar kata ibu aku yg berkehendakan utk pulang dan tinggal di rumahnya shj.Boleh muat pulak tuh barang2 asas rumah perling diletakkan di rumah ibu.Jadi sekarang aku akan berulang-alik pergi kerja dari rumah family.


Jarak tempat kerja dari rumah family aku lebih kurang 55km dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.Pehh hampir satu jam.Sebenarnya aku tercabar dgn kesanggupan Ayah yg berulang-alik dari rumah ke sekolahnya yg jaraknya lebih kurang 50km juga.Jadi, kalo org seusia ayah boleh berulang, kenapa aku tidak boleh.Setahu aku, sepanjang karier ayah sbg pendidik,perjalanan ke sekolah rata-ratanya jauh dan pernah di tugaskan jauh di pedalaman iaitu kampung sri gunung, berhampiran gunung pulai.


Sebenarnya yang aku ingin jajakan di sini adalah suasana dan keadaan perjalanan seharian aku ke tempat kerja.Aku akan keluar di awal pagi.Bukan ingin mengelak jammed tapi suasana di jalan raya itu.Hari2 aku akan terpaksa berlumba dengan lori pasir dan lori hantu kelapa sawit di spjg perjalanan.Jalan yg aku gunakan adlh jalan biasa bukannya berstatus highway.


Keadaan jalan Kota Tinggi - Kulai, Seelong-Senai memang amatlah diketahui oleh org sekitar situ.Sruktur jalannya berlubang-lubang dan tidak rata.Jalan yg ditampal lubang-lubangnya akan manghasilkan bongolan di sepanjang jalan.Apabila jalan itu dibaiki, mungkin bertahan kurang dari sebulan.Tapi akhir2 ini kerja-kerja menaik taraf keseluruhan sepanjang jalan seelong-senai membuatkan jalan ke tempat kerja cukup selesa dan lancar.Tapi, itu pun dah mula berlopak2 sini sana.






Aku buleh katakan yg akan berjumpa tidak kurang 5 buah lori pasir bermuatan penuh di sepanjang perjalanan ke tempat kerja.Jadi kehadiran lori-lori inilah sebenarnya menjadi masalah.Perjalanan ke tempat kerja selalunya terganggu dgn kelajuan lori2 ini dan lebih2 lagi ketika jalan mendaki bukit, terlalu perlahan.Kalau menuruni bukit, pehh laju giler.Malah aku beberapa kali hampir dilanggar lori pasir kerana lori itu hilang kawalan ketika menuruni bukit.


Kebanyakkan lori pasir ini akan mengangkut pasir sungai yang belum lagi diproses.Oleh itu, pasir yang amsih basah akan mengeluarkan airnya.Air yg keluar dari mampatan pasir tadi akan terpercik disepanjang perjalanan lori pasir tersebut.Kereta aku akan kotor malah aku dapat rasakan yg cat kereta aku mungkin rosak angkara pasir-pasir ini.mmg jelas kesan calar2 kecil di bonet depan kereta.Percikan air dari lori pasir tersebut juga akan mengakibatkan pemandangan aku melalui cermin kereta terganggu.Air pasir ini akan meninggalkan kesan kotor di cermin.Malah percikan pasir dan airnya itu amat membahayakan pengguna jalan raya lebih2 lagi penunggang motosikal.Mungkin mata mereka amat terdedah dgn bahaya air dan pasir ini.


Malah boleh dikatakan pengusaha dan pemandu lori pasir ini tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya yg lain.Pasir yg diangkut tidak ditutup sempurna.Adakalanya terlihat penutup yg digunakan tanpak uzur dan tidak lagi sesuai digunakan.Malah aku sendiri selalu terlihat yg lori pasir ini membawa muatan yg berlebihan dari bentuk pasir yg menggunung di belakang lori.Kadang kala aku melihat keadaan lori yg digunakan juga tampak uzur dan tidak diselenggara dgn baik.Tayar yg diguna juga nampak botak dan kadangkala terkopek di jalan raya.


Dan apabila aku pulang dari tempat kerja, lain pula ceritanya.Kebanyakan lori pasir ini sudah dihantar muatannya.Maka lori2 ini akan mula bermaharajalela di pandu laju dan cukup membahayakan pengguna jalan raya yg lain.Lori ini dipandu secara melulu dan terlalu laju.Malah mereka akan berlumba sesama sendiri.


Itu baru cerita tentang lori pasir.Belum lagi lori hantu buah kelapa sawit dan lori tangki minyak.Memang hari2 aku terpaksa bertarung dgn lori nih.Tp yg aku paling suka apabila terdapat sekatan jalan raya kt Ladang Yayasan YPJ.Aku akan nmpk lori-lori pasir ini berhenti di tepi jalan dan jalan raya juga menjadi lapang.Persoalan..Kenapa lori2 nih berhenti di tepi jalan jika ada sekatan jalanraya oleh polis @ JPJ @ PTG? Kalau mereka mempunyai permit yg sah, kenapa mereka perlu takut? Dan mereka tidak perlu takut sekiranya mereka mengikut semua perturan yg telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Tuesday, January 26, 2010

Babah di tahan wad

Salam 1Malaysia.Semalam aku dikejutkan dengan satu khabar berita yang mengejutkan.Aku telah mendapat satu pesanan ringkas dari my wife dan mengatakan yg babah,FIL dimasukkan ke hospital.Lalu aku pun terus menelefon MIL utk mendapatkan cerita penuh ttg kejadian ini.

