Wednesday, July 7, 2010

Ketemu juga dgn Autospa


Salam 1Malaysia. Setelah lama aku memikirkan cara plg senang utk menutup kesan calar yg melanda kereta aku, akhirnya aku mendapat info dr forumer Wajaclub utk menggunakan produk Autospa iaitu Auto Touch-up paint. Calar yg terjadi di badan kereta aku mmg agak jelas kelihatan dgn mata kasar. Ttg mcmane kereta tu blh dicalarkan, sehingga kini x de sape yg berani mengaku bertanggungjawab. Agaknya cemburu melihat kecantikan warna kereta aku yg sentiasa bersinar. Calaran ini disedari berlaku ketika my wife menggunakan kereta ini semasa di alam kampus di Tanjong Malim. Maklumlah. Tempat tinggal pd waktu itu berupa pangsapuri 5 tingkat. Jadi agaknya adalah sang pencemburu yg melihat seorang pompuan yg cantik lg cun dgn penuh bergaya memandu kereta yg agak besar & di make-up secara kosmetik ringan.



Berbalik kpd cerita touch-up paint nih. Aku ketemu produk ini di Carrefour Sutera Mall di bhgn aksesori kenderaan. Terus aku menggeledah rak yg menempatkan produk terbabit untuk mencari warna yg bersesuaian dgn warna kereta aku. *kt rak di sertakan senarai kod warna. Mujurlah warna kereta aku adalah warna standard kilang keluaran Proton. Akhinya berjumpalah aku dgn botol touch-up paint 25ml ini dengan kod warna P48 - burgandy. Harganya pula. X lah mahal sgt cuma RM21.90 shj.

No comments:

Post a Comment