Tuesday, August 31, 2010

Nostalgia sambut Hari Kemerdekaan

Salam 1Malaysia.

Jgn terkejut plak bila tgk tajuk entry nih. 31 Ogos 1957, time tuh aku mmg belum lahir. Apapun sebelum terlupa aku nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Dh 53 tahun negara kita merdeka dr cengkaman penjajahan secara fizikal.

Owh berbalik kpd tajuk entry, aku nk share cerita ttg nostalgia sambutan hari kemerdekaan ketika dibangu sekolah dahulu. Aku kan bersekolah berasrama sejak dari tingkatan 1. So, dipendekkan cerita, sekolah aku dulu iaitu SAKTI mmg menganjurkan sambutan hari kemerdekaan setiap tahun kecuali pada tahun 1996 iaitu ketika aku berada di tingkatan 1. Kan aku nih antara golongan first batch a.k.a PIONEERZ. Rasenye time tuh mmg batch aku jek yg ade kt dlm sebesar2 sekolah tuh. Adalah dlm 180 orang jek kot.

Yelah kan. Tgh time muda-mudi lg. Mmg lah perasaan nk sambut hari merdeka tu cukup hangat. Lgpon dhjadi peraturan asrama. Pkl 11 malam jek, lampu kene tutup. Aku & rakan2 mmg rancang nk sambut merdeka secara kecil-kecilan di asrama. Tepat shj jam 12 tghmalam, aku & rakan2 semua menjerit 'Merdeka!..Merdeka!..Merdeka'. Korang nk tau ap yg terjadi lepas tuh..

Aku & rakan2 semua kena panggil turun oleh warden asrama. Kami kene berkumpul di tengah2 padang bola yg belom lg serupa padang bola time tuh. Kehadiran kami disambut dgn nyalakan anjing2 liar sekitar sekolah. Pehh. Dh start dah. Kami kene raging denda dgn warden di waktu kemuncak tgh2 pagi buta. Warden cakap die mmg nk bagi peluang kt kami sambut Hari Kemerdekaan puas2. Pedih tuh ayat die. Acara dimulakan dgn nyanyian lagu Negaraku. Selagi x sama & x betul, selagi tuh kami kena ulang nyanyi.  Kemudian lagu Bangsa Johor. Pon sama kena ulang. Tp yg aku paling heran, x masuk akal, kami kene nyanyi lagu 'Majulah Singapura' sebab ada di antara kami yg mmg dok Singapura. Sampai kini aku pon x paham kenapa nama singapura ada dlm kejadian ini. Kemudian kami dipaksa laung & jerit 'Merdeka' kuat2 di tengah padang.

Itulah pengalaman bersama ahli2 PIONEERZman yg tak akan aku lupakan. Kenangan 31 Ogos 1996. Majlis bersurai ketika hari sudah hampir bertemu subuh. Walaupun didenda, tp kami tetap berasa seronok. Sebab itu batch aku mmg rapat. Sebesar2 bangunan sekolah time tuh, mmg hanya batch kami jek yg ada. Apalagi. Mmg kami bermaharajalela.

Sunday, August 29, 2010

Zakat Fitrah..

Salam 1Malaysia..


Alhamdulillah. Semalam aku dh pon tunaikan kewajipan memenuhi salah satu rukan islam. Aku telah membayar Zakat Fitrah bagi tahun 1431H nih. Tahun nih aku still bayar utk diri aku & my wife. Untuk negeri Johor darul Takzim, nilai zakat fitrah bagi satu kepala pada tahun ini ialah RM7.50 bersamaan nilai satu gantang beras (makanan asasi rakyat Malaysia & aku makan beras 5% hancur). Aku tunaikan zakat di Kompleks membeli belah Jusco Bukit Indah dihadapan Amil yg dilantik. Yelah, dlm tgh sibuk membuat persiapan menyambut syawal, terlihat plak ade kuanter zakat fitrah. Dgn ruang masa & kesempatan yg ada, aku gunakan utk membayar zakat fitrah.

