Wednesday, July 28, 2010

Hanya kerana keuntungan yg sedikit..

Salam 1Malaysia.

Umum rasenya tahu bhw harga runcit utk petrol telah naik sedikit pada pertengahan mei yg lalu. Kenaikan ini melibatkan petrol Ron95, Ron97, bahan bakar Diesel & juga Gas Cecair. Disamping penyelarasan harga bahan bakar bersubsidi ini dilakukan, rasenya terdapat juga beberapa peraturan tambahan yg perlu dipatuhi oleh pengusaha stesyen minyak petrol. Ini semua tertakluk kpd peraturan penjualan bahan bakar kpd kenderaan asing. Rasenya semua warganegara cukup jelas dgn peraturan yg telah dibuat. Malah peraturan penjualan bahan bakar kepada kenderaan asing juga telah disebut di dalam media arus perdana. Antarnya ialah ;

1. Petrol Ron95 yg bersubsidi hanya dikhaskan hanya kepada kenderaan yg berdaftar di Malaysia. Kenderaan asing tidak layak membeli petrol Ron95

2. Petrol Ron97 yg mengikut harga apungan boleh dibeli tanpa had oleh kenderaan yg berdaftar di Malaysia & juga kenderaan asing.

3. Diesel bersubsidi hanya dihadkan penjualannya kepada 20 liter kepada kenderaan asing. Bagi kenderaan yg berdaftar di Malaysia, tiada had pembelian.

3 peraturan ini mmg cukup jelas dgn hal jual-beli bahan bakar di Malaysia. Entah di mana silapnya, ketika aku mengisi minyak di sebuah stesyen minyak Shell, Taman Johor, JB, mataku terpandanag akan kepada sebuah kenderaan asing yg jelas menggunakan no plet pendaftaran negara seberang sedang asyik mengisi minyak. Kalo nk tau, satu perangai huduh warganegara S'pore nih, kalo isi minyak kt Malaysia, pasti akan mengenjut2kan bonet kereta dgn harapan minyak akan penuh sepenuhnya di dlm tangki minyak. Bila aku amati bebetul, rupanya pemilik kenderaan itu mengisi minyak petrol Ron95 yg mmg dikhaskan utk rakyat Malaysia. Aku renung dari jauh. Tetiba datang seorang Pump Attendant yg mmg jelas berbangsa Melayu. Mungkin die paham ape yg aku terlihat itu. Tanpa rase bersalah die menjawab "kerajaan x gadzet kan lg peraturan penjualan minyak kpd kenderaan asing". Kepala hotak die. Aku hanya menggelengkan kepala. Patut pun berpusu2 kenderaaan asing ke stesyen minyak terbabit. Rasenya stesyen minyak berdekatan mmg jelas kelihatan tidak menjadi pilihan kenderaan asing. Mungkin pemilik stesyen minyak lain mmg tegas dlm soal hak rakyat Malaysia.

Aku cukup terkilan dgn tindakan pemilik steseyn minyak terbabit. Mereka seakan2 menggadai harta yg dikahskan kepada warganegara. Keuntungan jualan runcit minyak bukanlah besar sgt berbanding dgn amanah utk rakyat Malaysia. Kepada Pump Attendant terbabit, aku cukup malu dgn tindakannnya. Aku rase die & pemilik stesyen minyak nih x tgk berita kot @ mmg buat2 x tahu ttg larangan ini. Nantilah.

No comments:

Post a Comment