Thursday, July 8, 2010

Banci Penduduk & perumahan Malaysia 2010


Salam 1Malaysia. Diumumkan adalah satu bancian penduduk & perumahan Malaysia tahun 2010 akan dijalankan bermula 6 Julai 2010 sehingga 22 Ogos 2010.  Bancian ini dilakukan pada setiap 10 tahun & kali terakhir bancian sebegini rupa dijalankan pada tahun 2000.

Maklumat dari bancian ini amat penting bg kerajaan mengetahui taraf sosio-ekonomi penduduk Malaysia. Hasil maklumat pada setiap bancian akan diguna pakai bg kerajaan untuk merancang pembangunan pada masa akan datang. Bancian pada kali ini meliputi seluruh aspek termasuk warga asing yg menetap di Malaysia serta penduduk Malaysia yg tiada tempat tinggal yg sempurna.

Oleh itu mohon kerjasama dari semua yg terlibat khususnya ketua isi rumah memberikan maklumat secara tepat bg menjayakan program bancian ini. Untuk lebih mudah dikenali, setiap pegawai pembanci dilengkapi dgn kad pengenalan @ kuasa banci & borang bancian yg formal.

Kad pengenalan pembanci

Oleh yg demikian, terutamanya yg menetap di dlm daerah Kulaijaya, kalulah anda bernasib baik, pemegang kad pengenalan pembanci di atas ini akan tiba di rumah anda penuh dgn senyuman & ramah mesra. Bagi yg lelaki di luar, maaf la ye. Pn pembanci ini sudah berpunya.


No comments:

Post a Comment