Saya Sudah, Anda Bagaimana??

* Entry ini bukanlah bertujuan utk riak @ membangga diri. Tetapi lebih kpd peringatan kpd sesape yg terlupa @ tidak berkesempatan.

Friday, August 27, 2010

Nostalgia berpuasa.

Salam 1Malaysia..

Rasenye ramai yg mempunyai nostalgia semasa berpuasa. Aku? mmglah ade. Mmg byk nostalgia berpuasa yg aku lalui ketika hidup nih. Yg aku nk kongsikan nostalgia berpuasa nih adalah ketika aku menuntut di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Mmg aku x akan lupa. Kiranya, aku berjauhan laa dr family. KL-JB kira jauh ape. 300++km tau.

Aku mmg akan berbuka bersama rakan2 yg senasib. Maksudnya, yg x berbuka ngan family, ngan aweks & tgh control budget. So, aku & rakan2 akan menjadikan bilik salah seorang dari kami sbg tempat berkumpul. So, bila dh diukur dr segi latitud & longitud, maka bilik Alfian menjadi pilihan. Biliknya terletak kt floor paling bawah. Lgpon bilik die mempunyai pemandangan yg cantik iaitu menghadap NKVE highway. Makanan? Masing2 lah kene beli.

Aku plak selalunya akan ke Bazar Ramadhan utk mendapatkan makanan. Adalah satu ketika aku pergi ke Bazar Ramadhan berdekatan syeksen 14 PJ dgn menaiki motosikal. Time tuh aku pergi bersama dgn Azlan Ajaib. Seingat aku, ketika perjalanan pulang dr bazar, hujan baru shj teduh. So, aku pun pulanglah menunggang motosikal yg dibonceng oleh Azlan. Ketika melalui satu lopak air dgn berhati2, tetiba datang satu kereta dgn agak laju. Kereta itu terus melanggar lopak air tersebut & akhirnya air dr lopak tersebut telah menyimbahi aku & Azlan. Apabila sampai shj ke kolej 11, aku terlihat makanan yg dibeli & dapati..mee goreng aku & azlan dipenuhi air lopak td. Mmg sadis betol time tuh. Time buka poser ramai2, aku buka jek bungkusan mee tuh mmg bertakungan air di dalamnya. lawak pon ader..Nasib baik ade rakan2 yg memahami. Dorang ajak kongsi2 makanan.

Pastu blh plak si Azlan wat lawak ketika aku tgh minum air cendol. Rasenye time tuh kitaorg minum dlm jug sbb x bw cawan. Aku pon ketawalah sehinggakan..

Cendol terkeluar dr hidung aku masuk semula dlm jug air cendol.

Apalagi, makin gamatlah suasana. Ketawa terbahak2 smpi nk pecah perut.

Kemudian, org lain sibuk nk siap2 pergi terawikh kitaorg plak sibuk pegi bakar mercun. Lepas bakar, masing2 sembunyi. Yg x tahan, boleh plak time bakar mercun thunderclap , termenghala ke rumah pengetua kolej. Apalagi, kecut perut terus melarikan diri & bersembunyi laa kami.

Itulah kenangan nakal yg aku plg ingat. Alfian, Azlan, Jaka, Razaleigh, Ben & lain2. Mmg best laa memory kt PASUM tahun 2001/2002.


 

Wednesday, August 25, 2010

Pemalas yg amat..

Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah. Aku dh lepas melalui 14 hari berpuasa dlm tahun 1431H nih. Hanya Allah shj yg tahu letaknya di mana tahap puasa aku. baki hari yg tinggal aku akan gunakan utk mempertingkatkan tahap peratusan kecemerlangan ibadah puasa aku nih.

Cuma aku agak terkilan ttg keadaan yg berlaku kt tempat kerja nih. Dulu guna org Indon, pastu org vietnam, then org nepal, pastu Bangla dan sekarang org Pakistan sbg tenaga kerja.Yg indon rase x de masalah sgt. Bangla plak, masalah dorang cuma cara pakai, & bau jek yg kurang enak. Yg vietnam & nepal plak masalah dorang cuma suka duduk sembarangan & bersepah time makan.

