Wednesday, July 28, 2010

Hanya kerana keuntungan yg sedikit..

Salam 1Malaysia.

Umum rasenya tahu bhw harga runcit utk petrol telah naik sedikit pada pertengahan mei yg lalu. Kenaikan ini melibatkan petrol Ron95, Ron97, bahan bakar Diesel & juga Gas Cecair. Disamping penyelarasan harga bahan bakar bersubsidi ini dilakukan, rasenya terdapat juga beberapa peraturan tambahan yg perlu dipatuhi oleh pengusaha stesyen minyak petrol. Ini semua tertakluk kpd peraturan penjualan bahan bakar kpd kenderaan asing. Rasenya semua warganegara cukup jelas dgn peraturan yg telah dibuat. Malah peraturan penjualan bahan bakar kepada kenderaan asing juga telah disebut di dalam media arus perdana. Antarnya ialah ;

1. Petrol Ron95 yg bersubsidi hanya dikhaskan hanya kepada kenderaan yg berdaftar di Malaysia. Kenderaan asing tidak layak membeli petrol Ron95

2. Petrol Ron97 yg mengikut harga apungan boleh dibeli tanpa had oleh kenderaan yg berdaftar di Malaysia & juga kenderaan asing.

3. Diesel bersubsidi hanya dihadkan penjualannya kepada 20 liter kepada kenderaan asing. Bagi kenderaan yg berdaftar di Malaysia, tiada had pembelian.

3 peraturan ini mmg cukup jelas dgn hal jual-beli bahan bakar di Malaysia. Entah di mana silapnya, ketika aku mengisi minyak di sebuah stesyen minyak Shell, Taman Johor, JB, mataku terpandanag akan kepada sebuah kenderaan asing yg jelas menggunakan no plet pendaftaran negara seberang sedang asyik mengisi minyak. Kalo nk tau, satu perangai huduh warganegara S'pore nih, kalo isi minyak kt Malaysia, pasti akan mengenjut2kan bonet kereta dgn harapan minyak akan penuh sepenuhnya di dlm tangki minyak. Bila aku amati bebetul, rupanya pemilik kenderaan itu mengisi minyak petrol Ron95 yg mmg dikhaskan utk rakyat Malaysia. Aku renung dari jauh. Tetiba datang seorang Pump Attendant yg mmg jelas berbangsa Melayu. Mungkin die paham ape yg aku terlihat itu. Tanpa rase bersalah die menjawab "kerajaan x gadzet kan lg peraturan penjualan minyak kpd kenderaan asing". Kepala hotak die. Aku hanya menggelengkan kepala. Patut pun berpusu2 kenderaaan asing ke stesyen minyak terbabit. Rasenya stesyen minyak berdekatan mmg jelas kelihatan tidak menjadi pilihan kenderaan asing. Mungkin pemilik stesyen minyak lain mmg tegas dlm soal hak rakyat Malaysia.

Aku cukup terkilan dgn tindakan pemilik steseyn minyak terbabit. Mereka seakan2 menggadai harta yg dikahskan kepada warganegara. Keuntungan jualan runcit minyak bukanlah besar sgt berbanding dgn amanah utk rakyat Malaysia. Kepada Pump Attendant terbabit, aku cukup malu dgn tindakannnya. Aku rase die & pemilik stesyen minyak nih x tgk berita kot @ mmg buat2 x tahu ttg larangan ini. Nantilah.

Monday, July 26, 2010

Happy 7th anniversary declared as couple

Salam 1Malaysia..

26 Julai 2003, ketika berada di Air Terjun Chemerong aka Sekayu, Terengganu, cinta aku telah diterima oleh empunya badan iaitu Cik Apai. Setelah beberapa ketika aku menunggu jawapan darinya, akhirnya die bersetuju menjadi steady awek aku. heheheh

Paling x blh lupa ialah time aku beri die sebentuk cincin silver berbatu purple, die semcm terkejut gitu. Tp, cincin yg aku beri rupanya terlalu longgar buatnya & boleh diputar2 di jari manisnya. Malah dari hari itu juga aku mengubah panggilan daripada cik Apai kpd Sayang (malu auww..)