My MIL btau yg babah dikatakan terjatuh ketika hendak menuju ke restoran di JB catering,Taman Merdeka.My FIL sebenarnya adalah salah seorang pesakit Buah Pinggang kronik dan memerlukan rawatan Hemodylisis sebanyak 3 kali dlm seminggu.

Sebenarnya bukan ini yg aku ign kongsikan.Cuma bagi aku, terdapat kepincangan dalam rawatan yg diberikan oleh pihak hospital kerajaan iaitu Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.Pada hari Sabtu, bersamaan 22 Januari 2010, babah sebenarnya telah pergi ke Hospital utk mendapatkan rawatan setelah merasakan dirinya tidak bermaya.Die berasa ingin pitam dan badan terlalu lemah.Kemudian dia dapat merasakan yg pada bghn kiri badannya terasa kebas.Di unit kecemasan pada waktu itu,abah dikatakan pergi masuk ke unit rawatan seorang diri setelah tiada sesiapa dibenaekan masuk ke dlm bilik rawatan.Jadi my MIL hantar babah samapi di hadapan pintu bilik rawatan.Yg paling mengejutkan aku ialah, babah hanya dibiarkan keluar seorang diri dari bilik rawatan tanpa dipapah atau dipimpin oleh pembantu perubtan itu.Die hanya memberitahu yg babah sebenarnya telah mengalami salur darah tersumbat dan mengakibtakan minor stroke.Jadi persolan di sini kenapa babah dibenarkan balik semula sekiranya die mengetahui yg babah mengalami minor stroke?Kemudian, tidak bolehkah babah di'refer' ke wad rawatan utk mendapat rawatan susulan krn penyakitnya?

Yg paling membimbangkan kami adlh, babah adalah pesakit buah pinggang.sekiranya die jatuh akan membuatkan keadaan makin serius.Tulangnya dikatakn mudah rapuh krn menjani rawatan hemodylisis.Pada hari Isnin, ketika die berasa tidak selesa badan, sekali lagi die ke hospital krn ign mendapatkan rawatan susulan selepas menjalani dylisis.Tetapi hampa krn disuruhnya balik semula.Sekarang, die terjatuh dan kami bernasib baik kerana die masih sedar dan tidak pengsan ketika itu.

Monday, January 25, 2010

Adnan Semp-it


Salam 1Malaysia.Just nk share dgn korang ttg aktiviti weekend kami.Memandangkan kami berasa buhsan dari terperap di dalam rumah, maka dengan secara tidak sengaja, kami mengambil keputusan utk menonton wayang.Sebenarnya, sejak dahulu lagi kami ni bukanlah pasangan yang suka menonton wayang.Tetapi adakalanya kami akan pergi menonton wayang sekali-sekala utk waktu golden kami bersama.Kalau dikumpul tiket wayang sejak kami bercouple dulu, rasenya belum sampai 10 tiket wayang yg kami tuntun.Siap boleh igt lg cerita apa yg kami tuntuni.

Destinasi pertama yg kami pergi adalah Jaya Jusco Tebrau.Di sana terdapat panggung wayang yg besar.Samapi shj JJ,pehh nk cari parking dhlah satu hal.Penuh disebabkan hari ahad, cuti hujung minggu.Dalam 20 minit jg baru dpt parking kete.Kemudian naik tingkat tiga dan perasaan hampa kerana panggung wayang ditutup sempena berkabung kemangkatan sultan Johor.Pehh..Nampak mcm pelik plak JJ amik bhgn tutup wayang.

Kemudian,berdesup pergi ke Pelangi Leisure Mall dan akhirnya kami dapati panggung wayang dibuka.Boleh tahan GSC Pelangi Leisure mall ni derhaka dan ingakar. Tapi bagus gak die buka.

Aku pon membeli tiket cerita Adnan Semp-it tayangan 5.05 ptg.Secara overall, cerita Adnan Semp-it nih sgt best.Terlalu banyak unsur-unsur lawak.Pelakon utamanya Shaheizy Sam mmg pandai membawa watak Mat Rempit yg x berapa nk rempit sgt.Jalan cerita yg mudah difahami tentang cinta.Cinta 2 darjat.Mat rempit yg mempunyai impian yg tersgt tinggi terhadap 'cikaro'nya yg terlalu berbeza darjat.Antara mat despatch dgn bos.

Watak-watak dalam filem ini juga banyak memainkan peranan dlm menghidupkan cerita ini.Memang release tension bile tgk cerita nih.