Yg mat Pakistan plak, mmg bikin aku panas. Dorang ni mmg terang2 terangan mmg pemalas. Udahlah surau tuh kecil. Boleh plak dorang kaum kerabat lepak2 kt dlm surau. Dahlah melepak waktu bekerja. Mmg x de rs bersalah. Mmg muka wat 'dek' jek. Mmg x tahu bahasa. Mmg x de rase malu kt org tempatan. Mcm2 alasan yg dorang beri. Yg berlakon sakit mmg ramai. Hebat. Ade plak yg aku nmpk guna PAS pegi tandas utk tido kt surau. Sudahnya, sejadah laa jadi mangsa keadaan. Sejadah dijadikan bantal & SELIMUT. Selipar kt surau pon dh makin berkurang. Mana plak peginya selipar-selipir nih. Kehadiran dorang mmg membuat surau penuh tp dlm konteks yg berbeza. Bukan bertujuan mengimarahkan surau.

Satu lg perangai mat Pakistan yg keje kt tempat aku nih yg mmg aku x suka. Dorang akan terus bangun tinggalkan surau mcm tuh jek. Mcm tongkang pecah. Sejadah yg diguna, 'haram'nye dorang nk lipat. Wat sepah jek.

Pastu cara dorang solat pon agak berlainan & kadangkala mmg menganggu aku yg tgh solat. Agak pelik sedikit cara dorang solat. (Wallahua'lam. Hanya Allah shj yg tahu menilai ibadah seseorang). Mungkin sbb Mazhab berbeza kot. Dh laa mmg x phm sepatah haram pun ape yg dorang ckp. Komunikasi mmg out laa. Pihak HR pon dh beberapa kali 'serang' surau nih. Still sama jek. Mmg x mkn saman laa Mat pakistan nih. Mau aku nk sepak jek mat2 pakistan nih.

* kalo nk cari rezeki, buatlah keje tuh bebetul. Baru rezeki tuh berkat.

Monday, August 23, 2010

Aku yg bernasib baik

Salam 1Malaysia...

Semalam aku menemani my wife menyelesaikan saki baki kerja banci penduduk yg tarikh tamatnya sudah sampai ke kemuncaknya pd tgh mlm td. So, habis sudah kerja banci. Walaupun aku hanya sekadar membantu tanpa gaji, yg penting keselamatan my wife ttp aku utamakan. Lgpon aku mmg seronok sbb dpt mempelajari sikap penduduk Malaysia yg pelbagai..

Ketika dlm perjalanan pulang ke rumah, aku hampir2 terlibat dlm satu kemalangan. Kejadian ini berlaku betul2 di hadapan stesyen minyak Shell Kulai Besar arah selatan. Ada sebuah kereta Honda Accord Biru gelap tetiba masuk ke lane aku tanpa memberi isyarat masuk. Apalagi, aku terpaksa menekan brek kecemasan & cuba utk mengelak dr terlanggar keretanya. Udah laa kt belah kanan kereta aku nih ade divider. Mmg aku kuarkan semua skill kawalan memandu. Mmg hampir nk melanggar kereta tuh dn rasenya tinggal beberapa mm dr divider jln.

Sambil kawal stering kereta, sempat gak tekan hon. Sebelum tuh aku mmg dh bg high beam dr jauh kt kereta tuh sbb aku mmg nmpk cara die teragak2 nk masuk kt lane aku. Ruap2 mmg betul die nk masuk kt lane aku. Tp mmg time kete aku dh dekat bebetul kt sebelah kete die. Dh la buat salah. Wat muka x bersalah. Pastu mmg jelas aku nampak..(nih part yg aku paling benci)

DIE TGH GUNA HANDPHONE SAMBIL MEMANDU

Ishk. Nasib baik tgh bulan ramadhan. Tambahan plak teringat plak yg kt dlm porut my wife tuh lg. Kalo ikut hati mmg aku nk wat die ngan kete die suffer. Aku try gak kejar. Kete tu belok kanan, kalo tidak, aku akan pastikan yg ketenya akan terbabas. Lepas nih kalo aku nmpk kete tuh kt area Kulai, aku akan pastikan yg ketenya tidak terlepas.