Itu cerita 7 tahun dahulu ketika kami sama2 bergelar pelajar di KUKTEM. Hubungan cinta kami blh dikatakan amat diketahui oleh seluruh warga Kuktem ketika itu. Kiranya wanted couple jugak la nih. Mlh ade gak yg perli2 hubungan cinta kami.

Akhirnya, cinta kami sampai juga kepada lafaz akad nikah & sekarang kami hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri yg sah. Dh 7 tahun kami menyulam rase cinta. Moga2 cinta kami akan berkekalan hendak-Nya.

" Sayang... Hepi 7th annibersari us declared as loving couple. Semoga hubungan cinta yg kita bina akan terus mekar & berkekalan..."

Sunday, July 25, 2010

Berita tergempar...


Salam 1Malaysia..

Syukur Alhamdulillah. Ayah terselamat dari kemalangan yg ditempuhinya. Menurut ayah yg memandu berseorangan pada masa kejadian, die pandu keretanya dlm cuaca hujan yg agak lebat. Ketika berada di kwsn kejadian, die merasakan yg terlanggar lopak air & seterusnya hilang kawalan menyebabkan kereta berpusing mcm gasing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan raya. Kejadian berlaku di KM126 Lebuh raya PLUS (Pagoh -Yong Peng).

Syukurlah ayah terselamat. Melihat kepada keretanya, mmg aku tergamam. Ayah mmg berdisplin dlm pemanduannya. Safety belt sudah menjadi kewajipan utk dipakai sebelum pemanduan bermula. Sebab itulah aku rase die terselamat dari bencana yg lebih teruk lagi. Melihat kpd diri ayah selepas kejadian itu, ayah kelihatan tenang & semcm menerima segala kejadian dgn hati yg terbuka. Itulah agaknya berkat seseorang yg tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Quran bg setiap selepas solat fardhu. Aku mmg admire ayah. You're so great.

*Kereta kesayangan ayah hancur tetapi kereta adlh material yg diinsurankan. Jd, bagi aku, cukuplah nyawa ayah yg terselamat.. Kereta blh dicari ganti, nyawa??Anda sendiri tahu jwpnnya.

Thursday, July 22, 2010

Jasamu rusa mmg x blh dipertikai..

Salam 1Malaysia.

Jgn terkejut melihat tajuk entry di atas. Kt sini aku cuma ingin kongsi cerita berkenaan rusa aku. Owh...Rusa aku bukanlah yg berkaki empat tp die mempunyai roda empat. Setelah aku menggunakan Jaja aku utk beberapa minggu kebelakangan ini, aku mmg terlupa akan rusaku itu. Oleh kerana aku mmg bercadang tidak menggunakannya utk masa yg agak lama, aku letaknya di kwsn yg sesuai & berteduh di bwh bumbung.

Rasenya aku hampir tidak menyentuh si rusa itu dlm tempoh yg agak lama iaitu dlm 5 minggu. Kali terakhir aku menggunakan khidmatnya iaitu ketika kerja2 memunggah barangan & perabot ke rumah homestay keluarga. Selepas dari itu, aku tambatnya di kwsn letak kereta di rumah ibuku.

Setelah aku abaikannya dlm tempoh yg agak lama tanpa di"hidup"kannya, di"panas"kannya, di beri minum, dlm keadaan terpaksa akhirnya aku perlu akur utk merujuknya kembali. Dari situ timbullah rs bersalah aku terhadap si rusa & aku rasekan yg si rusa itu mungkin akan merajuk kepadaku.

Tp, agak menakjubkan. Dengan sekali shj, si rusa itu berjaya dihidupkan. Kejadian ini mmg mengejutkan seluruh isi rumah. Pada mulanya aku pun x berapa yakin yg si rusa ini blh di"hidup"kan dgn secepat ini. Malah aku merasakan yg si rusa ini mungkin memerlukan bantuan pernafasan dr rakannya yg lain.

