Monday, August 23, 2010

Aku yg bernasib baik

Salam 1Malaysia...

Semalam aku menemani my wife menyelesaikan saki baki kerja banci penduduk yg tarikh tamatnya sudah sampai ke kemuncaknya pd tgh mlm td. So, habis sudah kerja banci. Walaupun aku hanya sekadar membantu tanpa gaji, yg penting keselamatan my wife ttp aku utamakan. Lgpon aku mmg seronok sbb dpt mempelajari sikap penduduk Malaysia yg pelbagai..

Ketika dlm perjalanan pulang ke rumah, aku hampir2 terlibat dlm satu kemalangan. Kejadian ini berlaku betul2 di hadapan stesyen minyak Shell Kulai Besar arah selatan. Ada sebuah kereta Honda Accord Biru gelap tetiba masuk ke lane aku tanpa memberi isyarat masuk. Apalagi, aku terpaksa menekan brek kecemasan & cuba utk mengelak dr terlanggar keretanya. Udah laa kt belah kanan kereta aku nih ade divider. Mmg aku kuarkan semua skill kawalan memandu. Mmg hampir nk melanggar kereta tuh dn rasenya tinggal beberapa mm dr divider jln.

Sambil kawal stering kereta, sempat gak tekan hon. Sebelum tuh aku mmg dh bg high beam dr jauh kt kereta tuh sbb aku mmg nmpk cara die teragak2 nk masuk kt lane aku. Ruap2 mmg betul die nk masuk kt lane aku. Tp mmg time kete aku dh dekat bebetul kt sebelah kete die. Dh la buat salah. Wat muka x bersalah. Pastu mmg jelas aku nampak..(nih part yg aku paling benci)

DIE TGH GUNA HANDPHONE SAMBIL MEMANDU

Ishk. Nasib baik tgh bulan ramadhan. Tambahan plak teringat plak yg kt dlm porut my wife tuh lg. Kalo ikut hati mmg aku nk wat die ngan kete die suffer. Aku try gak kejar. Kete tu belok kanan, kalo tidak, aku akan pastikan yg ketenya akan terbabas. Lepas nih kalo aku nmpk kete tuh kt area Kulai, aku akan pastikan yg ketenya tidak terlepas.

WATCH OUT JD* 5*50.
You're WANTED

* Dh la nk dekat raya. Mau patah kaki gak kalo x de kete.

Sunday, August 22, 2010

Iftar beramai-ramai satu family

Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah. Seronok. Gumbira. Itulah yg dpt aku ungkapkan apabila satu family besar dpt dikumpulkan untuk berbuak puasa beramai2 di rumah nenek sebelah ibu. Rasenya semua ahli keluarga ada kecuali adik aku yg berada di Sarawak kerana tuntutan tugas.

Pelbagai juadah terhidang. Mmg riuh rendah & seronok. Aku dpt lihat ukhuwah kekeluargaan yg terjalin mmg rapat. Setelah selesai berbuka puasa, ayah mengimamkan solat maghrib secara berjemaah & seterusnya solat Isyak. Paling best apabila kami ahli keluarga sama2 menunaikan solat sunat Tarawikh 8 rakaat yg diimamkan juga oleh ayah.

* Maaf entry x de gambar sbb masing2 tgh syok berkumpul ramai2.

Saturday, August 21, 2010

Terlebih Sudah..

Salam 1Malaysia...

Eh..Kejap jek kan. Arini dh hari yg ke-11 kita berada di bulan Ramadhan. Setakat nih Alhamdulillah. Allah masih memberi kesempatan utk aku terus beribadah.

Cuma aku ada perasan Geram, Marah, rase nk naik angin psl kejadian semalam. Inilah yg mmg x patut berlaku dlm bulan Ramadhan. Semasa org sibuk menunaikan ibadah Solat Maghrib lepas berbuka, tetiba aku dikejutkan oleh bunyi yg amat bingit utk didengar. Aku sekarang mmg "jaki" dgn bunyi mercun. Mmg terganggu. Dh lah main mercun bebetul kt depan rumah. Siap lg menyanyi2 ntahape2ntah. Wife pon ckp die terganggu dgn bunyi mercun tuh. Aku apelagi, buka tingkap, sound direct je lah. Rupa2nya, (ini yg aku x suka & tidak sanggup tahu) jiran sebelah rumah PIL aku nih, salah seorang anggota SILOP, yg sepatutnya melindungi undang2, telah menjadi duri dlam daging berperanan sbg tokan menjual bahan mercun nih. Yg menjadi pelanggan plak, anak2 jiran. Mmg jelas dari dlm bilik aku, terdengar sebiji2 akad jual beli bahan terlarang tuh. Ishkk. Inilah yg mmg mencemarkan nama pasukan SILOP sebenarnya. Mmg x patut.