WATCH OUT JD* 5*50.
You're WANTED

* Dh la nk dekat raya. Mau patah kaki gak kalo x de kete.

Sunday, August 22, 2010

Iftar beramai-ramai satu family

Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah. Seronok. Gumbira. Itulah yg dpt aku ungkapkan apabila satu family besar dpt dikumpulkan untuk berbuak puasa beramai2 di rumah nenek sebelah ibu. Rasenya semua ahli keluarga ada kecuali adik aku yg berada di Sarawak kerana tuntutan tugas.

Pelbagai juadah terhidang. Mmg riuh rendah & seronok. Aku dpt lihat ukhuwah kekeluargaan yg terjalin mmg rapat. Setelah selesai berbuka puasa, ayah mengimamkan solat maghrib secara berjemaah & seterusnya solat Isyak. Paling best apabila kami ahli keluarga sama2 menunaikan solat sunat Tarawikh 8 rakaat yg diimamkan juga oleh ayah.

* Maaf entry x de gambar sbb masing2 tgh syok berkumpul ramai2.

Saturday, August 21, 2010

Terlebih Sudah..

Salam 1Malaysia...

Eh..Kejap jek kan. Arini dh hari yg ke-11 kita berada di bulan Ramadhan. Setakat nih Alhamdulillah. Allah masih memberi kesempatan utk aku terus beribadah.

Cuma aku ada perasan Geram, Marah, rase nk naik angin psl kejadian semalam. Inilah yg mmg x patut berlaku dlm bulan Ramadhan. Semasa org sibuk menunaikan ibadah Solat Maghrib lepas berbuka, tetiba aku dikejutkan oleh bunyi yg amat bingit utk didengar. Aku sekarang mmg "jaki" dgn bunyi mercun. Mmg terganggu. Dh lah main mercun bebetul kt depan rumah. Siap lg menyanyi2 ntahape2ntah. Wife pon ckp die terganggu dgn bunyi mercun tuh. Aku apelagi, buka tingkap, sound direct je lah. Rupa2nya, (ini yg aku x suka & tidak sanggup tahu) jiran sebelah rumah PIL aku nih, salah seorang anggota SILOP, yg sepatutnya melindungi undang2, telah menjadi duri dlam daging berperanan sbg tokan menjual bahan mercun nih. Yg menjadi pelanggan plak, anak2 jiran. Mmg jelas dari dlm bilik aku, terdengar sebiji2 akad jual beli bahan terlarang tuh. Ishkk. Inilah yg mmg mencemarkan nama pasukan SILOP sebenarnya. Mmg x patut.

Ingatkan setakat mercun jek yg aku dengar. Dlm pkl 10mlm, ade bunyi lagi hebat. Kn aku nih dibesarkan di Felda. Jd aku mmg tahu & pasti kan bunyi letupan tersebut. Bunyinya mmg terasa ade sedikit gegaran. Ghupanya, dorang lg advance. Main Meriam Tanah la pulok. Ishkk. Lg terganggu. Alarm kete plak beberapa kali berbunyi dek kerana bunyi letupan sebegitu kuat.

Aku pon x tahu ape nk buat. Mmg rumah PIL nih dlm kejiranan silop. Aku mmg terasa kesal. Rsnye suara aku jek yg kuat sound2 kalo nmpk ade bdk main mercun. Pastu budak2 tuh buat "dek" jek. Siap ade suara sumbang ckp," Pehal nk kecoh2. Nk takut ape. Bapak aku polis arr". Ni yg mmg aku kesalkan.

* Teringat dolu2 time sblm mercun diharamkan di Malaysia. Rasenye, aku pon mmg takut nk main mercun nih. Ayah plak mmg marah kalo aku adik beradik termain mercun nih. Nk masuk umah pon kecut..