Monday, November 29, 2010

Aku di Bumi MIRI

Salam 1Malaysia..

Berbekalkan iltizam yg tinggi & hati yg dipenuhi perasaan paksa-rela, aku turutkan juga utk melapor diri di ILP MIRI ; tempat transit secara pentadbiran sebelum ADTEC Bintulu dibuka sepenuhnya. Aku, my wife & rakan2 yg senasibku, telah selamat menjejakan kaki di BUMI MIRI pada tepat JAM 10:45 pagi. Penerbangan berlepas dari KLIA pada awal pagi & aku dihantar oleh Ibu serta adik2 aku. Alahmdulillah semua berjalan lancar. Kehadiran kami di Lapangan Terbang Miri bukanlah seperti yg dijangka. Jangkaan awal adalah terdapat wakil dari ILP Miri utk pick-up di sini, tetapi kami diberitahu yg kedatangan kami tidak diberitahui oleh pihak HQ. Oleh itu, oleh kerana rata2nya mempunyai nasib yg sama, kami berkongsi teksi utk sampai ke tempat yg masih asing bg kami iaitu ILP Miri.

Kehadiran kami disambut oleh pengarah ADTEC Bintulu yg masih segak & ensem (ayat bodek spy senang dpt sign utk pindah). Kami dibahagikan kepada beberapa buah rumah quarters & aku dpt sebuah rumah memandangkan cuma aku sorang jek yg bw pasangan. Blok Nilam Puri tingakt 2..Oklah tuh. X tinggi sgt.. Bermulah kehidupan aku sbg kakitangan kerajaan di bumi Miri ini.

* dekat dgn e-mart..Teringat kip-mart tampoi. Konsep yg sama.

Saturday, November 27, 2010

Redha dgn ketentuan-Nya

Salam 1Malaysia..

Ketika ini aku sedang berkemas2 barangan keperluan utk melapor diri di tempat seterusnya. Tarikh lapor diri yg dicatit dlm surat terakhir diterima adalah serta-merta. Jadi, tiada alasan utk aku berlengah lagi. Sebelum pulang semula ke JB utk urusan terakhir, aku juga ade bertemu dgn PIC penempatan aku ini. Pertemuan aku yg lebih kepada permohonan pertukaran ke tempat berhampiran JB tidak dilayan sama sekali. Tanpa sama sekali melihat kepada surat permohonan, permintaan aku ditolak mentah2. Maka dgn hati paksa-rela yg memegang term "SAYA MENURUT PERINTAH", aku gagahkan juga mengisi borang permohonan waran perjalanan kakitangan kerajaan utk mendapatkan tiket flight free. Alang2 my wife masih cuti, aku mohon skli tiket utknya. Kita kn bijak. Dalam kekentalan hati PIC terbabit, die juga berpesan agar aku cuba memohon pertukaran mengikut prosedur melalui pengarah tempat bertugas setelah disahkan lantikan. Mungkin mengambil masa dlm 3 bulan.

Dengan hati yg cekal & redha dgn ketentuan-Nya, aku percaya semua yg ditentukan oleh-Nya ada hikmahnya. Aku akan cuba sahut cabaran ini walaupun terpaksa akan berjauhan dgn my wife. Semua ini aku percaya bersifat sementara.

Wednesday, November 24, 2010

KSM-JTM

Salam 1Malaysia..

Sambungan dr proses lapor diri smlm. Lewat petang smlm, aku telah diberi surat penempatan ke kementerian yg terlibat. Seperti yang blh diduga, aku akhirnya ke KSM juga. Pada pagi tadi juga, aku telah melapor diri di KSM untuk mengetahui penempatan yg selanjutnya. Rupanya, kena tunggu taklimat habis dari wakil KSM. Mmg x de hati nk dengar ape yg dibebelkan oleh org KSM. Hati dh berdebar2 utk menunggu surat penempatan.

Seperti yg telah dijanjikan, majlis taklimat diakhiri dgn penyerahan surat penempatan. Nama dipanggil dari sorang ke sorang. Tiba pada nama aku dipanggil, aku mendapatkan surat & terus membukanya tanpa rasa was-was. Keputusan penempatan yg membuatkan aku terdiam seketika...salah satu under JTM

"PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BINTULU, SARAWAK"

Hanya Allah shj yg tahu perasaan aku ketika itu. Seperti dipanah petir. Aku terus mengenagkan nasib my wife yg tidak lama lg akan melahirkan zuriat kami. Aku terima dgn redha & terus memberitahu dgn my wife & family. Pada awalnya, aku meraskan keputusan penempatan ini agak kejam kerana penempatan kerja ini memisahkan aku & my wife dlm jarak yg terlalu jauh. Langakah seterusnya, stay satu mlm lg di Putrajaya utk berunding dgn PIC hari esok.