Ingatkan setakat mercun jek yg aku dengar. Dlm pkl 10mlm, ade bunyi lagi hebat. Kn aku nih dibesarkan di Felda. Jd aku mmg tahu & pasti kan bunyi letupan tersebut. Bunyinya mmg terasa ade sedikit gegaran. Ghupanya, dorang lg advance. Main Meriam Tanah la pulok. Ishkk. Lg terganggu. Alarm kete plak beberapa kali berbunyi dek kerana bunyi letupan sebegitu kuat.

Aku pon x tahu ape nk buat. Mmg rumah PIL nih dlm kejiranan silop. Aku mmg terasa kesal. Rsnye suara aku jek yg kuat sound2 kalo nmpk ade bdk main mercun. Pastu budak2 tuh buat "dek" jek. Siap ade suara sumbang ckp," Pehal nk kecoh2. Nk takut ape. Bapak aku polis arr". Ni yg mmg aku kesalkan.

* Teringat dolu2 time sblm mercun diharamkan di Malaysia. Rasenye, aku pon mmg takut nk main mercun nih. Ayah plak mmg marah kalo aku adik beradik termain mercun nih. Nk masuk umah pon kecut..


Thursday, August 19, 2010

Astro oh astro..

Salam 1Malaysia..

Kesempatan dikala bercuti semalam, aku ke Astro Centre Taman Molek utk aktifkan kembali akuan astro yg aku sengaja block penggunaannya bermula dr tahun lepas. Selalunya aku akan membuat pembayaran melalui e-banking & segala urusan hanya menggunakan talian telefon. Tp semalam aku terlalu rajin kerana berpendapat sekiranya aku ke Astro centre sendiri, maka aku buleh dptkan penerangan terkini mengenai akuan astro. Nasib baik akaun astro tu buleh diaktifkan. Maklumlah tgh dlm kontrak. Mula2 cm rs x yakin yg astro bg aktifkan terus. Kn dh setahun aku x guna astro tuh. Lgpon kt umah parent aku mmg dh ade astro. So, kali nih aku nk guna astro nih kt umah mantohak aku.

Rupanya pembayaran di Astro centre nih x menerima sebarang bentuk tunai. Hanya menerima kad kredit & debit. Nasib abik dlm acc bank ade duit. Jd aku cucuk jek kad "kawanku" tuh utk jd kad debit. Pembayaran dh dijelaskan & aku dikenakan penalti sebanyak RM20 utk proses penyambungan balik perkhidmatan. Mereka janji yg kad astro aku akan aktif dlm masa 3 jam. Owh waktu aku di Astro Center tu dlm pkl 1.30tghari.

Aku menunggu dgn sabar. Dlm pkl 5, apabila aku cuba aktifkan siaran astro, hurm hampeh. X de lg. Siap kuar kt screen TV..

"Inactive astro account. Please made your payment or contact astro centre"

Apalagi, aku capai hp tepon centre. Biasalah kalo tepon syarikat besar2. Mcm yg kita nk kene dgr. Bukan blh terus ckp ngan operatornya. Bila hampir menunggu dekat 3 minit (kredit hp dh berjalan), baru dpt ckp ngan operator yg bertugas. Die ty aku dh wat payment ke. Nih yg aku angin. Aku siap byr direct kt Astro Centre tau. Nah kau. Berbakul2 aku komplen. Dia ckp blom terima payment. Pastu ckp pengktifan acc in progress. Ntah la mana satu yg betul pon aku x pasti. Ishkk. Lembab betul. Berani lak tuh ckp kt aku suh tunggu lagi dlm 3 jam. Setelah aku update decoder & kad astro tuh, kali nih kuar plak kt screen TV..

"Please check your smart card or contact astro centre"

Aku tepon lg. Kali nih dh nk time waktu berbuka. Spt biasa suruh tunggu lagi 3 jam. Akhirnya TV aku hanya bersiaran Astro pada jam 9.00 malam ataupun selepas 8 jam penantian yg mmg x berbaloi. Inilah die servis astro yg macam ....... nasib baik aku berpuasa. Mmg aku x puas hati dgn servis penyambungan nih. Dahla setiap penyambungan semual dikenakan RM20 tanpa notis.



Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan dan kerjaya

Salam 1Malaysia..

Sejak akhir2 nih, aku selalu memikirkan tahap kerjaya yg aku bina sekarang. Pernah juga aku bertanya kepada beberapa rakan sekerja aku ttg kerjaya ini pada masa 10 tahun akan datang. Entah la apa sebabnya. Nk kate x ade increment, rsnye baru jek dpt. Nk kate x de bonus, dpt gak awal tahun aritu. Nk kate environment keje, mmg best keje kt sini. Nk kate skop kerja, aku mmg minat keje nih. Apa sebenarnya yg aku nk kejarkan. Aku pon x tahu dgn jelas. Inilah yg dinamakan manusia. Tidak pernah cukup @ puas dgn apa yg ada pada dirinya. Agaknya sbb aku melihat kpd peluang utk mendapat kedudukan lebih baik kot. Yelah, aku kt sini kene fight ngan pekerja bangsa lain. Jadi mmg agak tipis lah kot. 10 tahun tuh...

Tup2..... Rupa2nya...Agaknya Allah mendengar kot rintihan keresahan hamba-Nya ini.

