Thursday, September 30, 2010

RnD close opis

Salam 1Malaysia..

Hehehe. bunyi tajuk cm pelik je kan. Tp yg bebenornya tajuk entri di atas adalah diadaptasi dari perkataan "open house". Oleh kerana dibuat secara tertutup & terhad kepada warga department RnD shj, jadinya sesuai sgtlah digunakan perkataan "close" serta acara ini dilakukan di opis & bukannya di rumah. Mmg sesuai sgtlah dgn acara yg diberi nama "RnD close office"..

Aktiviti ini dirancang secara tidak sengaja oleh opismate melayu2. Mula2 hanya dilakukan secara suka2. Lgpon tahun2 yg sudah pon dilakukan antara "kita-kita" yg berbangsa melayu jek. Akhirnya dgn campurtangan org besar, maka dgn berbesar hati, aktiviti ini dijalankan secara formal & teratur. Means jemput budak satu opis makan sekali, merasa masakan makanan melayu asli & yg kurang tulen. Masing2 telah diberi amanah utk menyediakan juadah.


Aku?? juadah yg aku sediakan bersifat masakan melayu moden kotemporari iaitu..

Spaghetti Ala kampung style.

Tp aktiviti kali nih kurang syok sbb Bos besar x dpt join di saat2 akhir. Dia kene pergi urgent meeting. Mmg best & syok makan2 cmnih. Inilah die nama kedua department tempat yg aku bertugas iaitu Dept Makan yg mmg sinonim dgn aktiviti makan2.

Wednesday, September 29, 2010

wakenabeb plak

Salam 1Malaysia..

Sepatutnya hari kelmarin lagi dh diumumkan. Aku punyalah saje2 nk tgk lambat2. Kasi peram 2 hari. Kunun nk surprisekan diri sendiri. Ghupanya bila aku "klik" shj, kuar satu pengumuman..

"Harap maaf..Terpaksa ditunda kepada 7hb Oktober 2010..Harap maklum"
 -ayat yg telah diubahsuai atas faktor cuaca

So, teruskan hidup seperti biasa...Hehehehe

Tuesday, September 28, 2010

Sebab musabab

Salam 1Malaysia..

Owh..Rasenye semalam aku dh declare yg aku amik cuti sempena jatuhnya hari ulangtahun kelahiran my wife. Sebenarnya tujuan aku termengambilan cuti adalah utk menemani wife yg akan melapor diri bertugas sebagai GURU setelah beberapa bulan menanam anggur akibat habisnya kontrak dgn progam DPLI di UPSI yg jauh nun di sana. Aku menemani wife ke SMK Simpang Renggam utk melapor diri kerana ingin sama2 meraikan hadiah hari jadinya yg cukup special dlm hidupnya ini. Owh. My wife bukanlah di postingkan di sekolah itu tetapi semua guru yg ditempatkan di negeri Johor diwajibkan melapor diri di SMK Simpang Renggam dahulu utk di"taklimat"kan. Wah mmg cukup ramai yg menghantar guru2 baru nih. Siap ade jamuan raya lagi utk ibu bapa/penjaga/pasangan yg menghantar guru2 terbabit. Terlihat terpancaran cahaya kegembiraan di muka masing2 tatkala ingin ditempatkan di sekolah.

Monday, September 27, 2010

Selamat Hari Lahir..

Salam 1Malaysia..

Diumumkan bahawa hari ini bersamaan dengan 27 September adalah merupakan sambutan hari ulangtahun kelahiran my wife..Hehehe dh makin bertambah umur..


" Semoga sayang dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, dikekalkan hidup dalam islam, menjadi isteri mithali, akan menjadi mummy yg baik utk anak kita..Amin.."

*bersempena dgn sambutan ulangtahun kelahiran my wife, aku telah mengambil cuti bagi....???

Wednesday, September 22, 2010

Akhirnya dapat gak UG

Salam 1Malaysia..

Bab nih aku konfius sket. X tau sape yg pegnen sebenarnya. Bukan tang perut ye. Nih bab mengidam. Setelah menerjah beberapa lokasi yg menghampakan, akhirnya dapat gak UG nih. Apa kejadah la UG nih? UG ialah Udang Galah. Masak Lomak sedap ooo.. Jom layan hasil tangkapan belian Udang Galah berkenaan.

Udang Galah yg masih hidup

Pengasingan udang yg telah menjadi arwah

Pandangan udang galah dari dekat
(tertipu..ingat dh mati rupanya masih hidup menggelitik)

Model upahan penjual Udang Galah.
(mula2 geli nk pegang..last2 siap nk bw tidur plak)

Monday, September 20, 2010

BBQ & bakar membakar

Salam 1Malaysia..

Disebabkan oleh mesin pembakar tidak lagi berfungsi, atas nasihat Mak mantohak, semalam, aku mengambil keputusan untuk membakar ayam berkenaan secara BBQ. Maka dgn secara otomatiknya menjadi person incharge bg bab bakar membakar ini. Dari beli arang, setup tempat bakar, nyalakan bara, tukang kipas lipas, senang citer akulah. Layan jelah gambar lg senang.

Ada ayam, udang, dan ikan jaket

"dapur" & bahan2

Dibantu oleh 2 orang pekerja

Kipas, jgn x kipas.

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia yg ke-47

Salam 1Malaysia...

Hari ini aku kene bangun awal & bersiap2. Org lain di rumah sdg diulit mimpi. Suasana sayup & sunyi. Bunyi kecil dengkuran org tidur pon blh didgr. X sampai hati nk buka lampu. Seterusnya, aku memandu kereta & kelihatan jalan agak lengang. Mmg lengang. Arini x de plak kereta yg blh diajak ber"lumba" nmpknya. Di persimpangan pusingan "U" utk ke senai airport juga kelihatan pergerakan kenderaan cukup lancar. Tidak nmpk kelibat Polis Trafik yg selalunya setia membantu mengawal lalulintas. Tidak seperti hari2 biasa. Gaya aku pon semacam x de mood. Kenapakah??

Owh Tidak. Aku kena KERJA arini. Orang lain sekarang sedang bercuti. Cuti sempena sambutan Hari Malaysia. Bermula pada tahun ini, setiap 16 September akan di reserve sbg cuti umum oleh pihak kerajaan. Kenapa pulak aku kene keje. Ini kerana company tempat aku mencari rezeki telah bersetuju utk memberi hari cuti pada 9 September lalu dan diganti kepada 16 September sbg hari bekerja. Owh, nmpknya company aku bekerja ini bukanlah penderhaka.

Jadinya, utk cover rasa bosan & rasa x puas hati, aku just nk wish kepada yg lain..


SELAMAT HARI MALAYSIA yg ke-47

* Hari Malaysia merupakan hari utk memperingati pengabungan Malaya, Borneo Utara, Sarawak & Singapura membentuk persekutuan Malaysia pada 16 Sepetember 1963