Salam 1Malaysia.Ketika semua oarang yg menginap di rumah aku sedang enak dibuai mimpi indah, ketika embun pagi masih menebal, aku gagahkan diri untuk bangun & bersiap utk meneruskan amanah yg diberi.Baru aku teringat yg hari ini jatuhnya hari Maulidur Rasul bersamaan 12 Rabiulawal 1431H.Maknanya ramailah manusia diluar sana yg bercuti pada hari ini.Maklumlah, negeri Johor juga telah menetapkan jatuhnya hari Maulidur Rasul merupakan hari cuti bagi seluruh negeri Johor.Maka seluruh warga kerja kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah diberi cuti.
Tapi..AKU..Aku kena juga pergi opis.Tempat di mana aku mencari rezeki ini tidak terlibat dalam mengambil cuti bersempena Maulidur Rasul ini.Jadi dgn paksa-rela, aku gagahkan diri buat2 mcm ade mood pegi kerja.Tapi apapun aku rasa syukur kerana aku hidup di zaman ini yg juga merupakan umat Nabi Muhammad.marilah sama2 kita memperbanyak Selawat & Salam ke atas Nabi junjungan kita.
No comments:
Post a Comment