Salam 1Malaysia. Semalam aku berkesempatan utk pulang ke kampung halaman my wife bersama2 PIL. So akulah drivernya. Aku memilih perjalanan utk pulang ke kampung Bindu dari JB pada waktu malam agar dpt menghindarkan dr panas. Lg pun, perjalanan mlm agak syok bg aku. Cuaca yg mengiringi perjalanan aku agak kurang baik. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan kereta aku dibasahi hujan.
Aku lebih rela kalo menempuhi hujan lebat berbanding hujan renyai2 ketika memandu. Nk tau kenapa? Sbb jika ujan renyai2, kete aku mmg confirm akan nmpk kotor. Sbb kete aku berwarna gelap. Titisan air yg mengenai kereta dtgnya dr percikan tayar2 kenderaan lain. Tu yg membuatkan kereta aku nmpk kotor.
Apabila berada di kampung, mmg jelas kelihatan kekotoran yg melanda body kereta aku lebih2 lagi waktu siang. Nak basuh sendiri rase segan plak sbb bukan rumah aku. Jdnya, aku berhasrat utk cuci shj kereta di kedai. Dr info yg aku dpt, mokgie mencadangkan agar aku pergi ke kedai basuh berdekatan Bukit Pasir.
Jadi aku ngan my wife pon pergilah ke pusat cuci kereta yg diwar-warkan oleh mokgie tuh. Dari jalanraya mmg jelas kelihatan kedai cuci kereta yg dimaksudkan. Papan tandanya cukup jelas & dinyatakan sekali dgn harga cuci kenderaan. Terkejut juga bila terlihat harga utk cuci kereta...RM 3.00
signboard yg tertera
Apalagi terus je nk mencuba. Rupanya tokey pusat cuci kereta ini mengaplikasikan teknologi dlm pembasuhan kereta. Guna machine sepenuhnya utk mencuci luaran kereta. Tp ada gak la mat2 bangla kt situ yg tlg. Pencucian kereta adalah mengikut station by station.
Apabila sampai, terus pergi ke station semburan air. Kemudian kena gerakan kereta ke station semburan sabun pencuci kereta. Seterusnya gerakan kereta sehingga tayar masuk tepat ke dalam landasan yg disediakan. Di sini, kereta perlulah dlm kedaan free gear & tiada sebarang brake kaki @ tangan diperlukan. Kereta akan dibawa secara automatik melalui landasan yg disediakan. Ok di sini, bermulalah aktiviti mencuci kereta menggunakan berus gergasi di belah kiri, kanan dan berus besar dari arah hadapan hingga ke belakang. Apabila selesai kereta di cuci dgn menggunakan berus gergasi, kereta di bilas lg dgn air & terus dikeringkan dgn blower yg terdapat di mesin tersebut. Siap cuci kereta pun terus kering. Seterusnya semestinya ke station kaunter bayaran. Di kaunter bayaran. mereka akan bertanya jika kita mahukan servis tambahan spt wax tayar (RM 1.00), Vacuum dalaman (RM4.00) dan cuci engine (RM4.00). So kami hanya ambil wax tayar agar dinding tayar kelihatan berkilat & bersih.
Berus gergasi sedang mengganas
So total cuci kereta di situ RM4.00 & cukup murah bg aku yg selalunya berurusan cuci kereta di JB. Kelebihan lain adalah kami hanya duduk dlm kereta ketika proses pencucian berlaku & waktu yg diperuntukan utk cuci kereta hingga kering pun cukup pantas iaitu dlm 10 minit. Bagi kami, mmg berbaloi-baloi la bg kereta nih mandi kali nih.
No comments:
Post a Comment