* my wife pd mulanya tidak percaya kerana merasakan aku hanya bergurau. Tetapi akhirnya percaya dari suara aku...

Tuesday, November 23, 2010

"SAYA MENURUT PERINTAH"

Salam 1Malaysia..

Dengan secara rasminya, bermula hari ini, aku menjunjung term keramat iaitu

"SAYA MENURUT PERINTAH"

Hari ini juga aku telah pon selamat melapor diri bertempat di Auditorium Jabatan Perdana Menteri atas arahan dari JPA. Sekarang aku hanya menunggu penempatan untuk kementerian & negeri bertugas. Aku berharap semua berjalan lancar. AMIN

* Seperti yg telah diduga. Cycle pertukaran kerja akan berlaku apabila tepat ulangtahun aku bekerja disesuatu tempat. Serta, seperti biasa, interview kerja yg telah aku lalui sama seperti sebelum ini iaitu pada bulan Ramadhan. Alahmdulillah..Rezeki

Monday, November 22, 2010

DAULAT TUANKU

Salam 1Malaysia..


Hari ini merupakan hari ulangtahun keputeraan Sultan Johor yg  terkini iaitu Sultan Ibrahim ibni Almarhun Sultan Iskandar yg ke-52. Ini bermaksud, hari ini merupakan cuti umum bg penduduk Johor & ini adalah kali pertama sambutan hari keputeraan sultan Johor yg baru ini. Diharapkan baginda terus dipanjangkan umur, dilimpahkan dengan rezeki yang berkat, dipermudahkan dalam urusan mentadbir tanah Johor serta dpat meneruskan iltizam baginda yg berjiwa rakyat. Daulat Tuanku

Wednesday, November 17, 2010

Jajaku dh start demand..

Salam 1Malaysia..

Ginilah nasib kalo ade kenderaan. Yg si jaja ni pon dh start demand mcm2. Yelah umurnya pon dh nk mejangkau 5 tahun. Nk di tukar terasa syg. Niat dihati nk jg je smpi habis bayar. Tp baru2 nih die dh start meragam. Panik??X lah panik sgt. Tp kalo tetiba tgh kt traffic lite, gear x blh masuk, mau x panik nye..Karang kene langgar la pulak. Jadinya, kenelah relaks dulu. Jgn panik2. Kasi off enjin dulu katenya..

Part ni yg plg aku x suka. Mcm2 pendapat yg aku dgr psl masalah jaja nih. Satu bengkel kate lain, satu bengkel kate lain. Harga tukar bende alah tu pulak blh byr satu bulan installment jaja nih. Aku x kesah pon ape yg pomen nk ckp. Yg pntg aku yakin ngan pendapat aku. Rosaknya bukanlah major sgt. Minor jek. Jadi aku just pegi kedai yg sanggup tukar spt yg aku suggest jek. Hasilnya.. Jajaku kembali sihat & bertenaga.. Utk menghargai jasa jaja, aku kasi tukar kasutnya pula..Alamak..nmpk beterbangan di awan nilai ringgit tu..X pe yg penting jaja beri aku kepuasan & perlindungan yg maksimum utk aku & wife ketika bersamanya..

*for me, say no to tyre china made..Go for the quality. Don't compromise with safety & comfortable.

Monday, November 15, 2010

Ke negeri hang tuah...

Salam 1Malaysia..

Dh mmg hajat my wife nk bw familinya makan angin. Jdi aku pon tumpang sekaki laa dpt join skali. Senang cerita, aku nih kan mmg driver my wife kemana2 pon. Nk dijadikan cerita, aku & my wife mmg mempunyai satu perangai buruk iaitu suka sgt wat last minute planning. So, bile tepon hotel pilihan kt melaka nih, blh kate kebanyakannya fully booked. Risau gak sbb dh mmg deal ngan famili member. Mlm sebelum hari nk pegi pn still tercari2 lg hotel. Kalo dh niatnya baik, maka hasilnya tentu baik gak. Akhirnya dpt gak tempat penginapan di area Pantai Klebang..

EVERLY RESORT

Satu apartment 2 bilik tidur dgn harga yg berpatutan. Di tambah lagi dgn diskaun utk org gomen mcm my wife. Mmg berbaloi2..