Salam 1Malaysia..
Syukur Alhamdulillah. Ayah terselamat dari kemalangan yg ditempuhinya. Menurut ayah yg memandu berseorangan pada masa kejadian, die pandu keretanya dlm cuaca hujan yg agak lebat. Ketika berada di kwsn kejadian, die merasakan yg terlanggar lopak air & seterusnya hilang kawalan menyebabkan kereta berpusing mcm gasing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan raya. Kejadian berlaku di KM126 Lebuh raya PLUS (Pagoh -Yong Peng).
Syukurlah ayah terselamat. Melihat kepada keretanya, mmg aku tergamam. Ayah mmg berdisplin dlm pemanduannya. Safety belt sudah menjadi kewajipan utk dipakai sebelum pemanduan bermula. Sebab itulah aku rase die terselamat dari bencana yg lebih teruk lagi. Melihat kpd diri ayah selepas kejadian itu, ayah kelihatan tenang & semcm menerima segala kejadian dgn hati yg terbuka. Itulah agaknya berkat seseorang yg tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Quran bg setiap selepas solat fardhu. Aku mmg admire ayah. You're so great.
*Kereta kesayangan ayah hancur tetapi kereta adlh material yg diinsurankan. Jd, bagi aku, cukuplah nyawa ayah yg terselamat.. Kereta blh dicari ganti, nyawa??Anda sendiri tahu jwpnnya.
No comments:
Post a Comment