Salam 1Malaysia.
Jgn terkejut melihat tajuk entry di atas. Kt sini aku cuma ingin kongsi cerita berkenaan rusa aku. Owh...Rusa aku bukanlah yg berkaki empat tp die mempunyai roda empat. Setelah aku menggunakan Jaja aku utk beberapa minggu kebelakangan ini, aku mmg terlupa akan rusaku itu. Oleh kerana aku mmg bercadang tidak menggunakannya utk masa yg agak lama, aku letaknya di kwsn yg sesuai & berteduh di bwh bumbung.
Rasenya aku hampir tidak menyentuh si rusa itu dlm tempoh yg agak lama iaitu dlm 5 minggu. Kali terakhir aku menggunakan khidmatnya iaitu ketika kerja2 memunggah barangan & perabot ke rumah homestay keluarga. Selepas dari itu, aku tambatnya di kwsn letak kereta di rumah ibuku.
Setelah aku abaikannya dlm tempoh yg agak lama tanpa di"hidup"kannya, di"panas"kannya, di beri minum, dlm keadaan terpaksa akhirnya aku perlu akur utk merujuknya kembali. Dari situ timbullah rs bersalah aku terhadap si rusa & aku rasekan yg si rusa itu mungkin akan merajuk kepadaku.
Tp, agak menakjubkan. Dengan sekali shj, si rusa itu berjaya dihidupkan. Kejadian ini mmg mengejutkan seluruh isi rumah. Pada mulanya aku pun x berapa yakin yg si rusa ini blh di"hidup"kan dgn secepat ini. Malah aku merasakan yg si rusa ini mungkin memerlukan bantuan pernafasan dr rakannya yg lain.
Rusaku mmg tidak pernah kecewakan aku. Aku shj yg kadangkala memandang rendah kpdnya. Terfikir juga aku let go si rusa ini, tp die mmg jarang memberi masalah kepadaku. Seterusnya, utk menghargainya, aku mandikannya dgn menggunakan sabun setelah beberapa bulan tidak dipedulikan oleh tuannya. Sekarang aku sedar yg rusaku mmg byk berjasa dgn aku.
No comments:
Post a Comment