Rusaku mmg tidak pernah kecewakan aku. Aku shj yg kadangkala memandang rendah kpdnya. Terfikir juga aku let go si rusa ini, tp die mmg jarang memberi masalah kepadaku. Seterusnya, utk menghargainya, aku mandikannya dgn menggunakan sabun setelah beberapa bulan tidak dipedulikan oleh tuannya. Sekarang aku sedar yg rusaku mmg byk berjasa dgn aku.




Tuesday, July 20, 2010

Alhamdulillah

Salam 1Malaysia.

 Aku hanya boleh katakan Syukur Alhamdulillah dgn rezeki yg aku terima hari ini. Inilah yg dikatakan nikmat apabila kita ikhlas berkhidmat. Ini semua urusan Allah. Mungkin juga rezeki anak.. Mana tau kn??

Sunday, July 18, 2010

Jom Makan - Durian kampung

Salam 1Malaysia. Just nk share cerita yg kami buat weekend. Actually weekend kami buat masa ini amat sibuk. Maklum shjlah. berkhidmat atas urusan negara. Jdnya sehingga akhir ogos nnti, weekend kami akan dipenuhi dgn aktiviti bancian dari rumah ke rumah.

Terlebih sudah. Kwsn bancian yg dilakukan oleh my wife terletak di perkampungan sekitar kaki gunung Pulai. Kwsn itu juga amat terkenal oleh org temapatan dgn longgokan durian kampung yg original & harga yg murah. Jd, kami tidak ketinggalan utk menikmati durian kampung yg dibeli di kwsn Kg Melayu Raya. X lupa juga kami sempat membeli bebrapa kilogram buah manggis yg kelihatan segar (my wife yg terigin sgt nk mkn manggis segar. Kenapa ye? Ade berita gumbira ke?). Kemudian terjumpa plak petai yg mmg nmpk fresh. Pehh. X blh tahan. Kene beli petai tuh. Hanya RM5.00 utk 12 papan petai. Mmg murah utk petai fresh.

*maaf entry kali ni tidak disertakan dgn gambar sbb x sempat amik gambar. Habis semua derian baru terigt nk amik gambar.

Friday, July 16, 2010

Minyak naik ke naik minyak?

Salam 1Malaysia. Malam semalam time tgh syok layan buletin utama, tetiba aku agak terkesima bila terdengar satu pengumuman dr PM ttg pelarasan semula subsidi bahan bakar & gula. Ini bermakna dgn pengumuman itu, berlakulah lg kenaikan harga minyak.

Pengurangan subsidi petrol ron95 sebnayak 5 sen akan menyebabkan pertambahan harga minyak kepada RM 1.85 & ron97 pula dijual berdasarkan apungan harga minyak semasa. Harga gula pula menyaksikan kenaikan sebanyak 25 sen.

Kenaikan harga minyak kali ini tidaklah membuatkan aku terlalu teruja utk berebut2 ke stesyen minyak berdekatan utk mengisi hingga penuh. Kenaikannya pada aku hanya 5 sen & bukannya 50 sen seliter dan masih dlm kemampuanku. Sekarang yg aku lakukan adlh mengira kembali kos utk meneruskan kehidupan. Apa yg pasti dgn kenaikan harga bahan api ini, maka berbondong2 jugalah peniaga mahupun pemborong ingin menaikan harga barang atas alasan kos bahan api.

Kenaikan harga minyak & gula ini sedikit membuatkan rakyat berpendapatan sederhana & rendah "naik minyak". Mungkin ada betulnya, subsidi yg diberikan terhadap bahan api & gula tidak menepati sasaran kerana penggunaannya di kalangan rakyat terlalu minimum. Yg mendapat untung berkali ganda adalah tokei2 besar perusahaan kerana menggunakan bahan bakar & gula bersubsidi. Semestinya kita tahu, siapa dia yg selalunya yg menjadi tokei besar? Dari bangsa mana?

So, bermula hari ini, aku akan mengamalkan cara hidup yg sederhana. Mungkin ada betulnya, kenaikan pendapatan yg diterima setiap tahun bukan utk bermewah ttp menampung peningkatan kos hidup yg ketara buat masa ini. Inilah yg dinamakan hidup. Siapa yg pandai mengambil peluang, dialah yg bergelar juara.