Salam 1Malaysia.Hari ini aku ingin kongsikan sedikit cerita berkenaan aktiviti semalam.Memandangkan hari semalam aku terpaksa mengambil cuti separuh hari (lebih popular sbg halfday leave) kerana masalah teknikal yg melanda Rusa kesayangan, aku juga tidak melepaskan peluang untuk menghantar kereta aku untuk diservis.Lagipun kalo mengikut tempohnya, kereta aku mmg patut diservis.Tetapi kalo tgk jumlah kilometernya masih tidak perlu diservis.Jadi aku mengambil langkah tengah untuk ditukar shj minyak hitam itu.Tak rugi pun.Seperti biasa, aku lebih suka mencari sendiri minyak hitam dan barangan lain yg difikirkan perlu di kedai sparepart pilihan.Aku ni jenis cerewet dlm pemilihan barangan utk kereta aku nih.Aku akan pilih minyak kegemaran aku iaitu minyak semi-synthetic Castrol Magnatec yg sememangnya berbotol hijau.Tokei kedai itupun seakan sudah tahu pilihan aku mengenai minyak ini.Buat pengetahuan semua, sepanjang aku menggunakan minyak enjin Castrol Magnatec ini, enjin kereta aku cukup lancar.Tiada masalah.Seingat aku, kereta aku ni telah mula menggunakan minyak enjin ni setelah habis tempoh edah diservis di pusat servis Proton.Sebelum itu, aku ada juga mencuba pelbagai minyak seperti Petronas Syntium 1000, Shell Helix Plus,Eneos..Tapi Castrol Magnatec jua tetap pilihan dihati.Bukanlah minyak enjin lain x bagus, tapi kereta aku kata dia hanya nak Castrol jek.So bukan nk wat iklan.Jenama Castrol ini mmg boleh dipercaya.Tapi berhati2 dgn minyak enjin tiruan dan minyak enjin terpakai yg diproses kembali.Seperti biasa aku akan hantar kereta aku di bengkel servis GATS auto & tyre service, yg terletak di Taman Kemas, Johor Bahru.Bengkel ini menjadi pilihan kerana cara pemilik bengkel melayan aku & kereta aku ini cukup istimewa.Pengendalian cara servisnya cukup teratur.Malah kita akan di tanya terlebih dahulu berkenaan budget & mereka akan memberitahu apa yg perlu ditukar pada servis yg akan dtg. Malah mereka akan menyimpan rekod kereta yg diservis & pihak bengkel akan merujuk kembali apabila kita dtg pada masa akan dtg.Tuh yg aku suka kt bengkel tu.Malah yg paling istimewa pemiliknya juga merupakan pengusaha buniputera.
No comments:
Post a Comment