Kalo ade rezeki, aku ucapkan syukur & kalo disebaliknya, aku tetap redha.

* Sedikit info ttg kerjaya aku selama ini. Semuanya aku hadir diinterview dlm bualn ramadhan dari kerja pertama hinggalah kini. Dh 4 tahun aku bekerja bermula dari selepas tamat belajar. Adakah ini satu kebetulan? Inilah yg dinamakan rezeki Ramadhan buatku selama ini.

Tuesday, August 17, 2010

Gaji minimum

Salam 1Malaysia..

Isu gaji minimum mmg sedang hangat dibincangkan ketika ini di media massa. Mmg benar. Banyak negara telah mempunyai sistem gaji minimum di sektor swasta. Dlm hal ini, kelihatan mmg Malaysia agak ketinggalan dlm pelaksanaannya. Bagi aku mmg wajar diadakan sistem gaji minimum sektor swasta ini. Rasenya dh banyak kes aduan berkenaan tahap gaji pekerja di kategorikan di bawah taraf miskin spt pengawal keselamatan & pekerja am swasta.

Kewajaran ditetapkan gaji minimum ini adalah bersandarkan kepada satu usaha untuk mengelakkan berlakunya manupulasi pengerahan tenaga manusia yg tidak dibayar dgn setimpal. Jika dilihat dari sudut positif, penetapan gaji minimum ini dapat memberi kelegaan kepada pekerja dalam sektor swasta dari di tindas & dinafikan hak pendapatan mereka. Jadi, semua pengusaha industri & swasta akan berasa lebih bertanggungjawab dengan tidak sesuka hati mengerah tenaga manusia tanpa bayaran yg setimpal. Malah penetapan gaji minimum ini juga diharap akan dapat memberikan keadilan kepada pekerja2 industri swasta. Peningkatan kos sara hidup juga kadangkala tidak dilihat oleh majikan agar disemak semula kadar bayaran @ upah pekerja masing2. Malah tidak mustahil kadar bayaran yg ditetapkan oleh pengusaha industri ini masih sama dgn kadar upah pada 10 tahun yg lalu.

Manakala permintaan pihak berkuasa Indonesia yg mahukan penetapan gaji untuk pembantu rumah @ amah sebanyak rm800 dilihat agak keterlaluan. Bagi aku pula, pembantu rumah ini cukuplah dibayar dgn Rm400 kerana ;

1- Tempat tinggal telah disediakan. (kalo kt KL sewa bilik shj dh nk dekat RM200 tanpa perabot)
2 - Makan & minum ditanggung oleh majikan (RM5 sehari, kalo sebulan?. Itu belum lg kira yg dia curi2 mkn)
3 - Kerja tanpa pengawasan (buleh buat sesuka hati nk wat ape2 time majikan keluar bekerja)

Aku pon ada pengalaman cerita berkenaan pembantu rumah ni. Yg lari dr rumah, yg mula demand kerja, yg mula demand gaji, yg curi2 makan smpi licin peti ais. Ishk..Ape lg yg mereka nk. patutnya mereka bersyukur dgn apa yg mereka dapat. Pihak berkuasa Indonesia pula perlulah memandang semua ini dlm pelbagai aspek. Jgn hanya membangkit isu tanpa mengambik kira apa yg golongan meraka perolehi.

Monday, August 16, 2010

Baru betul..

Salam 1Malaysia..

Tertera peraturan penjualan petrol oleh KPDNHEP

Ingat x entry pasal stesen minyak wat hal tempohari (sini). Malam semalam aku tersinggah ke stesen minyak berkenaan kerana terasa kureng sedikit semasa pemanduan pulang dari Bandar Tenggara. Aku terasa yg tayar kereta kurang angin laa. Dengan tidak semena2nya aku tersinggah laa kt situ.

Bila aku check tekanan tayar, ok jek. Cuma angin kurang 1psi setiap tayar. Tmbh sket angin tuh. Lgpon my wife dh bising2 suh pam tayar dari siang td. Aku jek yg wat dek jek.

Lepas jek siap pam suma tayar, tetiba aku terlihat ke arah setiap pam minyak. Nmpk kereta x begitu byk kt stesen minyak terbabit. Kereta bernombor pendaftaran S'pore pon ada dlm 3 buah sedang mengisi minyak. Kali mata aku mmg yakain yg mata aku x salah. Ketiga2 buah kereta S'pore tuh mengisi minyak ron97 (pemegang berwarna hijau). Ada kemajuan. Aku dekatkan diri ngan pam minyak dan terlihat dgn jelas tertera peraturan pembelian minyak. Mcm ni baru betul. Berniaga dgn penuh etika. Kan menjaga harta negara juga menjadi tanggungjawab bersama utk dipertahankan. Tak gitu? Barulah betul penyaluran subsidi kpd yg berhak. Tp yg penting, aku x sempat pon report kt KPDNHEP. Hehehe

* Patutlah stesen minyak tuh x sibuk cm selalu. Kalo tidak, kenderaan S'pore mesti berpusu2 ke situ.